soalan pemahaman ub2

22
Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih. Soalan 1 hingga Soalan 18 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai 1. Datuk Ong Kim Swee sangat dedikasi orangnya. _______________ telah diamanahkan untuk menerajui pasukan bola sepak kebangsaan berkuat kuasa serta-merta. A Dia B Engkau C Mereka D Beliau 2. Tindakan pegawai bomba yang _______________ itu dapat menyelamatkan mangsa kebakaran semalam. A pantas B cekap C lambat D tegap 3. Pasukan itu gagal menjaringkan gol kerana benteng ______________ lawan sungguh kuat. A menahan B pertahanan 2

Upload: myrafiq

Post on 09-Feb-2016

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ujian bulanan1

TRANSCRIPT

Arahan AmTiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 18Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai

1. Datuk Ong Kim Swee sangat dedikasi orangnya. _______________ telah diamanahkan untuk menerajui pasukan bola sepak kebangsaan berkuat kuasa serta-merta.A DiaB EngkauC MerekaD Beliau

2.Tindakan pegawai bomba yang _______________ itu dapat menyelamatkan mangsa kebakaran semalam.A pantasB cekapC lambatD tegap

3.Pasukan itu gagal menjaringkan gol kerana benteng ______________ lawan sungguh kuat.A menahanB pertahananC dipertahankanD mempertahankan

4. Orang Kaya Deraman mendermakan beberapa ______________ beras kepada keluarga Tan yang ditimpa malang itu. Aikat Bkotak Ckampit Dbungkus

2

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Kakak telah mengupah ________________ yang berpengalaman untuk merakamkan majlis perkahwinannya. A jurutaip Bjurutulis Cjurukamera Djurubahasa

6. Swee Ying ___________ biola sambil menyanyi.

A menggores B menggesek C memukulD memetik

7. Cikgu Nurain meminta bantuan daripada Azri dan Stephen untuk ______________ buku- buku itu.

A pindahan B berpindahC memindahD memindahkan

8. Husni dan keluarganya terpaksa menumpang di rumah saudara ____________ rumah mereka hangus terbakar.A danB laluC sertaD kerana

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah

9. Kawasan padang permainan yang _______________ amat sesuai untuk kanak-kanak.A luasB lebarC besarD longgar

10. ____________ seni kraf tangan negara kita sememangnya diakui oleh pelancong dari luar negara.

A KehalusanB KemegahanC KelembutanD Kemenangan

11. Hajazi tidak terpilih untuk menyertai kejohanan itu kerana dia gagal _____________ syarat kelayakan yang ditetapkan.

A terlepasB melepasiC dilepaskanD melepaskan

12. Pihak polis sentiasa mengawasi ________________ anggota kumpulan kongsi gelap itu.

A sedu-sedanB gerak-geriC sorak-soraiD desas-desus

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah

13. Salmah _______________ beg pada bahunya manakala Husni _______________ beg tangannya semasa pulang dari bandar.A mengandarmenyandang B menyandang ... menjinjing C memikul ... membimbitD menjinjing ... memikul

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah

14. Pemenang utama bagi pertandingan fotografi sempena Minggu Alam Sekitar itu ialah seorang ______________ dari Universiti Malaya.

A mahasiswaB olahragawanC usahawanD seniman 15. ____________ yang menghijau itu mengindahkan lagi pemandangan di Taman Tasik Taiping.

A Kayu-kayanB Sayur-mayurC Bukit-bukauD Tanah-tanihSoalan 16 berdasarkan gambar di bawah

16. Beberapa _____________ kelapa digunakan untuk kenduri di rumah Encik Zahidi.

A buahB bijiC tandan D pasang

17. Jus mengkudu ini banyak khasiatnya kepada tubuh kita, kata jurujual itu kepada pelanggannya. Berikan perkataan seerti bagi khasiat.

A untungB manfaatC penawarD kegunaan

18. Murid-murid itu menggigil kesejukan kerana pakaian mereka nipis dan jarang. Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris.

A tebalB kerasC lembutD pendek

Soalan 19-20Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

19. I Bubur kacang itu sangat manis. IIWalaupun tunang abang tidak cantik, tetapi manis budi bahasanya. III Dia menyambut kedatangan kami dengan muka manis. IVJangan duduk di tangga, tidak manis dipandang orang.

A I dan IIB II dan IIIC III dan IVD I dan IV

20. I Jika ada masa lapang, datanglah ke rumah saya. IILapang hati ibu apabila mendengar abang lulus dalam peperiksaan. III Kawasan lapang itu akan digunakan sebagai kawasan letak kereta. IVKamu diminta lapang sedikit untuk memberikan laluan kepada para peserta.

A I,II dan IIIB I,II dan IVC I,III dan IVD II,III dan IV

21.Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Berapa orang muridkah yang dibenarkan menyertai pertandingan melukis itu?

A Pertandingan melukis itu diadakan di dewan.B Pertandingan melukis itu disertai oleh murid-murid tahap satu.C Lima puluh orang murid tahap satu dibenarkan menyertai pertandingan itu.D Pertandingan melukis itu terbuka kepada murid tahap satu sahaja.

22.Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.Harga bagi sehelai sutera ini ialah RM 290.00 sahaja.

A Bolehkah harga kain sutera ini dikurangkan?B Betulkah harga bagi sutera ini ialah RM 290.00?C Berapakah harga bagi sehelai sutera?D Betulkah harganya sangat mahal?

Soalan 23-24Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

23. Baju ini dijahit oleh ibu saya semasa hari lahir saya, kata Janet kepada Wendy.

A Ibu Janet menjahit baju itu untuk Wendy semasa hari lahirnya.B Janet memberitahu Wendy bahawa baju itu dijahit oleh ibunya sempena hari lahirnya.C Janet memberitahu ibu bahawa baju itu dijahitnya untuk Wendy bersempena hari lahirnya. D Wendy dan Janet menjahit baju itu untuk ibu sempena hari lahirnya.

24.Baju yang berwarna merah itu dibeli oleh kakak ketika dia melancong ke Singapura.

A Kakak melancong dengan membeli baju dari Singapura yang berwarna merah.B Semasa kakak membeli baju yang berwarna merah itu, dia bercuti di Singapura.C Baju yang berwarna merah itu dibeli untuk kakak semasa bercuti di Singapura.D Ketika bercuti di Singapura, kakak membeli baju yang berwarna merah itu.

Soalan 25 hingga Soalan 28Pilih ayat yang betul.

25. A Setiap murid digalakkan menyertai perkhemahan itu.B Saya akan menceritakan perkara itu kepada Liana bila tiba masanya.C Ibu menasihati adik supaya agar belajar bersungguh-sungguh.D Puan Saleha tidak boleh menghadiri mesyuarat itu.

26. A Perjanjian antara kedua pihak telah dimeterai semalam.B Emak sedang menanak nasi di dapur.C Pendapatan Nirmala diterima oleh rakan-rakannya.D Segerombolan kerbau sedang berkubang di sawah.

27. I Beberapa buah rumah telah musnah dalam kebakaran itu. IISetiap pekerja di kilang itu harus memakai pakaian seragam. III Harga barang-barang di pasar raya itu mahal-mahal belaka. IVRakyat-rakyat Malaysia peramah-peramah semuanya.

A I dan IIB II dan IIIC III dan IVD I dan IV

28. I Katil ini mahal harganya kerana dibuat daripada kayu jati. IISaya sekeluarga balik kampung pada hujung minggu ini. III Barang-barang di kedai itu mahal-mahal belaka. IVBaju di dalam bakul itu sudah saya jemur.

A I dan IIB II dan IIIC III dan IVD I dan IV

Soalan 29 dan Soalan 30Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29.Ranjit sanggup ____________ demi menyelamatkan adik-adiknya yang terperangkap dalam kebakaran itu.A ada akalB pilih kasihC hilang akalD bergadai nyawa

30.Juliza ____________ kerana kali pertama tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.A seperti rusa masuk kampungB seperti melukut di tepi gantangC seperti aur dengan tebingD seperti gergaji dua mata

Soalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Laporan Lawatan ke Melaka

Pada hari Sabtu, 26 Mac 2012 yang lalu, Persatuan Kajian Tempatan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Rombongan kami terdiri daripada 32 orang pelajar dan diketuai oleh guru penasihat persatuan, Cikgu Roslinda.Kami berkumpul di hadapan sekolah pada pukul 7.30 pagi. Bas telah datang setengah jam kemudian. Kami terus bertolak dan sampai di destinasi pada pukul 10.00 pagi.Cikgu Roslinda telah memberikan penerangan di setiap tempat yang kami lawati. Tempat bersejarah pertama yang kami lawati ialah Kota A Famosa. Pembesaran kota ini merupakan runtuhan kota Portugis yang dibina oleh orang Portugis pada tahun 1511. Kota ini mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan. Di sebelah Kota A Famosa ini pula terdapat bekas Gereja St. Paul.Seterusnya rombongan kami singgah di Jalan Kota untuk melihat binaan peninggalan orang Belanda iaitu Jam Besar dan Bangunan Stadhuys yang bercat merah. Bangunan ini dibina oleh orang Belanda pada tahun 1641. Suatu masa dahulu bangunan ini merupakan tempat kediaman Gabenor Belanda tetapi sekarang telah menjadi sebahagian daripada Muzium Melaka.Kami juga berpeluang mengunjungi Muzium Melaka dan melihat barang-barang zaman purba seperti tembikar Cina, pakaian tradisional Baba dan Nyonya serta wang timah zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Di situ juga terdapat alat-alat yang pernah digunakan oleh askar Portugis dan Belanda seperti baju besi, topi dan pedang.Tempat-tempat lain yang kami sempat lawati termasuklah Makam Hang Tuah, makam Hang Jebat dan Tokong Hong Teng. Akhir sekali Cikgu Roslinda membawa kami membeli belah di Bandar Hilir. Terdapat beraneka jenis barang dan kraf tangan yang dengan harga yang berpatutan.Lawatan ini berakhir apabila bas kami tiba di sekolah pada pukul 6.00 petang. Lawatan kali ini telah meluaskan pandangan dan menambahkan ilmu pengetahuan kami terutamanya tentang sejarah Melaka.

Disediakan oleh, 7 APRIL 2012

Wendy Wong....................... (WENDY WONG) Setiausaha,Persatuan Kajian Tempatan,Sekolah Kebangsaan Sri Iskandar

31. Peserta lawatan telah bertolak ke Melaka pada pukulA 7.30 pagiB 8.00 pagiC 8.30 pagi D 10.00 pagi

Dibina oleh Orang Portugis Siap dibina pada tahun 1514 Gereja St. Paul terletak di sebelahnya

32. Kenyataan-kenyataan berikut di atas merujuk kepadaA Gereja St. PaulB Jalan KotaC StadhuysD A Famosa

33. Manakah tempat bersejarah yang kedua dilawati oleh rombongan ini?A Jam BesarB Muzium MelakaC Bandar HilirD Makam Hang Jebat

34. Kenyataan-kenyataan berikut semuanya salah kecualiA Lawatan ini mengambil masa 2 hari.B Mereka menunggu bas di stesen bas.C Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka memakan masa 2 jam.D Terdapat 33 orang yang melawat Melaka termasuk Cikgu Roslinda.

35. Manakah perkataan sama erti dengan perkataan beraneka?A pelbagai B banyak C tunggal D ramai

Soalan 36 hingga Soalan 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

36. Apakah kelebihan serat?A Membantu salur pencernaanB Penting dalam amalan kesihatanC Menyerap dalam tubuh kitaD Melalui salur pencernaan

37. Bagaimanakah serat dapat membantu agar kita tidak makan berlebihan?A Kita menjadi cergas apabila mengambil seratB Serat baik untuk kesihatanC Kita akan kurang berasa dahaga D Kita akan kenyang apabila mengambil serat

38. Pada pendapat kamu, apakah yang akan berlaku sekiranya paras kolesterol berlebihan dalam darah?A Kerap membuang air besarB Dapat menghadam makananC Terdedah kepada penyakit jantung D Dapat mengurangkan berat badan.

39. Mengapakah buah-buahan menjadi pilihan pada masa kini?A Makanan itu murah dan mudah diperoleh.B Makanan itu dapat mencergaskan anggota badan.C Tiada kolesterol tetapikalorinya tinggi.D Tiada lemak dan rendah kalorinya.

40. Perkataan membantu dalam petikan bermaksudA mencegahB menolongC merawatD mendidik

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

________________ ___________________ ___________________(NOR AMIRAH AZIZ) (FAUZI BIN MUHAMMAD) (MOHD ZAINUDIN BIN MOHD ZAIN)Guru Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu Guru BesarSK Kampung Tunku SK Kampung Tunku SK Kampung Tunku

5

14

10

12