sari pustaka bil 2/2013 1

57
Sari Pustaka Bil 2/2013 1

Upload: phamtuyen

Post on 08-Feb-2017

261 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Sari Pustaka Bil 2/2013 1

Sari Pustaka Bil 2/2013 2

ULASAN BUKU

MOHD HISHAM MOHD SHARIF DAN HASIFAH

ZAINUDDIN 43 inspirasi mendidik anak

Petaling Jaya : Galeri Ilmu, 2013. 245ms. ISBN 978-983-097-377-7

ULASAN

Membesar dan mendidik anak pada zaman serba mencabar ini memerlukan

kesabaran yang tinggi. Cabaran-cabaran ini bagaikan satu ujian bagi pasangan ibu

bapa. Namun ia perlu ditempuh oleh setiap ibu bapa dalam memastikan anak-anak

dididik dengan iman dan takwa. Ibu bapa diamanahkan Allah membentuk akhlak si

anak, setelah berusaha, yang selebihnya hendaklah diiringkan dengan doa dan

berserah kepada Allah SWT. Pelbagai ragam dan soalan dari mulut si anak kadang-

kadang membingungkan ibu bapa untuk menanganinya. Buntu untuk menjawab soalan

dan kesabaran pula ada waktunya hilang entah ke mana.

Mohd Hisham Mohd Sharif merupakan seorang pelajar yang sedang mengikuti

pengajian peringkat Doktor Falsafah di Adeline, Australia. Beliau juga merupakan

Sari Pustaka Bil 2/2013 3

Timbalan Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan South Australia (ISMA SA).

Sementara isteri beliau, Hasifah Zainuddin merupakan Pengerusi Biro Wanita ISMA

SA. Mereka juga merupakan pengasas dan tenaga fasilitator bagi Kelab ALIM

(Amazing Little Muslims) dan YAMI (Young Abi Ummi).

Penulis merakamkan pengalamannya dalam mendidik anaknya terutamanya anak

sulung beliau, Humaira‟ di bumi Australia, segala pahit manis pengalaman mendidik

anaknya dinukilkan dengan sangat menarik sekali. Setiap persoalan yang diajukan

oleh anaknya akan dijawab berlandaskan dengan hujah dari ayat-ayat al-Quran juga

hadis Rasulullah S.A.W serta dalil akal yang senang difahami oleh kanak-kanak.

Setiap penulisannya disertai tip-tip ringkas yang sangat berguna untuk panduan

pembaca. Buku ini juga diserikan dengan gambar-gambar penulis semasa berada di

negara tersebut.

Buku ini mengandungi empat bab, yang mana setiap bab membawakan tajuk yang

berbeza; bab pertama lebih kepada bab tentang tarbiah, adab dan akhlak.

Perkembangan awal kanak-kanak perlu lebih fleksibel untuk perkembangan minda

anak-anak yang lebih kreatif. Kreativiti dan imaginasi mereka amat penting bagi

membentuk peribadi mereka pada masa akan datang. Perkara yang berkisar tentang

soal ibadah, makanan yang halal dan juga haram, kepentingan menjaga solat,

menutup aurat dan kelebihan berdoa kepada Allah.

Tarbiah tentang iman. Bab ini banyak memberi idea kepada ibu bapa untuk menjawab

soalan-soalan berkaitan dengan ibadah, agama, mengenal Allah dan juga hari akhirat.

Kita sedia maklum, kanak-kanak seawal umur lima tahun akan banyak bertanya

berkaitan dengan perkara-perkara yang dilihatnya setiap hari. Contohnya mengapa

kita sembahyang, Allah di mana dan banyak lagi. Soal jawab antara si ayah dan si

anak dalam buku ini akan dapat memberikan idea untuk menjawab soalan berkaitan

dengan agama, hari akhirat dan alam ghaib. Bab keempat tarbiah tentang perjuangan.

Tajuk di dalam bab ini banyak membantu anak dalam memahami perjuangan dalam

menegakkan agama Islam, mempercayai Allah dan mencintai Rasulullah S.A.W.

Rencah kehidupan, bab terakhir pula menyentuh tentang pentingnya anak-anak dididik

Sari Pustaka Bil 2/2013 4

dan diberi kasih-sayang semasa mereka membesar. Saat ini hanya dialami sekali dan

tidak akan kembali. Sebagaimana pepatah “Yesterday is history, tomorrow is still

mystery and today ia a gift”. Ibu bapa perlu memberi panduan hidup kepada anak-anak

dalam membuat sebarang keputusan agar segala tindak tanduk mereka berlandaskan

ajaran Islam.

Dalam mendidik anak-anak, dengan berkesan ibu bapa perlu mempunyai ilmu tentang

kaedah pendidikan dan menggunakan teknik yang betul. Mendidik anak-anak tanpa

ilmu ibarat membina rumah tanpa pelan. Akhirnya rumah yang dibina tidak seperti

yang diingini.

Segala pengalaman penulis boleh dimanfaatkan oleh para pembaca yang mahukan

setiap anak-anak mereka mempunyai jati diri yang mantap, lebih-lebih lagi dalam

mendidik anak-anak tentang perkara agama. Buku 43 Inspirasi Mendidik Anak

memberikan pulangan kepada pembaca kerana isi kandungan yang sangat

bermanfaat dan boleh dijadikan bahan rujukan dalam mendidik anak-anak dalam era

yang penuh cabaran ini.

Pengulas:

Mohd Fairuz Zakaria Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Perpustakaan Negara Malaysia

Sari Pustaka Bil 2/2013 5

ULASAN BUKU

WAN ZAYUHISHAM WAN YUSOFF Cikgu, anak saya okey?

Petaling Jaya : Galeri Ilmu, 2013. 195ms. ISBN 978-983-097-412-5

ULASAN

Cikgu, anak saya okey? Merupakan catatan pengalaman penulis, pengisahan rakan-

rakan guru dan pemerhatian penulis mengenai isu-isu pendidikan dan persekolahan

sepanjang bergelar seorang pendidik. Buku ini menggambarkan situasi dan

menyentuh pelbagai isu yang mampu memberi suntikan semangat buat warga

pendidik dan pengetahuan khusus untuk para ibu bapa tentang dunia persekolahan

anak-anak mereka.

Buku ini mengandungi 20 bab yang boleh memberikan manfaat kepada para pembaca

iaitu Abai Solat, Anak Saya Kena Pukul, Aurat Itu Urusan Saya, Bangun Lambat,

Cikgu, Anak Saya Okey?, Cinta Mencintai?, Dahagakan Kasih Seorang Ayah, Ibu

Prihatin, Jumpa Pakar, Kelas Tak Aktif, Kerana Laman Sosial, Lagi-Lagi Dia Dibuli,

Sari Pustaka Bil 2/2013 6

Mata Lebam, Program Guru Penyayang, Sekolah Dan PIBG, Sukan vs Akademik, Tak

Minat Belajar, Tidak Siap Kerja Sekolah, Terlepas Cakap dan Tiada Duit Belanja.

Kesemua 20 bab yang dinyatakan di atas merupakan masalah-masalah yang biasa

dihadapi oleh murid, guru-guru dan juga ibu bapa. Setiap bab dipaparkan dengan

kisah-kisah dan isu yang berbeza. Apa yang menarik mengenai buku ini ialah, penulis

amat bijak dalam mengolah setiap bab berdasarkan peristiwa atau cerita yang pernah

dialami oleh kebanyakan murid-murid atau guru, cara menangani permasalahan

tersebut serta panduan lengkap yang pasti dapat membuka minda para ibu bapa

dalam menangani masalah anak-anak di sekolah.

Selain itu juga, petikan cerita-cerita yang berkaitan agama yang penuh dengan teladan

juga turut diselitkan bagi memantapkan lagi rohani dalam mendidik anak-anak masa

kini. Apa yang dapat dilihat daripada beberapa situasi yang digambarkan, kadang-

kadang masalah yang dihadapi oleh murid-murid atau anak-anak juga berpunca dari

rumah, contohnya isu-isu penceraian ibu bapa, pergaduhan di kalangan adik-beradik,

tidak mendapat tumpuan daripada ibu bapa, masalah kewangan dan sebagainya. Ini

akan mendorong kepada sikap malas belajar, ponteng sekolah dan sikap negatif yang

lain. Untuk itu, beberapa panduan penting telah diberikan bagi menangani masalah-

masalah sebegini terutama kepada guru-guru dan ibu bapa agar lebih prihatin dan

sentiasa mengawasi anak-anak.

Cabaran yang dihadapi oleh para guru pada masa kini adalah lebih sukar berbanding

pada masa dahulu. Justeru guru perlu bekerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat

sekeliling untuk menangani pelbagai konflik dalam mendidik, mengasuh dan memberi

tunjuk ajar kepada mereka dalam menjalani kehidupan yang kian mencabar.

Adakalanya konflik itu membuka jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang

boleh ditangani dengan cara yang betul berlandaskan hukum-hukum Islam yang

sangat menarik dan sentiasa relevan.

Diharapkan agar buku ini dapat disebar luaskan ke sekolah-sekolah untuk panduan

para guru dalam menangani permasalahan murid-murid masa kini. Buku ini juga

sangat sesuai untuk semua golongan pembaca dengan gaya bahasa yang mudah

Sari Pustaka Bil 2/2013 7

difahami, susunan yang ringkas dan isi kandungan yang padat.

“Mendidik pelajar bukan setakat menyuapkan mereka dengan ilmu duniawi semata-

mata malah perlu ditunjangi oleh ilmu agama yang menentukan keberkatan dalam

mendidik mereka menjadi insan yang cemerlang dalam semua perkara.”

Pengulas:

Mazidah Abd Rahman Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Perpustakaan Negara Malaysia

Sari Pustaka Bil 2/2013 8

ULASAN BUKU

AEP SYAIFUL HAMIDIN

Dahsyatnya energi maaf, tolong & terima kasih Batu Caves, Selangor : Ar-Risalah Product, 2013.

166ms. ISBN 978-967-0268-74-3

ULASAN

Setiap masa, manusia akan sentiasa berinteraksi sesama mereka. Proses interaksi ini

akan melibatkan emosi dan perasaan. Manusia secara langsung memberikan reaksi

yang berbeza-beza mengikut situasi yang seiring dengan pergaulan mereka. Sebagai

manusia yang sentiasa bersosial, mereka menyedari bahawa mereka perlu berinteraksi

antara satu sama lain.

Buku setebal 166 halaman ini boleh memberikan sepenuhnya gambaran bagaimana

kesan kuasa perkataan „maaf‟, „tolong‟ dan „terima kasih‟ kepada anda dalam mencapai

kejayaan dalam semua bidang serta bagaimana anda boleh membangunkan ciri-ciri

peribadi dengan tiga perkataan yang berkuasa itu. Buku motivasi yang berjudul

Sari Pustaka Bil 2/2013 9

Dahsyatnya Energi Maaf, Tolong dan Terima Kasih ini adalah hasil nukilan Aep Syaiful

Hamidin yang menghuraikan bagaimana tiga perkataan „maaf‟, „tolong‟ dan „terima

kasih‟ akan memberi kesan dalam kehidupan seharian kita.

Walau bagaimanapun, dalam proses interaksi, sering kita terlupa perkara-perkara kecil

yang sebenarnya mempunyai peranan yang amat penting, sebagai contoh, ungkapan

perkataan „maaf‟, „tolong‟ dan „terima kasih‟. Walaupun tanpa disedari meremehkan

ketiga-tiga ungkapan tersebut sebenarnya dapat menghalang perhubungan sosial kita,

di mana akhirnya membawa kita kepada kegagalan dalam sebuah interaksi sosial yang

berkesan.

Oleh yang demikian, di sinilah nilai sebuah perkataan yang diucapkan itu memberi

makna. Bagaimana seseorang itu menyampaikan dan memahami apa yang

disampaikan kepadanya serta keberkesanan perkataan tersebut untuk dinilaikan sama

ada dari sudut negatif atau positif.

Di dalam buku ini juga, pengarang mengetengahkan pendapat beliau dengan gaya

bahasa yang bersifat naratif dan deskriptif dengan kepelbagaian contoh dengan

potongan ayat al-Quran serta Hadis dan pendapat dari sudut pandangan agama-

agama yang lain. Buku ini memuatkan lima (5) bahagian yang besar di mana dalam

setiap bahagian mempunyai beberapa bab yang tersendiri.

Bahagian dua (2) buku ini mengetengahkan perkataan „maaf‟ di mana setiap orang,

termasuk kita, tahu betapa pentingnya meminta maaf atas kesalahan yang kita lakukan

dan kekeliruan yang pernah kita buat, atau memaafkan kesalahan yang pernah orang

lain lakukan kepada kita. Sifat memaafkan sememangnya ada dalam diri setiap

manusia namun tidak semua orang sedia memaafkan seseorang yang lain. Perkataan

„maaf‟ adalah sangat berkuasa dan memiliki karakter kedamaian dan ketenteraman di

dalam hidup seorang yang mengucapkannya. Memang meminta maaf dan memaafkan

adalah suatu perbuatan yang sangat memerlukan keberanian dan kesabaran yang

tinggi.

Penceritaan perkataan „tolong‟ merujuk kepada manusia yang cenderung hidup secara

Sari Pustaka Bil 2/2013 10

berkelompok dengan manusia lainnya, di mana manusia sebagai makhluk ciptaan

Tuhan tidak boleh hidup sendiri tanpa pertolongan dan keberadaan orang lain, boleh

dikatakan bahawa setiap manusia mempunyai tahap yang terhad untuk berbuat

sesuatu sendirian. Secara tidak langsung perkataan „tolong‟ akan diucapkan oleh setiap

manusia kerana perkataan „tolong‟ itu sendiri memang sangat sederhana tetapi

berkuasa dalam aspek psikologi dan emosi seseorang yang kita mohon

pertolongannya.

Sehubungan itu, permintaan untuk „tolong‟ boleh membangkitkan perasaan yang

tenteram berbanding tanpa mengucapkannya terlebih dahulu. Jika tidak

mengucapkannya ia seperti memberi arahan atau perintah, ianya juga boleh dibezakan

dengan penggunaan nada suara yang tinggi ataupun rendah. Dari sudut ini juga, kita

boleh menilai kesanggupan seseorang itu untuk menolong.

Ucapan terima kasih adalah ucapan yang memiliki banyak makna yang mampu

memberi kesan psikologi yang hebat kepada penerima ucapan tersebut. Penulis

mengajak pembaca supaya menanamkan sikap mengucapkan terima kasih kerana ia

merupakan satu kekuatan luar biasa kepada anda. Apa pun pandangan kita mengenai

ucapan terima kasih ini, yang mustahak adalah bagaimana cara kita mengucapkan

terima kasih kepada orang yang telah bersedia membantu kita, walau sekecil mana pun

bantuan yang dihulurkan. Selain itu, ungkapan „terima kasih‟ ini dapat memberikan

kuasa positif kepada pengucap dan penerima ucapan tersebut di mana kuasa itu akan

bertambah jika diselitkan dengan doa yang tulus.

Buku ini dapat memberi maksud, pengajaran dan motivasi yang berguna serta

berkesan dalam kehidupan seharian manusia yang berdaya saing serta bertamadun.

Tambahan pula, ketiga-tiga ungkapan tersebut memang mempunyai kaitan secara

lansung dalam kehidupan manusia seharian dan tidak lengkap jika tidak mengucapkan

dan mentransformasikannya kepada perkataan yang sangat berkuasa dan

berpengaruh.

Sari Pustaka Bil 2/2013 11

Pengulas:

Wan Mohd Saiful Mohd Ghazali Penolong Pegawai Perpustakaan Bahagian Pembangunan Kandungan Perpustakaan Negara Malaysia

ULASAN BUKU

CARNEGIE, DALE

The leader in you. Ed. bahasa Melayu Batu Caves, Selangor : PTS Professional Pub., 2013

ISBN 978-967-369-193-7

ULASAN

Buku The Leader In You ini ditulis oleh Dale Carnegie yang telah diterjemah ke dalam

bahasa Malaysia oleh Percetakan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Buku yang

dihasilkan ini ialah buku yang berkaitan dengan motivasi, pengurusan dan psikologi.

Buku ini sesuai dibuat rujukan oleh pembaca kerana ditulis berdasarkan kepada fakta

dan pengalaman individu yang terkenal di seluruh dunia termasuklah beberapa individu

daripada pemimpin besar dunia.

Bagi menyokong penulisan beliau, penulis banyak menceritakan pengalaman-

pengalaman tokoh-tokoh terkenal dalam menghadapi pelbagai situasi yang menguji

Sari Pustaka Bil 2/2013 12

kemahiran kepimpinan mereka. Setiap pemimpin yang dikaitkan dalam penulisan buku

ini mempunyai gaya kepimpinan yang berbeza. Buku ini menceritakan juga dengan jelas

mengenai pengalaman pemimpin tersebut berhadapan dengan situasi yang memerlukan

penyelesaian yang bijak bagi memenangi hati pekerja serta mempengaruhi orang lain.

Penulis banyak memberi tumpuan kepada situasi dan cabaran yang berlaku pada abad

ke-21.

Dalam buku ini penulis banyak membincangkan beberapa perkara yang berkaitan

dengan psikolgi, pengurusan, dan motivasi yang perlu dihadapi dan ditangani dengan

baik oleh setiap orang dalam usaha untuk menjadi pemimpin yang berjaya dan juga

cemerlang dalam kehidupan.

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memberi pengiktirafan, pujian dan ganjaran

kepada kakitangan atau orang yang dipimpinnya. Pujian dan ganjaran akan

membuatkan orang lain bekerja dengan lebih kuat lagi demi mendapatkan penghargaan

dan kepercayaan.

Dalam memimpin, seorang pemimpin perlu meletakkan matlamat atau sasaran yang

hendak dicapai oleh beliau walaupun matlamat yang ditetapkan sangat mencabar.

Pemimpin perlu berani merancang dengan jelas dan berkeyakinan bahawa apa yang

beliau rancangkan akan mencapai kejayaan. Pemimpin yang bersemangat dan fokus

untuk mencapai sesuatu matlamat dan sasaran akan mempengaruhi orang yang

dipimpin untuk lebih bersemangat bersama-sama beliau dalam membuat kejayaan.

Buku ini banyak mengemukakan teori dan kaedah yang berkesan dalam memimpin dan

berhadapan dengan sesama manusia yang mempunyai ciri dan sikap yang berbeza

serta memerlukan gaya kepimpinan yang juga berbeza. Kaedah yang dibincangkan oleh

penulis dalam buku ini adalah bersesuaian dengan budaya kerja yang diamalkan pada

abad ke-21 yang mementingkan kebersamaan, daya saing dan hak asasi manusia.

Semua ciri kepimpinan yang dikemukakan oleh penulis dalam buku ini mudah difahami

dan sesuai untuk dipraktikkan. Penulis sangat berpengalaman dan apa yang ditulis

adalah berdasarkan kepada pengalaman beliau dan kajian yang telah dilakukan.

Sari Pustaka Bil 2/2013 13

Pengulas:

Muhammad Redzuan Ramli Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Digital Perpustakaan Negara Malaysia

ULASAN BUKU

NOR HAYATI SAPII

Memilih untuk bahagia Petaling Jaya : Galeri Ilmu, 2013. 276ms.

ISBN 978-983-097-349-4

ULASAN

Memilih Untuk Bahagia merupakan sebuah buku motivasi pertama hasil tulisan Nor

Hayati Sapii. Beliau menghasilkan buku ini setelah mengikuti Bengkel Penulisan Buku

Motivasi anjuran Galeri Ilmu pada tahun 2011. Kisah-kisah yang terkandung di dalam

buku ini berdasarkan pengalaman, pembacaan, pemerhatian dan perkongsian dengan

orang lain. Beliau banyak memberi tip dan teladan supaya pembaca boleh membina

rasa bahagia apabila berhadapan dengan sesuatu situasi atau isu. Kebanyakan kisah

yang dipaparkan dalam buku ini berdasarkan kisah benar yang telah diolah dan

dikarang semula dalam gaya bahasa beliau sendiri supaya sesuai dengan isu yang

dibincangkan dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

Sari Pustaka Bil 2/2013 14

Manusia sentiasa berkeinginan untuk bahagia. Tiada manusia di dunia ini mahukan

masalah dalam kehidupan. Pastinya bahagia juga yang didamba. Cuma dalam

kehidupan tidak lari dari dugaan hidup atau masalah. Itulah lumrah kehidupan, seketika

bahagia, seketika juga masalah melanda. Apa yang penting bagaimana untuk

mencapai kebahagiaan dan mengekalkan sebaiknya. Penulis dalam bukunya memberi

beberapa pengertian „memilih‟ dan „bahagia‟ bukan sahaja dari segi bahasa tetapi juga

dari sudut falsafah, psikologi dan agama. Terdapat tiga bahagian dalam buku ini iaitu

Bahagian I : Keluarga dan Rumah Tangga, Bahagian II : Kerjaya dan Rezeki, dan

Bahagian III : Masyarakat dan Persekitaran. Setiap bahagian diperincikan dengan

pelbagai kisah kehidupan bagi memberi gambaran dengan lebih jelas dan

memudahkan pemahaman pembaca. Bagi setiap kisah pengajaran, penulis akan

mengupas, mengolah dan menggarapkan sesuatu isu itu di samping diselitkan firman-

firman Allah SWT.

Penulis membicarakan hal ehwal keluarga dan rumah tangga yang sesuai dibaca oleh

golongan ibu, bapa dan anak bagi mewujudkan hubungan harmoni di dalam rumah.

Antaranya hubungan sesama suami isteri dan tip mendidik anak berlandaskan agama

Islam. Setiap idea diterjemahkan dengan baik sekali. Begitu juga dengan isu kerjaya.

Soal pemilihan kerja, tekanan dan persekitaran di tempat kerja juga disertakan

bersama kisah pengajaran dan mengajak pembaca bersikap qanaah dan bersyukur

dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan. Perkongsian penulis mengenai masyarakat,

persekitaran dan perubahan lebih menjurus kepada pemilihan rakan, jiran dan

persekitaran. Beliau mengajak pembaca memilih dengan betul sahabat dan bersikap

baik dengan jiran. Sahabat karib sangat penting dalam hidup kita, manakala kita perlu

mempelajari hak-hak dalam menjalani kehidupan berjiran. Kita juga perlu berusaha

mengelakkan sesuatu tekanan daripada persekitaran itu mengikut kemampuan kita.

Dalam kehidupan seharian kita didatangi dengan pelbagai bentuk ujian. Antaranya

ujian rumah tangga, ujian ahli keluarga, ujian persekitaran, ujian di tempat kerja, ujian

kemiskinan dan lain-lain. Semuanya terletak pada diri sendiri untuk bertindak mencari

dan memilih kebahagian dan meninggalkan penderitaan. Asasnya adalah

bersandarkan al-Quran dan Hadis. Kita juga sering mengeluh dengan ujian yang

Sari Pustaka Bil 2/2013 15

menimpa, walhal kita boleh memilih untuk bahagia walaupun di kelilingi pelbagai

masalah dan dugaan. Oleh itu, untuk membuat pilihan yang tepat dan betul kita

memerlukan ilmu dan iman terutamanya ilmu agama. Tanpa ilmu, kita tidak dapat

menilai sesuatu dari perspektif yang betul. Manakala tanpa iman dan keyakinan

kepada Allah SWT, kita akan cepat berputus asa dan mengalah. Penulis membawa

pembaca menyelami maksud kebahagiaan yang dipilih oleh kita sendiri. Kebanyakan

daripada pilihan tersebut tidak memerlukan kos, tenaga dan masa dan ianya hasil

daripada emosi dan hati yang diurus selari dengan tuntutan agama Islam.

Penulis mengajak pembaca supaya meningkatkan keimanan dan ketakwaan di sisi

Allah SWT supaya dapat membuat pilihan yang benar. Menurut penulis di dalam

bukunya ilmu yang benar akan membentuk keyakinan, keimanan dan ketakwaan

kepada Allah SWT. Hanya dengan cara tersebut kita akan memiliki kebahagian yang

hakiki di akhirat. Bacalah Memilih Untuk Bahagia jika mendambakan kebahagiaan

hidup di dunia dan di akhirat. Hidup kita tentu akan lebih bahagia dan ceria. Buku

motivasi ini amat sesuai dibaca oleh golongan remaja dan dewasa.

Pengulas:

Norzehan Razali Penolong Pegawai Perpustakaan Bahagian Pembangunan Kandungan Perpustakaan Negara Malaysia

Sari Pustaka Bil 2/2013 16

ULASAN BUKU

MUSBIKIN, IMAM

Panduan menangani anak yang mogok sekolah dan malas belajar

Batu Caves, Selangor : Ar-Risalah Product, 2013. 213ms.

ISBN 978-967-0268-72-9

ULASAN

Buku ini terbahagi kepada lapan bab iaitu Ketika Anak Mengalami Fobia Sekolah,

Anak Mogok Sekolah Kerana Guru Terlalu Tegas, Mogok Sekolah Akibat Diejek

Rakan, Mogok Sekolah Akibat Tidak Membuat Kerja Sekolah, Mogok Sekolah Kerana

Tidak Mempunyai Motivasi, Anak Mogok Sekolah Kerana Dibuli, Beberapa Sebab Lain

Anak Mogok Ke Sekolah dan Peranan Ibu Bapa Agar Tidak Mogok Sekolah.

Penulis membincangkan tentang anak-anak yang mengalami fobia untuk ke sekolah.

Penulis memberi panduan kepada ibu bapa dan juga guru bagaimana untuk

menangani perkara ini. Antara panduan yang diberikan ialah ibu bapa dan guru harus

mengenali serba sedikit tentang fobia sekolah, mengetahui tahap dan tanda-tanda

fobia yang dialami anak dan beberapa cara untuk menangani fobia sekolah.

Penjelasan bahawa anak-anak yang mogok ke sekolah mungkin disebabkan

pengalaman trauma yang dialami terutamanya pengalaman negatif seperti guru yang

terlalu tegas dan garang yang suka menghukum dengan memukul, membuatkan anak-

Sari Pustaka Bil 2/2013 17

anak menjadi takut untuk berjumpa guru.

Penulis telah menyarankan bahawa para guru harus melakukan beberapa langkah

untuk mengatasi masalah tersebut iaitu (i) para guru tidak boleh pilih kasih terhadap

murid, (ii) tidak boleh memukul murid sesuka hati, (iii) hukuman yang dikenakan harus

bersesuaian dan tidak memberatkan, (iv) jika anak-anak bising atau nakal di dalam

kelas haruslah ditegur bukan dibiarkan, (v) jika anak-anak tidak membuat kerja

sekolah juga harus ditegur, (vi) para guru harus menilai diri dan jujur terhadap murid

dan (vii) jangan memberikan contoh yang boleh mempengaruhi murid melalukan

perkara yang tidak baik.

Menerusi bab mogok sekolah akibat diejek oleh rakan, penulis telah menyelitkan

beberapa kisah benar mengenai kejadian yang pernah berlaku terhadap anak–anak

yang sering diejek rakan semasa di sekolah biasanya berkaitan dengan nama.

Peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak mereka mengatasi masalah tersebut

penting melalui memahami perasaan anak, melatih anak memahami reaksi apabila

diejek dan jauhkan diri dari terlibat dengan kawan yang suka mengejek.

Mogok sekolah ini juga adalah kerana anak-anak tidak membuat kerja sekolah dan

takut untuk berhadapan denga guru kerana takut dihukum. Penulis melihat bahawa

tidak semestinya kerja sekolah perlu diutamakan kerana ia bukanlah faktor utama

kejayaan seseorang murid itu.

Kekurangan motivasi diri juga menjadi penyebab kepada mogok sekolah ini. Ini

bermaksud anak-anak juga memerlukan motivasi dalam menjalani kehidupan mereka

sebagai pelajar. Tanpa motivasi yang tinggi mereka mungkin hilang keyakinan diri

dalam meneruskan rutin harian sebagai pelajar. Contoh-contoh motivasi yang

diberikan untuk meningkatkan semangat anak-anak untuk belajar seperti memberikan

penghargaan dan hadiah jika anak-anak menunjukkan prestasi yang baik dalam

pelajaran.

Beberapa kisah benar tentang kejadian buli di sekolah juga turut dipaparkan sebagai

contoh bagi menyatakan betapa bahayanya keadaan tersebut kepada anak-anak yang

Sari Pustaka Bil 2/2013 18

terlibat dengan buli ini. Perkara ini boleh melemahkan semangat dan menjadi trauma

yang dasyat malahan dalam beberapa kes sehingga melibatkan kematian sama ada

disebabkan oleh pembuli atau mereka membunuh diri sendiri.

Penulis juga telah mengenalpasti beberapa perkara lain yang menyebabkan anak-

anak mogok ke sekolah. Faktor-faktor yang telah dikenalpasti antaranya ialah mogok

untuk membela rakan, mogok kerana kemudahan belajar tidak dipenuhi, mogok

kerana belum memiliki buku, mogok kerana dikenakan tindakan disiplin dan banyak

lagi. Walaupun perkara tersebut dilihat sebagai remeh tetapi tetap memberikan impak

yang negatif kepada pembelajaran anak-anak.

Saranan agar ibu bapa lebih melibatkan diri dalam membendung masalah mogok

sekolah ini. Peranan ibu bapa dilihat amat penting bagi mempersiapkan anak-anak,

dalam aspek peralatan sekolah mahupun persiapan yang bersifat psikologi kerana

anak-anak memerlukan kematangan dari segi fizikal mahupun psikologi ketika mula

bersekolah.

Pengetahuan dan teknik yang sesuai dalam menangani permasalahan ini adalah

sangat penting. Buku ini amat sesuai sebagai medium yang boleh dijadikan panduan

dalam menangani dan mengatasi anak-anak yang mogok dan malas belajar.

Pengulas:

Masliza Hamid Penolong Pegawai Perpustakaan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Perpustakaan Negara Malaysia

Sari Pustaka Bil 2/2013 19

ULASAN BUKU

AL-FIRDAUS, IQRA Panduan menjadi doktor di rumah sendiri. Ed.

bahasa Melayu Batu Caves, Selangor : Ar-Risalah Product, 2013.

162ms. ISBN 978-967-0268-66-8

ULASAN

Buat julung-julung kalinya sebuah buku bersifatkan perubatan telah dipermudah dan

disesuaikan bagi kegunaan mereka yang tiada latar belakang dalam bidang

kedoktoran. Buku ini merupakan alih bahasa daripada tajuk asalnya Menjadi Dokter Di

Rumah Sendiri hasil penulisan Iqra‟ al-Firdaus dari Indonesia dan disesuaikan dengan

keadaan bahasa di Malaysia. Penstrukturan buku ini dibahagikan kepada tiga bab.

Buku ini menyentuh tentang pentingnya kesihatan bagi sesebuah keluarga. Menjaga

kesihatan dalam keluarga amatlah penting kerana ia merupakan salah satu kunci

kesihatan manusia yang dapat dilihat dari bagaimana kehidupan kesihatan di rumah.

Penulis turut menyentuh tentang modal dan persiapan yang perlu dimiliki oleh seorang

doktor keluarga. Turut disentuh berkaitan keperluan setiap rumah mempunyai peti

pertolongan cemas kerana pelbagai peralatan bantuan perubatan ringan terdapat

dalam peti berkenaan.

Sari Pustaka Bil 2/2013 20

Menyentuh perkara berkaitan hal-ehwal ubat-ubatan, buku ini turut menerangkan

definisi ubat yang pelbagai dan kategori ubat-ubatan. Buku ini juga menganjurkan cara

pembuatan ubat tradisional atau konvensional di rumah sendiri. Tip atau panduan bagi

memastikan ubat tradisional yang diambil bermanfaat bagi tubuh badan turut

disenaraikan serta jenis-jenis tanaman ubat yang disyorkan untuk ditanam di

perkarangan rumah. Turut diselitkan cara pembuatan ramuan ubat tradisional yang

terarah kepada ramuan tradisional dari negara Indonesia.

Langkah-langkah pertolongan asas jika anggota keluarga ditimpa kecelakaan seperti

lebam, mengalami luka akibat daripada benda tajam, luka terbakar, terseliuh atau

patah dan lain-lain juga turut diceritakan satu persatu. Selain itu, penjagaan kesihatan

bagi ibu yang bersalin dan bayi juga diterangkan dengan jelas. Ini termasuklah

tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh doktor keluarga dengan memerhatikan

aspek emosi dan fizikal pesakit.

Buku ini pada pandangan pengulas telah disampaikan dengan baik dan jelas kerana

setiap bab dikupas dengan teliti dan memudahkan pembaca memahami aspek-aspek

cara dan petua menjadi seorang doktor sendiri di rumah. Sudah tentu, pengulas amat

mengalu-alukan pembaca pada setiap peringkat untuk menjadikan buku ini sebagai

panduan asas yang perlu dimiliki dan diambil tahu oleh setiap keluarga agar dapat

bertindak dengan pantas dan berkesan dalam memberikan rawatan kecemasan awal

jika berlaku sebarang kemalangan dan kecelakaan.

Pengulas:

Mohd Shah Abu Kasim Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Perpustakaan Negara Malaysia

Sari Pustaka Bil 2/2013 21

ULASAN BUKU

ATIQAH HAMID Panduan bagi wanita yang baru menjadi ibu

Batu Caves, Selangor : Ar-Risalah Product, 2013. 186ms.

ISBN 978-967-0268-60-6

ULASAN

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan anak sebagai pengikat kasih

sayang antara mereka. Setelah berkahwin dan mendapat anak, sudah tentu wujud

masalah bagi setiap pasangan yang berkahwin untuk menguruskan anak mereka

khususnya apabila mendapat anak yang pertama. Saya mengesyorkan setiap

pasangan hendaklah mempunyai buku ini sebagai simpanan tetap kerana menjadi

seorang ibu bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk menjadi ibu baru perlu

melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan asas psikologi yang kukuh.

Pengetahuan meliputi tanggungjawab wanita sebagai seorang ibu dan wanita sebagai

seorang isteri.

Apa yang akan disentuh buku ini adalah maklumat-maklumat yang perlu diketahui

setelah bersalin, di mana seseorang ibu boleh mengenali tangisan pertama bayi.

Seperti yang kita ketahui, bayi hanya dapat berkomunikasi dengan ibu bapanya melalui

tangisannya. Oleh itu, tangisan bayi yang kita dengar merupakan salah satu bentuk

Sari Pustaka Bil 2/2013 22

komunikasi di antara bayi dan ibu bapa. Dengan memiliki buku ini, banyak lagi ciri-ciri

bayi yang baru lahir dapat diketahui oleh pembaca.

Penulis turut memberi tip bagaimana cara menjaga kesihatan bayi yang baru lahir di

mana bayi anda boleh dijemur dalam sekitar 10-15 minit sahaja. Penulis menceritakan

kepanasan boleh membuatkan bayi berpeluh sehingga dia kehilangan banyak air, bayi

pramatang pula tidak boleh dijemur dan bayi yang tahan terhadap cuaca sejuk.

Manakala bayi yang baru lahir tidak boleh terus dimandikan. Turut dinyatakan cara

menggendong dan mendukung bayi yang selamat di pelbagai peringkat usia kerana

cara menggendong yang salah boleh membahayakan bayi. Penulis menyatakan bayi

lebih bijak jika sering digendong dan juga kesannya membiasakan bayi tidur dalam

pelukan.

Emotional quotient bayi boleh dipengaruhi oleh sikap ayah. Beberapa pakar

menyatakan kualiti hubungan bayi dengan kedua-dua ibu bapanya sangat

mempengaruhi proses perkembangan keterampilan sosial anak di kemudian hari.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat bagi menambah ilmu

pengetahuan khususnya bagi pasangan yang akan mendapat anak pertama. Dengan

membaca buku ini, ibu muda khususnya akan mendapat gambaran lebih jelas dari

saat-saat bersalin dengan hal-hal baru yang belum diketahui.

Pengulas:

Ashiah Mohd Nor Penolong Pegawai Perpustakaan (K) Bahagian Perkhidmatan Digital Perpustakaan Negara Malaysia

Sari Pustaka Bil 2/2013 23

SINOPSIS BUKU

Buku ini membicarakan tentang sejenis masalah

penglihatan yang utama di negara ini iaitu katarak.

Masalah katarak boleh dikatakan pasti dialami oleh

semua golongan, terutamanya pada usia emas.

Mengandungi 100 soal jawab yang mudah difahami,

padat dan ringkas. Ia merangkumi anatomi mata, kanta

mata dan menjelaskan faktor yang menyebabkan kanta

mata bertukar katarak. Pembedahan merupakan

rawatan utama untuk katarak. Penulis turut menyentuh

secara ringkas tetapi padat tentang pelbagai jenis

pembedahan untuk katarak, yang disertakan dengan

ilustrasi dan gambar. Juga memberikan panduan

persediaan sebelum pembedahan, penjagaan mata

selepas pembedahan dan turut menjawab persoalan

tentang komplikasi yang boleh berlaku semasa dan

selepas pembedahan.

AZHANY YAAKUB ... [et al.] 100 persoalan mengenai

mata dan katarak Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2013. 74ms.

ISBN 978-983-46-1169-9

Sari Pustaka Bil 2/2013 24

SINOPSIS BUKU

Buku ini menyediakan maklumat yang diperlukan oleh

para guru untuk membolehkan mereka terus

meningkatkan kemahiran dalam bidang perguruan. Buku

panduan guru ini meliputi senarai penggunaan ICT

daripada yang praktikal dan dirancang dengan teliti

hinggalah kepada yang menyeronokkan dan inovatif.

Topik perbincangannya adalah merangkumi pemahaman

perkara asas tentang ICT, penggunaan ICT secara

berkesan di bilik darjah dan kepentingan penggunaan

ICT yang menyeluruh untuk pelbagai subjek dalam

keseluruhan kurikulum. Buku ini dapat membantu para

guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran serta

memudahkan penyampaian maklumat kepada pelajar di

bilik darjah.

COLE, GEORGE 101 senarai penting untuk penggunaan ICT di bilik

darjah Kuala Lumpur : Institut

Terjemahan & Buku Malaysia Berhad, 2012.

126ms. ISBN 978-983-068-779-7

Sari Pustaka Bil 2/2013 25

SINOPSIS BUKU

Adakah Ubat-Ubatan Anda Halal? adalah sebuah buku

yang telah diterjemah dan diolah daripada karya asal

The Halal Index, Volume 1: Pig Based

Pharmaceuticals. Buku tersebut telah terpilih sebagai

'Buku Pilihan Bulan Disember‟ oleh Pharmaceutical

Society of Australia (PSA). Dalam menitikberatkan isu

halal dan haram, kita sering kali alpa tentang ubat-

ubatan yang dimakan. Buku ini mendedahkan lebih 54

bahan yang disenaraikan dan pembaca dapat mengenal

pasti lebih daripada 3,000 jenis ubat-ubatan yang

menggunakan sumber khinzir dan pilihan-pilihan

alternatif selain memuatkan pandangan-pandangan

ulama. Buku panduan ini memenuhi keperluan dalam

sektor farmaseutikal halal untuk merungkai isu-isu

berkaitan status asal usul dan juga sumber bahan-

bahan yang diguna pakai. Buku ini sangat diperlukan

untuk kegunaan masyarakat Islam.

Adakah ubat-ubatan

anda halal? Petaling Jaya : Phytorex

Press, 2013. 96ms. ISBN 978-967-0103-05-1

Sari Pustaka Bil 2/2013 26

SINOPSIS BUKU

Allah telah menetapkan kewajipan solat bagi hamba-

Nya yang muslim, tua, muda, lelaki dan perempuan,

sakit, sihat, bahkan bagi anak-anak yang sudah

memasuki usia 10 tahun. Malahan sebelum usia itu, ibu

bapa wajib mendidik dan membiasakan anak-anak

bersolat agar selepas baligh, mereka memahami

kewajipan solat dan melaksanakannya dengan

sempurna. Ibu bapa harus menekankan kepentingan

solat kepada anak-anak serta mendekatkan mereka

dengan masjid. Buku ini menghuraikan pelbagai perkara

berkaitan solat, lengkap dengan teori pengajaran solat.

Tips-tips berguna turut disediakan untuk melatih anak

anda supaya istiqamah dalam melaksanakan ibadah

solat. Kaedah pengajaran serta contoh teladan daripada

kisah Nabi SAW dan para sahabat terdahulu dalam

mendidik anak tentang solat turut diselitkan.

ABUL MU‟ATHI MUSTHAFA

Anakku vs solat : bagaimanakah mengajarnya?

Kuala Lumpur : Telaga Biru, 2013. 196ms.

ISBN 978-967-388-111-6

Sari Pustaka Bil 2/2013 27

SINOPSIS BUKU

Buku ini cuba membantu memperbaiki cara berfikir dan

membangunkan jati diri seseorang sebagai insan yang

bakal bergelar PM (Peribadi Muslim). Tujuannya adalah

untuk membimbing generasi baru berfikir secara luar

biasa supaya dapat mencipta kejayaan yang terbilang.

Fikiran perlu diubah dan bersedia menentang segala

ideologi serta pemikiran anasir-anasir luar yang jahat.

Tiada satu pun faktor luar yang berjaya mengubah kita

dan menyekat keazaman untuk berjaya. Punca yang

sebenar itu adalah diri sendiri. Kita seringkali

berprasangka negatif terhadap diri sendiri seterusnya

menyekat segala pergerakan untuk mencapai kejayaan.

Halangan jahat yang wujud di dalam diri perlu ditembusi.

Manusia telah dicipta oleh Allah SWT mempunyai

keupayaan yang sama rata. Hanya kita yang

meletakkan had pencapaian diri sendiri. Setiap orang

yang berjaya pasti menemui kegagalan terlebih dahulu.

Satu-satunya cara untuk mencapai kejayaan ialah kita

perlu komited kepada setiap matlamat yang telah

ditetapkan.

NAZRI AHMAD Bagaimana saya boleh

menjadi PM Kulim, Kedah : Penerbit Siri Best Cik‟E, 2012. 186ms. ISBN 978-967-11258-6-1

Sari Pustaka Bil 2/2013 28

SINOPSIS BUKU

Buku ini lebih kepada perkongsian pengalaman hidup

dan motivasi diri. Bagaimana mencari jodoh yang baik

dan lebih utama bagaimana menanam keyakinan dan

prasangka yang baik kepada Allah dalam soal jodoh,

menjadikan diri lebih baik dan bersedia mencari dan

menerima jodoh yang ditentukan. Bagi yang belum

berkahwin sudah pasti tertanya-tanya dan 'takut'

memikirkan siapakah bakal pasangan hidup, adakah

kita akan serasi bersama dan 1001 persoalan lagi.

Penulis menekankan nawaitu seseorang dalam usaha

mencari jodoh. Tidak lupakan doa, solat dan usaha

mencari yang terbaik bermula dengan diri sendiri.

Menurut Ibnu 'Ataillah dalam kitab Al-Hikam

mengatakan "Apabila Allah melepaskan lidahmu untuk

meminta, ketahuilah sesungguhnya Allah hendak

memberimu." Subhanallah, Allah sangat suka kita

meminta kepada-Nya.

ROHANI ABDUL RAHMAN

Berdua lebih baik Petaling Jaya : Galeri ilmu,

2012. 180ms ISBN 978-983-097-359-3

Sari Pustaka Bil 2/2013 29

SINOPSIS BUKU

Buku ini sesuai untuk golongan remaja dan dewasa

yang inginkan perubahan dalam corak pemikiran

mereka. Kemahiran dan kebolehan berfikir amat penting

bagi semua peringkat umur sama ada remaja, dewasa,

ibu bapa atau kanak-kanak. Kemahiran berfikir juga

penting bagi semua jenis kerjaya, dari peringkat tinggi

hingga rendah. Keperluan berfikir dengan cemerlang

dapat membantu kita memahami, mengawal dan

menguasai pemikiran kita supaya berjaya dalam apa jua

bidang yang diceburi. Buku ini membincangkan tentang

pendapat para pemikir terkenal dunia serta dapatan

kajian mereka. Beberapa prinsip dan teknik berfikir yang

dicadangkan oleh beberapa pemikir dunia yang terulung

turut dibincangkan. Teknik berfikir tersebut diselitkan

dengan beberapa contoh dari pengalaman hidup

sebenar yang dikumpulkan oleh penulis. Buku ini

diharapkan dapat mencetuskan pemikiran minda bagi

membaiki kehidupan, perhubungan dengan orang

sekeliling dan kerjaya.

MARIAM M.NOR,

M.ISKANDAR DAN YASSER RAHMAD Berfikir menjana kecemerlangan

Sri Kembangan, Selangor: Workplace-English

Enterprise, 2013. 340ms. ISBN 978-967-11845-0-9

Sari Pustaka Bil 2/2013 30

SINOPSIS BUKU

Madu merupakan bahan makanan yang mempunyai

sejuta khasiat untuk kesihatan dan kesegaran tubuh

badan manusia. Hal ini telah disebutkan di dalam al-

Qur'an, malah banyak kajian mengenainya telah

membuktikan secara saintifik mujarabnya madu ini

sebagai penawar dan makanan yang mengandungi

sejuta khasiat. Untuk mengetahui lebih terperinci

tentang khasiat dan kemujaraban madu boleh didapati

di dalam buku ini. Malah anda juga mengetahui apakah

penyakit yang disembuhkan dengan menggunakan

madu serta ramuan campuran untuk pengubatan

tersebut. Tuhanmu mewahyukan kepada lebah;

"Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon

kayu dan bangunan-bangunan yang dibuat manusia.

Kemudian makanlah daripada tiap-tiap (jenis) buah-

buahan, lalu ikutlah jalan Tuhanmu yang telah

dimudahkan (bagimu). Daripada perut Iebah itu keluar

minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di

dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi

manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-

benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang

memikirkan."

(Al-Nahl: 68-69).

HAVIVA A.B Dahsyatnya mukjizat madu : manfaat untuk kesihatan, kecantikan

dan kecerdasan Batu Caves, Selangor : Ar-

Risalah Product, 2013. 118ms.

ISBN 978-967-0268-44-6

Sari Pustaka Bil 2/2013 31

SINOPSIS BUKU

Funny Munnee is a graphic book published specially for

those who finds that financial issues are boring and dull

matters. This book give financial knowledge to those

who never find the time or have no interest at all to read

personal finance book. This book is targeted for adults,

parents and professionals who are far too busy with

their daily works and have no time to read. This book

serves as a fast-reading source on finance. This book is

highly recommended for those who enjoy learning better

through visual representation, including teenagers who

start exposing themselves to financial matters and those

actively involve in making financial decisions. This book

illustrates how we look at some financial issues. Some

thoughts are funny, simple, straightforward, direct and

sometimes smart or even ridiculous. By reading this

compilation of short articles and comic drawings will

result in you making better financial decisions in the

future.

LAU, KC & TAN, CW Funny munnee : laugh to

get rich Petaling Jaya : TrueWealth,

2013. 207ms. ISBN 978-967-416-005-0

Sari Pustaka Bil 2/2013 32

SINOPSIS BUKU

Johor is the southern gateway into Peninsular Malaysia.

It is said to have got its name from precious stone. Just

like a gem, its many facets make Johor an exciting and

enjoyable experience. Though popular for its many

tourist attractions, it should also be explored for it lesser

known and unexploited natural heritage and biodiversity.

This book recommends the more important habitats and

sites for birdwatching in Johor. It also documents

photographically most of the over 450 species of birds

found in Johor. It introduces the hobby of birdwatching

to students, nature lovers and beginners. Many species

are photographed in diffrent natural poses including

males, females and juveniles where these differ in their

appearance.

LUM, W.W.

Guide to birds of Johor Pontian, Johor : Lum Wei

Wah, 2012. 297p. ISBN 978-967-10504-08

Sari Pustaka Bil 2/2013 33

SINOPSIS BUKU

Konsep pengkaryaan buku ini memberatkan

pengurusan rumahtangga dan tanggungjawab yang

sewajarnya dilaksanakan oleh setiap ahli keluarga.

Pengolahan idea persembahan disampaikan dalam

bentuk humor tetapi amat menarik dan berkesan dalam

menghidupkan penceritaan tentang kehidupan

berkeluarga. Setiap situasi mempunyai unsur

pengajaran yang disampaikan dengan berkesan dan

bersesuaian dengan kaedah semasa demi menangani

tabiat manusia yang pelbagai. Lumrah setiap manusia

inginkan kesempurnaan dalam kehidupan namun

secara realiti adalah sebaliknya. Secara nyata situasi

sebelum dan sesudah berkeluarga menjelaskan

hubungan kontra yakni perawakan dan hati budi

masing-masing. Setiap bab mengutarakan elemen-

elemen tersendiri mengenai isteri, suami, anak-anak,

kehidupan zaman terkini dan isu-isu ibadat amalan

seharian yang sentiasa menjadi titik tolak dalam

mencorakkan sesuatu institusi keluarga. Segala apa

yang dibangkitkan dalam buku ini kebanyakannya

adalah berkaitan dengan rutin seharian kehidupan kita

yang perlu diambil ikhtibar ke arah membentuk keluarga

yang cemerlang menurut Islam.

BADRUL HISHAM SHARI Hai, darling!

Petaling Jaya : Galeri Ilmu, 2012. 183ms.

ISBN 978-983-097-358-6

Sari Pustaka Bil 2/2013 34

SINOPSIS BUKU

Buku ini merupakan novel sejarah mengenai kehebatan

dan kebijaksanaan Laksamana Hang Nadim. Menurut

Sejarah Melayu, Hang Nadim merupakan anak kepada

Hang Jebat dengan isterinya Dang Wangi ataupun

Dang Inangsih. Hang Nadim masih di dalam kandungan

ibunya sewaktu Hang Jebat terbunuh di tangan Hang

Tuah. Hang Nadim kemudiannya dijadikan sebagai

anak angkat oleh Hang Tuah dan kemudiannya

dikahwinkan dengan anak perempuannya iaitu Tun Mas

Jiwa. Novel ini menceritakan perjuangan Hang Nadim

dalam mempertahankan kedaulatan Melaka dari

cengkaman Portugis. Penjajahan Portugis telah

mencetuskan suasana kekecohan, huru hara dan

perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat jelata. Hang

Nadim berusaha memulangkan semula hak dan

kedaulatan kesultanan Melayu Melaka. Serangan demi

serangan dilancarkan ke atas Portugis meskipun

menyedari kekebalan dan kukuhnya Kota A Famosa

untuk ditawan. Hang Nadim terus berjuang demi

jihadnya kepada agama dan tanah air. Namun, hari

berganti hari, Hang Nadim beransur tua dan dia tidak

lagi gagah untuk terus menentang Portugis. Hang

Nadim menghembuskan nafas tatkala Melaka masih

lagi dijajah oleh Portugis.

ABDUL LATIP TALIB Hang Nadim : laksamana

jihad Batu Caves, Selangor :

PTS Litera Utama, 2013. 281ms.

ISBN 978-967-408-117-1

Sari Pustaka Bil 2/2013 35

SINOPSIS BUKU

Buku ini memperkenalkan pelbagai herba yang terdapat di

negara kita serta manfaat dan penggunaannya. Pembaca

diperkenalkan dengan jenis herba, ciri fizikal, habitat, kaedah

penanaman, penggunaan dan khasiatnya. Penghasilan buku

ini merupakan satu alternatif untuk pembaca memilih jenis

herba yang berpotensi untuk dikomersialkan atau sebagai

bahan rujukan untuk rawatan penyakit tertentu dan

penjagaan kesihatan. Buku ini bertujuan mengubah persepsi

tentang herba kerana ia boleh dijadikan industri penghasilan

herba dan produk herba yang mampu diangkat ke peringkat

antarabangsa serta peningkatan ekonomi melalui sektor

penanaman herba dan penghasilan produk herba.

NASNAN JAJULI Herba berpotensi di

Malaysia Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,

2013. 129 ms ISBN 978-983-46-0725-8

Sari Pustaka Bil 2/2013 36

SINOPSIS BUKU

Ayah merupakan seorang individu yang paling berjasa

dalam kehidupan seorang anak walaupun bentuk

kebaikan dan kasih sayang ayah sangat berbeza

dengan ibu. Diibaratkan kasihnya ibu sampai ke syurga,

kasihnya ayah sanggup berkorban nyawa. Buku ini

terhasil melalui nukilan rasa pengalaman daripada

penulis sendiri serta melalui temubual dengan beberapa

insan yang bergelar anak dan bapa yang sudi berkongsi

suka duka mereka dengan penulis. Tanpa kita sedar

melalui buku ini akan membawa kita mengimbau

kembali kehangatan kasih sayang, pengorbanan, jerit

perih seorang ayah yang pernah kita lalui sepanjang

hidup bersamanya. Buku ini bukan hanya sesuai untuk

anak-anak sahaja, tetapi juga untuk para ayah dalam

usaha mengenali dengan lebih dekat bagaimana

karakter, keinginan dan penilaian anak terhadap mereka

serta apa yang harus dilakukan demi menjadi ayah

mithali yang patut dijadikan teladan dalam keluarga.

BANJARY, RIZKY I love you dad

Batu Caves, Selangor : Must Read, 2012. 139 ms. ISBN 978-967-0392-27-1

Sari Pustaka Bil 2/2013 37

SINOPSIS BUKU

Buku ini mengandungi 10 bab yang berkaitan dengan

proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan

juga untuk memperbaiki amalan pedagogi dalam bilik

darjah. Pelbagai cara, langkah dan teknik yang dipaparkan

dalam buku ini untuk dijadikan panduan pada guru dalam

melakukan penambahbaikan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Selain itu, ia memuatkan kajian dan

maklumat tentang aspek kebahasaan seperti

perkembangan ejaan, tatabahasa, semantik, dan stilistik.

Di samping itu, turut dimuatkan tulisan tentang laras

bahasa yang merangkumi bidang sastera, sains dan iklan

perniagaan. Penulis juga memuatkan aspek pedagogi

seperti pembelajaran komponen sastera (Komsas) dalam

bahasa Melayu, drama dalam pengajaran dan aktiviti lisan.

Buku ini sesuai untuk para pelajar dan juga bakal guru

Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, guru-guru

Bahasa Melayu, dan masyarakat umum yang mengikuti

perkembangan bahasa Melayu .

ARIFF MOHAMAD Interpretasi dan pedagogi

bahasa Melayu Tanjong Malim, Perak :

Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris,

2012. 136ms. ISBN 978-9833759-83-5

Sari Pustaka Bil 2/2013 38

SINOPSIS BUKU

Buku ini menerangkan tentang harta yang diperolehi oleh

seorang mukmin itu bukanlah hak milik mereka secara

total. Ini kerana terdapat hak orang lain di dalamnya.

Perkara ini ada diterangkan di dalam al-Quran dan Hadis.

Ibadah bersedekah merupakan antara cara bagaimana

harta tersebut boleh dibahagikan kepada mereka yang

berhak dan memerlukan. Buku ini juga menjelaskan

makna sedekah, kesalahan-kesalahan sedekah yang

membuatkan pemberinya tidak kaya serta sifat ikhlas

sebagai penyokong dalam bersedekah. Ayat-ayat dari al-

Quran dan terjemahannya turut diselitkan bagi

membuktikan pentingnya sedekah dalam kehidupan

seorang mukmin. Namun, ada beberapa perkara yang

perlu diambilkira dalam dalam proses bersedekah ini bagi

menghindarkan kita dari kesalahan-kesalahan seperti riak

atau mengungkit kembali harta yang telah diberikan.

ABDUL HAMID

Kesalahan sedekah yang membuatmu tidak kaya.

Ed. bahasa Melayu Batu Caves, Selangor : Al-

Hidayah House of Publisher, 2013. 122ms. ISBN 978-967-0465-53-1

Sari Pustaka Bil 2/2013 39

SINOPSIS BUKU

Rangkuman kisah dari pengalaman penulis yang telah

diadaptasi ke dalam sebuah buku. Kisah dikutip dari

pengalaman yang merangkumi suka duka semasa

menjalankan tugas di pelbagai kaunter. Walaupun ianya

sebuah pengalaman ianya tetap mengandungi unsur

motivasi, teladan, nasihat dan humor yang boleh

diaplikasi dalam kehidupan harian mengikut kesesuaian

keadaan. Kisah mencuit hati yang dikongsi oleh penulis

dapat menerbitkan senyuman kepada pembaca dan

kisah yang selanjutnya dapat memberikan panduan

untuk menangani masalah ketika berhadapan dengan

pelanggan. Pelanggan yang datang dan pergi dengan

pelbagai ragam dan gelagat boleh menjadikan

seseorang itu lebih matang dan berdikari dalam melalui

kehidupan harian. Jangan meletakkan kerjaya petugas

kaunter sebagai satu pekerjaan yang mudah sekiranya

tidak mempunyai pengalaman tersebut. Buku ini dapat

memberikan gambaran dan akan membawa diri

pembaca seolah-olah berada dimeja kaunter.

RAFI HARUMIN Kisah orang kaunter

Petaling Jaya : Galeri Ilmu, 2013. 210ms.

ISBN 978-983-097-414-9

Sari Pustaka Bil 2/2013 40

SINOPSIS BUKU

Hari Kiamat merupakan hari pengakhiran bagi semua

makhluk di muka bumi. Hari Kiamat merupakan hari

kemusnahan semua makhluk yang wujud diketika itu

dan seterusnya manusia dibangkitkan untuk dihitung

amalan mereka. Buku ini menerangkan tanda-tanda

kiamat yang kecil, diikuti dengan tanda-tanda kiamat

yang besar, dan berlanjutan dengan pelbagai peristiwa

dahsyat selepas kematian seperti pedihnya azab neraka

dan indahnya nikmat syurga. Setiap perbahasan

bersandarkan rujukan yang sahih dan dilengkapi

dengan huraian hikmah daripada para ulama. Buku ini

menggabungkan antara akidah akhir zaman dengan

panduan akhlak yang dapat menyucikan jiwa dan

membuka mata hati. Oleh sebab adanya keimanan

dengan kehidupan selepas mati, adanya azab kubur,

syurga dan neraka, semua ini pasti menjadikan tingkah

laku diri yang sesuai dengan peraturan Islam dan akhlak

mulia. Sebagai manusia dan hamba kepada Allah SWT,

perlu yakin bahawa dunia ini akan musnah, fana dan

tidak kekal selamanya. Dunia adalah tempat berpenat,

di akhirat nanti adalah tempat untuk berehat.

Perbahasan-perbahasan yang tercantum boleh

dijadikan penunjuk arah atau kompas perjalanan umat

akhir zaman menuju Allah.

UMAR MUHAMMAD NOOR

Kompas umat akhir zaman : membina akhlak berasaskan akidah hari

pembalasan Kuala Lumpur : Telaga

Biru, 2013. 372ms. ISBN 978-967-388-108-6

Sari Pustaka Bil 2/2013 41

SINOPSIS BUKU

Buku terjemahan daripada versi bahasa Inggeris ini

berkaitan konsep kepimpinan cemerlang gaya Jack Welch.

Beliau adalah pakar dalam bidang kepimpinan dan

berpengalaman memimpin sebuah syarikat terbesar di

dunia, iaitu General Electric Company (GE). Pemimpin

yang hebat adalah pemimpin yang bertenaga,

bersemangat tinggi (energy), bijak, mendorong

pasukannya (energizes), cekal dan berani menghadapi

cabaran dan membuat keputusan yang sukar (edge), serta

seorang pelaksana yang cekap (executes). Buku ini turut

memaparkan kisah lima orang pemimpin graduan sekolah

kepimpinan Jack Welch yang mengaplikasikan konsep

kepimpinan 4E dalam organisasi mereka. Diterangkan juga

pelbagai teknik, langkah, contoh, panduan dan kisah

kejayaan dalam membangunkan dan melatih pemimpin

yang berwibawa. Konsep kepimpinan ini sesuai diamalkan

oleh syarikat korporat, jabatan kerajaan, badan bukan

kerajaan, parti politik dan sebagainya. Ini kerana

kepimpinan yang cemerlang amat penting dalam sesebuah

syarikat, organisasi atau negara. Konsep ini juga dapat

digunakan oleh pakar perunding dan latihan korporat serta

sebagai bahan rujukan ahli akademik malahan sesiapa

sahaja yang berminat bagi meningkatkan ilmu dalam

bidang kepimpinan.

KRAMES, JEFFREY A. Kuasa kepimpinan 4E.

Ed. bahasa Melayu Batu Caves, Selangor : PTS Professional Pub.,

2012. 192 ms. ISBN 978-967-369-188-3

Sari Pustaka Bil 2/2013 42

SINOPSIS BUKU

Nowadays, people tend to spend time by generating

incomes through online. We have Google and Yahoo

that offer great free information on thousands of making

money online opportunities. However, a little knowledge

is risky and too much material is a liability. This book

will help you to get started and skip unnecessary

confusing details. Blogging can be a good source to

generate extra income online or full-time on the internet.

Bloggers even earned millions of dollars from blogging

alone. Blog is mainly used to share information with

visitors and promote small business online world wide

with a very minimal cost. This book reveals the most

comprehensive guide in starting blog using WordPress

Content Management System (CMS). It comes with

step by step process on how to build your site using the

system. It also reveals the secret to producing great

quality content that will return your readers into loyal

customers and readers.

TAN, ALAN Make money online by

blogging Petaling Jaya :

TrueWealth, 2012. 235p. ISBN 978-967-5428-91-3

Sari Pustaka Bil 2/2013 43

SINOPSIS BUKU

Panduan berpaksikan pengurusan keluarga yang

sempurna menurut Islam dengan menitiberatkan

peranan dan tanggungjawab yang harus dimainkan oleh

suami isteri, ibu bapa, anak-anak dan juga keluarga di

samping bab ibadat yang perlu dilaksanakan. Secara

keseluruhannya buku ini menyentuh segala aspek

kehidupan Islam yang cemerlang dalam membentuk

jiwa dengan pekerti terpuji yang secara tidak langsung

menggambarkan kemurnian agama itu sendiri.

Kehidupan berkeluarga adalah amanah Allah dan setiap

umat manusia wajib mengamalkan perintah Nya dan ini

dijelaskan melalui surah-surah al-Quran yang

ditampilkan. Buku ini sesuai dijadikan panduan dengan

membangkitkan muhasabah dalam diri dan sentiasa

bermotivasi untuk memperbaiki segala kekurangan yang

ada. Kaedah penyampaian dan bahasa yang digunakan

adalah mudah bersesuaian sebagai bahan bacaan

yang padat dengan pedoman serta pengajaran untuk

keluarga¸yang mengidamkan keredhaan Allah.

SAAT SULAIMAN Melakar syurgawi idaman

: tip membina keluarga yang bahagia dan

cemerlang Kuala Lumpur : Telaga

Biru, 2013. 310ms. ISBN 978-967-388-102-4

Sari Pustaka Bil 2/2013 44

SINOPSIS BUKU

Buku ini memberi tunjuk ajar kepada pembaca terutamanya

mahasiswa tentang pelbagai kemahiran menguruskan diri,

interaksi pintar bersama dengan rakan-rakan sekuliah dan

menangani cabaran intelektual di institut pengajian tinggi.

Buku ini merupakan hasil perkongsian pengalaman pegawai

akademik, pegawai kerjaya serta pensyarah untuk membantu

pelajar terutamanya yang baru menjejakkan kaki ke menara

gading untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang

kehidupan di kampus. Buku ini membincangkan tentang erti

universiti, cita-cita, pengurusan masa, teknik belajar,

keyakinan diri dan pelbagai motivasi kepada pelajar. Buku ini

merupakan buku yang wajar dimiliki oleh mahasiswa universiti

dan mereka yang meminati bidang psikologi dan kaunseling.

Menggapai bintang

Skudai, Johor : Penerbit UTM Press, 2013. 270ms. ISBN 978-983-52-0885-0

Sari Pustaka Bil 2/2013 45

SINOPSIS BUKU

“Ilmu adalah suatu gerak-daya memperoleh

pengetahuan dan merujuk kepada suatu sifat yang

berada pada sesuatu (insan) yang hidup, yang

membolehkan diri yang mengetahui itu mengetahui

yang diketahui”, petikan dari kata-kata Syed Muhammad

Naquib al-Attas tentang ilmu. Penulis telah

menampilkan petikan kata-kata Syed Muhammad

Naquib al-Attas untuk membantu dalam memberi

kefahaman kepada pembaca akan kepentingan ilmu,

dalam memberi makna kepada pendidikan sebagai

gerak daya memperoleh ilmu. Turut dijelaskan

perbezaan antara ilmu dan hikmah serta peranan

cendekiawan dan tokoh akademik dalam

membangunkan minda dan keperibadian masyarakat.

Rangkuman dari buah fikiran dan cadangan dari

beberapa orang cendekiawan menguatkan lagi

kefahaman mengenai budaya ilmu dan perkara yang

berkaitan dengan keilmuan. Buku ini sesuai dibaca oleh

semua pembaca supaya dapat membuka pemikiran

kepada peningkatan ilmu pengetahuan.

ZAINI UJANG, DATO‟ Menyuburkan kembali

jiwa akademia Johor : Penerbit UTM Press, 2013. 195ms.

ISBN 978-983-52-0886-7

Sari Pustaka Bil 2/2013 46

SINOPSIS BUKU

Money Changes Everything and nobody denies this. The

latest book by Azizi Ali has everything related to money is

about wealth building strategies that actually work, not

fuzzy stories nor theories from ivory towers. It is chock full

of solutions, answers and wisdom on the subject of

money. It is a guide on how to become rich, how to

actually live rich, stay rich and die rich. This book also

explains a step by step fail safe method on how to actually

save money, become a master of money, to make money

from unit trusts, clues to recognize scams and steps to

protect yourself from the coming financial fallout. Perfect

for those who are busy with work or running their own

business or came into new wealth. This book will guide

them on how to make their money work harder for them

while they enjoy the best of what life has to offer. This is

relatively easy when you have the right prescription to

guide you through.

AZIZI ALI

Money changes everything : get rich, live

rich, die rich Petaling Jaya : TrueWealth,

2012. 290p. ISBN 978-967-416-025-8

Sari Pustaka Bil 2/2013 47

SINOPSIS BUKU

Buku ini mengetengahkan 52 projek yang memberikan

ilham segera dan direka untuk semua bidang serta tahap

pengalaman yang sesuai dilakukan sama ada di rumah,

pejabat atau studio. Aktiviti yang terdapat dalam buku ini

boleh dilakukan secara rawak atau secara satu aktiviti

satu minggu, untuk sepanjang tahun dalam membina

kreativiti. Tugasan ini boleh dipecahkan mengikut masa

(dari 30 saat hinggalah ke beberapa jam). Buku ini turut

menyediakan ruangan kosong untuk membuat lakaran,

catatan atau nota pengalaman pembaca. Di samping itu,

buku ini juga memaparkan pendapat 12 orang

profesional kreatif mengenai cara mereka untuk sentiasa

bermotivasi. Buku ini disertakan dengan ilustrasi

berwarna yang menarik bagi memudahkan pembaca

memahami tugasan yang perlu dilakukan dengan mudah.

SCALIN, NOAH

Pecahkan kebuntuan : 52 cara untuk meneruskan kreativiti anda di rumah,

pejabat dan studio Kuala Lumpur : Institut

Terjemahan & Buku Malaysia, 2012. 240ms.

ISBN 978-983-068-837-4

Sari Pustaka Bil 2/2013 48

SINOPSIS BUKU

Buku ini mengandungi lima bab yang merangkumi

perbincangan mengenai pencemaran alam sekitar dan

kesannya terhadap kesihatan awam. Langkah

pencegahan dan pengawalan terhadap pencemaran

alam sekitar turut dibincangkan. Beberapa penyakit

berkaitan pencemaran alam sekitar turut dimuatkan

meliputi penyakit berjangkit seperti malaria, demam

kepialu (tifoid) dan denggi serta penyakit kronik iaitu

asma, kanser dan darah tinggi (hipertensi). Buku ini

ditulis dengan bahasa yang mudah difahami dan sesuai

sebagai sumber maklumat dan rujukan kepada pelajar

sekolah, pusat pengajian tinggi, pengamal kesihatan

dan pembaca umum.

HALIZA ABDUL RAHMAN DAN RAPEAH SUPPIAN

Pencemaran alam sekitar dan kesihatan

awam Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,

2013. 112ms. ISBN 978-983-46-1139-2

Sari Pustaka Bil 2/2013 49

SINOPSIS BUKU

Buku ini membincangkan tentang pelbagai aspek

penguasaan kemahiran literasi pada usia kosong hingga

lapan tahun dan sesuai dijadikan panduan oleh para

guru dan pendidik kanak-kanak pada peringkat usia

yang awal sehingga peringkat prasekolah. Buku ini

menerangkan tentang asas teori dan tahap

perkembangan bahasa, tahap penguasaan serta

penerapan kemahiran literasi pada peringkat awal

kanak-kanak. Pelbagai amalan dalam proses bimbingan

boleh dijadikan panduan kepada para pendidik dan guru

untuk melaksanakan aktiviti literasi yang lebih

bermakna. Buku ini juga sesuai dijadikan panduan oleh

para ibu bapa dalam membimbing anak mereka untuk

menguasai kemahiran literasi dengan cara yang lebih

berkesan.

MAHZAN ARSHAD

Pendidikan literasi awal kanak-kanak : teori dan

amali Tanjong Malim, Perak :

Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris,

2012. 210ms. ISBN 978-983-3759-90-3

Sari Pustaka Bil 2/2013 50

SINOPSIS BUKU

Pengawalan merupakan sebahagian daripada langkah-

langkah pengurusan yang diambil oleh organisasi dalam

memastikan prestasi hampir sama dengan apa yang

dirancang. Ia juga merupakan satu proses menentukan

atau menjamin supaya kegiatan organisasi terarah kepada

pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Dalam

konteks pengurusan Islami, pengawalan juga wujud di

peringkat kendiri bukan sahaja diperingkat organisasi.

Kombinasi kedua-dua aspek ini berupaya mewujudkan

sekatan dalam diri individu daripada terjebak dalam gejala

salah laku moral. Fokus utama perbincangan buku ini

meliputi kesepaduan antara dimensi dalaman (kendiri) dan

luaran (organisasi) yang menepati fitrah kejadian manusia.

Oleh sebab itu, pengawalan dwi-dimensi ini amat wajar

dipraktikkan dalam pengurusan Islami yang meletakkan

falsafah tauhid dan matlamat al-falah sebagai paksi

utamanya.

NOR „AZZAH KAMRI Pengawalan dalam pengurusan Islami

Kuala Lumpur : Akademi Pengurusan YaPEIM, 2013.

81ms. ISBN 978-983-41095-6-1

Sari Pustaka Bil 2/2013 51

SINOPSIS BUKU

Masakan Nyonya sebenarnya satu masakan yang

penuh dengan cita rasa unik, pedas, savuri dan manis.

Kini tidak lagi sukar untuk menikmati masakan tersebut

dengan adanya buku resipi ini. Walaupun masakan

Nyonya boleh diklasifikasikan masakan yang rumit tetapi

ia sebenarnya masakan yang mudah sekiranya

dilakukan dengan kaedah serta peraturan yang betul.

Persediaan rumit resipi masakan Nyonya disampaikan

dengan jelas daripada pembuatan pes berempah

sehingga penyediaan asas seperti pewarna makanan

dan santan. Dengan kaedah yang mudah diikuti dan

peraturan terperinci, chef memperlihatkan betapa

mudahnya untuk memasak juadah terbaik daripada

resipi masyarakat Cina Selat. Buku ini juga tidak hanya

terdiri daripada resipi-resipi masakan Nyonya tetapi turut

menyenaraikan sukatan-sukatan lama kepada sukatan

baru. Pelbagai tip dalam masakan turut diberikan serta

tidak ketinggalan gambar-gambar masakan yang begitu

menarik untuk dikongsi bersama. Resipi-resipi di dalam

buku ini merupakan resipi kegemaran ramai selain

mudah disediakan dan terdapat juga beberapa hidangan

yang ringkas.

TAN, FLORENCE Resipi warisan nyonya

Shah Alam : Marshall Cavendish International

(Asia), 2012. 126ms. ISBN 978-967-3570-50-8

Sari Pustaka Bil 2/2013 52

SINOPSIS BUKU

Sebuah biografi yang memaparkan perjalanan hidup,

pemikiran, usaha dan cabaran isteri Perdana Menteri,

Datin Seri Rosmah Mansor sejak dari zaman kanak-

kanak hingga kini. Perjalanan ini mencakupi kehidupan

sebagai kanak-kanak, remaja, isteri, ibu dan wanita

yang memartabatkan kaum hawa dan pembangunan

kanak-kanak. Di dalam melalui liku-liku perjalanan

kehidupan, beliau tidak terlepas dari tohmahan. Kadang

kala segala perjuangan yang dilakukannya itu disalah

anggap dan keikhlasan beliau dipersoalkan di dalam

melaksanakan program kemasyarakatan. Namun begitu

beliau tetap tabah menghadapinya. Hakikatnya beliau

adalah wanita yang sederhana dan mudah didekati.

Terdapat satu bab khas di mana Datin Seri Rosmah

Mansor menangani khabar angin mengenai kehidupan

peribadinya, sama ada mengenai keluarga atau

penglibatan beliau dalam beberapa isu panas. Terdapat

juga butir-butir penglibatan beliau dalam kerja-kerja

kemasyarakatan, terutama usaha untuk membangunkan

program Permata Negara, penglibatan beliau dengan

pertubuhan bukan kerajaan dan penglibatan beliau

dalam Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri

Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) serta dalam

pelbagai program antarabangsa.

SITI ROHAYAH ATTAN DAN NORAINI ABD

RAZAK Rosmah Mansor

Petaling Jaya : Yayasan Amanah Perdana Malaysia,

2013. 178ms. ISBN 978-967-11536-0-4

Sari Pustaka Bil 2/2013 53

SINOPSIS BUKU

Buku ini merupakan siri ketujuh dalam siri Terapi Alami.

Rumpai secara lazimnya dianggap sebagai tumbuhan

perosak dan paling tidak dikehendaki sebenarnya

mempunyai pelbagai khasiat semulajadi yang jarang

diketahui umum. Maklumat tentang pelbagai jenis

rumpai yang mempunyai kegunaan sebagai ubatan

herba disampaikan secara terperinci. Tahukah anda

bahawa ara tanah, kemuncup hutan, rumput halia hitam

dan semalu berkesan untuk merawat ketuat, kutil, kurap

dan ulser serta sebagai penawar bisa patukan ular serta

sengatan serangga. Manakala penjarang anak

memudahkan ibu bersalin, membuatkan tidur lena,

melawaskan buang air kecil dan merangsang muntah.

Lalang, paku lipan, pulut-pulut, dan tutup bumi pula

sesuai digunakan untuk merawat batuk berdarah,

hidung berdarah, demam kuning, demam panas, buasir,

tekanan darah tinggi, bisul bernanah, tulang patah,

gastrik, leukemia, leukoria, dan hepatitis. Selain

mengetengahkan khasiat ubatan dan makanan, buku ini

turut menampilkan nama sains, vernakular dan botani,

kaedah penanaman, kandungan, kegunaan lain serta

jenis penyakit dan perosak. Setiap jenis rumpai

disertakan gambar foto berwarna agar pembaca mudah

mengenalinya.

ONG, HEAN CHOOI Rumpai : khasiat ubatan

& makanan Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors, 2013. 198ms.

ISBN 978-967-61-2617-7

Sari Pustaka Bil 2/2013 54

SINOPSIS BUKU

Dipterokarpa merupakan kelompok jenis-jenis pohon

dominan di hutan hujan tropika. Ianya terdiri dari jenis-

jenis pohon komersial yang telah diperdagangkan sejak

dimulainya pengusahaan hutan alam pada era sekitar

tahun 1970. Keluarga dipterokarpa seperti meranti,

keruing, resak, dan lain-lain tidak terbatas hanya di

pasaran domestik tetapi juga di pasaran antarabangsa.

Penulis menjelaskan mengenai spesis pohon yang

terancam ini di Semenanjung Malaysia dan juga yang

ditemui di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

di mana ianya dibahagikan kepada 3 kategori iaitu

Critical Endengered (CR), Endangered (EN) dan

Vulnerable (VU). 56.1% yang wujud di Semenanjung

Malaysia berada dalam senarai kategori terancam, dan

22 daripadanya adalah berstatus endemik. Negeri

Pahang, Johor dan Perak adalah antara negeri yang

paling banyak mempunyai bilangan dipterokarpa

terancam. Pengetahuan mengenai dipterokarpa adalah

sangat penting kepada semua peringkat pembaca

kerana ianya dapat membantu dalam menyelamatkannya

daripada kepupusan.

CHUA, LILLIAN SWEE LIAN, SUHAIDA MUSTAFA DAN ASLINA BAHARUM

Spesies dipterokarpa terancam di

Semenanjung Malaysia Kuala Lumpur : Institut

Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 2012. 212ms.

ISBN 978-967-5221-79-8

Sari Pustaka Bil 2/2013 55

SINOPSIS BUKU

Perniagaan boleh didefinisikan sebagai perusahaan

yang meliputi pertanian, pengeluaran, pembinaan,

pengagihan, pengangkutan, komunikasi, perkhidmatan

dan pemerintahan yang bergerak dalam memasarkan

barang dan perkhidmatan kepada pengguna. Pada

prinsipnya sama ada sedar ataupun tidak, setiap

manusia di muka bumi ini tidak pernah terlepas dari

kegiatan perniagaan, baik sebagai pengguna, perantara

ataupun pengeluar. Buku ini berkaitan dengan etika

perniagaan dan strategi pemasaran yang pernah

dipraktikkan Rasulullah s.a.w. Baginda layak untuk

dikategorikan sebagai pakar ekonomi ulung dengan

pelbagai prestasi yang diperolehinya. Rasulullah s.a.w

sentiasa menerapkan prinsip-prinsip pengurusan jitu dan

handal. Kejujuran dan keadilan dalam berhubungan

sebagai prinsip utama dalam perniagaan amat

ditekankan. Batasan halal dan haram juga ditetapkan

secara jelas oleh dalil syarak. Pelbagai tip dan strategi

kreatif dilakukan oleh Rasulullah s.a.w untuk

mengeluarkan umat Islam daripada tekanan dan krisis

ekonomi.

RAHMAN, ZEN ABDUL

Strategi pemasaran cara Rasulullah s.a.w

Batu Caves, Selangor : Al-Hidayah House of

Publishers, 2013. 150ms. ISBN 978-967-0465-75-3

Sari Pustaka Bil 2/2013 56

SINOPSIS BUKU

Buku ini memberi panduan apabila berhadapan dengan

orang yang bermasalah. Terdapat 50 rahsia yang

diberikan bagi mengendalikan orang yang bermasalah

yang disusun dalam tajuk bab utama. Penulis yang

merupakan pakar motivasi yang berjaya mencadangkan

beberapa pendekatan iaitu memahami diri sendiri,

memahami orang yang bermasalah, menghadapi

kesukaran untuk bertindak efektif apabila adanya orang

yang bermasalah, menggunakan kaedah yang sesuai,

meningkatkan kemahiran untuk menangani orang

bermasalah dan menyelesaikan konflik dengan

berkesan. Faktor-faktor yang mendorong individu itu

sendiri berpotensi menjadi pembawa masalah

dijelaskan dalam pelbagai situasi yang berbeza melalui

penyelidikan yang telah dilaksanakan. Pembaca

disarankan bertindak dengan teknik, kaedah dan

kemahiran diri yang luarbiasa yakni berperanan sebagai

perundingcara dalam menangani situasi tegang yang

ditimbulkan dengan melakukan kajian terlebih dahulu

dalam pelbagai aspek. Buku ini memberikan pedoman

asas kepada pembaca untuk mempelajari kaedah

perundingcara yang berkesan dan dipersembahkan

dengan gaya bahasa yang yang mudah difahami tetapi

memberikan impak yang besar.

BROWN, DAVID Teknik terhebat kuasai

pembawa masalah Batu Caves, Selangor : PTS Professional Pub.,

2012. 120ms. ISBN 978-967-369-139-5

Sari Pustaka Bil 2/2013 57

SINOPSIS BUKU

Berjalan kaki adalah perkara rutin yang dilakukan oleh orang

ramai setiap hari. Umumnya difahami berjalan kaki bermaksud

suatu aktiviti manusia yang dilakukan bertujuan untuk menuju

ke sesuatu tempat. Namun pada asasnya aktiviti berjalan kaki

adalah merupakan suatu aktiviti senaman, senaman yang

mudah, murah dan selamat. Menurut pakar, orang dewasa

memerlukan 10 ribu langkah setiap hari untuk terus aktif dan

sihat. Buku yang terbahagi kepada 5 bab ini dihasilkan

bertujuan untuk menyingkap rahsia kesihatan di sebalik aktiviti

berjalan kaki. Pelbagai ilmu pengetahuan telah dikongsi oleh

penulis untuk tatapan para pembaca. Aktiviti ini boleh

menurunkan berat badan, menurunkan tekanan darah,

menurunkan kolestrol, mengurangkan tekanan, meningkatkan

kekuatan otot serta tulang dan juga boleh meningkatkan kualiti

tidur. Terdapat pelbagai variasi cara berjalan yang boleh

diamalkan bagi mengelakkan kebosanan antaranya berjalan

berselang seli, senaman berjalan, berjalan mendaki dan

berjalan berundur yang boleh dilakukan di sekitar rumah,

taman bunga, sekitar tasik, tepi pantai, kampung dan kawasan

berbukit. Ternyata aktiviti berjalan kaki bukan sekadar

menyihatkan jasmani namun juga sebagai terapi jiwa.

MUHAMMAD, AS‟ADI Terapi berjalan kaki

untuk kesihatan anda Batu Caves, Selangor : Ar-

Risalah Product, 2013. 150 ms.

ISBN 978-967-0268-67-5