latihan tambahanlatihan tambahan gb6023

3
TUTORIAL TAMBAHAN TAJUK MINGGU 1 - 5 1. Berikut adalah beberapa senario Penyelidikan. Untuk setiap senario, anda perlu: a. Mengenalpasti pembolehubah bersandar b. Mengenalpasti pembolehubah tidak bersandar c. Membina satu persoalan kajian d. Membina hipotesis Nol dan hipotesis kajian untuk (c) e. Mengenalpasti jenis data untuk pembolehubah bersandar f. Mengenalpasti jenis data untuk pembolehubah tidak bersandar Senario 1: Kajian lepas menunjukkan trend bahawa antioksidan dalam makanan boleh melambatkan dan mungkin juga membalikkan, penurunan fungsi kognitif yang berpunca daripada proses penuaan. Untuk menguji trend ini, seorang penyelidik telah mendapatkan seramai 25 orang sampel, berumur 70 – 75 tahun. Penyelidik pengukur tahap fungsi kognitif mereka. Kemudian, pengkaji telah memberi mereka minuman yang mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi, untuk diminum setiap hari selama enam bulan. Pada akhir enam bulan, penyelidik telah mengukur sekali lagi tahap fungsi kognitif mereka. Senario 2: Seorang penyelidika ingin mengkaji hubungan antara pengambilan arak oleh ibu mengandung dan berat badan bayi. Penyelidik telah memilih 20 tikus dan menambah arak dalam makanan mereka selama dua minggu sebelum anak tikus dilahirkan. Satu anak tikus telah dipilih secara rawak daripada setiap ibu tikus, dan berat badan anak tikus diukur dan direkodkan. Adalah

Upload: alif-saufwan-abas

Post on 28-Sep-2015

41 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Latihan tambahan.mengenal pasti tindakbalas tak bersandar, bersandar, mengkaji di dalam rumah

TRANSCRIPT

TUTORIAL TAMBAHANTAJUK MINGGU 1 - 5

1. Berikut adalah beberapa senario Penyelidikan. Untuk setiap senario, anda perlu:a. Mengenalpasti pembolehubah bersandar b. Mengenalpasti pembolehubah tidak bersandarc. Membina satu persoalan kajiand. Membina hipotesis Nol dan hipotesis kajian untuk (c)e. Mengenalpasti jenis data untuk pembolehubah bersandarf. Mengenalpasti jenis data untuk pembolehubah tidak bersandar

Senario 1:Kajian lepas menunjukkan trend bahawa antioksidan dalam makanan boleh melambatkan dan mungkin juga membalikkan, penurunan fungsi kognitif yang berpunca daripada proses penuaan. Untuk menguji trend ini, seorang penyelidik telah mendapatkan seramai 25 orang sampel, berumur 70 75 tahun. Penyelidik pengukur tahap fungsi kognitif mereka. Kemudian, pengkaji telah memberi mereka minuman yang mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi, untuk diminum setiap hari selama enam bulan. Pada akhir enam bulan, penyelidik telah mengukur sekali lagi tahap fungsi kognitif mereka.

Senario 2:Seorang penyelidika ingin mengkaji hubungan antara pengambilan arak oleh ibu mengandung dan berat badan bayi. Penyelidik telah memilih 20 tikus dan menambah arak dalam makanan mereka selama dua minggu sebelum anak tikus dilahirkan. Satu anak tikus telah dipilih secara rawak daripada setiap ibu tikus, dan berat badan anak tikus diukur dan direkodkan. Adalah diketahui bahawa purata berat badan anak tikus baru lahir (yang ibunya tidak diberi arak dalam makanan) adalah 5.6g, dengan sisihan piawai 0.5g.*Soalan tambahan: kenapa kajian ini menggunakan tikus dan bukan manusia? Bincangkan.

Senario 3:

Seorang penyelidik ingin mengkaji hubungan antara kemahiran memandu dan kemahiran menghantar mesej dalam telefon bimbit (texting). Penyelidik telah menyediakan satu litar pandu di pakir sebuah universiti dengan menggunakan kon sebagai petanda litar. Seramai 50 pelajar universiti telah menawarkan diri untuk kajian ini. Semua sampel kajian perlu memandu dalam litar tersebut sebanyak dua kali, kali pertama mereka perlu pandu dan pada masa yang sama menghantar mesej, manakala kali kedua hanya memandu. Bilangan kon yang dilanggar oleh sampel kajian dicatatkan untuk kedua-dua keadaan.

Senario 4:

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan tabiat merokok, sebuah pertubuhan kebangsaan telah mengiklankan kempen untuk meyakinkan orang ramai agar berhenti atau sekurang-kurangnya mengurangkan tabiat merokok. Di dalam usaha untuk menilai keberkesanan kempen yang telah dijalankan, mereka telah memilih 15 responden untuk merekodkan bilangan rokok yang telah dihisap setiap hari dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas pendedahan melalui iklan tersebut.