latihan pemahaman

13
SK.TEBING TINGGI – LATIHAN PEMAHAMAN Latihan Pemahaman Pemahaman 1 Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya. KERACUNAN MAKANAN PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI – Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku pada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh. Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius. Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pengusaha kantin pula dilarang meneruskan aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah dimaklumkan tentang kejadian ini. Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pusat Kesihatan Pantai Remis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan. Wakil Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan. Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin

Upload: roslidh13830

Post on 12-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

SK.TEBING TINGGI LATIHAN PEMAHAMANLatihan Pemahaman Pemahaman 1Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

KERACUNAN MAKANAN

PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan KampungSelamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku pada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh. Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantinsekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut danmuntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius.Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yangkeracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pengusaha kantin pula dilarang meneruskanaktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telahdimaklumkan tentang kejadian ini. Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke HospitalSeri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agakstabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pusat Kesihatan PantaiRemis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan.Wakil Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan.Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untukmembersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin sekolah hanya akan dibuka sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihan kantin tersebut.

1 Apakah yang menyebabkan keracunan makanan di sekolah tersebut? A Kuih yang dijual B Nasi lemak yang dijual C Makanan yang dijual D Minuman yang dijual

2 Apakah tanda-tanda awal yang menunjukkan murid-murid mengalami keracunan makanan? A Sakit perut B Muntah-muntah C Sakit perut yang serius D Sakit perut dan muntah-muntah

3 Berapakah jumlah bilangan murid yang serius ketika mengalami keracunan makanan? A 8 B 10 C 12 D 20

4 Siapakah yang mengarahkah pengusaha kantin menutup perniagaan mereka? A Pejabat Pelajaran Daerah Manjung B Pusat Kesihatan Pantai Remis C Guru yang bertugas D Guru besar

5 Semua penyataan di bawah benar tentang petikan kecuali ________________ A Pusat Kesihatan Pantai Remis mengambil mangsa di sekolah untuk dirawat. B Pejabat Pelajaran Daerah Manjung tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah. C Pengusaha kantin diarahkan menutup perniagaan mereka. D Guru Besar telah menyedari kejadian keracunan makanan.

Pemahaman 2

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

TOKOH PETANI JAYA PERINGKAT NEGERI

KUALA NERANG, Rabu Encik Zainal Abidin bin Tahir telah dianugerahkan sebagaiTokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itudaripada Menteri Besar Negeri Kedah sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik ZainalAbidin berasal dari Kampung Kubang Semang. Encik Zainal Abidin seorang petani yang berjaya. Beliau telah mengusahakan ladangkelapa sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging. Kawasan lembah berhampiranrumahnya telah dijadikan kolam menternak ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikandengan kegiatan menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersamasamaisteri dan anak-anaknya. Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM10000dan sijil penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja danmesin pemprosesan makanan kepadanya. Semua hadiah yang diterima ini akan membakarsemangat Encik Zainal Abidin untuk terus berusaha. Semasa majlis ini berlangsung, Encik Zainal berjanji untuk membantu para petani yangingin memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat ke ladangnyauntuk melihat kegiatan pertanian yang diusahakannya. Mereka juga boleh memasarkanmakanan ringan yang dihasilkan oleh keluarganya. Encik Zainal Abidin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertaniandan pihak KEMAS yang banyak memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharapkejayaannya ini akan menjadi pendorong kepada semua petani negeri Kedah untuk terusmelibatkan diri dalam bidang pertanian. Beliau akan terus melibatkan diri dengan aktif dalambidang pertanian ini.

1 Di manakah Majlis Anugerah Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah diadakan? A Kampung Kubang Semang B Kubang Semang C Kuala Nerang D Alor Setar

2 Berapakah jumlah hadiah yang bakal diterima oleh Encik Zainal Abidin bin Tahir? A 1 B 2 C 3 D 4

3 Mengapakah Tokoh Petani Jaya Negeri Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian dan KEMAS? A Memberi khidmat nasihat kepadanya B Membantu para petani yang belum berjaya C Menolong memasarkan hasil makanan ringannya D Memberi dorongan kepada petani supaya terus berjaya

4 Siapakah yang membantu Tokoh Petani Jaya mengusahakan kegiatan makanan ringan di rumahnya? A Para petani B Penduduk kampung C Anak-anaknya sahaja D Isteri dan anak-anaknya

5 Aktiviti pertanian yang diusahakan oleh Encik Zainal Abidin bin Tahir ialah I. Menternak lembu daging II. Memelihara ikan keli III. Mengusahakan ladang sawit IV. Menghasilkan kerepek pisang A I dan II sahaja B I dan III sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

Pemahaman 3Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

Aku memang minat mengembara. Aku ingin mengembara dengan basikal. Setelahmendapat keizinan keluarga, aku pun mengayuh basikal menuju ke utara denganberbekalkan sejumlah wang. Pada hari pertama, aku mengayuh sejauh 40 km. Selepas menempuh pelbagai cabarandan dugaan, akhirnya aku bermalam di sebuah masjid, di bandar Taiping.Pada hari kedua, perjalanan sejauh 50 km kutempuhi dalam hujan lebat. Aku singgahdi rumah kenalanku, Sudin. Aku menceritakan keinginanku ke utara. Sudin inginmengikutiku. Malam itu, aku bermalam pula di rumahnya. Keesokannya, aku dan Sudin mengayuh basikal ke Sungai Petani. Tayar basikal Sudinpancit. Sudin membonceng basikalku sambil menuntun basikalnya hingga ke kedai basikal.Malam itu, kami tidur di masjid. Sempat jugalah kami berbual tentang kisah lama.Pada hari berikutnya, kami meneruskan kembaraan ke Alor Setar. Sepanjangperjalanan, kami melihat panorama yang indah; sawah padi yang menguning, bukit-bukaudan gunung-ganang yang menghijau serta program pembangunan yang pesat di sana sini.Akhirnya kami selamat sampai ke rumah datuk. Dia terpaku apabila melihat aku dan Sudintercegat di hadapannya.

1 Apakah masalah yang mungkin akan dihadapi oleh seseorang pengembara? A Ilmu pengetahuan B Sumber kewangan C Orang-orang jahat D Cabaran dan rintangan

2 Ke manakah tujuan aku? A Ke Sungai Petani B Ke Taiping C Ke Kedah D Ke Pulau Pinang

3 Apakah rintangan yang terpaksa dihadapi oleh aku semasa mengembara? A Hujan dan panas B Kehabisan wang C Kawasan berbukit-bukau D Tiada tempat penginapan

4 Mengapakah datuk terkejut apabila melihat aku dan Sudin? A Kerana dia tidak menyangka cucunya akan sampai ke Kedah dengan basikal B Kerana dia sedih melihat keadaan diri cucunya yang tidak terurus C Kerana cucunya ditemani oleh seseorang yang tidak dikenalinya D Kerana datuknya sudah lama tidak bertemu dengan cucunya

5 Semua penyataan di bawah ini benar tentang petikan di atas kecuali A Semasa tayar basikal Sudin pancit, dia terpaksa mengayuh basikal "aku B Kegemaran aku dan kawannya, Sudin hampir sama C Perjalanan "aku ke rumah datuknya mengambil masa empat D Kebanyakan tempat tidur aku adalah di masjidPemahaman 4

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

Persatuan Penduduk Taman Ros,Taman Ros,31900 Kampar,Perak Darul Ridzuan._______________________________________________________________________

Ketua Polis Daerah Kampar,Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar,31900 Kampar,Perak Darul Ridzuan. 14 MAC 2008.

Tuan,Masalah Penduduk Taman Ros

Berhubung dengan perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk Taman Ros inginmembuat aduan tentang beberapa masalah yang kami hadapi.

2 Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai penagih terdapat di taman perumahankami. Keadaan ini amat membimbangkan kami kerana wujud pelbagai masalah lainyang ditimbulkan oleh mereka seperti kecurian dan sebagainya. Malahan, penutuplongkang di hadapan rumah kami juga turut dicuri untuk dijual bagi mendapatkanwang untuk membeli dadah.

3 Kewujudan mereka ini disebabkan oleh projek perumahan yang terbengkalaitidak jauh dari taman kami sejak enam tahun dahulu. Mereka menjadikanrumah-rumah tersebut sebagai rumah mereka.Kami juga amat bimbang akankeselamatan diri, keluarga dan juga harta benda kami. Pihak kami gagal menangkapmereka kerana mereka mencuri pada tengah malam.

4 Selain itu, ketenteraman kami juga sering diganggu terutamanya pada waktularut malam oleh kegiatan lumba haram yang melibatkan penunggang-penunggangmotosikal. Bunyi enjin motosikal yang bising di jalan raya di hadapan taman kamibenar-benar membingitkan telinga.

5 Pihak kami amat berharap agar pihak tuan memberikan pertimbangan yangsewajarnya dengan segera untuk membantu kami. Kerjasama daripada pihak tuankami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

Mat Ramli( MAT RAMLI BIN HALIM )Setiausaha,Persatuan Penduduk Taman Ros.

1 Penduduk gagal menangkap penagih kerana... A mereka melakukan kegiatan itu kerana sulit B mereka melakukan kegiatan itu di luar taman C mereka melakukan kegiatan itu pada tengah malam D mereka melakukan kegiatan itu pada hari cuti sahaja

2 Apakah tanggapan penulis tentang kehadiran penagih-penagih di taman tersebut? A Keramahan penduduk taman itu B Rumah terbengkalai berdekatan taman itu C Tidak terdapat balai polis di taman tersebut D Sikap penduduk yang tidak mementingkan keselamatan

3 Di manakah kegiatan lumba motosikal haram selalu diadakan? A Taman permainan kanak-kanak B Kawasan lapang di taman itu C Lorong antara rumah-rumah di taman itu D Jalan raya berhadapan dengan taman itu

4 Yang berikut ialah penyataan tentang petikan kecuali... A Penduduk amat risau akan keselamatan mereka B Kegiatan lumba motosikal haram dilakukan oleh penagih C Ketenteraman penduduk terganggu dengan bunyi bising yang membingitkan telinga D Penduduk taman tersebut meminta bantuan pihak polis untuk mengatasi masalah mereka

5 Rangkai kata membingitkan telinga bermaksud... A bunyi yang merdu B keadaan yang sesak C bunyi yang sangat bising D telinga yang dijangkiti kuman

Pemahaman 5

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

Persatuan Matematik,Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan,31400 Ipoh,Perak Darul Ridzuan.________________________________________________________________________

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan,31400 Ipoh,Perak Darul Ridzuan. 17 MAC 2008.

Tuan,

Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Persatuan Matematik, inginmemohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah.

2. Dewan itu akan digunakan untuk menjalankan pertandingan kuiz sempenaMinggu Matematik seperti ketetapan di bawah: Tarikh : 24 Mac hingga 27 Mac 2008 Hari : Isnin hingga Rabu Masa : 2.30 petang

3. Kami berjanji akan menggunakan dewan dengan baik sepanjang aktivititersebut diadakan. Kami juga akan memastikan keadaan dewan bersih selepasdigunakan.

4. Besarlah harapan kami agar permohonan kami mendapat perhatian danpertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, Zainal

( ZAINAL ARIFFIN BIN SALLEH )Setiausaha,Persatuan Matematik.

1 Apakah tujuan utama surat itu ditulis? A Memberitahu tentang Minggu Matematik B Memohon kebenaran menggunakan dewan sekolah C Menjemput Guru Besar merasmikan Minggu Matematik D Memaklumkan tentang tarikh pertandingan kuiz diadakan

2 Pertandingan Kuiz Matematik yang dirancang itu akan berlangsung selama... A seminggu B dua hari C tiga hari D empat hari

3 Rangkai kata memohon kebenaran dalam petikan bermaksud... A merayu kelulusan B meminta keizinan C mengharap bantuan D memerlukan kesahihan

4 Apakah jenis surat tersebut? A Surat penjelasan B Surat permohonan C Surat pengumuman D Surat pemberitahuan

5 Pada pendapat kamu, mengapakah Persatuan Matematik perlu menulis surat untuk memohon menggunakan dewan sekolah? A Dewan sekolah hanya untuk majlis rasmi sekolah. B Dewan sekolah tidak boleh digunakan sesuka hati. C Untuk memastikan dewan sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria. D Untuk memastikan tiada pihak lain yang menggunakan dewan pada tarikh tersebut.