latihan karangan surat kiriman tidak rasmi

2
Ali Bin Ahmad No 21 Jalan Mawar 2, Taman Cempaka, 81200 Kulai, Johor. 01 JANUARI 2015 Apa khabar saudara di sana. Saya harap saudara sihat di samping keluarga tercinta. Saya di sini berada dalam keadaan yang baik. Cuma cuaca sahaja yang terlalu panas sejak kebelakangan ini. Saudara, Tujuan saya menulis surat ini untuk menceritakan tentang pengalaman saya terlibat secara langsung dengan kejohanan sukan peringkat sekolah pada bulan lepas. Banyak aktiviti yang telah di rancang dan saya turut terlibat dalam kejohanan tersebut. Sebelum kejohanan diadakan, pihak sekolah telah mengadakan sesi latihan kepada semua warga sekolah agar mereka lebih bersedia menghadapi kejohanan nanti. Sebanyak empat rumah pasukan yang terlibat iaitu, rumah sukan biru, merah, kuning dan hijau. Kehadiran murid ketika sesi latihan amat menggalakkan. Selepas tamatnya minggu latihan, pihak sekolah telah mengadakan beberapa perjumpaan agar setiap rumah pasukan bersedia menghadapi hari kejohanan. Mereka telah diarahkan untuk membuat persiapan atlet, khemah dan perbarisan. Sya terlibat secara langsung dengan aktiviti perbarisan. Banyak perancangan yang saya dan rumah pasukan saya lakukan. Kami berharap tahun ini rumah pasukan kami menang dalam kejohanan nanti. Dalam acar perbarisan kami telah menyediakan persiapan yang rapi dari segi pakaian yang bewarna-warni, topi dan maskot harimau yang kami cipta sendiri. Sya lihat setiap ahli pasukan bersemangat menyumbangkan idea dan tenaga mereka. Setelah tibanya hari kejohanan, saya lihat stadium dipenuhi dengan ramai warga sekolah sama ada yang terlibat dengan acara mahupun tidak. Pasukan kami sudah tidak sabra untuk memulakan acara perbarisan. Apabila acara bermula kami semua mula masuk ke tengah padang dengan pelbagai pakaian yang menarik perhatian. Sambutan dan tepukan gemuruh dari penonton amat mengemberikan saya. Bukan sahaja perbarisan, acara balapan juga turut diadakan dengan

Upload: minh-hayat

Post on 19-Nov-2015

241 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Latihan Karangan untuk Surat Kiriman Tidak Rasmi

TRANSCRIPT

Ali Bin AhmadNo 21 Jalan Mawar 2,Taman Cempaka,81200 Kulai,Johor.

01 JANUARI 2015

Apa khabar saudara di sana. Saya harap saudara sihat di samping keluarga tercinta. Saya di sini berada dalam keadaan yang baik. Cuma cuaca sahaja yang terlalu panas sejak kebelakangan ini.

Saudara, Tujuan saya menulis surat ini untuk menceritakan tentang pengalaman saya terlibat secara langsung dengan kejohanan sukan peringkat sekolah pada bulan lepas. Banyak aktiviti yang telah di rancang dan saya turut terlibat dalam kejohanan tersebut.

Sebelum kejohanan diadakan, pihak sekolah telah mengadakan sesi latihan kepada semua warga sekolah agar mereka lebih bersedia menghadapi kejohanan nanti. Sebanyak empat rumah pasukan yang terlibat iaitu, rumah sukan biru, merah, kuning dan hijau. Kehadiran murid ketika sesi latihan amat menggalakkan.

Selepas tamatnya minggu latihan, pihak sekolah telah mengadakan beberapa perjumpaan agar setiap rumah pasukan bersedia menghadapi hari kejohanan. Mereka telah diarahkan untuk membuat persiapan atlet, khemah dan perbarisan. Sya terlibat secara langsung dengan aktiviti perbarisan.Banyak perancangan yang saya dan rumah pasukan saya lakukan. Kami berharap tahun ini rumah pasukan kami menang dalam kejohanan nanti. Dalam acar perbarisan kami telah menyediakan persiapan yang rapi dari segi pakaian yang bewarna-warni, topi dan maskot harimau yang kami cipta sendiri. Sya lihat setiap ahli pasukan bersemangat menyumbangkan idea dan tenaga mereka.

Setelah tibanya hari kejohanan, saya lihat stadium dipenuhi dengan ramai warga sekolah sama ada yang terlibat dengan acara mahupun tidak. Pasukan kami sudah tidak sabra untuk memulakan acara perbarisan.

Apabila acara bermula kami semua mula masuk ke tengah padang dengan pelbagai pakaian yang menarik perhatian. Sambutan dan tepukan gemuruh dari penonton amat mengemberikan saya. Bukan sahaja perbarisan, acara balapan juga turut diadakan dengan larian dan juga acara padang. Ramai atlet yang menunjukkan persaingan yang hebat di antara mereka.

Akhir acara, kejohanan sukan sekolah telah dirasmikan oleh pebgetua sekolah kami. Upacara penyampaian hadiah telah diadakan dan rumah sukan kami mendapat tempat kedua dalam keseluruhan acara. Walaupun tidak menjuarai kejohanan sukan pada tahun ini, kami berharap untuk berusaha lagi pada masa akan datang.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan pengalaman saya menyertai kejohanan sukan sekolah. Di harap pengalaman ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan kita walaupun berada jauh di luar negara. Sampaikan salam saya kepada keluarga di sana. Jumpa lagi.

Yang benar.

.( )