latihan membaca frasa dan ayat

10
LATIHAN MEMBACA FRASA DAN AYAT Hafiz,Alasia,Aiman

Upload: la-suerte-aiman

Post on 21-Dec-2015

51 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

hju

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Membaca Frasa Dan Ayat

LATIHAN MEMBACA FRASA DAN AYAT

Hafiz,Alasia,Aiman

Page 2: Latihan Membaca Frasa Dan Ayat

Frasa

Tatabahasa Dewan 2004 mendefinisikan frasa adalah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.

Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.

Page 3: Latihan Membaca Frasa Dan Ayat

Contohnya :-1. Minum2. Sudah minum3. Sudah minum air4. Sudah minum air buah jambu batu5. Sudah minum air buah jambu batu

sebentar tadi

Page 4: Latihan Membaca Frasa Dan Ayat

Ayat

Ayat pula merupakan perkataan atau serangkaian perkataan yang membentuk kesatuan yang mempunyai maksud atau makna tertentu.

Ayat juga merupakan susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

Page 5: Latihan Membaca Frasa Dan Ayat

Contohnya :-1. Emak pergi ke pasar.2. Burung Kenyalang banyak terdapat di

Sarawak.3. Gagak makan bangkai.

Page 6: Latihan Membaca Frasa Dan Ayat

ALAT/BAHAN BANTU MENGAJAR :

Mari Membaca Aktiviti membina Frasa dan Ayat

Page 7: Latihan Membaca Frasa Dan Ayat

Aktiviti membina Frasa dan Ayat :

Page 8: Latihan Membaca Frasa Dan Ayat

Aktiviti membina Frasa dan Ayat...

Tunjukkan satu gambar yang murid ketahui. Minta murid namakan gambar tersebut. Rangsang minda murid untuk bercakap mengenai gambar

tersebut. Minta murid salin apa yang dicakapkan dalam perbincangan. Contoh soalan rangsangan guru : Gambar apakah yang kamu

lihat? Jawapan ramalan murid : Gambar bas. Soalan rangsangan guru : Kamu ke sekolah menaiki bas? Jawapan ramalan murid : Ya. Soalan rangsangan guru : Bagaimana? Boleh kamu beri tahu

cikgu? Jawapan ramalan murid : Saya pergi sekolah naik bas. Soalan rangsangan guru : Cuba kamu tulis apa yang kamu

cakap tadi. Jawapan ramalan murid : Saya pergi sekolah naik bas

Page 9: Latihan Membaca Frasa Dan Ayat

Jelaskan kepada murid bahawa tujuan gambar ditunjukkan adalah untuk merangsang minda murid membina dan menulis ayat.

Berikan contoh lain dan ulang aktiviti yang sama. Jangan tegur jika murid lakukan kesalahan semasa membina

ayat. Sebaliknya rangsang minda murid supaya mereka dapat mencari idea dengan cepat

Elakkan daripada membenarkan murid menggunakan pemadam. sekiranya murid lakukan kesalahan. Biarkan kesalahan itu. Minta murid tulis ayat yang baharu. Kemudian guru perlu bandingkan ayat yang ditulis salah dan ayat yang ditulis dengan betul.

Guru perlu tunjukkan di mana kesalahan dalam ayat itu berlaku dan bandingkannya dengan ayat yang betul..

Page 10: Latihan Membaca Frasa Dan Ayat

Latihan Menggunakan Bahan Bantu Belajar (BBB) Kaedah Fonik.

BBB kaedah fonik ialah bahan yang dapat membantu murid-murid menggunakan kemahiran literasi.

Antara bahan bantu belajar yang boleh digunakan dalam kaedah fonik termasuklah bahan maujud, carta, jadual, graf, gambar, kad-kad imbasan dan alat-alat audio visual yang sangat luas fungsinya masa ini mengikut kreativiti guru.