latihan 1 sce 3108
DESCRIPTION
3108TRANSCRIPT
Peringkat 1:Menghidupkan kelas untuk mula pembelajaranPendidikan Guru bermula
Peringkat 2:Pengajaran dengan cara yang betul seperti seorang guru meliputi kurikulum dan pengurusan bilik darjah
Latihan Guru permulaann
Peringkat 3: BelajarApa yang mereka belajar dan bagaimana saya boleh membantu mereka belajarSuatu masa kemudian
Mantap pengalaman dari, atau jangkaan tentang, taksiran
Apa ganjaran? kuasa, pengaruh, kawalan ke atas pelajar Perasaan yang mantap ke arah penilaian dan kerja
Pengetahuan Substantif
PengetahuanKosmetik
Fokus kepada Gred
Fokus kepada bahan
Pembelajaran asas
Pembelajaran Mendalam
Latihan Modul SCE 3108
Aktiviti 1 : Teliti rajah 1, 2 dan 3 seterusnya lengkapkan latihan 1 .
PEMBANGUNAN GURU
Rajah 1 : Perkembangan seorang guru
Rajah 2 :Penilaian Dan Pembelajaran
1
Latihan Modul SCE 3108
1) Untuk membuat guru sedar tentang matlamat dan bahasa
kandungan pelajaran.
2) Untuk membantu guru membezakan pelbagai peringkat
pelajaran dan untuk melihat hubungan antara mereka supaya
pelajaran boleh bergerak dengan lancar dari satu peringkat ke
peringkat yang lain.
3) Perancangan pelajaran yang betul memberikan peluang guru
untuk menjangka masalah yang mungkin timbul di dalam kelas
supaya mereka boleh bersedia dengan beberapa
penyelesaian yang mungkin atau pilihan lain untuk pelajaran.
4) Perancangan Pelajaran memberikan guru, terutamanya orang
baru, keyakinan di dalam kelas.
5) Guru juga menjadi sedar tentang alat bantu mengajar yang
diperlukan untuk pelajaran.\Perancangan Pelajaran membantu
guru-guru untuk berfikir tentang nilai relatif aktiviti-aktiviti yang
berbeza dan berapa banyak masa yang perlu digunakan ke
atas mereka. Guru kemudiannya melihat untuk menghakimi
peringkat pengajaran dan fasa dengan ketepatan yang lebih
tinggi.
6) Rancangan, dengan komen dan pembetulan guru,
menyediakan rujukan yang berguna, menjimatkan masa
apabila guru seterusnya merancang pelajaran yang sama.
7) Perancangan Pelajaran adalah satu amalan yang baik dan
tanda profesionalisme.
Rajah 3 : Faedah Merancang Rancangan Pelajaran
2
Latihan Modul SCE 3108
Latihan 1a) Senaraikan tahap dan tujuan menyediakan rancangan pelajaran anda
sebagai seorang guru sains
Tahap Guru Tujuan Menyediakan Rancangan Pelajaran
Tahap 1Guru pelatih
Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum
masuk mengajar ke dalam bilik darjah.
Mengelakkan sebarang penyelewengan atau
terkeluar daripada perkara atau aspek yang perlu
diajar.
Tahap 2Guru baru
Persediaan rancangan pelajaran yang lebih baik
dan mudah untuk diterjemahkan ke dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Untuk menarik minat murid untuk belajar.
Untuk menyediakan aktiviti pengajaran-
pembelajaran yang lebih menarik dengan cara
mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau
fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan
murid semasa diluar bilik darjah.
Tahap 3Guru lama
Persediaan rancangan pelajaran yang lengkap
dan lebih menyeluruh.
Untuk mempelbagaikan teknik berdasarkan
rancangan pelajaran yang dibuat. Sentiasa
mengutamakan tahap pemahaman murid.
Merancang dengan teliti setiap komponen
pengajaran: Objektif, pengetahuan sedia ada yang
berkaitan, peralatan/bahan bantu mengajar yang
diperlukan, isi pelajaran, strategi dan kaedah
penyampaian yang berkesan, aktiviti guru-murid,
penilaian, penutup, tugasan pengukuhan, dan
sebagainya.
3
Latihan Modul SCE 3108
b) Bagaimanakah menyediakan rancangan pelajaran supaya pembelajaran yang mendalam berlaku kepada pelajar.
Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk dilaksanakan guru di bilik darjah dalam satu jangka waktu
yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran
adalah untuk memastikan murid dapat mencapai objektif pengajaran secara
berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.
Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan
berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru,
semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan
mengenai keperluan, matlamat dan objektif yang perlu dicapai dan dikuasai
murid, serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif.
Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis
maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan yang
kedua ialah catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam
sesuatu proses pengajaran-pembelajaran.
c) Senaraikan 10 kepentingan menyediakan rancangan pelajaran.1. Perancangan dan persediaan yang teratur.
2. Membantu penyediaan bahan yang sesuai.
3. Membantu memahami isi kandungan.
4. Sentiasa berfokus kepada objektif.
5. Memudahkan mengingat semula.
6. Menggunakan kaedah pengajaran yang betul.
7. Meningkatkan keyakinan diri.
8. Panduan kepada guru pengganti.
9. Pemantauan dan penelahan kesilapan
10. Bimbingan dan refleksi.
4
Latihan Modul SCE 3108
Aktiviti 2 : Baca artikel dibawah dan senaraikan kesilapan dan aspek yang perlu
dipertimbangkan apabila merancang rancangan pelajaran dalam jadual dibawah.
Dalam mengajar pelajar bagaimana untuk membangunkan rancangan pelajaran,
berikut adalah kesilapan pelajar yang telah saya perhatikan bahawa paling sering
dibuat:
1. Objektif pengajaran tidak menyatakan apa yang pelajar sebenarnya akan buat
yang boleh diperhatikan. Ingat, objektif adalah penerangan apa yang pelajar buat
yang menjadi asas untuk membuat kesimpulan tentang pembelajaran. Penulisan
objektif yang teruk membawa kepada kesimpulan yang silap.
2. Penilaian pengajaran terputus dari tingkah laku yang ditunjukkan dalam objektif.
Satu taksiran dalam rancangan pengajaran hanya penerangan bagaimana guru akan
menentukan sama ada objektif telah dicapai. Ia mesti berdasarkan tingkah laku
pelajar yang sama yang dinyatakan dalam objektif. Tingkah laku murid yang tidak
sempurna perlu disedari oleh guru.
3. Bahan-bahan yang dinyatakan dalam pelajaran adalah terkeluar dari aktiviti
pembelajaran sebenar yang digambarkan. Ini bermakna menyimpan senarai bahan
tidak selaras dengan apa yang sebenarnya anda merancang untuk melakukan.
Bahan yang disediakan digunakan oleh guru beberapa minit sahaja. Penggunaan
bahan yang tidak selaras dengan objektif pengajaran dan hanya guru berinteraksi
dengan bahan adalah bukan suatu kebaikan!
4. Arahan guru tidak selaras dengan tahap pembelajaran pelajar. Keberkesanan
pengajaran adalah satu ukuran yang bermakna dilakukan dengan jumlah usaha guru
memberi arahan pembelajaran pada pelajar tertentu. Dengan begitu banyak yang
perlu dipelajari, ia harus jelas bahawa keberkesanan arahan pengajaran adalah
penting dalam situasi semasa pembelajaran pelajar.
5. Aktiviti pelajar yang diperihalkan dalam rancangan pengajaran tidak
menyumbang secara langsung dan cara berkesan kepada objektif pelajaran. Pelajar
anda terlibat dalam aktiviti-aktiviti hanya untuk memastikan mereka sibuk. Apa
sahaja yang dibuat oleh pelajar anda tidak perlu menyumbang secara langsung
untuk mereka mencapai objektif pengajaran?
5
Latihan Modul SCE 3108
Satu rancangan pengajaran yang mengandungi satu atau lebih daripada kesilapan-
kesilapan ini perlu memikirkan semula dan semakan.
Latihan 2 : Lengkapkan jadual dibawah untuk membantu anda membangunkan
rancangan pelajaran yang berkesan dan mengelakkan lima kesilapan biasa.
Perkara Kesilapan Aspek Yang Sepatut diPertimbangkan
Objektif Tidak menyatakan apa
yang pelajar akan buat
atau perolehi
Menyatakan objektif pembelajaran secara
eksplisit.
Penilaian
Pelajaran
Objektif tidak dinyatakan
dengan betul maka
penilaian tidak dapat
dibuat dengan sempurna
Sentiasa memastikan penilaian dibuat
seiring dengan objektif yang telah
dinyatakan dengan betul. Pelbagai cara
penilaian boleh dibuat seperti bertulis,
tugasan atau praktikal.
Bahan
Pengajaran
Penggunaan bahan yang
tidak selaras dengan
objektif pelajaran serta
penggunaan bahan
secara tidak menyeluruh.
Penggunaan bahan pengajaran yang
betul dan sesuai akan memudahkan
murid untuk memahami dan membantu
mereka kearah pembentukan konsep
yang betul. Bahan pengajaran yang
dipilih haruslah sesuai dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran.
Bahasa Arahan Arahan yang diberikan
oleh guru tidak dapat
difahami oleh murid.
Arahan melebihi aras
pemahaman murid
Arahan guru haruslah jelas dan tepat
serta berulang-ulang sebelum
pembelajaran bermula. Arahan yang
diberikan sepatutnya ringkas dan mudah
difahami oleh murid.
Aktiviti Pelajar Aktiviti yang dibuat oleh
murid tidak sama seperti
yang telah dirancangkan
didalam rancangan
pelajaran.
Aktiviti yang hendak dijalankan perlulah
dirancang dengan teliti seiring dengan
objektif pelajaran dan penilaian yang
hendak dilakukan. Aktiviti yang baik
adalah aktiviti yang melibatkan semua
murid serta memberi impak yang positif
keatas apa yang mereka pelajari.
6
Latihan Modul SCE 3108
Latihan 3Berdasarkan jadual berikut tulis satu esei 100 patah perkataan membanding
bezakan rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian
Tahap Matlamat perancangan Bentuk/Penyusunan perancangan
Rancangan
pelajaran
tahunan
1. Menjelaskan kandungan
untuk minggu 38-42
2. Menentukan jadual
mingguan bagi setiap
semester.
1. Mengesahkan
sukatan bagi satu
tahun
2. Jadual mingguan
sesuai dengan
strategi aktiviti dan
tempoh masa
Rancangan
pelajaran
mingguan
1. Menyusun aktiviti-aktiviti
untuk satu minggu.
2. Mengubah aktiviti lain
berdasarkan kepada takwim
sekolah.
3. Mengekalkan perjalanan
aktiviti secara berterusan.
1. Namakan aktiviti dan
jangka masa.
2. Sumber pengajaran
dan pembelajaran
yang diperlukan.
Rancangan
pelajaran
harian
1. Menentukan langkah-
langkah bagi setiap aktiviti
2. Cadangan penggunaan
masa untuk pengajaran dan
pembelajaran dengan jelas.
1. Peruntukan masa
berdasarkan kepada
langkah pengajaran
dan pembelajaran.
2. Penyediaan bahan-
bahan dan penilaian
diperlukan.
Rancangan pelajaran terbahagi kepada tiga, iaitu: Rancangan pelajaran
tahunan, rancangan pelajaran mingguan dan rancangan pelajaran harian.
7
Latihan Modul SCE 3108
Rancangan pelajaran tahunan mengandungi kandungan yang menjelaskan
perancangan untuk sepanjang tahun dengan membina jadual mingguan bagi setiap
semester. Rancangan pelajaran tahunan dibina berdasarkan taqwim mingguan
persekolahan. Rancangan pelajaran tahunan mengandungi isi ringkas rancangan
pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan. Di dalam rancangan
tahunan, ianya mengandungi semester, bilangan minggu untuk satu tahun, topik,
objektif, aktiviti pembelajaran yang dicadangkan, hasil pembelajaran dan catatan.
Dalam rancangan tahunan tidak dijelaskan secara terperinci langkah pengajaran.
Rancangan pelajaran mingguan pula bertujuan melihat urutan pelajaran
selama seminggu. Rancangan pelajaran mingguan boleh membantu guru ganti
mengajar pelajaran pada hari tersebut kerana dalam rancangan mingguan
mengandungi nama aktiviti untuk satu minggu. Walaupun ketiadaan guru tetapi
perjalanan aktiviti masih boleh dijalankan dengan dikendalikan oleh guru ganti. Di
dalam rancangan pelajaran mingguan, ianya mengandungi mingguan, mata
pelajaran, kelas, hari, masa, tajuk, objektif pelajaran, hasil pembelajaran, kemahiran,
strategi dan sumber pengajaran dan pembelajaran. Dalam rancangan mingguan
tidak mengandungi langkah pengajaran yang lebih jelas berbanding dengan
rancangan harian.
Rancangan pelajaran harian merupakan satu rekod khas yang disediakan
lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran.
Rancangan pengajaran harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar
dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang
diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Rancangan ini sangat
penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada
para murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat
perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Rancangan
Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan. Selain
itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari
dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif,kemahiran yang ingin
dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.
Kesimpulannya ketiga-tiga rancangan pengajaran saling berkaitan antara satu
sama lain. Perbezaan antara ketiga-tiganya ialah dari segi kandungan dan bentuk
penyusunannya. Setiap rancangan mengandungi aspek yang bersesuaian dengan
matlamat rancangan itu dibina.
8