laporanbigfasa4law 150203082440 conversion gate01

Upload: khaieilla

Post on 01-Mar-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lkkklkllklk

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKementerian Pendidikan MalaysiaKAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN

LAPORAN

LAWATAN PENANDA ARASBINA INSAN GURU (BIG) FASA 4(Sekolah Cemerlang Dan Guru Cemerlang)

ANJURAN:PPG KOHORT 1 / BM 04AMBILAN JUN 2011

TARIKH:06 NOVEMBER 2014

TEMPAT: SK SULTAN IDRIS II(Sekolah Cemerlang)KUALA KANGSAR, PERAK

1.0PengenalanKursus Bina Insan Guru merupakan kursus pengajian wajib oleh semua guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru. Dalam Tahun 4, semester 1 Bina Insan Guru (WAJ3114) telah memasuki Fasa 4 di mana aktivitinya ialah program penanda aras ke sekolah cemerlang dan mendekati individu guru cemerlang. Bagi memenuhi matlamat program ini semua peserta / ahli PPG611/BM04 akan membuat penanda aras ke sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi dan sebuah sekolah yang mempunyai seorang Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Justeru pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi yang sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak guru di kalangan pelajar. Diharapkan program BIG Fasa 4 ini dapat memberikan impak yang maksimum dalam meningkatkan rasa kebertanggungjawaban pelajar dalam memikul tugas dan cabaran dalam profesion keguruan.

2.0RasionalProgram Penanda Aras ke Sekolah Cemerlang dan Guru Cemerlang bertujuan untuk memenuhi keperluan sukatan pembelajaran Bina Insan Guru (BIG- WAJ 3114) bagi Kursus Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 1 tahun 2011. Aktiviti lawatan penanda aras (bench marking) menjurus kepada pendidikan secara langsung tentang pembinaan iklim sekolah dan budaya kerja yang kondusif serta stail dan kualiti kepimpinan di peringkat sekolah. Di samping itu pelajar akan memahami tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan bagi mencapai sekolah yang cemerlang.

3.0Objektif3.1Memenuhi kehendak sukatan kursus Bina Insan Guru Fasa 4.3.2Peserta dapat memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.

3.3Menambah pengetahuan dan pengalaman serta berkongsi maklumat dalam pengurusan dan inovasi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seterusnya mengaplikasikan pengurusan sekolah cemerlang kepada semua peserta.3.4Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

4.0Tarikh 6 November 2014 (Khamis)

5.0 Tempat SK Sultan Idris Syah II, Kuala Kangsar, Perak

6.0Sasaran 23 orang pelajar PPG BM04, (Kohort 1)

7.0Laporan Aktiviti

Lawatan ke Sekolah CemerlangAlhamdulilah...pada 6hb November 2014 iaitu hari Khamis, pelajar PPG kelas BM04 telah berjaya menjalankan Program Lawatan Penanda Aras Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah. Program ini adalah di bawah kelolaan Encik Noor Azmi bin Osman selaku Pensyarah bimbingan kelas BM04 bagi program BIG Fasa4. Seramai 46 orang pelajar PPG Kohort 1 terlibat dalam lawatan ini iaitu masing-masing 23 orang dari kelas BM04 dan BM05. Seawal 8.00 pagi semua pelajar telah tiba dihadapan pintu masuk Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II. Rombongan kami telah disambut oleh warga Sekolah Kebangsaan Sultan Idris ll yang diketuai oleh guru besar iaitu Encik Roslan bin Kechik dengan mesra, ramah dan dalam suasana harmoni. Kami sangat merasa dihargai dalam suasana sekolah yang ceria, nyaman dan selesa mata memandang.Pada mulanya diadakan sesi bergambar dan dikuti dengan sarapan pagi di kantin sekolah.Rombongan kami telah dibawa ke dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Idris ll untuk taklimat Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) daripada guru besar dan melihat sedikit klip video pengenalan tentang sekolah ini. Serba serbi nampak menarik. Ada jalinan antarabangsa, sistem pentadbiran yang baik, mutu kerja yang harus dipuji.Telah diiktiraf sebagai sekolah kluster kecemerlangan pada tahun 2007 bagi kategori pencapaian luar bandar matapelajaran Sains dan B.Inggeris dengan kelulusan melebihi 90%.Seterusnya mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) pada tahun 2013 pada kohort 4. Sekolah ini adalah salah satu sekolah yang mendapat pengiktirafan SBT daripada 128 buah sekolah. Indikator sekolah ini ialah permainan angklung yang terlibat sehingga peringkat antarabangsa.Persembahan angklung sekolah ini telah mendapat jemputan di dalam dan di luar negara.Pertandingan Eureka Sains sekolah ini juga telah beberapa kali mendapat johan peringkat kebangsaan.Sekolah Sultan Idris ll juga merupakan sahabat Universiti Sultan Idris dan Universiti Sains Malaysia. Antara rahsia kejayaan ini adalah bersifat ikhlas dan tidak merungut di dalam pekerjaan.Kemudian kami ke bilik muzik bagi menyaksikan persembahan angklung. Muziknya merdu dan persembahannya amat menarik. Seterunya kami melawat geleri sekolah yang menempat pelbagai fail dan trofi kejayaan. Fail dan maklumat amat lengkap dan tersusun rapi.Begitu juga trofi kejayaan dari peringkat sekolah sehinggalah antarabangsa. Seterusnya kami ke Galeri Sains Centra yang memaparkan pelbagai makalumat sains seperti buruj, kerak bumi, planet, cekerawala dan sebagainya. Semua peralatan sains disini dicipta dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia. Selepas itu kami melawat bilik-bilik khas seperti pusat sumber, bilik SAL dan kelas pdp. Kesemuanya begitu teratur, kemas dan amat kondusif untuk murid bagi menjalani sesi pengajaran dan pemudahcaraan. Akhirnya kami ke dewan semula untuk sesi interaksi profesional dengan guru cemerlang.Interaksi Profesinal dengan Guru Cemerlang Guru cemerlang tersebut ialah Puan Azizan binti Haji Ahmad ialah guru cemerlang Bahasa Melayu. Anugerah dan penghargaan yang telah diterimanya ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1996 dan 2006 manakala Pingat Penghormatan Guru Daerah Kuala Kangsar pada tahun 2012. Antara sumbangan beliau di peringkat kebangsaan ialah pemeriksa kertas Bahasa Melayu tahun 1999 hingga 2005 dan sebagai ketua pasukan pemeriksa kertas Bahasa Melayu tahun 2007 hingga kini.Disamping itu beliau juga terlibat sebagai Coaches dalam School Improvement Specialist Coaches Program bi bawah NKRA pada tahun 2011 dan 2012. Puan Azizan binti Haji Ahmad merupakan seorang guru yang aktif. Selain bertugas sebagai pendidik, beliau turut terlibat dalam pelbagai tugas lain dalam dunia pendidikan. Beliau turut dijemput dari semasa ke semasa untuk menyampaikan ceramah, motivasi, berkongsi pendapat dengan guru-guru dan ibu bapa. Untuk menjadi seorang yang cemerlang, Puan Azizan binti Haji Ahmad memberikan tips iaitu Tidak Merungut dan ikhlas bekerja merupakan rahsia kejayaan ini.Di samping itu, guru cemerlang ini juga tidak lokek untuk berkongsi maklumat apa yang perlu dilakukan dan apa yang dilakukan beliau untuk mendapatkan anugerah Guru Cemerlang. Pertama, mestilah menjadi guru sekurang-kurangnya 5 tahun tempoh perkhidmatan. Selain itu, guru juga mestilah membuat kajian tindakan dan memiliki beberapa buah buku yang pernah ditulis terutamanya ialah apa yang guru lakukan di sekolah. Misalnya yang dilakukan beliau di sekolah ialah mewujudkan stesen-stesen mengikut subjek di mana murid dapat berdikari untuk ke kelas masing-masing, menyediakan buku di setiap stesen pengajaran dan pembelajaran. Tidak lupa juga pesanan beliau untuk terus kita menghormati Guru Penolong Kanan dan Guru Besar walau siapa pun kita dan banyak manapun aktiviti yang kita anjurkan.PenutupSelanjutnya Encik Noor Azmi bin Osman menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menerima kehadiran pelajar PPG ini. Cenderamata dihulurkan kepada pihak sekolah tanda penghargaan.Terlalu banyak faedah dan perkara-perkara baik yang kami timba dari lawatan tersebut. Terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Sultan Idris ll kerana sudi menerima kehadiran kami dengan begitu baik.Diharap agar program seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa bertujuan untuk semarakkan jiwa kami untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan. Akhir sekali, kami bersalaman dengan guru-guru dan bersurai.

9.0 Jawatankuasa IndukPenaung:Hj. Kamarulizham bin HaziziPengarah Institut Pendidikan Guru Kampus IpohPengerusi:Dr. Nasarudin bin Basar(Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh)Naib Pengerusi:En Zulkiply bin Mohd Nor(Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Ipoh)Penyelaras:En. Mohd Radzi bin Hj. JohariPenolongPenyelaras1 : En Mohd Sharifudin bin Abdul AzizSetiausaha:En. Yusri bin Mat JohorPenolong Setiausaha 1 : Pn. Shahaliza bt Abdul HalimUrusetia:En Azizal bin NaziriTutor:En Noor Azmi bin Osman

10.0 Jawatankuasa Pelajar

Pengerusi:En. Shafari b TaibNaib Pengerusi/:En Mohamad Jasmin b JaafarPenyelarasSetiausaha:En Aminuddin b AhmadPenolong Setiausaha:Pn Nor Rohanom bt Osman Bendahari:Pn. Shamsiah bt MohamedPenolong Bendahari:Pn Irni Widahyu bt AhmadAhli Jawatankuasa:1. Perhubungan: En. Anuar b Abdul Aziz En Haidir b Mohd Saaduddin2. Bacaan doa: En Mohd Puad b Samsudin3. Buku program: Cik Saadiah bt Alang Ya Pn Rosila Wati bt Makhtar4. Pengangkutan: En. Saari b Abdullah5. Jurugambar/Video: En. Rosli b Aris6. Dokumentasi: Pn.Normar bt Osman Nor Haliza bt Mat Sidek

7. Cenderamata: Pn. Norsihan bt Ali: Pn. Norazmah bt Jalani8. Protokol: En. Shamsuri b Mohamad9. Keselamatan: En. Mohd Yazid b Abdul Hamid10. Makanan/Minuman: Cik Faridah bt Kassim: Pn. Siti Fatimah bt Abdul Rahman Pn. Norhanim bt Zainudin11. Pengacara Majlis: Pn Norhayati bt Yaacob

11.0Aturcara Program

Hari/TarikhMasaAktiviti

6.30 pagiBerkumpul di garaj bas IPG Kampus Ipoh.

6.45 pagiBertolak ke SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar

Isnin3 November 20148.00 pagi

Program Penanda Aras Sekolah Cemerlang Sultan Idris Syah II Sesi Bergambar& Majlis Perasmian Taklimat Pengurusan Sekolah Cemerlang Sesi Temubual dan reflekstifLawatan ke bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah

11.30Program Penanda Aras Guru Cemerlang. Sesi Bergambar Inovasi Pedagogi Sesi Amalan Pembelajaran & Pengajaran Sesi Temubual dan reflektif

2.00 petangSolat Zuhur dan Makan

3.00Bertolak balik ke Ipoh

4.00 petangDijangka tiba di IPG

12.0 Laporan Perbelanjaan BILPERKARAKUANTITIJUMLAH

1Makan & Minum PelajarPeruntukan daripada Kewangan PPG bagi Kursus Bina Insan Guru.

RM6.50 x 23RM149.50

2Cenderahati RM33.00 x 3RM99.00

JUMLAHRM248.50

13.0PenutupPenanda Aras Sekolah Cemerlang ke SK Sultan Idris Syah II, Kuala Kangsar, Perak yang dianjurkan oleh Pelajar, PPG BM04/ Ambilan Jun 2011 ini merupakan aktiviti projek BIG Fasa 4 yang amat berfaedah dan memberi pelbagai manfaat kepada Pelajar PPG IPG Kampus Ipoh.

Diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah cemerlang yang boleh diaplikasikan oleh peserta ketika berada di sekolah masing-masing selain menimba pengalaman untuk mengurus secara professional dan berkongsi pedagogi dengan guru cemerlang. Program ini juga dapat memberikan manfaat dan pengalaman kepada peserta untuk melahirkan masyarakat penyayang dan prihatin .Semoga niat baik program ini dengan kerjasama pihak pengurusan IPG akan memberi impak yang berguna kepada kami nanti. InsyAllah.

Disediakan Oleh:

Normar (NORMAR BINTI OSMAN) No.Matrik: 28020 / PPG / BM04 / Jun 2011 IPG Ipoh