latihan pemahaman alat ciptaan sains

4
ALAT CIPTAAN SAINS LATIHAN PEMAHAMAN UNIT 11: SAINS DAN TEKNOLOGI BAHASA MELAYU SJKC TAHUN 3

Upload: chuamoihong

Post on 04-Aug-2015

307 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: LATIHAN PEMAHAMAN ALAT CIPTAAN SAINS

ALAT CIPTAAN SAINS

LATIHAN PEMAHAMAN UNIT 11: SAINS DAN TEKNOLOGI

BAHASA MELAYU SJKC TAHUN 3

Page 2: LATIHAN PEMAHAMAN ALAT CIPTAAN SAINS

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Nama aku Sonia. Aku dilahirkan di kilang yang terletak di Pasir Gudang. Selepas itu, aku dihantar ke kedai. Aku dipamerkan di dalam almari kaca.

Suatu hari, aku dibeli oleh seorang wanita. Aku sungguh gembira kerana mempunyai tuan. Tuan aku menggunakan aku untuk merakam gambar.

Ciri-ciriku yang canggih menyebabkan aku disayangi oleh tuan aku. Sejak menggunakan aku, tuan aku tidak perlu mencuci filem lagi. Tuan aku dapat melihat gambar yang dirakam menerusi skrin badanku. Gambar-gambar itu hanya perlu dicetak menggunakan komputer.

Aku sangat bertuah kerana dijaga dengan baik oleh tuan aku. Aku harap akan dapat berkhidmat untuknya selama-lamanya.

Page 3: LATIHAN PEMAHAMAN ALAT CIPTAAN SAINS

1. Siapakah “aku ” ? A: Komputer B: Kamera digital C: Telefon bimbit

2. Dimanakah “aku ” dihasilkan ? A: Di sebuah kilang B: Di sebuah kedai C: Di dalam almari kaca

3. Mengapakah tuan menyayangi “ aku” ? A: “Aku” dapat mencuci filem B: “Aku” dapat melihat gambar C: “Aku” mempunyai ciri-ciri yang canggih

Page 4: LATIHAN PEMAHAMAN ALAT CIPTAAN SAINS

4. Bagaimanakah untuk mencetak gambar yang telah dirakam? A: Mencuci filem B: Menerusi skrin C: Menggunakan komputer

5. Mengapakah “ aku” sangat bertuah ? A: Dijaga dengan baik B: Dibeli oleh seorang wanita C: Dapat berkhidmat untuk selama-lamanya