laras bahasa

8
LARAS BAHASA PENGENALAN DEFINISI Laras Bahasa, gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu. Za’ba (1962): laras ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunannya atau bentuk peribahasanya. Brian Seaton (1982): laras ialah satu variasi bahasa yang wujud daripada situasi yang berlainan seperti umur, jantina dan tajuk percakapan. JENIS-JENIS LARAS BAHASA Abdullah Hassan (1997) membahagikan laras bahasa kepada beberapa jenis, iaitu Laras Bahasa Umum ,Laras Bahasa Teknikal ,Laras Bahasa Undang-undang ,Laras Bahasa Agama ,Laras Bahasa

Upload: zulkhairi-ramli

Post on 03-Oct-2015

131 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

LARAS BAHASAPENGENALANDEFINISILaras Bahasa, gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu. Zaba (1962): laras ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunannya atau bentuk peribahasanya. Brian Seaton (1982): laras ialah satu variasi bahasa yang wujud daripada situasi yang berlainan seperti umur, jantina dan tajuk percakapan.JENIS-JENIS LARAS BAHASA Abdullah Hassan (1997) membahagikan laras bahasa kepada beberapa jenis, iaitu Laras Bahasa Umum ,Laras Bahasa Teknikal ,Laras Bahasa Undang-undang ,Laras Bahasa Agama ,Laras Bahasa Himbauan , Laras Bahasa Klasik, Laras Bahasa Kreatif ,Laras Bahasa Kanak-kanak dan Laras Bahasa Iklan.LARAS BAHASA UMUM Mudah difahami contoh: Sarah p pasar raya untuk beli barang-barang dapur .Menggugurkan penggunaan kata sendi nama contoh: Adik jatuh gaung = adik jatuh ke dalam gaung. Menggunakan ragam bahasa umum contoh: lain kali buatlah lagi (bahasa terbalik) biarkan aku sendiri (bahasa merajuk) .Menggunakan ayat pendek dan ringkas contoh: Saya pergi ke pasar.LARAS BAHASA TEKNIKAL Laras teknikal digunakan oleh para pakar untuk berkomunikasi dengan pakar lain yang sebidang. Laras teknikal bermakna semua jenis teks di dalam semua jenis bidang kepakaran sama ada bidang sains tulen, teknologi, sains pengurusan dan lain-lain bidang kepakaran.LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG Laras undang-undang ialah sejenis laras teknikal. Laras undang-undang mempunyai ciri-ciri kelainannya tersendiri iaitu tidak mengandungi gambar, jadual, simbol dan sebagainya serta struktur ayatnya terdiri daripada prinsip undang-undang diikuti oleh syarat-syarat dan diakhiri oleh keputusan undang-undang. Contoh: Setelah saman disampaikan dan catatera penyampaian dibuat, pendaftar harus memberikan notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan mengenai cara saman disampaikan.LARAS BAHASA AGAMA Terdapat unsur bahasa klasik terutama pada kosa katanya. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama. Banyak mengandungi bentuk cerita, kias dan ibarat. Contoh: Syurga dalam bahasa Arab disebut sebagai ''al-jannah'' yang bermaksdu sebuah taman yang indah, penuh dengan pelbagai nikmat dan keselesaan.LARAS BAHASA HIMBAUAN Fungsi utama laras himbauan ialah untuk mendorong atau menarik perhatian orang supaya melakukan sesuatu perbuatan yang mungkin berbentuk positif ataupun negatif. Laras Himbauan mempunyai ciri-ciri seperti berikut; banyak menggunakan perkataan yang membawa makna ajak atau tegah, banyak menggunakan contoh, kes dan cerita yang selaras dengan tajuk, menampilkan faedah-faedah sesuatu perbuatan, menampilkan akibat buruk sesuatu perbuatan dan juga bentuk bahasa peribadi yang menggunakan ganti nama orang pertama menjadi ciri utama laras ini. Laras Himbauan terdapat dalam bentuk lisan dan tulisan. Contohnya khutbah, kempen, pujukan, rayuan dan doa.LARAS BAHASA KLASIKLaras Klasik mempunyai ciri-ciri seperti teks asal ditulis dalam tulisan Jawi, tidak menggunakan tanda bacaan dan tidak menggunakan perenggan. Banyak menggunakan struktur ayat pasif, terdapat penggunaan kata praklausa atau kata pembuka ayat yang tidak digunakan lagi dalam bahasa moden seperti arakian, hatta, kalakian, empunya dan persetua. Laras Klasik juga mengandungi kosa kata bahasa istana seperti beta, patik, bersemayam. Tidak terdapat imbuhan asing untuk pembinaan istilah sains dan teknikal seperti dalam bahasa Melayu moden, iaitu eka, dwi, mono, bi dan pra. Contoh Laras Klasik seperti; Hatta berapa antaranya maka rangga dan Raden Aria pun datanglah dari benua Keling itu. Maka dipersembahkan oranglah kepada Seri Betara mengatakan Raden Aria dan Rangga sudah datang. Petikan: Kassim Ahmad (1971) Hikayat Hang Tuah,hlm 106.LARAS BAHASA KREATIF Menggunakan struktur ayat aktif dan pasif. Menggunakan bentuk dialog atau kata bual seperti dalam skrip drama. Menggunakan bahasa pelambangan dan kiasan. Bersifat kreatif imaginatif, menggunakan bunga bahasa dan bahasa hiasan. Tidak terdapat ciri khusus bahasa teknikal dan penggunaan ilustrasi. harus mempunyai kata-kata yang segar dan bertenaga supaya dapat melukiskan gambaran yang cukup jelas dan hidup kepada pembaca. Contohnya Kuala Semantan biarpun berabad lagi engkau tetap akan gemilang, Namamu kan lebih harum menjunjung sekalian nama, Nama pahlawan yang hilang, Hilang di zaman silam (Puisi Kuala Semantan Namamu Kan Tetap GemilangKarya Aripin Said)

LARAS BAHASA KANAK-KANAKLaras Bahasa Kanak-kanak mempunyai ciri-ciri seperti kosa katanya terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja dan kata adjektif. Kosa katanya kurang berbanding dengan kosa kata untuk orang dewasa .Bilangan imbuhan yang digunakan terhad, dan imbuhan untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam laras ini. Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk tunggal.Bahasa perlambangan langsung tidak digunakan dan begitu juga dengan bentuk bahasa yang berbunga-bunga. Contoh Laras Bahasa Kanak-kanak; Suatu ketika dulu, ada seekor arnab dan seekor kura-kura berselisih pendapat tentang siapa yang boleh berlari lebih pantas. Kemudian mereka mengambil keputusan untuk menyelesaikan perselisihan itu dengan mengadakan satu perlumbaan. Mereka bersetuju tentang masa dan jalan-jalan yang bakal dilalui dalam perlumbaan itu. Di suatu hari yang sesuai, perlumbaan tersebut pun dimulakan. Arnab lari selaju-lajunya. Kemudian dia berhenti dan mendapati kura-kura tertinggal jauh di belakang. Arnab pun mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sebatang pokok di mana dia akhirnya tertidur dengan nyenyak. Kura-kura mengesot dengan tidak berhenti-henti dan akhirnya dia memenangi perlumbaan itu. Arnab terjaga dari tidur tetapi sudah terlambat kerana kura-kura telah sampai ke garisan penamat.LARAS BAHASA IKLAN Fungsi utama laras ini untuk memperkenalkan dan menjual barangan atau perkhidmatan yang diiklankan. Laras Bahasa Iklan mempunyai ciri-ciri seperti;terdapat penggunaan unsur grafik dan ilustrasi yang sangat ketara pada iklan yang bercetak,terdapat penggunaan gambar bergerak dan muzik dengan jelas pada laras iklan pandang-dengar iaitu dalam filem dan televisyen,struktur ayatnya pendek dan banyak menggunakan ayat tunggal,menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa secara berkesan,menggunakan ungkapan istilah dan juga menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk atau menarik perhatian pengguna seperti kaedah umpan,pujukan,kemesraan,gesaan dan doa.

KESIMPULANLaras bahasa amat penting. Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju-mundurnya. Perbandingan jumlah laras bahasa Melayu sebelum dan sesudah merdeka, misalnya dapat membuktikan hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat bertambah dengan pesat.Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya mengenali laras- laras utama bahasa Melayu. Lebih penting mesti tahu membezakan antara laras formal dengan laras tidak formal supaya tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu. Kumpulan pemimpin dan mereka yang terlibat dengan media massa perlu sentiasa peka dengan penggunaan laras yang sempurna kerana kadang kala menjadi teladan. Laras baru seharus dipelajari sebagai satu kemahiran.