lawatan penanda aras asrama 2013

4
TARIKH: 04 Julai 2013 ( Khamis ) TEMPAT: Asrama SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban ANJURAN: Unit Asrama SMA Dato’ Haji Tan Ahmad

Upload: reimyrez-ramzza

Post on 21-Jan-2016

453 views

Category:

Documents


71 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lawatan Penanda Aras Asrama 2013

TARIKH:

04 Julai 2013( Khamis )

TEMPAT:

Asrama SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban

ANJURAN:

Unit Asrama SMA Dato’ Haji Tan Ahmad

PENDAHULUAN

Page 2: Lawatan Penanda Aras Asrama 2013

Unit Asrama SMA Dato’ Haji Tan Ahmad telah merangka Lawatan Penanda Aras ke SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. Lawatan ini adalah untuk memberi pengalaman baru kepada AJK Tertinggi asrama untuk menimba ilmu dalam mewujudkan suasana asrama yang lebih harmoni dan kondusif. Disamping mengeratkan silaturrahim antara guru dan pelajar, program ini boleh mendatangkan suatu idea dan pengalaman baru dalam mempertingkatkan mutu pengurusan asrama ke arah yang lebih cemerlang.

Lawatan ini akan disertai oleh 37 orang AJK Tertinggi Asrama dan diiringi 5 orang guru serta 2 orang penyelia asrama. Diharap dengan adanya lawatan sebegini dapat mengukuhkan ukhwah sesama manusia serta meningkatkan pengurusan asrama ke arah yang lebih baik.

OBJEKTIFPada akhir lawatan ini, murid-murid akan dapat;

i. Menimba ilmu untuk membantu pengurusan asrama yang lebih sistematik dan kondusif.

ii. Mengeratkan hubungan baik antara warga asrama.iii. Menjadikan contoh asrama yang terbaik untuk mewujudkan asrama yang

lebih cemerlang.iv. Mewujudkan pengurusan asrama yang terbaik.

BILANGAN PESERTA- Pelajar : 37 Orang AJK Tertinggi Asrama- Guru : 5 Orang (GPK HEM, Warden)- Penyelia Asrama : 2 Orang

PENGANGKUTAN- Satu Buah Bas

ATURCARA LAWATAN

KHAMIS ( 04 Julai 2013 )8.00 pg : Bertolak dari sekolah 9.30 pg : Tiba di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban

12.00 t/hari : Makan tengah hari

1.00 ptg : Bertolak Pulang

2.30 ptg : Tiba di sekolah

BELANJAWAN LAWATANPERBELANJAAN RM JUMLAH

Page 3: Lawatan Penanda Aras Asrama 2013

1. Kos Pengangkutan Bas2. Makanan Pelajar3. Cenderahati 4. Buku catatan & pen

RM 600.00 x 1 buahRM 10.00 x 37 orang RM 30.00 x 1 plugRM 3.00 x 37 orang

JUMLAH

RM 600.00RM 370.00RM 30.00RM 111.00

RM 1,111.00

PENUTUP

Kami berharap dengan adanya lawatan penanda aras ini dapat menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada kepada AJK Tertinggi asrama dan dapat meningkatkan mutu pengurusan asrama ke arah yang lebih cemerlang. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan untuk masa–masa akan datang, InsyaAllah.

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………..(Siti Norfarehan Binti Musa)Warden Aspuri,SMA Dato Haji Tan Ahmad

Disemak Oleh:

……………………………........(Hjh. Noraini Binti Abdul Latif)GPK Hal Ehwal Murid,SMA Dato’ Hj Tan Ahmad

Diluluskan/Tidak Diluluskan:

………………………(Zamrud Bt Ridzuan)Pengetua,SMA Dato’ Hj Tan Ahmad