latar belakang penubuhan kementerian pembangunan wanita

Upload: nor-khalilah-mustafa

Post on 04-Nov-2015

248 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) adalah manifestasi pelaksanaan iltizam negara yang dibuat di Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing pada tahun 1995 seperti yang terkandung dalam dokumen Landasan Tindakan bagi memajukan wanita ke tahun 2000, iaitu :"Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini"Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada awal penubuhannya dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Wanita telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluaskan dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian. HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).Selepas Pilihan Raya Umum Kesebelas pada bulan Mac 2004, fungsi dan tanggungjawab KPWK telah diperluaskan lagi. Pada 27 Mac 2004 fungsi Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan, dan telah dipindahkan ke KPWK. Selaras dengan pertubuhan tersebut, KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).Dengan penstrukturan baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mempunyai empat (4) buah agensi di bawah pentadbirannya iaitu : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM), ditubuhkan pada tahun 1946, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), ditubuhkan pada 1966, Yayasan Kebajikan Negara,(YKN) ditubuhkan pada 1981, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), ditubuhkan pada 2001, Institut Sosial Malaysia (ISM), ditubuhkan pada 2002; dan Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW), ditubuhkan pada 2006NIEW telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Julai 2006 di bawah KPWKM selepas Malaysia diberi mandat untuk menubuhkan sebuah institusi untuk wanita dari kalangan negara-negara Anggota NAM.Pada 15 Mei 2013, YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan dibantu oleh Timbalannya, YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun.Pada 26 Jun 2014, YB Datin Paduka Chew Mei Fun telah mengangkat sumpah sebagai senator dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat oleh YAB Perdana Menteri.YBhg. Dato' Sabariah Hassan telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha pada 7 Julai 2014 dengan dibantu oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), YBhg. Dato' Norsham Rahin mula bertugas pada 7 Julai 2014 dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), YBhg. Encik Wee Beng Ee. pada 17 November 2014.KPWKM terbahagi kepada 16 Bahagian/Unit yang dipecahkan kepada Sektor Operasi dan Strategik.SEKTOR OPERASI Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Hubungan Antarabangsa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Kewangan Bahagian Akaun Bahagian Pengurusan Maklumat Bahagian Pembangunan Unit Komunikasi Korporat Unit Audit Dalam Unit Penasihat Undang-Undang Unit Integriti Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Unit National Key Result Area (NKRA)SEKTOR STRATEGIK Bahagian Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Bahagian Dasar Sosial Negara Urusetia Lembaga Kaunselor

VISI

Menjadi peneraju utama untuk mencapai kesaksamaan gender, pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang dan sejahtera sebagai asas pembentukan sebuah negara maju yang terbilang.

MISI

Mengintegrasikan perspektif wanita dan masyarakat ke dalam arus perdana pembangunan negara serta memperkukuhkan institusi keluarga ke arah peningkatan kesejahteraan sosial.

MATLAMAT

Membentuk masyarakat yang sejahtera melalui perkongsian tanggungjawab yang strategik dan penyampaian perkhidmatan pembangunan sosial yang cekap dan berkesan.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan penyertaan dan peranan aktif wanita, keluarga dan masyarakat sebagai penyumbang dan penerima faedah pembangunan negara.2. Memelihara hak-hak kepentingan wanita, keluarga dan masyarakat dengan adil dan saksama tanpa unsur diskriminasi.3. Memperluaskan peluang yang saksama kepada wanita dan masyarakat dalam bidang sosial, ekonomi dan politik4. Memantapkan institusi keluarga.5. Mempastikan sistem penyampaian dan sokongan yang cekap dan berkesan.

Strategi2

1. Memastikan perspektif gender, keluarga dan kumpulan masyarakat diintegrasikan dalam penggubalan dasar dan perancangan serta pelaksanaan program.2. Memantapkan penerapan nilai-nilai murni kekeluargaan di kalangan masyarakat melalui kerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.3. Mengaudit undang-undang dan peraturan sedia ada dan mencadangkan perundangan baru bagi menjamin kelangsungan hidup, perlindungan dan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.4. Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan dalam bidang gender, kependudukan, pembangunan keluarga dan masyarakat bagi memperkenalkan pendekatan-pendekatan inovatif dalam perancangan dan pembangunan program.5. Membangun dan memantapkan pangkalan data sosial yang komprehensif dan bersepadu untuk tujuan perancangan, pemantauan dan penilaian program-program untuk kumpulan sasar.6. Mempertingkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan serta memperkasakan kumpulan sasar bagi membolehkan penyertaan mereka yang berkesan dalam pembangunan negara.7. Menambah dan mempelbagaikan peluang kumpulan sasar untuk meningkatkan taraf sosioekonomi melalui program-program pembangunan dengan kerjsama agensi-agensi pelaksana.8. Memperkukuhkan jaringan kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan tujuan berkongsi maklumat, pengalaman dan kepakaran.9. Menubuhkan mekanisme pemantauan dan penilaian untuk menambah baik dasar dan pelaksanaan program.10. Memperluaskan akses teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada wanita, keluarga dan masyarakat.11. Memantap dan memperkuatkan sistem penyampaian perkhidmatan di semua peringkat melalui pengurusan sumber manusia kewangan dan teknologi secara profesional dan optimum.12. Menyebarkan maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di pelbagai agensi dan pertubuhan bagi membantu wanita, keluarga dan masyarakat mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan.

LATAR BELAKANG NKRA LIH

Pada 27 Julai 2009, Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan kepada rakyat.

Bagi menghadapi segala cabaran yang menghalang daripada mencapai Wawasan 2020, kerajaan memberikan sepenuh komitmen kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) selaras dengan prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahlukan, Pencapaian Diutamakan.

Pelan hala tuju ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan - dalam bidang yang dikenalpasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) - dengan fokus yang khusus pada tahun 2010.

NKRA telah didefinisikan sebagai bidang utama negara. Ia mewakili gabungan keutamaan jangka masa pendek untuk menangani tuntutan terdesak rakyat dan tidak kurang pentingnya isu jangka masa panjang yang memberi kesan kepada rakyat yang memerlukan perhatian yang khusus.

Tujuh teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan kepada rakyat. Bidang-bidang tersebut adalah berkaitan jenayah, rasuah, pendidikan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman, menambah baik pengangkutan awam dan mempertingkatkan kos sara hidup rakyat.

Bagi setiap NKRA, seorang menteri peneraju dilantik bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilantik sebagai menteri peneraju ke-4 yang bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah atau "Low Income Households" (LIH).

TUJUH KEMENTERIAN PENERAJU NKRA:1. Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar - Kementerian Pendidikan Malaysia2. Mengurangkan Kadar Jenayah (Keselamatan Awam) - Kementerian Dalam Negeri3. Membasteras Rasuah - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia4. Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat5. Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pendalaman - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah6. Menambahbaik Pengangkutan Awam Kementerian Pengangkutan7. Mempertingkat Kos Sara Hidup Rakyat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan serta Kementerian Kewangan Malaysia

8. Latar Belakang & Sejarah Jab. Kemajuan MAsyLatar Belakang

9. Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagaiKEMASadalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".10. Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep'Functional Literacy'oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.11. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.12. Sejarah KEMAS

13. KEMAS, Jabatan Kemajuan Masyarakat dikenali dengan nama (KEMAS) yang merupakan singkatan daripada Kemajuan Masyarakat'. KEMAS pada asalnya dikenali dengan nama Bahagian Pelajaran Dewasa. Ia ditubuhkan secara rasmi oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien pada tahun 1961 melalui satu majlis yang diadakan di Rumah Persekutuan. Rasional penubuhan Bahagian Pelajaran Dewasa pada waktu tersebut diwujudkan setelah negara mencapai Kemerdekaan pada 1957 di mana satu bancian yang telah dilakukan pada tahun yang sama dan didapati seramai 1,868,948 orang dewasa dan 2,379,213 orang kanak-kanak yang berumur antara 10 hingga 14 tahun tidak tahu membaca dan menulis.14. Dapatan kajian ini dilihat menjadi penghalang utama untuk kerajaan melaksanakan agenda pembangunan negara. Pada tahun 1958, Persidangan Pembangunan Masyarakat Kedua telah diadakan di Kuala Lumpur dan ia merupakan lanjutan dari Persidangan Pembangunan Masyarakat Pertama yang telah diadakan pada tahun 1953 di Taiping. Hasil daripada persidangan tersebut, satu perakuan oleh Jawatankuasa Khas Pelajaran Dewasa yang bermesyuarat pada 3hb Ogos 1960 telah dibincangkan di peringkat kabinet pada tahun yang sama melalui Kertas Kabinet Bil. 385/25/60. Fokus perbincangan kertas kabinet tersebut adalah memberi keutamaan terhadap pelajaran asas kepada rakyat yang buta huruf melalui Rancangan Pelajaran Dewasa sehinggalah satu kelulusan telah dikeluarkan untuk menubuhkan Bahagian Pelajaran Dewasa dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.15. Kerajaan berpendapat bahawa pendidikan literasi mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan pembangunan masyarakat. Berdasarkan dua dasar dan strategi perlaksanaan utama Pelajaran Dewasa yang digariskan melalui Kertas Kabinet Bil. 2/54/61, (iaitu membasmi buta huruf di kalangan penduduk luar bandar dan memberi pengetahuan membaca dan menulis rumi kepada bukan Melayu), gerakan membasmi buta huruf telah diperkenalkan berdasarkan 3 peringkat utama seperti yang telah dirancang oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien (pengumuman beliau ketika pelancaran Hari Kenal Huruf Sedunia pada tahun 1968). Gerakan Pembasmian Buta Huruf telah dilaksanakan selama 15 tahun. Seterusnya, berdasarkan Kelas Asas Membaca dan Menulis, pelbagai kelas-kelas lain turut diwujudkan termasuk Kelas Bahasa Kebangsaan serta Kelas Bahasa Rumi (KBK/KBR). Hasilnya seramai 500,000 orang pelajar telah mendapat faedah dari program-program ini setiap tahun. Memandangkan keperluan permintaan yang kian meningkat setiap tahun, program pengambilan guru turut diadakan secara besar-besaran dan ini secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan yang luas terutamanya kepada golongan yang boleh membaca dan menulis. Latihan kepada golongan pengajar ini telah diberi secara berperingkat bagi menambah kemahiran sehingga melahirkan Kaedah Pengajaran dan Kurikulum Kelas Dewasa. Kurikulum ini meliputi pengawasan guru-guru oleh penyelia-penyelia berkelayakan yang dilantik melalui tapisan/ujian praktikal, kurikulum pelajaran berperingkat serta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti pendidikan 3M yang meliputi kaedah Zaaba yang dipermudahkan oleh Embong Yahya (bimbingan dalam kerja-kerja seharian seperti pertanian, kesihatan, rumahtangga dan pendidikan anak).16. Dengan penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, sebanyak 250 kelas telah berjaya dibuka di Sabah dan 60 kelas di Sarawak pada tahun 1965. Sempena pengistiharan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1965, KEMAS yang pada ketika itu dikenali sebagai Bahagian Pelajaran Dewasa telah mengadakan Kempen Bulan Bahasa secara aktif terutamanya di kalangan pelajar kelas dewasa. Pada tahun 1963, kerajaan mempergiatkan lagi usaha menarik minat lebih ramai pelajar terutamanya golongan wanita melibatkan diri dalam Kempen Bulan Bahasa dan sebagai salah satu usaha bagi membasmi masalah buta huruf di kalangan penduduk luar bandar.17. Bahagian Pelajaran Dewasa seterusnya memperkenalkan Kelas Ekonomi Rumahtangga (ERT) meliputi pendidikan asas membaca, menulis dan mengira serta bimbingan dalam pengurusan rumahtangga serta penyediaan makanan berzat. Pada tahun 1968, Kelas Agama Islam (KAI) dan Kelas Belajar Jawi (KBJ) mula diperkenalkan bagi menarik minat golongan berumur dalam membasmi buta huruf di kalangan mereka dan memberi bimbingan agama. KAI telah berjaya melatih seramai 118,045 orang pelajar melalui 4,851 buah kelas di seluruh tanahair.18. Menjelang 1969, Kelas Latihan Kemahiran telah diperkenalkan bagi memberi kemahiran vokasional di samping membasmi buta huruf. Kelas latihan ini meliputi bidang-bidang kemahiran seperti motor mekanik (motosikal dan bot), elektronik (radio dan televisyen), kimpalan, pertukangan kayu/rotan (membuat perabot), solekan, dandanan rambut, jahitan pakaian (lelaki dan perempuan), pertukangan rumah dan sebagainya.19. Majalah Bahagian Pelajaran Dewasa iaitu Majalah Dewasa serta Pendidikan Melalui Radio (Distance Education) telah diwujudkan dengan kerjasama Radio Malaya. Ianya merupakan salah satu medium bagi membantu usaha-usaha yang telah dijalankan terutamanya dalam bidang pendidikan agama, kesihatan, panduan pertanian, pembangunan diri dan sebagainya. Menjelang 1974, apabila jumlah penduduk buta huruf telah berkurangan kepada 1.7 juta orang, Kelas Bahasa Kebangsaan dan Kelas Belajar Rumi telah ditamatkan kecuali di Sabah dan Sarawak. KBR kemudiannya digantikan pula dengan Program Rancangan Pedoman Tugasan (Functional Literacy) yang dilaksanakan di semenanjung dengan kerjasama UNESCO.20. Pada tahun 1970, Bahagian Pelajaran Dewasa telah distruktur semula kepada Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) selaras dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertanggungjawab mengubah sikap masyarakat luar bandar serta bagi memastikan mereka menerima arus perubahan dan pembangunan progresif di samping memberi latihan agar masyarakat luar bandar terlibat secara aktif dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi sendiri, keluarga dan masyarakat. Antara program yang dijalankan ialah Kelas Ekonomi Rumahtangga (ERT), Kelas Latih Kerja (KLK), Rancangan Pedoman Tugasan (RPT), Kelas Agama Islam (KAI), Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Khutub Khanah Desa (KKD) dan Rancangan Desa Usaha (RDU).21. Kaedah pelaksanaan program KEMAS ialah melalui pendekatan konsep 3K sebagai panduan pelaksanaan iaitu Kehendak, Keperluan dan Keupayaan. Pada tahun 1980, selaras dengan perubahan kehidupan masyarakat pada masa itu, sektor ekonomi telah diberi penekanan. Perubahan ini telah menyebabkan KEMAS mengubah strategi serta pendekatan dengan menggalakkan masyarakat luar bandar menceburkan diri dalam aktiviti penambahan pendapatan. Antara program yang dijalankan ialah aktiviti Budaya Niaga, Budaya Membaca, Projek Penambahan Pendapatan, Pendekatan Bersepadu Aktiviti KEMAS, Projek Gotong-Royong serta Halacara Baru Pembangunan Kampung dan Luar Bandar. Seiring dengan pelaksanaan program ini, pusat masakan, pusat-pusat pengeluaran dalam bidang jahitan, kraftangan dan sulaman telah diwujudkan. Perpustakaan Masyarakat dan Pusat Sumber juga diwujudkan di kawasan di luar bandar sebagai pusat rujukan dan pembelajaran masyarakat desa. Pada masa yang sama, Program Kecemerlangan Kanak-Kanak (PEKA) diperkenalkan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak.22. KEMAS juga berusaha ke arah melahirkan pemimpin tempatan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar mereka berupaya merancang, melaksana dan mengurus program-program pembangunan yang dijalankan di kampung-kampung serta dapat membawa perubahan dari segi sikap dan kehidupan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar agar bertambah lebih baik. Pada awal tahun 1990, komitmen KEMAS memberi tumpuan kepada usaha pembangunan sumber manusia yang lebih menyeluruh telah dilaksanakan melalui pendekatan pendidikan non-formal dan pendidikan seumur hidup. Antara program yang diwujudkan adalah Pendidikan Literasi Fungsian (PLF), Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK), Pendidikan Kecemerlangan Kanak-Kanak (PEKA), Kelas Bina Insan, Gerakan Desa Wawasan (GDW), Kelas Literasi Komputer dan Perpustakaan Masyarakat.23. Pada tahun 2000, KEMAS telah menumpukan perhatiannya terhadap bidang pembangunan teknologi maklumat (ICT), pembangunan insan serta peningkatan pengupayaan dalam aktiviti yang dijalankan. Pada masa yang sama, KEMAS masih meneruskan aktiviti-aktiviti sedia ada. Pada tahun 2003, Gerakan Desa Wawasan telah ditukarkan kepada Gerakan Daya Wawasan. Memandangkan keperluan serta penglibatan KEMAS semakin meningkat, mulai 1 April 2002, kerajaan telah memutuskan penyusunan semula struktur KEMAS melalui waran perjawatan Bil. E8/2002 di mana fungsi dan peranan KEMAS telah dirombak. Sepanjang tahun 2001 hingga 2009, fungsi dan peranan KEMAS adalah meliputi tiga daripada lima teras Misi Nasional iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama dan menangani masalah ketidaksamaan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif di bawah Gerakan Daya Wawasan; Pendidikan Literasi Komputer, Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, Pendidikan Kemahiran, Pendidikan Literasi Fungsian dan Pusat Sumber, konsep pendidikan berterusan selaras dengan pembangunan modal insan di bawah Bahagian Bina Insan; Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika dan Taska) serta Program Makanan Tambahan untuk kanak-kanak.

Misi, Visi dan Objektif Misi

1. Meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supaya mampu berdikari untuk meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi;2. Memperkukuhkan organisasi dan masyarakat desa dengan niali-nilai murni ke arah pembangunan yang seimbang;3. Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti;4. Memberi kefahaman dan menjayakan perkhidmatan yang berkualiti;5. Memberi kefahaman dan manjayakan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan; dan6. Mewujudkan masyarakat berilmu melalui pendidikan sepanjang hayat.Visi

Nadi Pembangunan dan Perubahan Masyarakat Luar Bandar.Objektif

1. Menjadikan masyarakat luar bandar yang kompeten, berdaya saing dan berdikari;2. Memantapkan perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani serta menguasai kemahiran asas 3M kepada kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun; dan3. Memastikan sistem penyampaian yang berkesan.Peranan

1. Mengubah sikap dan menyemai perasaan di kalangan masyarakat untuk membina satu masyarakat yang maju dan berdikari;2. Memupuk inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik;3. Melibatkan penyertaan masyarakat secara aktif bagi menjayakan matlamat kerajaan dan negara; dan4. Mengeratkan hubungan rakyat dan kerajaan di samping mendapat sokongan rakyat terhadap usaha pembangunan negaraStrategi

1. Menumpukan Pembangunan Manusia sebagai teras dalam Pembangunan Masyarakat Luar Bandar.2. Memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran mengikut tuntutan semasa.3. Penglibatan secara langsung dan bersepadu dengan lain-lain Agensi Kerajaan, Swasta, Institusi Masyarakat dan orang perseorangan dalam usaha membangun Masyarakat Luar Bandar.4. Merangsang kumpulan sasar mencetus idea untuk merancang program-program pembangunan.

TIPS PEPERIKSAAN SPA Tiada bahan rujukan khusus. Jawapan esei dinilai oleh guru-guru berpengalaman dalam BM & BI yang dilantik khas. Peperiksaan ada tiga jenis iaitu Ujian Aptitude, Uji Bakat dan Ujian Fizikal. Ujian Aptitude: Soalan Objektif iaitu Pengetahuan Am (Skim Jawatan), Penyelesaian Masalah (IQ), dan Kefahaman Bahasa. Soalan Subjektif iaitu Esei (BM & BI). Uji Bakat: Muzik, Rekaan, Fotografi, Lakonan, Tarian dan Lukisan. Ujian Fizikal: Penglihatan, BMI, Dada dan ujian kecergasan. Contoh jawatan dalam jabatan bomba, ujian fizikal seperti angkat pemberat 54kg (Lelaki) 46kg (Perempuan), menjulang/menegang tangga, naik tangga, dan panjat tali. Soalan Pengetahuan Am: Merangkumi pengetahuan am mengenai Malaysia dan antarabangsa. Liputan soalan berkaitan pentadbiran kerajaan, pembangunan, ekonomi, sosial, hubungan antarabangsa, ICT, keselamatan, sejarah dan budaya. Soalan Penyelesaian Masalah: Mengukur kebolehan berfikir (IQ test). Liputan soalan berkaitan kemahiran logik, interpretasi data dan konsep matematik. Soalan esei: Mengukur nahu, kematangan idea dan penyampaian bahasa. Jenis soalan adalah berdasarkan isu-isu semasa meliputi pelbagai topik. 3 soalan akan diberikan dan pilih satu sahaja. Yang penting ada rangka karangan, intro, isi dan penutup. Biasanya isu-isu yang diambil sekitar 1-3 bulan sebelum tarikh peperiksaan.

TIPS ASSESSMENT CENTRE SPA (PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI) Kaedah penilaian bagi mengenalpasti traits, kualiti dan kompetensi yang sesuai dengan jawatan. Kompetensi merujuk kepada keupayaan individu berfikir dan berdaya tindak bagi memenuhi kefungsian sesuatu kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Penilaian Kompetensi umum: Kemahiran interpersonal (20%), Keupayaan Intelek (20%), Komunikasi Lisan (15%), Integriti (15%), Kepimpinan (15%), Berpasukan (15%). Jumlah 100%. Apa yang dinilai? : Kerja berkumpulan, kajian kes, pemeriksaan fizikal pancaindera dan fitness, presentation, simulasi, ujian bakat, ujian psikometrik. Model Penilaian Kompetensi: Pengucapan Awam, Penyelesaian Masalah (Kajian kes) dan Kerja Berpasukan. Siapa menilai? : Pegawai-pegawai kanan Kementerian/Jabatan yang telah dilatih khusus untuk menilai aktiviti yang dilalui oleh calon-calon. Contoh: Dalam satu kumpulan, diberi satu jawatan, kemudian ditimbulkan satu isu dalam jabatan, semua calon yang mempunyai jawatan tersebut dikehendaki menyelesaikan masalah tersebut. Dalam penilain public speaking, diberi tajuk kemudian dikehendaki berucap di depan ramai orang secara spontan dalam masa 5 minit. Debat ala parlimen.

TIPS TEMUDUGA SPA

Persediaan sebelum temuduga SPA: Salinan dokumen asal dan salinan yang mesti dibawa ialah resume bergambar, kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil SPM, transkrip akademik/surat pengesahan pelajar akhir tahun (asal sahaja) dan sijil-sijil penghargaan (asal sahaja). Fizikal: Sihat dan berketrampilan, persiapan dokumen dan pakaian sopan dan bersesuaian. Bertenang, minat, pengetahuan dalam organisasi, dasar kerajaan, tugas jawatan yang dipohon, pengetahuan am/hal ehwal semasa dan etika berkomunikasi. Persediaan semasa temuduga SPA: Nisbah 1:15, 15 calon untuk 1 kekosongan sahaja. Dijalankan selama 10-20 minit. Awal temuduga: Latarbelakang/Profail calon, ice breaking, penilaian perwatakan, keperibadian dan sikap calon. Pertengahan Temuduga: Kompetensi teras, tingkahlaku sasaran, pengetahuan dan kemahiran jawatan. Akhir Temuduga: Menilai kesesuaian calon dan menilai potensi lantikan Penilaian: Penilaian prestasi keseluruhan calon Contoh soalan temuduga berdasarkan kaedah CBI : Situation, Action & Result. Situation- Terangkan satu keadaan di mana anda diminta melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan @ etika jabatan. Apa yg berlaku? Action- Apa peranan anda? Siapa yg terlibat? Bila/di mana ia berlaku? Bagaimana anda membuat keputusan? Kenapa faktor tersebut dipertimbangkan? Result- Apakah kesannya? Bagaimana anda menilai kesan drpd tindakan/keputusan anda tersebut? Kriteria pemilihan calon: C.T.I - Cepat (Prompt), Tepat (Accurate), Integrity F.O.L - Facilitate, Open minded, Loyalty P.C.I - Productivity, Creativity, Innovation Boleh faham tak setakat ni? Okey bah kan? hehe. Kadang2 soalan 'bodoh2' pun kena soal, tapi sebenarnya di situlah penilaian perwatakan dibuat. Jangan ambil remeh, okey? Contoh situasi yg pegawai tu kongsikan, dia siap minta maaf lagi manatau ada calon tu dalam dewan hehe. Pegawai tu tanya jam berapa sekarang? Walhal pegawai tu tahu ada jam di dinding. Calon tu dengan selamba main tunjuk ja guna jari telunjuk ke arah jam di dinding. Nampak tak, pegawai tu dah boleh nilai sikap calon tu. Sepatutnya, calon tu sebut bukan tunjuk. Contoh kalau anda ditugaskan di kaunter, ada pelanggan tanya "mana borang permohonan?". Sikap 'tunjuk' tadi tak mustahil akan dibuat, tak mustahil calon tu pun main tunjuk jugak borang tu, sepatutnya menjawab dengan jawapan yg menyenangkan hati pelanggan dan membantu. Bukan senang tau jadi pegawai kerajaan, segala gerak geri kita diperhatikan oleh rakyat.

TAPISAN Tapisan ialah proses menyenarai pendek calon-calon dipanggil temuduga. Nisbah calon temuduga ialah 1:15 manakala dipanggil ujian 1:20 Untuk mendapatkan jumlah calon yg munasabah berdasarkan nisbah, beberapa asas tapisan digunakan, antaranya; peperiksaan khas, CGPA, bidang pengkhususan pengajian dan kelayakan lebih tinggi diutamakan. KESILAPAN RESUMEterlalu ringkas, kurang maklumat, tidak kemas, memasukkan maklumat yg tidak perlu, tidak disertakan foto, foto yg tidak sesuai, terlalu panjang, hal emosi, kertas kurang sesuai

KENAPA GAGAL TEMUDUGA?Calon tidak bersedia, gagal tunjukkan minat terhadap jawatan yg dipohon, tidak tahu peranan dan tanggungjawab jawatan malah tidak kenal jabatan berkaitan.