Download - Latihan Membaca Frasa Dan Ayat
LATIHAN MEMBACA FRASA DAN AYAT
Hafiz,Alasia,Aiman
Frasa
Tatabahasa Dewan 2004 mendefinisikan frasa adalah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.
Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.
Contohnya :-1. Minum2. Sudah minum3. Sudah minum air4. Sudah minum air buah jambu batu5. Sudah minum air buah jambu batu
sebentar tadi
Ayat
Ayat pula merupakan perkataan atau serangkaian perkataan yang membentuk kesatuan yang mempunyai maksud atau makna tertentu.
Ayat juga merupakan susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Contohnya :-1. Emak pergi ke pasar.2. Burung Kenyalang banyak terdapat di
Sarawak.3. Gagak makan bangkai.
ALAT/BAHAN BANTU MENGAJAR :
Mari Membaca Aktiviti membina Frasa dan Ayat
Aktiviti membina Frasa dan Ayat :
Aktiviti membina Frasa dan Ayat...
Tunjukkan satu gambar yang murid ketahui. Minta murid namakan gambar tersebut. Rangsang minda murid untuk bercakap mengenai gambar
tersebut. Minta murid salin apa yang dicakapkan dalam perbincangan. Contoh soalan rangsangan guru : Gambar apakah yang kamu
lihat? Jawapan ramalan murid : Gambar bas. Soalan rangsangan guru : Kamu ke sekolah menaiki bas? Jawapan ramalan murid : Ya. Soalan rangsangan guru : Bagaimana? Boleh kamu beri tahu
cikgu? Jawapan ramalan murid : Saya pergi sekolah naik bas. Soalan rangsangan guru : Cuba kamu tulis apa yang kamu
cakap tadi. Jawapan ramalan murid : Saya pergi sekolah naik bas
Jelaskan kepada murid bahawa tujuan gambar ditunjukkan adalah untuk merangsang minda murid membina dan menulis ayat.
Berikan contoh lain dan ulang aktiviti yang sama. Jangan tegur jika murid lakukan kesalahan semasa membina
ayat. Sebaliknya rangsang minda murid supaya mereka dapat mencari idea dengan cepat
Elakkan daripada membenarkan murid menggunakan pemadam. sekiranya murid lakukan kesalahan. Biarkan kesalahan itu. Minta murid tulis ayat yang baharu. Kemudian guru perlu bandingkan ayat yang ditulis salah dan ayat yang ditulis dengan betul.
Guru perlu tunjukkan di mana kesalahan dalam ayat itu berlaku dan bandingkannya dengan ayat yang betul..
Latihan Menggunakan Bahan Bantu Belajar (BBB) Kaedah Fonik.
BBB kaedah fonik ialah bahan yang dapat membantu murid-murid menggunakan kemahiran literasi.
Antara bahan bantu belajar yang boleh digunakan dalam kaedah fonik termasuklah bahan maujud, carta, jadual, graf, gambar, kad-kad imbasan dan alat-alat audio visual yang sangat luas fungsinya masa ini mengikut kreativiti guru.