sejarah dan latar belakang penubuhan sabah times

22
TOPIK: PERKEMBANGAN INDUSTRI PERSURATKHABARAN DI SABAH (NEW SABAH TIMES). 1.0 PENGENALAN 1.1 Pengertian Media Dalam konteks komunikasi, media ialah alat yang digunakan untuk menyimpan dan menghantar maklumat data dan informasi. Terdapat beberapa kategori media iaitu media elektronik, media massa, media digital, multimedia, dan media cetak.Media cetak ialah proses dalam menghasilkan teks dan imej, lazimnya menggunakan dakwat di atas kertas. Media cetak selalunya berada dalam proses industri yang besar. Di bawah kategori media terdapat beberapa jenis seperti majalah, buku rujukan, buku cerita,buku teks, dan juga surat khabar. Surat khabar adalah sesuatu yang dicetak yang bertujuan untuk memberitahu berita atau informasi terkini dari masa ke semasa dalam fakta tertentu. Kebanyakan surat khabar dikeluarkan

Upload: lynn-nea-lex

Post on 24-Jun-2015

1.233 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

TOPIK: PERKEMBANGAN INDUSTRI PERSURATKHABARAN

DI SABAH (NEW SABAH TIMES).

1.0 PENGENALAN

1.1 Pengertian Media

Dalam konteks komunikasi, media ialah alat yang digunakan untuk

menyimpan dan menghantar maklumat data dan informasi. Terdapat

beberapa kategori media iaitu media elektronik, media massa, media digital,

multimedia, dan media cetak.Media cetak ialah proses dalam menghasilkan

teks dan imej, lazimnya menggunakan dakwat di atas kertas. Media cetak

selalunya berada dalam proses industri yang besar. Di bawah kategori media

terdapat beberapa jenis seperti majalah, buku rujukan, buku cerita,buku

teks, dan juga surat khabar.

Surat khabar adalah sesuatu yang dicetak yang bertujuan untuk

memberitahu berita atau informasi terkini dari masa ke semasa dalam fakta

tertentu. Kebanyakan surat khabar dikeluarkan setiap hari seperti Berita

Harian, Utusan, New Straits Times dan banyak lagi. Selain itu, ada juga yang

dikeluarkan sekali dua minggu atau sekali seminggu.Setiap surat khabar

mempunyai kandungan dari segi fakta yang berbeza-beza tetapi semua

surat khabar mempunyai kombinasi susunan yang sama iaitu berita,

Page 2: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

pendapat, dan iklan. Berita selalunya ditulis oleh pemberita atau wartawan

yang diarah dibawah editor masing-masing. Iklan terdiri daripada dua iaitu

iklan klasifikasi dan iklan paparan. Iklan klasifikasi bersifat lebih kecil dan

hanya terdiri daripada teks yang mengandungi maklumat tentang wakil iklan

dan mengenai iklan itu sendiri. Manakala, iklan paparan lebih bersifat

professional kerana selalunya diperolehi daripada syarikat yang telah

dikenali ramai maka iklan ini mempunyai visual yang teratur.Surat khabar

dicetak di atas kertas nipis yang dibuat dari bahan kitar semula dan sisaan

pokok maka surat khabar tidak dibuat untuk tahan lama

Page 3: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

1.2 STRUKTUR PEMILIHAN MEDIA

Page 4: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

1.3 Dasar Dan Polisi Akhbar

Kerajaan Malaysia menguasai akhbar di Malaysia dengan mengenakan Akta

Pemilikan dan Pencetakan Akhbar. Akhbar di Malaysia juga terikat dengan

Akta Pencetakan dan Penerbitan Akhbar dan akta-akta yang

lain.Berdasarkan Tun Datuk Dr. Mahathir Mohamad (1985), jika akhbar

menyalahgunakan kebebasan yang mereka ada untuk menunjuk perasaan,

maka kerajaan demokratik mempunyai hak untuk memberhentikan

penyalahgunaan tersebut.

Kebebasan Bersuara dan Tunjuk Perasaan

Dalam Perlembagaan Persekutuan, artikel (1)(a), tiap-tiap warganegara

berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara. Ini merangkumi

komunikasi secara bercakap melalui mulut, tanda, simbol, dan gerak badan

serta melalui seni lukisan, gubahan muzik, fotografi, filem, video, buku dan

termasuklah surat khabar.

1.3.1 Akta Percetakan dan Penerbitan Akhbar

Akta Percetakan dan Penerbitan Akhbar 1948 yang asli memerlukan penerbit

surat khabar memegang dua dokumen iaitu lesen menggunakan pencetakan

Page 5: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

akhbar dan permit diberi kuasa atas pencetakan dan penerbitan surat

khabar. Kedua-dua dokumen perlu diperbaharui setiap tahun.

Akta ini diperkenalkan pada tahun 1984 sebagai perundangan khas

untuk penggunaan percetakan akhbar, kemasukan, pengeluaran,

pengeluaran semula, penerbitan, dan pengedaran penerbitan.

Akta ini member kuasa kepada kerajaan untuk menarik atau menahan

lesen dan permit tanpa tinjauan dan pandangan mahkamah. Perundangan ini

sangat ketat kerana melibatkan kuasa kerajaan. Pelanggaran lesen di bawah

Akta akan dihukum penjara selama tiga tahun atau disaman sebanyak

RM20,000 ataupun kedua-duanya.

1.3.2 Akta Hasutan

Akta Hasutan 1948 merupakan satu akta undang-undang di Malaysia yang

digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai

menghasut. Akta ini sebenarnya digubal oleh penjajah British pada tahun

1948. Akta Hasutan 1948 digubal oleh parlimen pada saat-saat darurat. Pada

masa itu, kerajaan terpaksa menguatkuasa Akta ini untuk menghukum

mereka yang melakukan perbuatan hasutan yang dianggap merugikan

kepada bangsa dan Negara. Akta ini ditinjau semula pada 1969 selepas

rusuhan kaum untuk meluaskan skop lalu menyekat kebebasan bersuara.

Kecenderungan menghasut:

a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi

membangkitkan perasaan

Page 6: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana

wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba

mendapatkan perubahan dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-

apa jua yang wujud menurut undang- undang di dalam wilayah Raja itu atau

wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;

c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi

membangkitkan perasaan

tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana

Negeri;

d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan

rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di

kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri

e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan pemusuhan antara kaum

atau golongan

penduduk yang berlainan di Malaysia; atau

f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan,

keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi

oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152,

153, atau 18 Perlembagaan Persekutuan.

Apabila mana-mana surat khabar melanggar Akta ini atau menimbulkan

hasutan seperti di atas, kerajaan akan memberhentikan penerbitan,

Page 7: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

pengeluaran, dan pengedaran akhbar tersebut. Masyarakat yang memiliki

naskhah penerbitan larangan itu akan diminta dengan segera menyerahkan

naskhah itu ke dalam jagaan polis.

2.0 LATAR BELAKANG MEDIA

2.1 Sejarah Surat Khabar di Malaysia

Surat khabar yang pertama dicetak ialah pada tahun 1447 di German

iaitu

A vis a Relation oder Zeitung. Surat khabar Bahasa Inggeris yang pertama

ialah The Weekly Newes yang dicetak di England pada 1622. Selepas itu,

surat khabar London Gazette dicetak pada 1666 di Amerika sebagai surat

khabar Bahasa Inggeris pertama di sana. Tidak lama kemudian, surat khabar

muncul di Tanah Melayu pada 1806 yang diperkenalkan oleh British.Malaysia

berada dalam jajahan British lebih daripada seratus tahun dan di bawah

jajahan tersebut terlahirnya surat khabar pertama di Tanah Melayu iaitu The

Prince of Wales

Island Gazette di Penang pada Mac 1806. Terdapat juga surat khabar yang

Berjaya seperti Malacca Observer, Malacca Weekly Register, Penang

Register, Miscelleny, Penang Gazette dan Straits Chronicle.

Page 8: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

Surat khabar yang kekal hingga hari ini ialah NewStraits Times yang

dinamakan

The Straits Times pada zaman British. The Straits Times mula beroperasi

pada tahun Julai 1845. Selain itu, the Malay Mail yang dilancarkan pada

1896, sekarang dimiliki oleh New Straits Times Press.

Sabah mempunyai surat khabar pertama pada tahun 1948 selepas perang

dunia kedua iaitu North Borneo News di Sandakan. Sabah Times juga muncul

pada 1952 oleh Donald Stephen (bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sabah)

sebagai penerbit. Sekarang, Sabah Times dikenali sebagai New Sabah Times.

Selepas kemerdekaan, terdapat banyak lagi surat khabar yang muncul

sepertiUt us an Melayu, Berita Harian, Metro, Daily Express (Sabah), The

Borneo Post, The Star, Harian Metro dan banyak lagi. Setiap surat khabar

mempunyai kandungan yang berbeza tetapi berita dalam semua surat

khabar adalah sama.

Page 9: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

3.0 ORGANISASI MEDIA

3.1 Sejarah dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times.

The North Borneo News and Sabah Times (NBNST) telah diterbitkan

oleh Donald

Stephens. Beliau seorang wartawan yang bergiat aktif sejak tahun 1949.

Pada awalnya,

beliau pernah menjadi penulis dan pemberita kepada akhbar North Borneo

News yang

diterbitkan di Sandakan. Pada tahun 1952, beliau membuka syarikat

suratkhabarnya

sendiri iaitu The Sabah Times. Pada tahun yang sama juga North Borneo

News dan

The Sabah Times telah bergabung bagi mempertingkatkan pasarannya. Pada

tahun

Page 10: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

1955, beliau memiliki sepenuhnya akhbar The North Borneo News and Sabah

Times.

Di samping sebagai penerbit dan editor, beliau juga menulis di dalam

ruangan "Rambler" dan "Roderick" untuk akhbar berkenaan. Akhbar ini

dicetak oleh The Sabah Publishing House, Jesselton. Pada 24 Mac 1995

pengeluaran surat khabar Sabah Times telah dihentikan.

3.2 Tujuan atau Objektif penubuhan NBNST

NBNST menjadi media terpenting untuk menyampaikan segala

maklumat sama

ada berkaitan dengan hal ehwal dalam negeri mahupun luar negeri kepada

penduduk

Borneo Utara. Ruangan berita yang disiarkan meliputi pelbagai bidang

seperti politik,

ekonomi dan sosial. Bahasa pengantar utama akhbar ini ialah bahasa

Inggeris, di

samping bahasa Melayu dan bahasa Kadazan. Di sinilah, keistimewaan

akhbar NBNST

sebagai akhbar rakyat kerana dapat menyampaikan maklumat kepada

pembaca yang

terdiri daripada pelbagai etnik sesuai dengan kedudukan demografi negeri

ini. Di

Page 11: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

samping itu, gambaran ini juga tercermin dalam gambar yang terdapat di

bahagian atas

muka hadapan akhbar ini, iaitu gambar kawasan kampung air berlatar

belakangkan

Gunung Kinabalu. Sesetengah berita yang disiarkan dalam bahasa Melayu

atau bahasa

Kadazan agak lambat disiarkan berbanding dengan berita dalam bahasa

Inggeris.

NBNST turut mewujudkan ruangan tertentu seperti 'Random Thoughts

Roderick',

'Editorial', 'Reader's Opinion', 'Kadazan Corner', 'Our Romanised Malay

Corner',

sukan dan iklan. Sekitar awal tahun 1960an, akhbar ini telah dijual dengan

harga 15 sen senaskhah dan mengandungi lapan halaman. Sesungguhnya

kewujudan akhbar ini

sebagai akhbar harian adalah penting untuk melahirkan budaya membaca di

kalangan

rakyat, khususnya penduduk di Bahagian Pantai Barat, Borneo Utara. Dalam

konteks

penubuhan Malaysia pula, akhbar ini telah membuat banyak laporan dan

ulasan ke

atas reaksi penduduk Borneo Utara terhadap gagasan Malaysia pada awal

tahun 1960an.

Page 12: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

Isu Malaysia dijadikan tajuk berita utama dan banyak ruangan diperuntukan

untuk

mengulas berkaitan dengan gagasan tersebut. Persekutuan Malaysia disebut

juga di

dalam akhbar ini sebagai "Mighty Malaysia" atau "Greater Malaysia" atau

dalam bahasa

Melayunya sebagai "Melayu Raya" atau "Malaysia Raya".

3.3 Sejarah Penubuhan New Sabah Times

Pada 8 Mac 1998 Sabah times diberi nafas baru semula setelah dimiliki

oleh Publishing Company Inna Kinabalu Sdn. Bhd di mana pertukaran

pengurusan yang lama kepada yang baru dan diberi nama sebagai New

Sabah Times. Tujuannya adalah sebagai satu tanda pertukaran identiti dan

wajah yang lama kepada identity yang baru. New Sabah Times di terdiri

daripada 130 orang tenaga pekerja di mana fokus utama mereka adalah

bersatu mencapai sasaran bagi memenuhi kehendak masyarakat dan

pembaca. Antara objektifnya adalah melahirkan pemberita dan editor yang

terlatih dan berpengalaman bagi menjalankan bidang tugas mereka untuk

mencapai kualiti yang memuasakan.

Page 13: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

3.4 LIPUTAN NEW SABAH TIMES

New Sabah Times menyediakan perkhidmatan akhbar secara dalam

talian. Para pembaca yang mempunyai perkhidmatan internet boleh

melayari laman web akhbar untuk membaca berita-berita terkini. Berita-

berita secara dalam talian boleh dicari di dalam

http://www.newsabahtimes.com.my.

New Sabah Times di dalam masyarakat moden Malaysia sering

menggunakan surat khabar yang berwibawa. Surat khabar ini

betanggungjawab dalam pembangunan serta keharmonian dan

kesejahteraan bangsa dalam pelbagai bidang. Akhbar ini juga menjadi surat

khabar yang berpengaruh kepada kerajaan dan sektor korporat, bangsa

berintelektual, serta pembangunan bangsa muda profesional dan pelajar

yang menjadi pemimpin Negara pada masa hadapan.Selain menjadi akhbar

utama New Sabah Times juga merupakan surat khabar yang mengandungi

tiga bahasa iaitu bahasa English,Melayu dan juga Kadazan Dusun.

New Sabah Times

Local

Berita ini membincangkan tentang berita utama yang sedang dibincangkan

pada masa sekarang seperti kes pembunuhan, pemberontakan, kebakaran,

kebajikan dan isu-isu semasa yang lain yang melibatkan negara Malaysia.

Page 14: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

Foreign

Nation ialah bahagian berita yang membincangkan tentang fakta-fakta serta

isu-isu yang berlaku di luar negara Malaysia.

Sports and Leisure

Sports memberitakan tentang sukan dan berita sensasi artis tanah air.

Advertisment

Bahagian ini mengandungi ruang sepertiJobs (pekerjaan),Aut o (kenderaan),

Properties( hartanah), General Classified (klasifikasi umum), dan Notices

(notis). Di bawah ruang notis ialahFinancial , (kewangan)Legal, (undang-

undang), Contract and Tender, (kontrak dan tawaran) Auction (lelong), dan

General Notice (notis umum).

Business

Memberitakan tentang ekonomi dan perniagaan khasnya di Malaysia.

Page 15: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

3.5 CARTA ORGANISASI New Sabah Times

Executive

Chairman :

Datuk Ayub Hj Aman

Managing

Director:

Anthony Wong

Personal Asst.

to the MD :

Felecity Jintoni

Accounts

Manager:

Hee Foong Yee

Commercial

Manager:

Kurt Marcus

EDP Manager : Nizam Jaafar

Marketing &

Circulation

Manager:

Alex Chin

GraphicsStudio : Brian Sean G / Trevor Thompson

Page 16: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, media cetak ialah pembawa kepada pelbagai

maklumat yang berguna kepada masyarakat dalam bentuk penulisan. New

Sabah Times adalah contoh yang terbaik sekali kerana ia adalah surat

khabar yang lama dan telah bertahan selama 165 tahun sehingga sekarang.

Semoga media cetak New Sabah Times ini adalah terus bertahan dan

berkembang pada masa hadapan serta menyediakan maklumat dan

melaporkan berita yang tepat dan berguna kepada masyarakat Malaysia.

Sebagai saranan kepada masyarakat, kita seharusnya membaca media

cetak setiap hari

supaya keberadaan media ini akan berkekalan selamanya

Page 17: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

Rujukan

Wikipedia, The free encyclopedia (2010). Dalam New Sabah Times. Di ambil

pada 3 October 2010 dari http:www//en.wikipedia.org

Profile (2006) Dalam New Sabah

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/profile.mes. Diambil pada 3

october 2010 dari http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/profile

Contact (2006) Dalam News Sabah Times. Diambil pada 3 Oktober 2010 dari

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/contact

Page 18: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

Lampiran

Bahasa Malaysia - Sabah Times wajah

terkini

Muka depan North Sabah times semasa

zaman pemerintahan Tun Fuad Stephens

.ISu-Isu tempatan dalam bahasa kadazan-dusun

Page 19: Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times

.