layari  · makanan yang sangat popular dengan ... pengambilan granola juga ... contoh perniagaan...

12

Upload: trantruc

Post on 11-Jul-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Layari www.oda.my

017 - 980 8521 (Yatie)017 - 985 2056 (Azrul)

Untuk semua usahawan yang ingin menjual produk

dalam oda.my atau persoalan, sila hubungi

01www.oda.my

Ringkasan Vizap Marketing

oda.myProdukAdsArtikel Bisnes

..........

...........................................................

...........................................................

...................................................................

...........................................

23567

Index Halaman

KenaliVIZAP MARKETING?

PENYATAAN MISI:Untuk menjadi sebuah syarikat pemasaran terkemuka & pengedaran untuk produk IKS.

VISI:Dalam masa 3 tahun dari tahun 2015 kami komited untuk mempunyai cabang penge-daran kami yang dibahagikan kepada 4 Kawasan utama di Semenanjung Malaysia iaitu Wilayah Timur, Wilayah Tengah, Wilayah Selatan dan Wilayah Utara.

OBJEKTIF 2015:Kami bertujuan untuk meliputi Wilayah Timur & Wilayah Tengah. Jumlah outlet disasar-kan untuk ditembusi oleh akhir 2015 tidak kurang daripada 3,000.

PERNIAGAAN TERAS:Pengedaran:Mengedarkan produk IKS terpilih untuk kedai runcit terutamanya mereka yang dari kategori Retail Outlet Kecil (SRO) termasuk kedai runcit & ROCA (Restaurant & Café).

Pemasaran:Memasarkan produk-produk IKS terpilih dari pelbagai jenis segmentasi untuk dipasarkan didalam Hypermarket maya iaitu ODA.MY.

Iklan & Promosi:Kami membuat iklan serta perancangan & melaksanakan aktiviti promosi untuk mewujudkan kesedaran produk yang kami edarkan.

RINGKASAN

Wilayah Timur

Wilayah Tengah

Wilayah Utara

Wilayah Selatan

Sabah & Sarawak

Akan datang selepas menembusi pasaran wilayah Timur ,Tengah, utara & Selatan

ODA ADS

02www.oda.my

1 / SEGMENTASI

Terdapat 15 jenis segmentasi produk untuk memberikan kelainan dalam membeli belah dengan pelbagai p i l ihan barangan yang menarik serta berkualiti kepada pengguna.

2 / KUALITI PRODUK

ODA.MY mengutamakan k u a l i t i p r o d u k s u p a y a pelanggan berpuas hati. Hanya produk berkualiti dan asli sahaja yang dipaparkan dalam lamanweb oda.my.

3 / DISKAUN

Sebaga i m engho rm a t i semua pelanggan, oda.my akan sentiasa memberikan harga rendah dan promosi terkini supaya anda lebih berjimat cermat.

4 / MATA GANJARAN

Setiap produk yang anda beli, oda.my akan memberikan nilai Mata Ganjaran kepada anda dan anda boleh menebus dengan belian seterusnya.

PROMOSI TERKINI20 Januari - 29 Februari

Kami akan sentiasa memastikan kesemua produk yang dipaparkan dalam lamanweb oda.my akan memaparkan harga yang sangat berpatutan dan berkualiti.

pesat di Malaysia tetapi ia masih belum

menjadi terlalu berleluasa disebabkan isu

KEPERCAYAAN. Walau bagaimanapun

ODA.MY percaya dengan kecekapan luar

biasa & keberkesanan pasukan ODA.MY

secara keseluruhan, isu KEPERCAYAAN

itu boleh diselesaikan dan lebih ramai

p e l a n g g a n a k a n b e r s e d i a u n t u k

membeli-belah dalam talian..

Pasukan oda.my akan memberikan produk berkualiti dan perkhidmatan terbaik serta pantas kepada pelanggan

“”

Produk baru,Harga Rendah!!!ODA.MY bercita-cita untuk menjadi sebuah

gedung Jualan barangan IKS Terbesar secara

atas talian (On Line) di Malaysia & di

negara-negara Asia yang lain. ODA.MY

menawarkan servis yag cepat, selamat dan

mudah dengan pengalaman membeli-belah

dalam talian dengan pelbagai tawaran produk

dalam kategori makanan dan minuman,

memakai pakaian, aksesori, barangan

elektronik, barangan rumah, alat permainan,

peralatan sukan dan lain-lain.

ODA.MY komited untuk berkhidmat kepada

pelanggan denganmemberikan sevis serta

kualiti terbaik dalam proses pemilihan

produk dengan serius dengan mengambil

kualiti produk untuk dipertimbangkan,

kualiti pembungkusan & harga. ODA.MY

sentiasa berusaha untuk memastikan sistem

dalaman boleh menghasilkan perkhidmatan

yang terbaik yang kepada pelanggannya.

O D A . M Y b e r p e n d a p a t b a h a w a

membeli-belah dalam talian berkembang

03www.oda.my

www.oda.my

w w w . o d a . m y / o d a . m y b l o g . o d a . m y # o d a . m y

O DA . M Y b e r c i t a - c i t a u n t u k m e n j a d i G E D U N G O N L I N E T E R B E S A R k h u s u s u n t u k memasarkan produk-produk IKS b e r k u a l i t i t i n g g i . O D A . M Y menyediakan platform yang berkesan dan mesra pelanggan untuk membolehkan pelanggan selesa untuk membeli di dalam oda.my. Belilah dalam ODA.MY dan rasailah perbezaannya.

Layari www.oda.my dan rasailah kelainannya

15 Segmentasi Produk

Produk Berkualiti danDijamin Selamat

Bonus Mata Ganjarandan Penebusan

Penghantaran Pantasdan Selamat

Dapatkan KuponBaucar dan Diskaun

Pembayaran SecaraManual atau Elektronik

Pengalaman membelibelah yang lebihSeronok dan Mudah

Potongan harga dan harga rendah setiap hari

H a n y a d i o d a . m y k a m i menawarkan produk-produk IKS yang berkual it i t inggi dengan harga yang sangat berpatutan.

Bagi menjamin kepuasan pelanggan, oda.my sedia memberikan diskaun hebat setiap hari

Bestseller Product

04www.oda.my

Bermula pada hari pertama kemasukan granola kedalam oda.my sehingga hari ini, jualan granola semakin meningkat dan mencatat jualan paling tinggi. Granola adalah sarapan dan snek makanan yang sangat popular dengan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk k e u p ay a a n u nt u k m e nu r u n k a n kolesterol, mengawal pencernaan, membantu dalam usaha penurunan berat badan, meningkatkan kesihatan jantung anda, meningkatkan tenaga, mencegah anemia dan menggalakkan fungsi organ yang betul. Pengambilan g rano la j uga membantu untuk m e n u r u n k a n t e k a n a n d a r a h , m e n i n g k at k a n a k t i v i t i ko g n i t i f , meningkatkan kualiti kulit, membina tulang yang kuat, elak kencing manis, dan hormon merangsang pertumbuhan tisu baru, dan juga mencegah kanser.

Granola secara tradisinya terdiri daripada oat dicampurkan dengan kekacang, bijirin, beras perang, kelapa kering & buah-buahan serta madu. Kemudian dibakar sehingga garing dan kemudian boleh dimakan bersama susu segar, yogurt, buah-buahan atau sebagai snek. Granola kerap digunakan oleh orang-orang yang suka bersukan dan menjalankan aktiviti lasak.

Nilai pemakanan GranolaManfaat kesihatan yang boleh dikaitkan dengan granola adalah disebabkan oleh kandungan vitamin, mineral, dan nutrien penting lain termasuk serat pemakanan, natrium, kalium, zink, fosforus, magnesium, kalsium, vitamin- E, vitamin-C, niasin, vitamin E, zat besi, dan thiamin.

Antara Faedah Mengambil GranolaP e n g h a d a m a n : U n t u k p e m b a n t u pencernaan, granola adalah makanan terbaik untuk penghadaman kerana kandungan serat yang terdapat dalam oat dan buah-buahan campuran. Granola mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut ia akan mengawal pencernaan makanan. Selain itu, ia boleh mengurangkan berat badan, membakar lemak dan melawaskan pembuangan air besar.

Mengurangkan Kolesterol: Serat larut dalam granola boleh mengurangkan kolesterol dengan menyerap lemak dan membakar lemak dalam badan. Dengan mengurangkan kolesterol berbahaya di dalam aliran darah, anda mencegah pembentukan plak dalam arteri dan vena anda. Pembentukan plak in i boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan tekanan pada sistem kardiovaskular.

TEPUNG GORENG AYAM GHULAM ZTepung goreng ayam ini sangat istimewa dan terdapat tiga jenis perasa iaitu Original, Spicy dan Blackpepper.Tepung segera ini sangat mudah disediakan cukup hanya menggaulkan tepung ini bersama ayam, udang atau sotong dan tambah sedikit garam sebagai perasa. Goreng dan sedia untuk dihidangkan.

Sehingga hari ini, produk yang telah berada dalam

hypermarket oda.my berjumlah 690 item dengan 71

jenama. Oda.my hanya akan memaparkan produk yang

berkualiti dengan harga yang berpautan.

Produk

05www.oda.my

MINYAK KELAPA DARA DARALIATahukah anda , pokok kelapa yang mempunyai batang kuat dan mampu tumbuh tegak berdiri setinggi 100 kaki tanpa ranting yang hanya bergantung kepada akar rerambut untuk menahan beban yang berat dan tiupan angin kencang, sebenarnya mempunyai khasiat semulajadi yang tersembunyi , segagah pohonnya yang tahan lasak. Kebanyakan pokok kelapa hidup secara " Nactural Farming " tanpa menggunakan baja kimia, masih mampu mengeluarkan buah yang banyak. Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat didalam buah kelapa tersebut.

Dapatkan Minyak Kelapa Dara Daralia. Terdapat tiga jenis, 15ML, 100ML & 500ML. Segalanya dalam oda.my.

ODA ADS

www.oda.my

Biskut Jannas (Badam, Oat & Almond Crunchy)

Airis Instant Shawl (Shocking Pink, Mint & Cranberry) RM49.20

RM28.00

RM53.00

RM30.00

06

Apa itu BRAND @ JENAMA sebenarnya?

Ramai antara kita yang tertanya-tanya tentang maksud sebenar

BRAND. Ada yang juga yang TERSALAH kerana menyangka BRAND

hanyalah soal NAMA, LOGO, TAGLINE dsb yang lebih kepada IMEJ

perniagaan. Oleh kerana pandangan yang silap itulah menyebabkan

perniagaan mereka kadang-kadang hanya mempunyai Nama & Logo

yang indah sahaja tetapi perniagaan TIDAK MEMPUNYAI NILAI YANG

TINGGI pada persepsi pelanggan. Kegagalan membentuk PERSEPSI

yang BAIK adalah kerana kegagalan memahami maksud BRAND itu

yang sebenarnya.

Jadi, apakah itu yang dinamakan sebagai BRAND ?

DUA BAHAGIAN 'BRAND'

SEBENARNYA, BRAND adalah NILAI-NILAI PERNIAGAAN YANG

DIMASUKKAN DALAM MINDA PELANGGAN SEHINGGA MEMBENTUK

PERSEPSI PELANGGAN.

Itulah BRAND.

Jadi berdasarkan definisi di atas, BRAND sebenarnya lebih kepada

NILAI-NILAI iaitu unsur TERAS dalam BRAND . Namun, NAMA, LOGO

dsb adalah juga sebahagian daripada BRAND. Jadi, jika begitu, BRAND

boleh dipecahkan kepada 2 bahagian.

1. BAHAGIAN TERAS (SUBSTANCE)

2. BAHAGIAN LUARAN (IMEJ / KOSMETIK)

SUBSTANCE adalah yang membentuk nilai-nilai perniagaan.

Nilai-nilai yang dibentuk itulah kemudiannya disampaikan

kepada pelanggan.

Apakah nilai-nilai perniagaan? Nilai-nilai perniagaan adalah

apa yang membentuk KEUNIKAN, KEISTIMEWAAN,

KELAINAN, KEHEBATAN, KECEKAPAN, KEBERKESANAN &

KEPUASAN kepada pelanggan akhir.

Oleh itu, kita sebenarnya membina NILAI-NILAI MELALUI :

4P (Product, Price, Promotion, Placement) + Sistem + Budaya

= NILAI-NILAI.

Nilai-nilai dibentuk melalui - PRODUK YANG BERKUALITI,

PEMBUNGKUSAN YANG BAIK & MENARIK, HARGA YANG

MEREFLEK KUALITI PRODUK, PROMOSI-PROMOSI YANG

MENARIK, SISTEM PENGEDARAN YANG CEKAP &

BERKESAN, SISTEM PENGOPERASIAN & SISTEM

SOKONGAN dalam syarikat & BUDAYA KERJA SYARIKAT

yang UNIK dan memberi kesan kepada KEPUASAN

PELANGGAN.

Jika sudah ada NILAI-NILAI tersebut maka NILAI-NILAI

tersebut perlu diberikan SATU WAJAH untuk MUDAH

DIKENALI.

WAJAH yang dimaksudkan adalah NAMA BRAND, LOGO,

TAGLINE dsb bagi membentuk pengenalan IDENTITI kepada

NILAI-NILAI teras yang telah dibangunkan.

Tugas seterusnya adalah untuk MENGKOMUNIKASIKAN

BRAND tersebut kepada UMUM agar ia dikenali dan dapat

dirasai NILAI-NILAInya melalui aktiviti-aktiviti promosi &

pengiklanan dsb.

(Sambungan dihalaman sebelah)

07www.oda.my

NILAI YANG TERUCAP & TIDAK TERUCAP

Contoh perniagaan yang bagus dalam pembentukan BRAND adalah

perniagaan FRANCAIS seperti McDonald & KFC.

Okaylah, kita ambil KFC sebagai subjek kajian ringkas kita. Biasanya,

BRAND yang bagus akan berjaya menghasilkan kesimpulan nilai dalam

dalam minda PELANGGAN dalam 2 atau 4 perkataan sahaja. Orang

kenal KFC adalah kerana 'AYAM GORENGNYA' yang sedap.Dalam

minda pelanggan bila di sebut KFC, maka akan muncul perkataan

'AYAM, MENJILAT JARI'.

Begitu jugalah jika kita sebut MERCEDES, dalam minda pelanggan akan

muncul 'KERETA MEWAH - BISNES'.

Bebalik kepada KFC tadi. Walaupun dalam minda pelanggan adalah

AYAM GORENG SEDAP @ MENJILAT JARI' tetapi ada satu SET nilai

lain yang TIDAK NYATA tetapi DIRASAI melalui PENGALAMAN

pelanggan. Set nilai tersebut adalah 'BERSIH, AIR COND, LAYANAN

CEPAT & MESRA, HIDANGAN CEPAT DISEDIAKAN, ADA KEMUDAHAN

UNTUK ANAK-ANAK dsb.

Semua PENGALAMAN tersebut membentuk NILAI yang DIRASAI

tetapi TIDAK DIUCAPKAN @ TIDAK NYATA. Dan pengalaman tersebut

dihasilkan oleh SISTEM & BUDAYA KFC.

MUSTAHAK untuk ditekankan, NILAI NYATA (YANG TERUCAP) & NILAI

TIDAK NYATA (YANG TIDAK TERUCAP) adalah PENTING dalam

membentuk TERAS BRAND.

KESIMPULAN :

Begitulah bagaiamana BRAND dibentuk. Kesimpulannya, ia

bukan semudah mendapatkan NAMA yang BAGUS atau LOGO

yang MENARIK, tetapi NILAI-NILAI teras mestilah dibentuk

terlebih dahulu. Untuk membentuk Nilai, 4P + Sistem + Budaya

adalah BAHAN-BAHAN yang tidak boleh ditinggalkan.

Namun kelemahan IKS kita sebenarnya adalah pada

membentuk SISTEM + BUDAYA perniagaan. Sebab itu kita lihat

ramai usahawan restoran contohnya merungut tentang

anak-anak muda BUMIPUTERA yang malas bekerja di restoran

atau sikap anak-anak muda yang teruk bila bekerja sedangkan

kebanyakan pekerja-pekerja di outlet FRANCAIS seperti KFC

adalah terdiri daripada anak-anak muda BUMIPUTERA juga.

Mereka bekerja dan menguruskan restoran dengan baik.

Jadi mana-mana bahagian yang kurang, belajarlah supaya

bisnes anda boleh lebih maju dan berkembang ke seluruh

Malaysia.

I D A H A R

CEO

ODA.MY - 'THE LARGEST SME ONLINE STORE'

http://oda.my/

Nilai-nilai perniagaan adalah apa yang membentuk KEUNIKAN, KEISTIMEWAAN, KELAINAN, KEHEBATAN, KECEKAPAN, KEBERKESANAN & KEPUASAN kepada pelanggan akhir.

“”

08www.oda.my

Ramai IKS kita tidak ada ilmu berkenaan

Pengurusan Sumber Manusia (Human

Resource Management) sedang MODAL

INSAN adalah aset yang sangat penting

dalam sesebuah bisnes itu.

Maka suka saya berkongsi serba sedikit

Proses Asas berkenaan pengurusan

S u m b e r M a n u s i a b e r d a s a r k a n

pengalaman saya dalam bidang HR

sebagai bekas Pengurus Sumber

Manusia agar dapat jadi panduan dalam

perniagaan para Usahawan IKS sekalian :

Pengurusan SUMBER MANUSIA (HR)

secara asasnya bermula dengan proses

INBOUNDING dan berakhir dengan

OUTBOUNDING. Proses INBOUNDING

adalah proses kemasukan & proses

O U T B O U N D I N G a d a l a h p r o s e s

pengeluaran.

Saya ringkaskan proses keseluruhan HR

seperti berikut :

1. Sediakan STRUKTUR ORGANISASI

b e r d a s a r k a n k e p e r l u a n

2. Sediakan SKOP BIDANG TUGASAN &

PERINCIAN TUGASAN (Job Description)

s e c a r a B E R T U L I S u nt u k s et i a p

perjawatan, Juga Nyatakan KELAYAKAN

pekerja untuk jawatan-jawatan tersebut.

3. Pastikan POLISI & PROSEDUR kerja

pekerja tersebut mengikut jabatan @

unitnya sudah tersedia. Contoh pekerja

bahagian STOR - Polisi & Prosedur (atau

sekurang-kurangnya Carta Alir Kerja)

d i s e d i a k a n u n t u k B A G A I M A N A

bermula dengan proses INBOUNDING dan b e r a k h i r d e n g a n O U T B O U N D I N G“

MENERIMA STOK, merekod stok masuk,

membuat pemeriksaan fizikal ke atas stok

dsb.

Contoh lain : Pekerja RESTORAN yang ambil

ORDER - mesti ada carta alir ringkas

berkenaan SKIP untuk ambil order, dan

bagaimana menulis order dengan berkesan

dsb.

4. Sebelum pengambilan pekerja, siapkan

peralatan & keperluan yang diperlukan oleh

pekerja seperti tempat kerja (workstation),

meja, kerusi, komputer dsb yang berkaitan ;

5. Tetapkan SESI TEMUDUGA. Semasa

temuduga, minta calon untuk cerita tentang

dirinya. Tanya soalan-soalan yang boleh

mendedahkan tahap pemikiran, sikap & skil

calon.

Untuk pemikiran contohnya, boleh tanya apa

pendapat calon mengenai isu semasa dan

buku apa yang dibacanya. Boleh juga kita

periksa apa DRIVE calon dalam kerjaya.

P a s t i k a n p e m i l i h a n c a l o n a d a l a h

berdasarkan SIKAP, PEMIKIRAN & SKIL (atau

keinginannya untuk belajar) ;

6. Jika sudah ditentukan calon, sediakan

surat TAWARAN KERJA yang menyatakan

apa faedah yang diperolehi. Jika pekerja

adalah pekerja KONTRAK BERTEMPOH,

maka kena nyatakan tempohnya. Tarikh

melaporkan diri boleh disebut dalam surat

d a n b o l e h j u g a b e r d a s a r k a n

pertimbangan.

7. Apabila pekerja MELAPORKAN DIRI,

minta pekerja isi borang MAKLUMAT DIRI

untuk dimasukkan dalam FAIL PERIBADI

pekerja. Pastikan DAFTAR kan pekerja

dengan KWSP & SOCSO.

Kemudian, adakan sesi INDUKSI @

ORIENTASI. Apa yang berlaku dalam sesi

INDUKSI? - peserta akan diberikan

penerangan tentang MISI & VISI syarikat.

Juga tentang BUDAYA KERJA yang

diamalkan dalam syarikat.

Kemud ian tentang PERAT URAN -

PERATURAN ASAS yang terpakai. Pekerja

kemudian akan didedahkan dengan POLISI.

PROSEDUR & ALIRAN KERJA yang

berkaitan dengan jawatannya.

8. Latihan secara PRAKTIKAL (On The Job

Training @ OJT ) dalam Unit atau bahagian

kerja pekerja tersebut dilaksanakan

selepas sesi INDUKSI.

(Sambungan dihalaman seterusnya)

09www.oda.my

9. Latihan-latihan lain seperti MOTIVASI,

KEPIMPINAN & PENGURUSAN yang

berbentuk SOFT SKILL boleh juga

diberikan sepanjang tempoh pekerjaan.

10. Jika pekerja ada masalah DISIPLIN,

berikan amaran secara LISAN. Jika

amaran secara LISAN tidak berkesan,

berikan amaran secara BERTULIS.

Biasanya, amaran bertulis sebanyak 3

kali diberikan. JIka amaran bertulis tidak

diendahkan, boleh BICARAKAN PEKERJA

dan boleh putuskan sama ada untuk

berhentikan atau hukum menurut

hukuman yang ditetapkan oleh syarikat.

11. Jika pekerja ada masalah PRESTASI

(PERFORMANCE) - sediakan latihan

untuk MOTIVASI & SKILL kepada pekerja.

Kemudian pantau prestasi pekerja. Jika

masih bermasalah, berikan amaran

kepada pekerja.

Jika masih bermasalah, boleh laksanakan

proses BICARA seperti dalam POINT no

10 di atas sebelum membuat apa-apa

keputusan.

12. Jika pekerja diberhentikan, berikan

s u r a t p e r b e r h e n t i a n d e n g a n

m e n y a t a k a n s e b a b - s e b a b

diberhentikan. Ini adalah proses RINGKAS

sebenarnya. Telalu panjang jika mahu

diperincikan satu per satu, namun

cukuplah nota di atas untuk panduan

fundamental para usahawan IKS dalam

menguruskan SUMBER MANUSIA

mereka.

Semoga Bermanfaat.

Terima kasih.

I D A H A R

CEO

ODA.MY - 'THE LARGEST SME ONLINE

STORE'

N E T W O R K I N G

Hanya di oda.my

www.oda.my

10www.oda.my

ODA.MY dimiliki oleh Vizap Marketing (M) Sdn Bhd.Hak cipta terpelihara.