layout sp (pdf).output · salam sejahtera dan selamat bertemu kembali di keluaran pertama sari...

36

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali di keluaran pertama Sari Pustaka bagi tahun 2006.

    Dalam penerbitan Sari Pustaka ini, kami memaparkan judul-judul buku hasil nukilanpengarang tempatan yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia. Buku-buku ini bolehdirujuk atau dipinjam oleh ahli perpustakaan.

    Sari Pustaka dapat membantu pembaca membuat pemilihan judul yang diminati denganmemuatkan beberapa ulasan dan sinopsis buku yang menerangkan secara ringkas mengenai isikandungan buku tersebut. Ulasan dan sinopsis ini adalah hasil usaha Pegawai PerpustakaanNegara Malaysia.

    Kami berharap Sari Pustaka dapat memberi anda maklumat yang cukup untuk memudahkananda membuat pemilihan tentang buku apa yang hendak dibaca, buku yang sesuai diperolehiuntuk perpustakaan atau koleksi anda dan buku apa yang sesuai untuk dihadiahkan kepadasahabat atau keluarga.

    Perpustakaan Negara Malaysia sangat komited terhadap menanamkan sikap gemar membacadan cintakan ilmu pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia. Semoga hasil ini akan berjaya danseterusnya menjadikan Rakyat Malaysia Rakyat Berilmu.

    “Membaca Memerdekakan Minda.”

    Sekapur Sirih

    Sidang Redaksi

    PenasihatDr. Haji Wan Ali bin Wan Mamat(sehingga 1 Ogos 2006)Puan Siti Zakiah binti Aman(mulai 6 September 2006)

    Ketua EditorPrimalani M. Kukanesan(sehingga 26 Jun 2006)Nafisah binti Ahmad(mulai 27 Jun 2006)

    EditorSiti Mariani binti S.M. OmarRosham bin Abd. ShukorMusalmah binti A. Muiz

    Penyelaras (Kandungan)Yazid bin Ibrahim

    Pembantu EditorAidatul Hasnida binti Abd. RaniRosimah binti SoadMazleen binti OsmanRozlinah binti IsmailNormila binti Ariffin

    Penyelaras (Percetakan)Bahagian Penerbitan

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • Kandungan

    1

    ULASAN BUKU

    3 Belajar Cara Belajar : Belajar Secara Efektif Dan Praktikal

    4 Berfikir Secara Logik dan KritisAinon Mohammad danAbdullah Hassan

    6 FakurdabakiaMana Sikana

    7 Motivasi Kendiri : Prasyarat Menuju KejayaanAbdul Razak Abdullah

    8 Pembangunan KendiriAzizi Yahaya ... [et al.]

    10 Pemikiran KreatifMaimunah Osman

    11 Peradaban MelayuMohd. Koharuddin Mohd. Balwi

    13 Rahsia Jutawan-Jutawan Internet TerbongkarIrfan Khairi

    14 Sebuah Rumah BertuahAwam Il-Sarkam

    SINOPSIS BUKU

    16 Asas dan Kerangka Perundangan Negara Islam – Malaysia

    16 Asas Pembelajaran Koperatif Dalam MatematikEffandi Zakaria

    17 Bukan Cinta Biasa Lili Rozita

    17 Cinta TerlukaRaihanah Salleh

    18 Ethics and Fiqh for Daily : an Islamic OutlineHaneff, Sayed Sikandar Shah

    18 Islam dan Cabaran EkonomiChapra, M.Umer

    19 Jangan Beralasan Anda JahilYahya, Harun

    19 Kasih di Hujung RinduSuria Shafie

    20 Krisis Intelektual MuslimBennabi, Malik

    20 Laman Sesawang Dengan Pangkalan DataIskandar Ab. Rashid, Zaitun Ismail

    21 Masyarakat dan Kebudayaan MalaysiaA. Aziz Deraman

    21 Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunLow, Kok On

    Kandungan

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 2

    Bil. 1/2006

    22 Menghadapi Cabaran Dunia Tanpa SempadanSuziana Che Wil, Muhamad Ismail Ahmad

    22 P. Ramlee di Cakera NusantaraAwang Azman Awang Pawi

    23 Pengujian & Penilaian Dalam Kaunseling : Teori dan AplikasiSidek Mohd. Noah

    23 Penjagaan & Rawatan KesihatanSecara IslamAl Jauziah, Ibnu Qayyim

    24 Perjuangan Perundangan PenggunaMohd Hamdan Adnan

    24 Politik Dalam NovelJeniri Amir

    25 Rakan Zakat AndaAbang Mohamad Shibli

    25 Rhythm & Verses : Masterpieces of Persian CalligraphyBarakat, Heba Nayel

    26 Satu JanjiRamlee Awang Murshid

    26 Seandainya TerlukaZalina Ariffin

    27 Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940Mahani Musa

    27 Syeikh Ahmad Yasin : Perjuangan Memburu SyahidMuhammad Umar Ghazali

    28 Technologies for Planting Oil Palmon PeatMohd Tayeb Dolmat

    28 The Power of 360 Degree Feedback : Maximizing Managerial and Leadership Effectiveness Rao, TV dan Rao, Raju

    29 Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka?

    29 Tokoh-tokoh Gemilang Melaka :Pentadbiran dan Politik

    30 Undang-undang Kedah

    30 Warisan Perubatan Melayu : Edisi Kedua

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 3

    Buku Belajar Cara Belajar hasil penulisanRubiah Aksah dan Ong Yea Jing inimemuatkan panduan yang komprehensiftentang teknik belajar yang betul untuk menghadapipeperiksaan. Ianya merangkumi kesemua peringkatpelajar iaitu UPSR, SRP, SPM dan STPM.Pembelajaran yang berkesan adalah asas untukmencapai kejayaan kerana kejayaan tidak datangbergolek. Ianya perlu diusahakan denganbersungguh-sungguh dan tanpa jemu.

    Kita sendiri tentu tertanya-tanya bagaimanaseseorang individu berjaya dalam bidang akademik,memperolehi segulung ijazahseperti Doktor Falsafah (Ph.D),Ijazah Sarjana (M.A), IjazahSarjana Muda (B.A) dansebagainya. Kebanyakannyatelah berjaya menjawat jawatanyang tinggi dalam profesionmasing-masing. Untukmencapai kedudukan sepertiini, seseorang itu harusberhadapan dengan peperiksaandemi peperiksaan. Peperiksaanmenentukan kejayaanseseorang, bermula darisekolah rendah sehinggasekolah menengah. Sistempendidikan di Malaysia adalahberorientasikan peperiksaan.Peperiksaan adalah untukmenguji tahap kecekapanpemikiran, keupayaan danprestasi dalam akademik sertasyarat untuk melanjutkanpelajaran ke peringkat yanglebih tinggi.

    Kemahiran belajar secaraberkesan akan dapat membantuseseorang untuk mencapaikejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Inibukan bermakna seseorang itu harus mengambilmasa yang lama untuk belajar tetapi perkara yangpaling penting adalah cara belajar. Cara belajarhendaklah betul dan efisien supaya kita tidakdibebani dengan masalah pembelajaran dan dayaingatan yang lemah. Percaya kepada diri sendiriadalah merupakan rahsia pertama dalam mencapai

    kejayaan. Seseorang itu perlu yakin kepada kekuatandiri sendiri dan kebolehan diri.

    Buku ini memberi pendedahan kepada para pembacaterutamanya pelajar dengan bimbingan pengurusanmasa yang betul, teknik mencatat nota dengan baikdan mengingat secara berkesan. Buku ini jugamemaparkan pelbagai tips yang berguna sebagai asasuntuk kecemerlangan diri. Antaranya adalah belajarsecara berkumpulan. Pembelajaran secaraberkumpulan lebih efektif kerana pelajar bolehberbincang dan mengeluarkan pendapat masing-masing yang dapat dikongsi bersama.

    Selain itu, penulis juga turutmengenengahkan cara untukmemotivasikan diri di mana iabertujuan untuk membantu parapembaca terutama pelajarsupaya berusaha dengan lebihgigih bagi mencapai kejayaanyang dihajati.

    Menurut pandangan penulis,mendengar muzik adalah salahsatu cara yang dapat membantudi dalam proses pembelajaran.Muzik merupakan pengaruhyang besar dan mempunyaidaya tarikan yang luar biasaterhadap manusia. Ianya dapatmenggetarkan perasaan danmemberikan ilham kepadapendengarnya. Oleh sebabitulah tidak mustahil bagiseseorang mengulangkajipelajaran sambil mendengarmuzik.

    Terdapat pelbagai masalahyang dihadapi dalam prosespembelajaran. Masalah ini telah

    dikenalpasti dan diketengahkan oleh penulis untukmencari penyelesaiannya. Antara masalah yangwujud adalah hampir sama antara satu individudengan individu yang lain seperti masalah menelaahpelajaran, rasa mengantuk apabila berhadapandengan buku dan sesi pembelajaran serta masalahmalu untuk bertanya.

    Belajar Cara Belajar : Belajar SecaraEfektif Dan Praktikal

    Shah Alam : Karya Bestari,2005.

    ISBN 967-86-0245-8

    ULASAN BUKU

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 4

    Bil. 1/2006

    Pelbagai cadangan telah dibangkitkan oleh penulisbagi mengatasi masalah yang dihadapi di dalamproses pembelajaran. Antaranya adalah mendapatkanhiburan yang baru, membuat perancangan yang betul,pertukaran jadual pembelajaran dari semasa kesemasa dan belajar sambil mendengar muzik untukmenghilangkan rasa bosan dan mengantuk.

    Secara keseluruhannya, buku ini berkesan untukmembantu pelajar yang sememangnya mempunyaimasalah dalam pembelajaran. Gaya penulisannyajuga adalah mudah untuk difahami. Buku ini dapatmemberi pengetahuan dan maklumat yang barukepada para pembaca yang menginginkanpeningkatan dalam pembelajaran mereka. Ia sesuai

    dijadikan petunjuk dalam kehidupan seseorangpelajar untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.Kejayaan seseorang bermula dari pemikiran.Sekiranya seseorang itu sentiasa memikirkankejayaan, separuh daripada kejayaan itu sebenarnyasudah berada di dalam genggamannya. Sekiranyaditambah dengan usaha yang gigih, makakeseluruhan kejayaan akan menjadi miliknya.Kegagalan pertama bukan bermaksud akan gagal buatselama-lamanya.

    Pengulas:Aidayasmalizay binti IsmailPustakawanJabatan Standard Malaysia

    Kemahiran berfikir secara logik dan kritismerupakan kemahiran yang amat pentingdalam kehidupan sehari-hari. kemahiran inimerupakan kemahiran yang dapat mempengaruhiseseorang dalam membuat keputusan yang betul,terutamanya untuk mengelakkan daripada melakukankesilapan semasa membuat pilihan dan mengambilkeputusan. Buku ini boleh dipelajari oleh setiapindividu untuk mencari panduan tentang bagaimanadan apa yang harus dilakukan agar dapatmemperolehi kemahiran berfikir secara logik dankritis.

    Menurut penulis terdapat 11 bahagian yang perlu dipelajari agar kemahiran berfikir secara logik dankritis ini dapat di kuasai iaitu berfikir, adab berfikir,persepsi, pemikiran kritikal, psikologi persuasif,proses kognitif, paradigma, berfikir dalam sains danteknologi, menyelesaikan masalah, dan kemahiranmembuat keputusan. Bahagian-bahagian ini akanmembincangkan kaedah-kaedah yang seharusnya dipelajari agar kemahiran berfikir dapat dikuasaidengan mudah dan berkesan. Pembaca sudahpastinya akan mendapat idea, motivasi ataupuninspirasi yang berguna dari setiap bahagian yang dibaca.

    Sebagai permulaan penulis membincangkan tentangaspek kemahiran berfikir dan kepintaran. Penulis jugamenyatakan bahawa kemahiran berfikir perludipelajari sama ada seseorang itu pintar ataupun tidakdan diterangkan juga ciri-ciri orang yang mempunyaikemahiran berfikir.

    Penulis juga menyatakan terdapat perbezaan berfikirdalam masyarakat. Perbezaan budaya akanmempunyai pengaruh yang kuat ke atas cara berfikirsesebuah masyarakat tersebut. Dalam bahagian ini diterangkan bagaimana budaya berfikir orang Asiaseperti China, India dan Jepun berbeza denganbudaya berfikir orang barat. Selain itu juga penulismembincangkan mengenai masa dan pemikiran yangboleh di bahagikan kepada masa budaya danpsikologi, di mana masa budaya wujud dalam 3bentuk iaitu teknikal, formal dan tak formal.

    Pada bahagian adab berfikir ini membicarakanmengenai teknik berfikir serta berfikir denganmenggunakan pelbagai andaian. Penulis jugamenyatakan dan membuat penyenaraian beberapaprinsip berfikir serta teknik-teknik dalam membuatandaian yang tepat.

    Penulis juga membincangkan perbezaan di antaragaya berfikir tradisional yang mementingkan hujahdan perbahasan dalam mencari kebenaran berbandingdengan gaya berfikir cara reka cipta yangmementingkan mencipta perubahan, inovasi danpenyelesaian masalah.

    Penulis juga telah menerangkan dengan jelas tentangkepentingan pemikiran kritikal sebagai satu kaedahdalam meninggikan kecekapan berfikir denganmenguasai kemahiran bertanya soalan-soalan yangrelevan. Penulis juga turut menerangkan mengenaikepentingan pemikiran berfikir secara kreatif,konstruktif dan generatif terutamanya kepada pelajarsekolah dan penuntut universiti.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 5

    Terdapat beberapa strategi yang dapat mempengaruhipemikiran seseorang di dalam membuat sesuatukeputusan. Penulis juga telah menerangkan denganjelas definisi serta bagaimana strategi-strategitersebut dapat mempengaruhi seseorang di dalammembuat keputusan dengan disokong oleh pendapatdaripada pakar dalam bidang yang berkaitan.

    Penulis juga menerangkan tentang kepentinganparadigma dalam pemikiran terutamanya dalamperubahan dan kemajuan sesebuah masyarakat.Bahagian ini juga menerangkan dengan lebih jelaskesan-kesan paradigma yang wujud dalam diriseseorang. Selain daripada itu, jenis-jenis manusiayang membawa paradigma baru serta ancaman yangwujud dalam pewujudan paradigma baru juga dibincangkan dengan mengemukakan pendapatdaripada pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan.

    Pemikiran yang berlandaskan kepada sains danteknologi amat penting dalam kehidupan modensekarang agar dapat mencipta penemuan baru yangdapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian danseterusnya dapat digunakanoleh generasi kini dan masadepan. Di samping itu, penulisjuga memberikan contohpenemuan-penemuan yangberguna kepada manusia olehpakar-pakar terutamanya dalambidang sains dan teknologiterutama sekali dalam bidangperubatan. Penulis jugamenjelaskan kepentinganpenggunaan teknologi yangmerangkumi pelbagai bidangyang boleh digunakan untukkepentingan manusia.

    Selain daripada itu, penulis juga menjelaskan cara-cara penyelesaian masalah iaitu dengan caramengenalpasti masalah serta betapa perlunyamempunyai kemahiran dalam membuat analisisdalam penyelesaian masalah dengan cara logikalmelalui proses pengumpulan maklumat dan analisismaklumat serta berfikir secara kreatif.

    Kajian pakar psikologi mengenai kaedah-kaedahmanusia menggunakan pemikiran untuk membuatkeputusan dengan disertakan oleh pendapat-pendapatdaripada pakar dalam bidang psikologi turutdimuatkan pada bahagian ini. Penulis jugamenyelitkan salah satu kajian pakar mengenai caramanusia membuat keputusan dengan menggunakanpedoman am yang datang daripada pengalamanperibadi. Bahagian ini juga menerangkan tentangkepentingan pertumbuhan idea baru serta memberipeluang idea tersebut berkembang terlebih dahulusebelum membuat penilaian terhadap idea tersebut.

    Secara kesimpulannya, buku ini merupakan bukuyang dapat memberikan panduan berguna untuk

    meningkatkan ketajamananalisis dan membuatkeputusan serta kemahiranberfikir secara logikal dankritikal, di samping dapatmembantu pembaca mengambillangkah-langkah bagimeningkatkan kemahiranberkenaan.

    Pengulas:Hasmizan bin Amat AsanPustakawanPoliteknik Sabak Bernam,Selangor

    AINON MOHAMMAD,ABDULLAH HASSAN

    Berfikir Secara Logik dan KritisBentong, Pahang : PTS Millenia, 2005.

    ISBN 983-3372-48-1

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 6

    Bil. 1/2006

    Sepertimana yang kita semua sedia maklum,genre cerpen merupakan antara karya yangmenyumbang dalam peradaban bangsa. Iamerupakan karya yang banyak mengadaptasikankisah kehidupan, imaginasi dan ragam manusiamenurut pemerhatian seseorang pengarang.Penghasilan karya-karya yang unik dan kreatifmemperlihatkan keindahan kesusasteraan Melayumoden. Cerpen merupakan salah satu medium yangdigunakan untuk menyampaikan idea, kritikan,wawasan dan kiasan kepada masyarakat pada ketikaitu.

    Abdul Rahman bin Napiah ataulebih dikenali dengan namapenanya Mana Sikanamerupakan salah seorangpengarang sastera Melayu yangterkenal dalam alur sejarahkesusasteraan MelayuMalaysia. Cerpen Pilihan Abadke-20 merupakan himpunankarya-karya cerpen terbaik hasiltulisan Mana Sikana yangditerbitkan dalam majalah, suratkhabar dan buku sekitar tahun1970an. Menyentuh tentang SiriKumpulan Cerpen Pilihan AbadKe-20, cerpen bertajukFakurdabakia telah diangkatmenjadi tajuk buku ini. Buku inimenghimpunkan 20 karyaterbaik yang dihasilkan olehpengarang. Himpunan cerpen-cerpen dalam buku ini seakan-akan menceritakan pengalaman,imaginasi dan kritikanpengarang berdasarkan latarmasa dan keadaan sosio-ekonomi pada ketika itu. Gaya penulisan yangdigunakan oleh pengarang dalam karyanya dapatdilihat perbezaannya di antara satu cerpen dengancerpen yang lain. Penggunaan tajuk bagi sesetengahcerpen menunjukkan pengarang mempunyai cara dangaya berbeza dalam menterjemahkan karya-karyanya. Sebagai generasi yang dilahirkan selepasmerdeka dan terdidik bukan dari arus perdana sastera,saya merasakan gaya bahasa keseluruhan himpunancerpen pengarang ini mempunyai keindahan bahasadan kiasan yang begitu tinggi nilai kreativitinya.Secara jujurnya ada cerpen-cerpen yang padapemerhatian saya cukup indah penggunaan gaya

    bahasa dan penulisannya, tetapi sukar untukdifahami, kerana penggunaan bahasa yang berbezadari bahasa biasa membuatkan cerpen-cerpen iniberada dalam kelasnya tersendiri. Antara cerpen-cerpen yang dilihat unik dan berbeza dari kebiasaanyang pernah saya teliti dan membaca antaranya ialahAqula, Abraza, Abzyx dan Mantagona. Membacatajuk sahaja sudah membuatkan kita tertanya-tanyamakna disebalik penggunaan tajuk itu. Setelahmembaca secara keseluruhan tajuk-tajuk cerpentersebut, dapat dirumuskan tema kemanusiaan

    sejagat, keagamaan dankritikan sosiobudaya Melayumenjadi teras dan pilihanpengarang dalammenyampaikan mesej danpengajaran disebalik penulisankreatifnya.

    Setelah membaca keseluruhan20 himpunan karya-karyacerpen Mana Sikana, antaracerpen yang begitu mendapatperhatian saya ialahHipokondrikal. Melihat padatajuknya membuatkan hatitertanya-tanya bagaimanapengarang mendapat tajuk bagicerpen ini dan di fikiran sayamembayangkan pengarangmenggabungkan perkataan-perkataan bagi mendapatkantajuk ini. Apabila mulamembaca perenggan pertama,hati seperti terbawa-bawauntuk terus membaca baris-baris ayat seterusnya. Setelahselesai membaca cerpen ini,saya begitu terpegun dengan

    hasil penulisan dan idea yang dikembangkan olehpengarang dalam menyelesaikan kemelut yangmembelenggu watak utamanya. Persoalan pokokyang hangat didebatkan oleh watak dalam cerpen iniiaitu kewujudan tuhan dan kebangkitan selepas mati.

    Cerpen Fakurdabakia, Pecah, Pengadilan, Jebana,Detik Pertemuan, Jejak Yang Hilang dan Pelarianantara cerpen terbaik pengarang dalammenyampaikan mesej dan pengajaran berguna disebalik pembinaan watak utama yang kuat. Pembacateruja untuk mengetahui apa yang berlaku dalamcerita-cerita itu.

    MANA SIKANAFakurdabakia

    Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka, 2005.

    ISBN 983-62-8415-XPERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 7

    Cerpen bertajuk Hari Kemerdekaan memberigambaran awal akan isi kandungan penceritaan yangingin disampaikan. Walaubagaimanapun apabilamembaca cerpen ini, rupa-rupanya hari kemerdekaanbukannya dilihat atau diterjemahkan dari sudutpandangan masyarakat yang merdeka, tetapiditerjemahkan melalui watak yang dijajah dibuminyayang merdeka. Apa yang ingin pengarang sampaikanmelalui cerpen ini cukup mudah difahami tetapijarang terlintas di fikiran kita.

    Menerusi cerpen Muhammad, Engkau Junjungan,pengarang menterjemahkan dan mengangkatmartabat Islam dan Nabi Muhammad yang menjadijunjungan mulia kita sebagai ikon dalam memacuwatak dalam meneruskan kehidupan dan menjadikanIslam sebagai Ad-Din dalam meniti hari-harimendatang. Begitu juga dengan cerpen Dajjal, dimana pengarang menterjemahkan nasihat dan kiasan

    melalui cerpen ini bagi memberi kesedaran kepadamasyarakat Islam supaya tidak terus leka dan hanyutdibuai mimpi.

    Sesungguhnya cermin perubahan bangsa kita tercitradaripada karya-karya hebat dari pengarang sepertiMana Sikana dan juga pengarang-pengarang lainseangkatan dengannya. Melalui ketajamanpemerhatian pengarang dalam menterjemahkan ideadan pandangan bagi melahirkan karya yang dapatmemberi impak dan kesan dalam pembentukan jiwamasyarakat. Sumbangan-sumbangan ini begitu tingginilainya bagi generasi masa kini dan akan datang.

    Pengulas:Azizi bin JananPustakawanKolej Matrikulasi Perlis, Perlis

    Anda adalah apa yang anda fikirkan. Segalafikiran anda akan membentuk tingkahlakuyang anda inginkan. Kalau kejayaan yanganda fikirkan, maka anda akan membentuk pemetaanminda yang melahirkan tingkahlaku yang membawakejayaan. Kenyataan di atas merujuk secara langsungkepada minda positif sebagai rangsangan kepadakejayaan. Perkaitan antara minda positif dan motivasiseringkali disentuh dalam banyak penulisan. BukuMotivasi Kendiri: Prasyarat Menuju Kejayaanmeneruskan kelangsungan penulisan berkaitanmotivasi tetapi dalam gaya penulisan yang berbeza.Pelbagai persoalan dan isu dipersembahkan dalambentuk karikatur, gambarajah, petikan kata-katahikmat, ayat Al-Quran dan hadis.

    Sebagai permulaan penulis memperkatakan tentangpemikiran yang akan melakukan tindakan danseterusnya menghasilkan kejayaan. Rangsangannegatif menghasilkan personaliti negatif manakalarangsangan positif akan menghasilkan personalitipositif. Turut dinyatakan ialah alasan-alasan individuyang negatif serta petua mencapai kejayaan. Tidakketinggalan penulis juga memperihalkan kisahtentang semua insan yang dilahirkan sebagai juara.

    Terdapat beberapa faktor berkaitan kerja yangmenyebabkan berlaku tekanan dan bagaimana untukmengendalikan tekanan emosi apabila berlakuketegangan. Penulis juga mengupas mengenai

    perangkap minda dan kaedah penyelesaian masalahsecara sistematik. Sesuatu kejayaan itu memerlukanpelaburan awal seperti tuntutan perubahan dalampemikiran dan kepercayaan. Perubahan yangdilakukan akan membenihkan harapan baru danmemberi motivasi yang berterusan.

    Penulis juga menekankan akan kepentingan membinaimej diri dan menerap unsur kecemerlangan dirimelalui penguasaan kemahiran komunikasi.Seterusnya penulis menyentuh tentang peribadi setiapindividu di mana individu berperibadi besar akanbercakap tentang idea-idea baru. Berperibadisederhana akan bercakap tentang peristiwa-peristiwa.Peribadi kerdil pula akan bercakap tentang kelemahanorang lain. Orang yang berperibadi lemah pula akanmenyesali nasib manakala orang yang tidak bercakaptentang apa-apa pun adalah individu yang tidakberperibadi. Penulis turut menyenaraikan langkah-langkah untuk meningkatkan kesihatan mental.

    Terdapat empat sebab kenapa hati mati iaitu keranabanyak makan, banyak tidur, banyak cakap danbanyak ketawa. Juga dinyatakan hati perludiperkayakan dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah)dengan menghindarkan sifat-sifat terkeji(mazmumah).

    Penulis juga mengupas perkaitan di antarapengurusan diri, masa dan kecemerlangan. Turut

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 8

    Bil. 1/2006

    Pembangunan Kendiri mengandungi 14 babyang ditulis oleh penulis yang mempunyaikemahiran dalam bidang psikologi dankaunseling yang dapat membantu pembaca dalammemahami diri sendiri dan juga orang lain.

    Penulis mendefinisikan konsep kendiri menurutpandangan beberapa orang ahli psikologi.Kesimpulan yang dapat dibuat ialah konsep kendiri

    merupakan persepsi dan penilaian seseorang terhadapdirinya sendiri dari aspek sosial, fizikal, emosi,keluarga, tingkah laku, akademik dan sebagainyayang terbentuk melalui pengalaman seseorangapabila berinteraksi dengan alam sekeliling, sosialdan fizikal terutamanya dengan orang-orang terdekatseperti ibu bapa, ahli keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan anggota masyarakat yang hampirdengannya.

    disentuh ialah punca-punca pembaziran masa ataujerat masa yang terbahagi kepada dua faktor iaitufaktor dalaman dan faktor luaran. Penulis juga telahmenganalogikan kehidupan seperti gerabak-gerabaksebuah kereta api di mana setiap gerabakdiumpamakan dengan 5 tahunumur hidup kita.

    Selain daripada itu, penulis jugamemperkatakan tentang cawankehidupan di mana cawankehidupan ini hendaklah diisidengan cawan-cawankepercayaan diri, potensi diri,tindakan, refleksi diri dan doa.Turut memperkatakan tentangpetua meningkatkan keyakinandiri dan enam kunci kejayaan.Merancang kehidupan amatpenting dalam kehidupankerana orang yang gagalmerancang adalah orang yangsedang merancang untuk gagal.Perancangan tidak semestinyamenghasilkan apa yang kitamahu tetapi apa yang kita mahuperlu dirancang. Sebab itulahkita perlu menyemak selalupelaksanaan apa yang kitarancang.

    Pada bab seterusnya pula,penulis memperihalkan peranandan tindakan yang perludilakukan dalam melakukan perubahan sepertimengubah sikap, membentuk matlamat, taatmengerjakan solat dan sebagainya. Dalammenghayati prinsip-prinsip kejayaan individu disaranmembuat perubahan atau islah pada diri sendiri

    berasaskan konsep hijrah. Penulis turut menggariskanlangkah membaiki diri, memulih kelesuan ditempatkerja, berazam dan bertawakal dalam memperolehikejayaan dan resepi sebuah kejayaan.

    Kesimpulannya sebagai insanmuslim mukmin, kita harusmeletakkan sepenuhkepercayaan tentang janji Allahseperti dinyatakan dalam mukasurat terakhir buku ini. Kalaubersungguh-sungguh pasti akanberjaya. Pelajar yang rajin danberusaha dengan gigih sertapenuh komitmen pasti dapatmencapai matlamat. Ibu bapayang prihatin danbertanggungjawab tidak akanmudah kecewa, anak-anakberjaya, rumahtangga akanbahagia. Yang penting individumesti mengekalkan diri didalam keadaan yang positif.Sikap positif yang berterusanmampu memberikan kekuatandan keyakinan diri untukbertindak. Individu tidakseharusnya melihat kelemahandiri sebagai halangan untukberjaya. Sebaliknya tumpuankepada aspek-aspek positif dankebolehan diri merupakankunci utama menzahirkanpeluang untuk terus berjaya.

    Pengulas:Mazelan bin MustapaPenolong PengarahPusat Bibliografi Negara,Perpustakaan Negara Malaysia

    ABDUL RAZAK BIN ABDULLAHMotivasi Kendiri : Prasyarat

    Menuju KejayaanShah Alam : Karisma Publications,

    2005.ISBN 983-195-118-2

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 9

    Seterusnya penulis membincangkan tentang konsepkendiri mengikut pandangan Barat yang berasaskankepada pembelajaran sosial, pendekatanpsikoanalisis, sahsiah, fenomenologi dan kajianempiris. Selain itu, konsep kendiri mengikut tokohIslam yang terkenal iaitu Al-Ghazali yangmenerangkan bahawa asas kendiri yang pentingdalam diri seseorang individu ialah daya nafsu, dayaamarah dan daya intelek. Persamaan antara kedua-duapandangan ialah konsep kendiri adalah faktor asasdalam pembentukan sahsiah dantingkah laku seseorang sertapersepsi seseorang terhadapdirinya sendiri yang terbentukhasil daripada pengalaman danhubungan interpersonal denganorang-orang yang hampirdengannya.

    Selain daripada itu, penulismenyatakan bahawa terdapatdua jenis konsep kendiri iaitukonsep kendiri yang berbentukpositif dan negatif, serta faktor-faktor yang mempengaruhikedua-dua jenis konsep kendiritersebut dan langkah-langkahyang perlu diambil untukmencapai konsep kendiripositif. Konsep kendiri positifyang dimiliki oleh seseorangindividu akan membantuseseorang itu menuju ke arahkesempurnaan kendiri bagimenjamin kehidupan yang lebihbermakna.

    Penulis juga telah menyertakansatu model yang boleh digunakan untuk menilaikonsep kendiri seseorang individu. Model tersebutdikenali sebagai “Tingkap Johari” yang terkenaldalam bidang perkembangan sumber daya manusiasebagai sebuah model komunikasi dan umpan balik.

    Penulis juga membincangkan tentang perkembanganpenghargaan kendiri yang bermaksud penerimaanindividu terhadap dirinya sendiri pada bila-bila masadalam hidupnya. Ia berfungsi sebagai alatperantaraan dalam membantu individu menyesuaikandiri dengan kehendak persekitaran sertamemperkembang dan menonjolkan tingkah lakuyang boleh diterima oleh masyarakat.

    Konsep kendiri remaja dihuraikan oleh penulis dalamBab 6 buku ini. Penulis menerangkan mengenaipembentukan identiti remaja, cara-caramengukuhkan konsep kendiri remaja dan pengaruhsosial dalam pembentukan kendiri remaja.

    Penulis juga mengupas tentang konsep kendiri yangperlu ada bagi seseorang guru kerana iamencerminkan sikap dan sifat profesional guru untukberkhidmat secara cemerlang dan berkesan. Guru

    yang memiliki konsep kendiripositif akan bersediaberhadapan dengan cabaranpendidikan masa kini dansecara tidak langsung akanturut mempengaruhi motivasipara pelajar mereka.

    Topik mengenai konflikdihuraikan oleh penulis denganteliti. Penulis membahagikankonflik kepada dua, iaitukonflik kendiri dan juga konflikantara individu atau inter-personal. Penulis memberikancara-cara menangani konflikdengan baik.

    Dalam buku ini, penulismenekankan tentangkepentingan peranan yangdimainkan oleh keluarga dalampembentukan kendiri danemosi seseorang anak.

    Kesimpulannya, buku ini ditulisdengan kaedah yangkomprehensif, iaitu dengan

    menggabungkan kepakaran dalam bidang psikologidan kaunseling yang memberi kesan kepadapembaca. Ia sesuai sebagai buku rujukan kepadapelajar di institusi pendidikan tinggi dan juga sebagaipanduan kepada guru dan ibu bapa untuk memahamikonsep pembangunan kendiri.

    Pengulas: Hasnan binti Mamat @ Ahmad ShaziliPustakawanPolititeknik Dungun, Terengganu

    AZIZI YAHAYA ... [et. al]Pembangunan Kendiri

    Skudai, Johor : Universiti TeknologiMalaysia, 2005.

    ISBN 983-52-0374-1PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 10

    Bil. 1/2006

    Pemikiran Kreatif secara keseluruhannya adalahsatu buku yang memaparkan tentangkemahiran pemikiran kreatif dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memupuk idea-idea yang kreatif sebagai topik perbincangan utama.Skop tentang pemikiran kreatif digarap secaraterperinci daripada bab satu hingga bab lima.

    Penulis memulakan perbincangan dengan mengulasmengenai definisi pemikiran kreatif. Beliaumentafsirkan pemikiran kreatif adalah keupayaanuntuk menjana idea-idea baru iaitu merealisasikansesuatu idea yang belum adakepada yang ada ataumewujudkan sesuatu idea.Namun begitu, kebolehanmelahirkan idea-idea baru iniadalah berbeza antara seorangindividu dengan individu yanglain. Pemikiran kreatif jugadikatakan sebagai permulaankreativiti kerana penjanaan ideamemungkinkan wujudnyakreativiti bagi tujuanpenyelesaian masalah,penambahbaikan, produktiviti,keberkesanan dan nilai tambah.Setiap individu di dunia inimempunyai kemahiran kreatifkerana secara semulajadimereka dianugerahkan otakdengan fungsi yang sama. Apayang membezakan seseorangindividu itu adalah asuhan yangmenyebabkan wujudnya tahapkreativiti yang berbeza antaraindividu.

    Seterusnya penulis menjelaskanpula mengenai kekeliruan yangsentiasa wujud mengenai pemikiran kreatif dankreativiti. Kebiasaannya, apabila membicarakantentang kreativiti, kita seringkali mengaitkannyadengan aktiviti menyeronokkan antaranya sepertimenyanyi dan berlakon. Memberi contoh dalamsesuatu organisasi, kreativiti dan teknik-teknik yangdicipta adalah mampu untuk membantu mengatasimasalah di organisasi. Melalui sesi perbincanganmisalnya, bukan sekadar untuk menyelesaikanmasalah tetapi juga mendapatkan maklum balasdaripada kakitangan terhadap keadaan semasa.

    Sebenarnya kreativiti boleh membantu penyelesaianmasalah, penambahbaikan di samping meningkatkanproduktiviti dan keberkesanan. Sementara kreatifpula kadangkala ditafsirkan seseorang itu perlumenjadi gila-gila dan memperlihatkan kelainan samaada melalui perlakuan, pakaian dan ketrampilan.Keadaan ini wujud disebabkan beberapa orang tokohternama seperti Albert Einstein dan Pablo Picassopernah dianggap melanggar norma dan berkelakuanpelik. Ramai yang tidak sedar bahawa seseorangyang mempunyai perlakuan dan ketrampilan di dalamnorma sebenarnya juga boleh menjadi kreatif apabila

    keadaan memerlukan.Begitupun ada yangberpendapat untuk menjadikreatif, peraturan perludihapuskan. Namun,penghalang kreativiti bukansemata-mata disebabkan olehperaturan tetapi juga keupayaanseseorang menghasilkan ideadan tindak balas pengurusanterhadap idea baru itu.

    Memupuk kemahiranpemikiran kreatif diutarakanpada bab seterusnya iaitumengenengahkan cara mem-bentuk keupayaan kreatifindividu. Menurut penulis,terdapat empat elemen utamauntuk menjadi kreatif iaitumenggunakan seluruh otak,meluaskan persepsi, memupuksikap dan menggunakan teknik-teknik untuk menjana idea.Mengguna seluruh otakbermakna mengikut teori wholebrain thinking iaitu melaluipendekatan rasional, pen-

    dekatan praktikal, pendekatan emosi dan pendekatanimaginasi. Meluaskan persepsi pula ialah satupendekatan supaya kita tidak terperangkap denganparadigma sendiri. Elemen ketiga iaitu memupuksikap merupakan asas penting untuk membentukperibadi yang kreatif kerana ia adalah titik tolakusaha dan inisiatif. Melalui pendekatan keempatpula, individu perlu mengikuti disiplin-disiplinseperti fokus kepada tujuan, menggunakan teknikdengan berkesan, memberi had masa tertentu, sikapterbuka dan positif dan mendorong diri hingga

    MAIMUNAH OSMANPemikiran Kreatif

    Kuala Lumpur : Institut TadbiranAwam Negara, 2005.ISBN 983-3109-00-4

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 11

    berjaya menjana idea yang baru dan segar. Antarateknik-teknik yang boleh dipraktikkan ialahbrainstorming, analogy, mind mapping, redefine,reversal atau problem reversal, attribute listing,ilham, discontinuity principles, convergent dandivergent, star busting dan metaphorical thinkingserta imitation.

    Seterusnya diterangkan secara terperinci mengenaiperkara yang boleh dilakukan bagi memupuk dirimenjadi kreatif. Antara amalan yang bolehdipraktikkan ialah sentiasa menyimpan danmembawa sebuah nota kecil, menggantung papanputih, mewujudkan kolam sumber, take a break,membuat aktiviti memupuk otak sebelah lagi,membuat kejutan iaitu hentikan pattern yang ada,membuat latihan hubungkait (association) dan tidakbergantung kepada logik semata-mata serta cubameniru idea awal.

    Untuk menjadi kreatif, seseorang individu perlumengetahui perkara-perkara yang sentiasa menjadi

    halangan. Penulis mengkategorikan halangan itukepada halangan-halangan utama dan halangan-halangan lain. Termaktub dalam halangan utamaialah percaya bahawa diri tidak kreatif, tidak adamotivasi diri, bersikap negatif, bimbang dipulaukan,bimbang akan gagal, bimbang kelihatan ganjil danbimbang mendapat malu kerana usaha kreatif.Sementara halangan-halangan lain ialah halanganpersepsi, halangan budaya, halangan intelektual danhalangan organisasi.

    Secara keseluruhannya, kemahiran pemikiran kreatifperlulah dipupuk untuk mewujudkan idea yang barudan lebih segar bagi mendapatkan potensi terbaikindividu. Penulis menganalisis setiap bab denganterperinci dengan memberi contoh yang sesuai danini memudahkan kefahaman para pembaca.

    Pengulas:Norazidawati binti AlyasoPustakawanInstitut Penyelidikan Perubatan

    Perkataan peradaban ada kaitan dengan akarkata ‘adab’ yang mempunyai hubungan eratdengan etika. Perkataan adab merupakanpinjaman perkataan Arab yang mempunyai maknaharfiah iaitu prinsip tingkah laku atau kesan daripadatingkah laku yang baik dan benar. Manakala beradabpula bererti bersopan, terhormat, hidup teratur olehhukum dan diikat oleh sistem adat masyarakat.

    Buku ini terbahagi kepada 9 Bab yang bertemakanperadaban Melayu dengan memfokuskan kepadaperkembangan peradaban Melayu di Nusantara secaraholistik yang meliputi pencapaian mereka dalampelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial,pendidikan, sains dan teknologi yang telah melahirkansebuah masyarakat yang berperadaban tinggi setandingdengan tamadun besar Asia dan dunia yang lain.

    Penulis membincangkan secara mendalam mengenailatar belakang budaya dan peradaban Melayu denganmemfokuskan kepada teori, definisi dan konsep asal-usul orang Melayu. Teori migrasi mendakwa orangMelayu berasal dari selatan Yunan beberapa ributahun yang silam. Teori Nusantara pula menjelaskanbahawa orang Melayu berasal dari alam Melayu atauNusantara itu sendiri. Bagi menjelaskan siapa orangMelayu itu, beberapa definisi boleh digunakan samaada secara individu atau gabungan. Dengan kata lain

    ianya terbahagi kepada pelbagai sudut sama adasecara perlembagaan atau undang-undang atau bolehdidefinisikan mengikut pembahagian ras Melayumengikut wilayah atau geografi. Di samping ituapabila memperkatakan tempat kediaman asalMelayu ini dan penyebarannya maka boleh dikaitkandengan konsep Melayu Inti, Melayu Diaspora danMelayu Minoriti.

    Buku ini juga berkisar kepada pertumbuhan budayaMelayu tradisi, dan politik masyarakat Melayuperingkat awal yang banyak bersandarkan kepadakajian arkeologi yang dilakukan sebelum ini. Zamanawal ini dikenali sebagai zaman prasejarah yangdianggap sebagai asas kepada terbinanya budaya dansistem politik pada zaman kemudiannya.Kemunculan kerajaan di alam Melayu dianggapsebagai satu proses ketamadunan yang bersambungantara satu dengan lain sehingga mewujudkan sebuahkerajaan yang lebih kompleks.

    Seterusnya penulis mengupas sistem politik Melayutradisional, yang berteraskan kepada sistem berajadan ia diperkukuhkan lagi dengan kedatanganpengaruh Hindu-Buddha yang membawa konsepdewaraja iaitu mensakralkan raja-raja Melayumenyamai taraf para dewa Hindu dan pemimpinmasyarakat Melayu ini telah mendapat pengesahan

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 12

    Bil. 1/2006

    perkembangan pesat institusi-institusi pendidikan. Erakolonialisasi merupakan era zaman kegelapanmasyarakat Melayu dan alam Melayu tetapi denganpenyemarakkan semula tradisi keilmuan ini iamenyumbang kepada perjuangan kemerdekaan danselepas itu tradisi keilmuan ini dibangunkan semuladengan acuan sistem pendidikan moden ala Malaysia.

    Selain daripada itu, penulis membicarakan aspek sainsdan teknologi Melayu. Pencapaian masyarakat Melayudalam bidang sains dan teknologi sebenarnya setandingdengan pencapaian tamadun lain yang muncul seusiadengannya. ‘Genius tempatan’ masyarakat Melayu di

    samping mampu mencipta alat-alat tertentu, mereka jugamelakukan pengubahsuaian keatas hasil teknologi luar yangkemudiannya disesuaikandengan budaya dan keperluansetempat sehingga wujudnyagolongan profesional dan pakar-pakar dalam pelbagai bidangseperti bidang perubatan,matematik, senibina, pertaniandan sebagainya.

    Akhir sekali penulis telahmeneliti peradaban Melayu yangterpaksa berhadapan dengangelombang baru globalisasi danpascamodenis sehinggamewujudkan hambatan dalamproses kelangsungan pembinaantamadun Melayu. Namundemikian sebahagian besardaripada unsur-unsur pentingyang membina peradabanMelayu masih dipusakai hinggake hari ini seperti pemikiranmasyarakat Melayu tentang rajadan kehidupan politik, pengaruhIslam dalam budaya dan

    pemikiran, serta perubatan Melayu.

    Secara keseluruhannya, buku ini amat bermanfaatdan sesuai untuk mereka yang ingin mengetahui danmemahami pemikiran, kebudayaan dan pencapaianmasyarakat Melayu.

    Pengulas: Hadi Mohd Nasarudin bin AliPustakawanPoliteknik Kota Melaka, Melaka

    bagi memperkukuhkan kedudukan masing-masing.Sistem politik Melayu tradisional bersifat unikterutama dari segi proses pembentukan danperkembangannya yang telah mengalami prosesevolusi hasil daripada penaklukan, perkahwinan dankerjasama di samping unsur-unsur kepercayaan dankosmologi.

    Penulis juga membicarakan tentang ekonomimasyarakat Melayu tradisional yang menjadikanperdagangan sebagai aktiviti utama dan terserlahsehingga mewujudkan pelabuhan-pelabuhan yangterkenal serta membentuk sebuah kerajaan maritim.Perkembangannya yang pesatmembawa kepada persainganyang sengit daipada kuasa-kuasa baru dan kuasa-kuasaasing khususnya kuasa Baratuntuk menguasai pelabuhanyang dianggap strategik sertamenguntungkan.

    Sistem sosial masyarakat Melayuyang terikat dengan adat dantradisi yang diwarisi turuntemurun melalui prosessosialisasi yang tidak bercanggahdan selari dengan ajaran Islamturut dikupas oleh penulis.Pegangan orang Melayu yangkuat kepada sistem adat ini,memperteguhkan lagi keterikatanorang Melayu dengan ajaranIslam yang merangkumi aspek-aspek kekeluargaan dankemasyarakatan.

    Persoalan mengenai sistemkepercayaan, agama dankosmologi orang Melayu telahdisentuh oleh penulis. Terdapatbeberapa pengaruh sistemkepercayaan yang mempengaruhi kebudayaanMelayu iaitu Hindu-Buddha, Islam dan kepercayaanAnamisme. Revolusi kepercayaan ini juga telahmenyebabkan perubahan yang besar ke atas konseppolitik, sosial dan pemikiran orang Melayu itu sendiri.

    Penulis juga memberi fokus kepada tradisi keintelek-tualan Melayu iaitu hasil daripada perkembanganIslam ke alam Melayu dan memperkenalkan ilmu-ilmubaru yang disampaikan melalui perantaraan bahasaMelayu sehingga mewujudkan ramai intelektual serta

    MOHD. KOHARUDDINMOHD. BALWI

    Peradaban MelayuSkudai, Johor : Penerbit Universiti

    Teknologi Malaysia, 2005. ISBN 983-52-0364-4

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 13

    Buku Rahsia Jutawan-Jutawan InternetTerbongkar adalah merupakan hasil tulisandan pengalaman oleh Irfan Khairi, usahawaninternet yang telah menjana pendapatan jutaan ringgitmelalui perniagaan internet. Menurut penulis, bukuini dihasilkan untuk memberi pengajaran danmenyalurkan maklumat umum mengenai perniagaaninternet.

    Buku ini mengandungi 42 bab di mana iadibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian yangketiga pula adalah bahagian terakhir atau penutup.Bahagian pertama bermula apabila penulis mulamengetengahkan beberapa persoalan sebelumperniagaan internet dimulakan.Perkembangan dunia internetyang berkembang pesatditonjolkan oleh penulis besertadengan statistik penggunainternet di seluruh dunia. Disamping itu insentif daripadakerajaan bagi menambahkankepenggunaan internet diMalaysia dijadikan suntikanoleh penulis dalammenggambarkan peluang danpasaran dalam bidang ini.

    Seterusnya penulis memberipanduan bagi memula danmenjalankan perniagaaninternet tanpa menggunakanperbelanjaan yang besar.Penulis juga menyangkaltanggapan salah orang ramaimengenai perniagaan internetterutamanya dari segikesukaran paparan danpembinaan laman web.

    Kebaikan dan kelebihanmendirikan perniagaan internetadalah dalam bentuk modal,kos serta rangkaian pemasaran yang luas. Penulisjuga telah membariskan empat langkah memulakanperniagaan di internet. Sekali lagi persoalan-persoalan yang timbul dalam mengenalpasti apakahjenis perniagaan di jawab dengan berkesan olehpenulis disokong dengan kajian kes: Map-of-Malaysia.com. kepunyaan penulis. Di antara langkahyang diketengahkan termasuklah produk atauperkhidmatan, sistem bayaran, laman web itu sendiri

    dan akhir sekali promosi meliputi enjin carian,direktori email, forum dan iklan. Penulis jugamembincangkan anggaran kos perniagaan internetsecara menyeluruh dan teliti. Faktor kegagalanperniagaan internet diperinci dengan disertakanbeberapa contoh, termasuklah tiadanya perancangan,sikap peniaga yang pasif dan pengabaian undang-undang serta etika internet. Di samping itu jugapemilihan produk dan perkhidmatan yang salah sertatidak bersesuaian dengan kehendak pengguna jugaboleh mengundang kegagalan.

    Bahagian kedua buku ini bermula daripada Bab 7sehingga Bab 42 akan membongkar 36 rahsia

    jutawan internet dan bahagianini juga merupakan intipatikeseluruhan kepada subjekyang dibincangkan. Di antararahsia atau tip yang diberikanoleh penulis ialah penekanandalam pentingnya memilihproduk atau perkhidmataninternet. Pemilihan produk atauperkhidmatan harusberdasarkan pengetahuan danpengalaman peniaga disertakandengan minat.

    Lain-lain rahsia yang dapatdirangkumkan termasuklahcara menetapkan arah pasarandengan memberi penekanankepada konsep satu laman webdengan satu produk. Dengancara ini ia dapat memberi lebihpenumpuan dan fokus terhadapsesuatu produk. Kepentinganpromosi dan pemilihan nama didalam laman web menjadikriteria utama untuk menarikpengguna atau pelangganmengikut pandangan penulis.

    Penulis amat menekankan mengenai cara pemaparangrafik yang sesuai serta pemilihan kata kunci yangtepat agar memudahkan pengguna membuat carian.Rahsia- rahsia lain yang dinyatakan di dalam buku inioleh penulis merupakan strategi dan formula bagimerangsang kejayaan perniagaan di internet danmengandungi tip samada dari peringkat pembinaanlaman web sehinggalah kepada proses pemasaranproduk atau perkhidmatan.

    IRFAN KHAIRIRahsia Jutawan-Jutawan Internet

    TerbongkarKuala Lumpur : True Wealth,

    2005.ISBN 983-3364-00-4

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 14

    Bil. 1/2006

    Bahagian ketiga atau terakhir di dalam buku ini akanmenjawab persoalan sama ada perniagaan internet inisesuai bagi para pembaca. Gambaran mengenaisuasana dan budaya kerja, selok belok dan nasihat-nasihat berguna perniagaan di internet ini dilakarkanmelalui pengalaman penulis sendiri.

    Akhir sekali setelah persoalan dan rumusanmengenai perniagaan internet ini dibincangkan,sedikit motivasi bagi memulakan perniagaandisertakan dengan contoh-contoh petikan yangdiambil daripada penceramah motivasi negara yangterkenal seperti Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

    Secara keseluruhan buku ini dapat memberikanpanduan dan cara-cara bagaimana menjana wangmelalui perniagaan internet dengan mengambilmodel dan pengalaman penulis yang telah berjayamemperolehi pendapatan mencecah jutaan ringgit.Semua langkah dan nasihat digarap denganmenggunakan kaedah dan gaya bahasa yang mudahdifahami.

    Pengulas: Muhammad Rizal bin FaisalPenolong PengarahBahagian Khidmat Pelanggan,Perpustakaan Negara Malaysia

    Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20 yangmengandungi 37 judul buku hasil karya 37orang pengarang ini mewakili seguguspengarang penting Persekutuan TanahMelayu/Malaysia yang telah mencambahkan puluhanribu cerpen dalam tempoh satu abad yang baruberlalu. Pelbagai tema dan persoalan yang terungkapdalam sejumlah lebih 700 cerpen ini, secara tersiratdan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanansejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpen inimerupakan rakaman kreatif persekitaran masing-masing pengarang yang sekaligus memancarkancitra, cita-cita dan minda mereka sepanjang seabadperjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Sirikumpulan cerpen ini merupakan persada warisanyang mengilaukan tamadun bangsa dan sekaligusmenjadi mercu tanda klasik arena pencerpenan yangterakam dalam bahasa Melayu.

    Pesan Telah Berkesan merupakan cerpen yangmemaparkan pergolakan hati antara seorang ustazahmuda bernama Nurmah yang dikongsi bersamapemuda yang bakal menjadi suaminya, bernamaHassan. Perubahan dalam penyebaran ajaran Islamyang lebih moden namun tetap berpaksikan denganintipati ajaran Islam yang sebenar. Pelbagai rintangandan cabaran perlu dihadapi oleh ustazah ini. Namun,demi kemajuan anak bangsa yang perlukanpengetahuan, usaha ini diteruskan dengan dorongandan semangat dari Hassan disulami dengan sokonganyang bersulam kasih dan cinta yang tulus dari kedua-dua insan ini.

    Hati Budinya pula cerpen yang bertemakan kasihsayang antara Jamil pemuda kampung yang berhatiwaja dengan Saadah, anak Ketua Daerah yang

    disegani di kampungnya. Walaupun berbeza darjatdan harta benda, namun ia bukan satu batupenghalang untuk dua hati muda-mudi ini disatukan.Demi kasih yang telus, semua dugaan ditempuhidengan penuh tabah, dan akhirnya keduanyamenikmati bahagia yang berpanjangan.

    Berat Lidah Menuturkan dan Falsafah Barumerupakan cerpen yang memaparkan kisahperjuangan demi menegakkan pegangan dansemangat cintakan negara. Selain menitikberatkankepentingan semangat patriotisme dan jati diri dalamdiri, turut diselitkan bibit percintaan secara halus dansuci antara pendokong utama watak dalam cerpen,iaitu Baki dengan Maimun dan sahabatnya, sertaSalim dan isterinya yang sentiasa menjadi tulangbelakangnya tanpa mengenal penat dan jemu demimasa depan anak bangsa Melayu sendiri.

    Sebuah Rumah Bertuah yang menjadi tajuk utamauntuk kompilasi cerpen kali ini merupakan cerpenyang mengupas kegigihan seorang anak mudakampung bernama Zainal yang sentiasa berusahatanpa jemu dan turut berjaya dalam percintaandengan Hendon.

    Cinta Sawah Padi berkisar dengan tema perjuangandiri Nawawi, pemuda kampung yang inginmeningkatkan taraf hidup masyarakat tani yangbergantung hidup dengan bersawah padi semata-mata. Diiringi doa dan cinta kasih dari Rusnahsebagai pendorong semangat Nawawi yang akhirnyadisunting sebagai suri hatinya.

    Semenjak Kita Bertemu, Pemuda Desa, SementaraMenanti Dia dan Puteri Bangsa merupakan cerpen-

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 15

    cerpen yang turut memaparkan tema perjuanganpemuda-pemudi Melayu yang bersungguh-sungguhingin membuat anjakan paradigma dalam masyarakatMelayu kampung. Walaupun pelbagai rintangandihadapi, tidak sekali-kali berundur, malahanmenjadi sumber kekuatan demi kepentingan bangsasendiri.

    International Hotel menampilkan kelainan dari segipenceritaan walaupun temanya masih berkisardengan kasih sayang dan cinta sesama manusia.Ramlah adalah seorang wanita yang mencari rezekidengan melacurkan diri kerana kesempitan hidup.Namun akhirnya, bertemu dengan Naim, pemudakampung yang berhati tulus dan ikhlas inginmembimbingnya ke jalan yang benar.

    Corak Hidup, Salim Berhari Raya Korban, AnakLaut, Tembok Kenangan dan Mengingat Hidup antarakumpulan cerpen-cerpen yangmengupas tema corak danbudaya masyarakat Melayuyang berorientasikan pertaniandan perikanan semata sebagaisumber pendapatan utama danmengingatkan pembaca tentangasal-usul corak kehidupanmasyarakat Melayu abad 1940-an hingga 1990-an. Kegigihandan ketabahan setiap watakutama dalam menghadapirintangan hidup dapat dilihatdengan jelas dalam setiapcerpen ini. Segala keperitan danpenderitaan dari aspek mental,fizikal dan emosi digarap secarahalus dan teratur. Namun,

    segala cabaran ini dihadapi dengan penuh kesabarandemi memastikan kehidupan dapat diteruskan dandipertingkatkan selaras dengan perkembanganzaman.

    Cerpen Pemain Saksofon berkisar dengan kehidupankelab malam atau kabaret dimata seorang pemainsaksofon bernama Badarudin. Pelbagai ragam dangelagat dapat dilihat melalui cerpen ini. Turutmengupas perasaan cinta Badarudin terhadap salahseorang penari kabaret terkenal bernama Esah.

    Pak Cik Saya Kembali ke Masjid adalah cerpen yangterakhir yang dimuatkan dalam buku ini. Berkisartentang keinsafan, kerohanian dan ketuhanan. PakCik Bakaruddin bekas seorang pegawai tinggikerajaan yang telah bersara yang kini menumpukanbaki hidupnya mencari keredhaan Tuhan danmenyesali atas kesilapan atas perbuatannya semasa

    berkhidmat dahulu.

    Kesimpulannya, cerpen-cerpenini mencerminkan perubahanbangsa kita dan sesuai dibacaoleh semua peringkatmasyarakat. Gaya penulisandan penceritaan adalah menarikdan mudah difahami. Cerpenjuga merupakan sebahagiandaripada warisan peradabanbangsa yang tak luput dekzaman.

    Pengulas:Norlaina binti Mohd RaziPustakawanPoliteknik Ungku Omar, Perak

    AWAM IL-SARKAMSebuah Rumah Bertuah

    (Kumpulan Cerpen Pilihan AbadKe-20)

    Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka, 2005.

    ISBN 983-62-8432-X

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 16

    Bil. 1/2006

    Asas dan Kerangka Perundangan Negara Islam – MalaysiaKuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2005.

    ISBN 983-2636-07-8

    Perundangan Islam telah bertapak di Tanah Melayu sejak sekian lama.Undang-undang berusia 590 tahun lahir rentetan perkahwinan Raja Melakadan Puteri Raja Islam dari Pasai pada 1414. Perundangan Islam ketika zamanKesultanan Melayu Melaka diamalkan berterusan sehingga zaman penjajahan.Kekangan-kekangan (halangan-halangan) yang wujud pada masa penjajahanmengakibatkan undang-undang Islam terbatas kemajuannya. Terdapatperbezaan dan pengajaran undang-undang Islam yang diamalkan di antaranegara- negara Islam yang lain. Penulisan buku ini bertujuan untuk mewujudkan

    kerangka perundangan Syariah yang lebih lengkap di Malaysia serta melaksanakan undang-undang Syariah pada zaman pra-merdeka. Di samping membicarakan tentang kedudukandan peranan fatwa dalam pelaksanaan undang-undang Syariah di Malaysia, undang-undangIslam di beberapa negara Islam selepas merdeka serta pelaksanaan undang-undang Syariahyang komprehensif dari sudut aspek penerimaan masyarakat Islam dan bukan IslamKesukaran penerimaan masyarakat bukan Islam berpunca dari pemahaman yang tidak jelasmenimbulkan ketakutan terhadap diskriminasi agama. Kesepakatan masyarakat Muslim danpemahaman konsep yang jelas merupakan kunci kejayaan pelaksanaan undang-undangSyariah di Malaysia.

    SINOPSIS BUKU

    EFFANDI ZAKARIAAsas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik

    Shah Alam : Karisma Publications, 2005. ISBN 983-195-121-2

    Buku ini berdasarkan kepada tesis penulis dan pengalamannya sendiri. Iamembincangkan tentang pendekatan yang boleh digunakan dalampengajaran dan pembelajaran matematik. Ia mengandungi teori-teoripembelajaran koperatif, model-model pembelajaran koperatif dan unsur-unsur yang perlu diambil kira dalam melaksanakan pembelajaran koperatif.Ia juga turut membincangkan bagaimana untuk membentuk kumpulankoperatif dan perlaksanaannya di bilik darjah. Ia boleh dijadikan rujukan kepada penuntutinstitusi pengajian tinggi, bakal-bakal guru di maktab-maktab perguruan, terutamanyaguru-guru matematik dan masyarakat umum yang berminat dalam pendidikan matematik.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 17

    RAIHANAH SALLEHCinta Terluka

    Pulau Pinang : Rhythm Pub., 2005. ISBN 983-187-502-8

    Sebuah novel cinta yang menggarap kisah hidup serta episod cinta dukaseorang gadis bernama Tania Shahirah yang terpaksa menyembunyikanidentiti sebenarnya ekoran tuduhan rasuah dan pecah amanah yang dihadapioleh bapanya. Beliau menghadapi segala dugaan hidup dengan penuh ketabahansetelah dipaksa tinggal bersama adik bongsu bapanya. Secara tidak langsungTania turut terlibat dalam konflik keluarga bapanya yang tidak pernah

    diketahuinya. Hidupnya semakin tertekan tetapi beliau tetap tidak mahu mengalah.Pertemuannya dengan seorang jejaka bernama Aslam telah banyak membantu menguatkansemangatnya untuk menghadapi segala cabaran. Namun begitu segalanya mula berubahapabila kedua ibu bapa Tania menjemputnya pulang setelah pendakwaan kes ke atas bapanyaselesai dan mahu Tania berkahwin dengan Zakuan. Tania yang mencintai Aslamkebingungan untuk memilih antara cinta, kasih, budi dan simpati.

    LILI ROZITABukan Cinta Biasa

    Kuala Lumpur : Ghostwriter, 2005.ISBN 983-2629-40-3

    Bukan Cinta Biasa berkisarkan watak utama Ayu Farhanah, seorang anakyatim setelah kehilangan kedua ibu bapa dan adik kesayangan di dalamsatu kemalangan jalan raya. Untuk menyara hidup dan mengejar cita-cita,beliau telah bekerja sebagai pengasuh di rumah Mak Engku. Di sana beliautelah diberi peluang untuk menyambung belajar secara sambilan. Dalammasa yang sama, Ayu Farhanah telah dipertemukan dengan anakmajikannya, Tengku Ashraf Mukhriz dan membuahkan perasaan cinta yang berbalas.Bagaimanapun, cinta itu terhalang oleh tunangan Tengku Ashraf Mukhriz, Raja RitaAida.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 18

    Bil. 1/2006

    HANEEF, SAYED SIKANDAR SHAHEthics and Fiqh For Daily: an Islamic Outline

    Kuala Lumpur : International Islamic University Malaysia, 2005.ISBN 983-2957-13-3

    Man is created to be the vicegerent on earth and responsible to realizeAllah’s will in this world. In order to fulfil his duty of vicegerency onearth, man needs to live in conformity with the shariah’s prescribed of codebehavoir that embraces all dimensions of human life. However today ourmorality is eroding, our personal and social behavior is bereft of Islamic valuesystems and its laws, and our spirituality suffers decline and confusion. Thisbook is published to remedy the situation. The author covers the basics of islamic ideology,its ethical value system and its action inspiring legislative measures. The discussions drawsupon the evidences from the Quran and the Sunnah rather than dwelling on juristic doctrinesand their ensuing polemics.

    CHAPRA, M. UMER Islam dan Cabaran Ekonomi

    Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. ISBN 983-62-7604-1

    Buku Islam dan Cabaran Ekonomi ini merupakan sebuah buku terjemahandaripada buku Islam and The Economic Challenge oleh penulis tersebut.Buku ini membicarakan pelbagai isu mengenai kegagalan sistem ekonomi

    negara Islam. Ia terbahagi kepada dua bahagian, bahagian pertama

    mendedahkan mengenai kegagalan sistem, dan bahagian kedua

    membincangkan strategi ke arah merealisasikan matlamat sosioekonomi umat Islam.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 19

    YAHYA, HARUNJangan Beralasan Anda Jahil

    Kuala Lumpur : Saba Islamic Media, 2004.ISBN 983-9384-31-7

    Manusia sering gagal menggunakan akal untuk berfikir ataupun merenungmengenai banyak perkara yang ada kaitan dengan kehidupan mereka.Buku Jangan Beralasan Anda Jahil ini mengajak pembaca berfikir tentangperkara-perkara di sekeliling mereka, memikirkan tentang kewujudan dunia,tentang siapakah pencipta segala yang hidup termasuk dirinya. Penulis jugamengajak pembaca untuk tidak berpura-pura tidak memahami fakta-fakta yang

    diperolehi. Buku ini membincangkan bukti-bukti di sekeliling manusia untuk memberipemahaman tentang kewujudan Allah dan sifat-sifatNya walaupun manusia tidak dapatmelihat Penciptanya.

    SURIA SHAFIEKasih di Hujung Rindu

    Pulau Pinang : Rhythm Pub., 2005.ISBN 983-187-501-X

    Novel ini mengisahkan tentang hubungan Farah dan Khairul yang kembalibertaut setelah beberapa tahun terputus hubungan. Pertemuan tersebuttelah menyemarakkan semula cinta mereka. Namun, ketika itu Khairul telahkematian isteri dan mempunyai dua orang anak lelaki. Mereka akhirnyaberkahwin walaupun tidak direstui ibu Khairul yang takutkan kasih sayangcucu-cucunya akan beralih kepada ibu tiri. Farah sedar keputusan berkahwindengan Khairul adalah salah kerana Khairul masih dibayangi kenangan arwah isterinya.Namun, Farah tetap bersabar dan cuba mempertahankan perkahwinan mereka sehinggalahdirinya difitnah ibu mertuanya yang menyebabkan dia diusir keluar oleh Khairul. Ketika ituKhairul tidak mengetahui yang Farah sedang hamil. Akhirnya, ibu Khairul dan Khairulsendiri menyedari kesilapan mereka terhadap Farah. Pada saat cinta Farah dan Khairul kianbersatu, Farah telah kembali kepadaNya dengan meninggalkan sebutir permata yang tidakternilai harganya.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 20

    Bil. 1/2006

    BENNABI, MALIKKrisis Intelektual Muslim

    Shah Alam : Karisma Publications, 2005.ISBN 983-195-114-X

    Buku ini dianggap luar biasa di kalangan masyarakat intelektual Islam keranamengandungi idea yang bukan datang dari pengkaji Islam. Idea yangterkandung dalam buku ini berasaskan kepada dua aspek iaitu metode kajianBarat yang tidak digunakan disebabkan pengkaji mengutamakan metodenyasendiri dan idea yang terkandung dihuraikan dan dianalisa secara panjang lebar.Buku ini membincangkan tentang isu keintelektualan dan kebudayaan dariperspektif baru. Ahli sosiologi Barat atau Timur Eropah menyentuh persoalan

    sosiologi dengan penuh emosi di mana pengkaji sosiologi Barat memberi deskripsi tentangrealiti suatu masyarakat seolah-olah ia dapat dilihat di depan mata pembaca di negaranyauntuk dinilai oleh masyarakat. Manakala penulis pula mengutarakan tentang persoalankeintelektualan dan kebudayaan yang berkaitan beberapa generasi Islam selepas era al-Muwahhidun. Penulis juga menyentuh aspek-aspek positif isu kebudayaan dankeintelektualan supaya dapat dinilai oleh pembaca. Karya ini lebih memfokuskan terhadapkrisis keintelektualan bertujuan untuk mengkaji beberapa gejala buruk yang menimpa duniaIslam.

    ISKANDAR AB RASHID, ZAITUN ISMAILLaman Sesawang dengan Pangkalan Data

    Batu Caves, Selangor : Venton Pub. (M), 2005. ISBN 983-26661-59-5

    Buku ini menyediakan panduan langkah demi langkah untuk membinalaman sesawang (web page) yang mencapai pangkalan data. Dokumenhiperteks yang biasa digunakan tidak mampu mencapai pangkalan data. Adalahamat penting membina laman sesawang yang mampu mencapai pangkalan datauntuk membina laman sesawang e-dagang. Melalui buku ini pembaca bolehmempelajari dokumen hiperteks, pelayan sesawang Apache, bahasa skripsebelah-pelanggan JavaScript, bahasa skrip sebelah-pelayan PHP dan perisian pengurusanpangkalan data berkait RDBMS MySQL. Contoh yang diberi membantu memudahkanpembaca mengikut satu persatu cara membina laman sesawang. Bersama buku ini jugadibekalkan CD kepilan yang mengandungi semua kod dan perisian yang diperlukan untukmembina laman sesawang yang mencapai pangkalan data.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 21

    LOW, KOK ONMembaca Mitos dan Legenda KadazandusunBangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005.

    ISBN 967-942-735-8

    Buku ini mengupas tentang persepsi masa silam orang Kadazandusun,bahawa nenek moyang mereka berasal dari bumi Sabah. Kajian olehpenulis mendapati bahawa sistem kepercayaan orang Kadazandusun pada masasilam bukan bercirikan animisme tetapi politeisme. Berdasarkan interpretasidaripada teks mitos didapati orang Kadazandusun masa silam telahmempercayai tentang dewa-dewi yang berhierarki. Sistem kepercayaan

    politiesme Kadazandusun ini mirip kepada sistem kepercayaan politiesme bangsabertamadun lain seperti orang Yunani, Cina dan Hindu. Dengan ini boleh dikatakan orangKadazandusun juga merupakan satu rumpun bertamadun yang mempunyai sistemkepercayaan politeisma yang tersendiri.

    A. AZIZ DERAMANMasyarakat dan Kebudayaan Malaysia

    Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.ISBN 983-62-8763-9

    Buku Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia ini mengandungipengenalan ringkas tentang latar belakang dan sejarah sosiobudayaMalaysia bagi menggambarkan peringkat awal perkembangannyasehinggalah ke arah cita-cita mewujudkan kebudayaan kebangsaan. Buku iniditulis bagi tujuan memenuhi hasrat pengajian masyarakat dan kebudayaanMalaysia kerana sememangnya pengajian sosiobudaya di Malaysia amatperlu dilihat secara terperinci. Pendekatan yang menyeluruh terhadap permasalahankebudayaan negara dalam konteksnya hari ini amat diperlukan.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 22

    Bil. 1/2006

    SUZIANA CHE WIL, MUHAMAD ISMAIL AHMADMenghadapi Cabaran Dunia Tanpa Sempadan

    Kuala Lumpur : Caberawet Pub., 2005.ISBN 983-3036-17-1

    Informasi Teknologi dan Komunikasi (ICT) merupakan satu mekanisme barudalam dunia teknologi terkini. Kemajuan teknologi telah mengubah carahidup manusia dari segi tindakan dan membuat keputusan. Proses penyelidikandan pembangunan menjadi semakin mudah bagi menghasilkan pelbagaipenciptaan yang bertujuan membawa perubahan dalam hidup manusia. Asaskemunculan kepelbagaian teknologi adalah untuk membantu manusiaberkomunikasi. Cabaran dunia tanpa sempadan tidak akan memberi sebarang makna jikatiada perubahan dalam kehidupan manusia. Sikap terbuka untuk menerima kemajuansebagai satu cabaran positif perlu dijadikan landasan utama. Persediaan diri menerimakemudahan yang disediakan adalah penting dalam usaha meningkatkan kemajuan diri.

    AWANG AZMAN AWANG PAWI, KHOR CHOOI LIAN, Eds.P. Ramlee di Cakera Nusantara

    Kota Samarahan, Sarawak : Universiti Malaysia Sarawak, 2005. ISBN 983-9257-37-4

    Buku ini membincangkan penemuan baru mengenai P. Ramlee yangmeliputi perkembangan artistik, kreativiti, lirik, komposisi skrip danpengarahan. Penyelidik, sarjana dan aktivis seni dalam dan luar negara

    memberikan pandangan mereka mengenai aspek yang relevan tentang

    kesenimannya. Buku ini sesuai dibaca oleh mahasiswa seni, pengkaji dan

    peminat seni negara khususnya tentang Seniman Agung Negara ini.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 23

    SIDEK MOHD NOAHPengujian & Penilaian Dalam Kaunseling : Teori dan Aplikasi

    Serdang, Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2005. ISBN 983-2871-83-2

    Buku Pengujian & Penilaian Dalam Kaunseling: teori dan aplikasi inimengandungi 11 bab yang khusus dijadikan panduan kepada parakaunselor dan ahli psikologi dalam proses membantu individu. Ia disusundan ditulis berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki olehpenulis iaitu dengan pembinaan sendiri empat ujian psikologi, yangdigunakan dengan meluas di sekolah-sekolah. Buku ini juga menyentuh

    mengenai falsafah dan teori psikologi yang telah diaplikasi oleh para kaunselor dan ahlipsikologi iaitu dari segi ujian personaliti, minat kerjaya, nilai pekerjaan serta beberapaujian lain yang berkaitan.

    Al Jauziyah, Ibnu QayyimPenjagaan & Rawatan Kesihatan Secara IslamKuala Lumpur : Perniagaan Seribu Dinar, 2005.

    ISBN 983-3247-12-1

    Ibnu Qayyim Al-Jauziyah adalah seorang pakar kedoktoran Islam yangterkenal di seluruh dunia dan merupakan guru perubatan kepada para doktordari Barat serta Timur. Buku ini merupakan terjemahan dari Kitab At-TibunNabawi karya agung beliau yang sering menjadi rujukan pakar perubatan. Kitabtersebut mendedahkan pelbagai cara dan kaedah perubatan serta bahan-bahanubat-ubatan bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit jasmani dan rohani.Turut dihuraikan pelbagai segi persoalan mengenai perubatan dan kesihatan di zaman NabiMuhammad S.A.W. Dasar-dasar ilmu perubatan telah lama diperkenalkan di dalam al-Quranyang meliputi cara memelihara kesihatan, mencegah penyakit dan mengubati penyakit. Al-Quran merupakan ubat bagi segala jenis penyakit yang perlu dilandasi dengan iman dankesediaan merendahkan diri di hadapan Allah.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 24

    Bil. 1/2006

    MOHD HAMDAN ADNANPerjuangan Perundangan Pengguna

    Petaling Jaya : IBS Buku, 2005.ISBN 967-950-219-8

    Buku ini memaparkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh persatuanpengguna khususnya Gabungan Persatuan - Persatuan PenggunaMalaysia (FOMCA) dalam melahirkan suatu Akta yang menyeluruh bagi

    melindungi hak dan kepentingan pengguna di negara ini. Penggubalan Akta

    Perlindungan Pengguna 1999 telah membentuk dimensi baru dalam

    memastikan hak dan kepentingan pengguna di Malaysia tidak terabai.

    JENIRI AMIRPolitik Dalam Novel

    Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2005. ISBN 983-100-292-X

    Buku ini diolah untuk mengenalpasti dan mengetahui persoalan politikkepartian dalam novel Melayu mutakhir. Buku ini juga lebihmengkhususkan tentang persoalan-persoalan politik utama yang diutarakandalam novel tersebut. Antara persoalan yang dikenalpasti dan dibincangkanadalah mengenai isu dan persoalan politik kepartian semasa yang diungkapkanoleh empat orang novelis serta sejauh mana relevannya dengan lingkungansosiopolitik tanah air. Buku ini juga mengenalpasti amalan politik dan kesan-kesan amalanitu, di samping melihat kaitan persoalan politik yang dikemukakan dalam novel denganrealiti sosiopolitik di tanah air. Kepimpinan politik seperti yang digambarkan dalam novelyang dianalisis juga dikenalpasti. Buku ini juga membincangkan mengenai golonganpemimpin dan amalan-amalan pemimpin politik dalam mengukuhkan kuasa.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 25

    BARAKAT, HEBA NAYELRhythm & Verses : Masterpieces of Persian Calligraphy

    Kuala Lumpur : Islamic Arts Museum Malaysia, 2004.ISBN 983-40845-5-2

    The style of the Holy Quran, with its rhythm and verses influenced thewritings and rhythms echoed in the artistic expressions of every muslimscholar, calligrapher and poet. The publication of Rhythm & Verses is aimed topresent a collection of fine single folios from Iran to the attention of scholars,art historians, calligraphers and the public. The book itself is a catalogue andexhibition comprising of two hundred and fifty single folios featuring some of

    the most prominent and renowned Persian calligraphers. The folios cover a time span of overfour hundred years, from the sixteenth to the nineteenth century AD and the collectioncontribute towards constructing a clearer history of the development of Persian scriptsthrough masterpieces of Iranian and Arabic literature.

    ABANG MOHAMAD SHIBLI HJ. ABANG MOHAMAD NAILIERakan Zakat Anda

    Haji Abang Mohamad Shibli Bin Haji Abang Mohamad Nailie, 2005. ISBN 983-42075-0-6

    Perihal zakat menjadi pokok persoalan dari dahulu lagi dan pada masa yangsama masih terdapat di kalangan masyarakat Islam tertanya-tanya ke manadan di mana perginya wang zakat mereka? Bahkan ada yang bertanya apakahdana yang sedia ada telah diurus dan ditadbir dengan baik? Oleh itu buku RakanZakat Anda ini mampu menjelaskan perlaksanaan kefarduan berzakat sebagaisalah satu rukun Islam yang masih dipinggir dan kurang difahami. Buku ini ditulis melaluipengalaman dan pengamatan penulis secara peribadi dalam pengurusan zakat di sampingberusaha untuk menyingkap hijab berhubung perkara itu. Buku ini bukan sahaja sesuai untukbacaan semua peringkat masyarakat tetapi juga bermanfaat bagi yang berminat untukmendalami aspek perlaksanaan hukum zakat secara menyeluruh.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 26

    Bil. 1/2006

    RAMLEE AWANG MURSHIDSatu Janji

    Shah Alam : Alaf 21, 2003.ISBN 983-124-118-5

    Novel ini menceritakan kisah hidup pahit maung yang penuh dengan ranjauberduri seorang lelaki bernama Luqman. Balas dendam, pencariankeluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaanseorang lelaki yang bernama suami, merupakan satu janji yang melingkarihidup Luqman. Begitulah janji Luqman yang tidak akan berundur walaupunterpaksa menempuh banyak rintangan dan cabaran yang menjadi liku-likukehidupannya. Tragedi pembunuhan ayah Luqman telah membuka satu rahsia yang menjadidalang pengkhianatan. Pada ketika itu, Luqman bertemu dan jatuh cinta dengan AdeliaMustapha dan seterusnya mereka berkahwin. Namun begitu, kasih dan cinta Luqmanterhadap Adelia telah menjadi racun berbisa di hati isterinya itu. Janji yang begitu teguh dihati Luqman akhirnya membawa musibah. Luqman berusaha bangkit dengan segala kudratyang ada untuk melunaskan segala janji-janjinya. Ketika itu, muncul seseorang membantuLuqman melaksanakan janji-janji yang pernah diungkai.

    ZALINA ARIFFINSeandainya Terluka

    Pulau Pinang : Rhythm Pub., 2005. ISBN 983-187-488-9

    Novel ini mengisahkan tentang Khairul Hasbi yang menjalinkan hubungancinta serentak dengan dua orang gadis yang bernama Karmila dan SyaqiraAdrina. Pada masa yang sama Khairul Hasbi juga berkawan rapat dengan Marissa.Marissa merupakan gadis yang paling memahami dan menjadi tempat KhairulHasbi meluahkan masalahnya. Namun begitu, keputusan Khairul Hasbimeninggalkan Karmila bersama kandungannya merupakan satu kesilapan yangpaling besar dalam hidupnya. Karmila telah ditimpa kemalangan dan meninggal

    dunia. Manakala Syaqira Adrina nekad memutuskan hubungan mereka apabila mendapat tahusikap sebenar Khairul Hasbi. Syaqira Adrina telah ditipu oleh rakannya sehingga dia dijualkepada Datuk Badrul yang mengalami sakit mental. Namun, dia berjaya diselamatkan olehInspektor Azam Danial yang akhirnya jatuh cinta padanya. Kemunculan semula Khairul Hasbimenagih cinta telah membuatkan Syaqira Adrina dalam dilema. Pertemuan yang tidak disangkaantara Khairul Hasbi dengan Marissa yang belum berkahwin bersama anak kecil bernama Atikamenimbulkan tanda tanya pada Khairul Hasbi. Persoalan demi persoalan wujud dalam hidupKhairul Hasbi selepas itu. Siapakah Atika yang memanggil Marissa dengan panggilan ibu dansiapakah yang akan menjadi suri hidup buat Khairul Hasbi selama-lamanya?

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 27

    MAHANI MUSASejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940

    Bangi, Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005. ISBN 967-942-727-7

    Buku ini berdasarkan kepada tesis Doktor Falsafah penulis. Ia berkisartentang penglibatan wanita Kedah dalam bidang politik dan ekonomi padaabad ke-19. Wanita-wanita bangsawan seperti Wan Masheran, Wan Hajar, WanFatimah dan Che Manjalara adalah antara mereka yang memberi kesan terhadappolitik dan ekonomi negeri Kedah. Selain daripada itu, pertumbuhan ekonomiKedah juga telah dibawa oleh golongan wanita biasa. Perkara ini telah disebut

    secara khusus dalam Undang-Undang Kedah A.H 1311/1893, malah juga terbukti dalamdokumen-dokumen kerajaan yang mana wanita Melayu menjadi asas penting dalampembangunan sosioekonomi negeri Kedah. Wanita juga giat mengumpul harta danmemohon tanah semasa era penjajahan, malah mereka inilah yang kerap menghantarpetisyen ke pejabat-pejabat kerajaan melalui bukti dokumen-dokumen kerajaan. Inimembuktikan wanita bukanlah golongan yang terpinggir.

    GHAZALI, MUHAMMAD UMARSyeikh Ahmad Yasin : Perjuangan Memburu Syahid

    Shah Alam : Smartlife Resources, 2005.ISBN 983-42508-0-0

    Syeikh Ahmad Yasin pengasas kumpulan HAMAS, merupakan seorangpejuang Islam yang telah meyerahkan seluruh hidupnya untuk jihad bagimempertahankan bumi Palestin. Pemimpin yang lumpuh hampir seluruh

    tubuh serta rabun penglihatan ini telah menemui ajal pada 22 Mac 2004

    setelah diserang oleh Israel dengan tiga peluru berpandu. Buku ini

    menghuraikan tentang kehidupan dan perjuangan beliau bagi penubuhan sebuah negara

    Palestin.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 28

    Bil. 1/2006

    MOHD TAYEB DOLMATTechnologies for Planting Oil Palm on Peat

    Kuala Lumpur : Malaysian Palm Oil Board, 2005. ISBN 967-961-113-2

    This book brings together all information from past and recent research anddevelopment work, practical experiences and advancements made in theplanting of oil palm on peat. The discussion in this book has been simplifiedand put in sequential order of the actual operations in the plantation for easyunderstanding by the readers. The scope of this book is confined to methodsthat reduce air pollution, minimize damage to the peat swamp environment

    and ensure sustainability of oil palm planting on peat. This book is intended primarily forthe planters who are currently managing oil palm on peat, new investors, agronomist,researchers, environmentalist, and policy makers from both government and privatesectors.

    RAO, TV, RAO, RAJUThe Power of 360 Degree Feedback : Maximizing Managerial

    and Leadership EffectivenessPetaling Jaya : Unipress Publications, 2005.

    ISBN 983-41983-2-9

    The concept of 360 degree feedback is an established Human Resourcemethodology. 360 Degree Feedback is an awareness-building tool andlays the foundation for leadership development. In the concept, the awarenessof impact and posibilities for impact will lead to performance improvementsand organizational success. This book is a guide for understanding andimplementing this methodology in organisations and also for small groups and individuals.The book also includes extensive case-studies and examples from varied settings likeindustry, non-governmental organisations, educational institutions and families.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 29

    Tokoh-tokoh Gemilang Melaka : Pentadbiran dan PolitikMelaka : Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, 2004.

    ISBN 983-9915-7-6

    Melaka merupakan sebuah negeri yang telah diperakui sebagai pengasastamadun Melayu yang berkembang ke seluruh Semenanjung TanahMelayu dan Kepulauan Melayu mempunyai sejarah yang amat panjang dangemilang. Pembentukan Empayar Melaka pada abad 15 dan 16 sebagai pusatperdagangan antarabangsa telah melahirkan tradisi intelektual, sistem politik,budaya dan kemasyarakatan yang telah dicatatkan dalam karya-karya klasikMelayu seperti Sejarah Melayu, Hukum Kanun Melaka, Hukum Laut Melakadan Hikayat Hang Tuah. Walaupun Melaka pernah jatuh ke tangan penjajahBarat namun tradisi tersebut terus berkembang dan menjadi teras tamadun

    Melayu Semenanjung Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Kegemilangan sejarah silambanyak mempengaruhi lahirnya tokoh-tokoh pemimpin di Melaka untuk memajukan danmembangunkan Melaka sebagai sebuah negeri yang maju. Penulisan karya ini bertujuanuntuk mengkaji dan mendokumentasikan sumbangan tokoh-tokoh pemimpin Melaka dahuluyang telah banyak memberi sumbangan dan jasa kepada pembangunan negeri Melaka. Disamping untuk memberi peluang kepada generasi muda mengenali pemimpin terdahulu yangmempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dan perjuangan mereka memajukan Melakaserta menjadi satu khazanah persuratan negeri dan negara agar penghayatan semangat cintanegara dan para pemimpin menebal dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

    Tok Janggut : Pejuang atau Penderhaka?Kajang : Hazco Print, 2005.

    ISBN 983-42518-1-5

    Buku ini membentangkan rentetan perjuangan Haji Mat Hassan atau lebihdikenali sebagai Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya. Buku ini jugamengulas peranan Tok Janggut dan penduduk Jeram dalam kebangkitanmenentang penjajah serta impak perjuangannya kepada gerakan menuntutkemerdekaan tanah air. Buku ini telah merumuskan bahawa Tok Janggutadalah seorang pejuang dan bukannya penderhaka seperti yang dinyatakanoleh penjajah. Kisah perjuangan Tok Janggut ini digarapkan khusus untukgenerasi muda agar dapat menghayati perjuangan generasi dahulu yang sanggupberkorban apa sahaja demi mempertahankan maruah bangsa, agama dan tanah air daripadacengkaman penjajah.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 30

    Bil. 1/2006

    Undang-undang KedahKuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.

    ISBN 983-62-8210-6

    Buku ini adalah salah satu usaha Dewan Bahasa dan Pustaka untukmemperbanyakkan bahan kajian tentang karya-karya KesusasteraanMelayu Tradisional. Manuskrip lama bertulisan tangan yang merupakan teksUndang-Undang Negeri Kedah telah ditransliterasikan. Buku inimembicarakan tentang undang-undang pelabuhan, hukuman pesalah yangmelanggar hukum syarak, panduan menjadi pemimpin dan anak yang baik,cara-cara membuat bunga emas, adat istiadat diraja, hukum jenayah dannikah kahwin.

    Warisan Perubatan Melayu. Edisi KeduaKuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.

    ISBN 983-62-8760-4

    Buku ini mengupas mengenai pengetahuan perubatan tradisi orang-orangMelayu yang ada pada para dukun dan bomoh yang terus berkembangnamun tidak diusahakan untuk dimajukan melalui penerbitan. Kesedaran initelah mendorong A. Samad Ahmad penyelenggara buku ini untuk menyuntingsebuah manuskrip lama berjudul “Ilmu Tabib” bertarikh 1288 Hijrah, yangmembicarakan bagaimana orang-orang Melayu telah berjaya menyembuhkanberbagai-bagai penyakit sebelum kedatangan perubatan moden ke Malaysia.

    Masyarakat Melayu sejak zaman berzaman telah mengetahui khasiat tumbuh-tumbuhanyang terdapat di sekeliling mereka. Pengetahuan dalam buku ini bukan sahaja bergunakepada pakar-pakar perubatan, tetapi juga untuk orang ramai yang ingin mengetahui ubat-ubat tradisi awal Melayu.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 31

    Ahmad Bazli Shafie. The educational philosophy of Al-Shaykh Muhammad Abduh. Kuala Lumpur :International Islamic University Malaysia, 2004. ISBN 983-9379-37-2

    Al-Afghani, Sa’id. Ketokohan Aisyah dalam politik. Kuala Lumpur : Pustaka Jiwa, 2005. ISBN 983-9395-49-1

    Alif Firdaus Aziz. Bergaduh dan menari. Bentong, Pahang : PTS one, 2006. ISBN 983-3357-31-8

    Al-Qarni, Aidh. 130 tips menjadi wanita paling bahagia di dunia. Kuala Lumpur : Pustaka Jiwa, 2006.ISBN 983-9395-51-3

    Awang Sariyan. Warna dan suasana: perancangan Bahasa Melayu di Malaysia (edisi kedua). Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006. ISBN 983-62-8896-1

    Buang Haji Umar. Fajar merah di Lembah Ringat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.ISBN 983-62-9000-1

    Danial Zainal Abidin. Perubatan Islam. Bentong, Pahang : PTS Millennia, 2005. ISBN 983-3372-63-5

    Di persada kegemilangan. Kuala Lumpur : Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera, 2005.ISBN 983-2333-27-X

    Hashim Musa. Sejarah perkembangan tulisan jawi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.ISBN 983-62-8899-6

    Ibrahim Ahmad. Menghasilkan video digital, VCD dan DVD menggunakan ULEAD video studio. Batu Caves,Selangor : Venton Pub. (M), 2006. ISBN 983-3526-14-4

    Inon Shaharuddin Abdul Rahman. Menggamit memori : Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman.Kota Kinabalu : Yayasan Universiti Malaysia Sabah, 2005. ISBN 983-2643-64

    Leong, Yee Soo. Festive cooking. Singapore : Marshall Cavendish Cuisine, 2005. ISBN 981-2326-51-0

    Megat Ainuddin Megat Mohd Nordin dan Nor Anita Megat Mohd Nordin. Senaman silat jiwa sihat : panduansenaman silat Melayu asli. Kuala Lumpur : Al-Ameen Serve Holdings, 2005. ISBN 983-3603-16-5

    Mohd. Radziq Jalaludin. Bagusnya remaja ini. Bentong, Pahang : PTS Millenia, 2006. ISBN 983-3603-16-5

    Mohd Shauki Abd. Majid. Wacana ketamadunan dalam masyarakat Islam Hadhari. Kuala Lumpur : ibookPublication, 2006. ISBN 983-274-25-9

    Meyer, Henry R. Managing fir success. Petaling Jaya : Leeds Publications, 2005. ISBN 983-2431-76-X

    Othman Yong. Stock market wisdom : a guide to investing during bull and bear markets. Petaling Jaya : LeedsPublications, 2005. ISBN 983-2431-87-5

    JUDUL-JUDUL BARU YANG DIPEROLEHI

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 32

    Bil. 1/2006

    PC Man. Pakar audio/video digital. Batu Caves, Selangor : Venton Pub. (M), 2006. ISBN 983-2661-93-5

    Rashidah Mat Nor. Kerjaya sebagai saintis industri sawit. Kuala Lumpur : PTS Professional Pub., 2006.ISBN 983-3376-88-6

    Robiah K. Hamzah. Memimpin ataupun terpimpin. Bentong, Pahang : PTS Millennia, 2006.ISBN 983-3603-07-6

    Rosli Jamal. Klik untuk kaya : 8 rahsia jutawan siber. Kuala Lumpur : Al-Ameen Serve Holdings, 2005.ISBN 983-2334-59-4

    Rubino, Joe. The magic lantern : a fable about leadership, personal excellence and empowerment. KualaLumpur : Golden Books Centre, 2005. ISBN 983-7205-36-9

    Ruin, Josef Eby. Keeping one step ahead of the pack. Petaling Jaya : Leeds Publications, 2005.ISBN 983-2431-86-7

    Rusly Abdullah. Menjejaki jutawan senyap. Kuala Lumpur : Al-ameen Serve Holdings, 2005.ISBN 983-2334-60-8

    Sherina Mohd. Sidek. The community follow-up project: an approach to comprehensive patient care. Serdang,Selangor : Universiti Putra Malaysia Press, 2005. ISBN 983-2871-73-5

    Tan, Andrew A.L. Quick counter punch: the art of leadership & communication skills to achieves a 1st worldmindset. Batu Caves, Selangor : Venton Pub. (M), 2005. ISBN 983-2661-62-5

    Tow, Khee Kin. Rewire the corporate brain to achieve great success shift of the vision. Petaling Jaya : LeedsPublications, 2005. ISBN 983-5203-62-8

    Wan Hashimah Wan Ismail. Houses in Malaysia: fusion of the east and the west. Skudai, Johor : UniversitiTeknologi Malaysia, 2005. ISBN 983-5203-62-8

    Zaid Hamzah. E-security law and strategy. Kelana Jaya : Malayan Law Journal, 2005. ISBN 967-9626-32-6

    Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. Opening new doors in business teaching and learning. Serdang, Selangor :Universiti Putra Malaysia Press, 2005. ISBN 983-3455-05-0

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • Sekalung BudiSekalung BudiAidayasmalizay binti Ismail

    Aziz bin Janan

    Hadi Mohd Nasarudin bin Ali

    Hasmizan bin Amat Asan

    Hasnan binti Mamat @ Ahmad Shazili

    Mazelan bin Mustapa

    Muhammad Rizal bin Faisal

    Norazidawati binti Alyaso

    Norlaina binti Mohd RaziPERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA