laporan untuk perbentangan

13
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA SIFIR 2 HINGGA 9 DALAM KALANGAN MURID-MURID MASALAH PENDENGARAN TAHUN 4 DENGAN MENGGUNAKAN KOTAK SIFIR ZIG ZAG Oleh : Mohd Imran Bin Hussin Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran membina sifir 2 hingga 9 dalam kalanagan murid-murid masalah pendengaran tahun 4 dengan menggunakan Kotak sifir Zig Zag. Subjek kajian terdiri daripada 4 orang murid masalah pendengaran dari Tahun 4 Maju di sebuah sekolah yang terletak di Negeri Pahang. Mereka memperoleh markah terendah bagi mata pelajaran Matematik dalam ujian semester yang lalu. Data dikumpulkan melalui Ujian Diagnostik, Ujian Pra, Ujian Penilaian dan Ujian Pasca. Selain itu, data dikumpul menggunakan rekod pemerhatian dan data temubual. Hasil analisis data mendapati keempat-empat subjek kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Semua subjek kajian menunjukkan jumlah peningkatan markah yang tinggi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Kotak Sifir Zig Zag adalah sangat berkesan dalam membantu subjek kajian bagi menguasai sifir 2 hingga 9 dengan baik dan dapat membantu menyelesaikan soalan pendaraban dengan betul. 1.0 PENDAHULUAN Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membina sifir 2 hingga 9 dalam kalangan murid-murid tahun 4 masalah pendengaran dengan menggunakan “Kotak Sifir Zig Zag”. Penggunaan “Kotak Sifir Zig Zag” ini digunakan untuk menjawab soalan Matematik dalam operasi darab. 1.1 Pengenalan Pendidikan khas masalah pendengaran adalah pendidikan untuk murid-murid yang menghadapi kecacatan pendengaran. Menurut Abdul Halim (1997), kaedah komunikasi yang lazimnya digunakan untuk murid masalah pendengaran meliputi kaedah bacaan bibir, ejaan jari, dan bahasa isyarat. Murid pendidikan khas masalah pendengaran mempunyai tahap kehilangan pendengaran yang berbeza. Setiap tahap kehilangan pendengaran akan diukur dalam bentuk decibel (dB) bedsarkan intensity bunyi yang dapat mereka dengar. Menurut K.A Razhiyah (2006), terdapat empat tahap kehilangan pendengaran yang diklasifikasikan iaitu ringan (20dB hingga 90dB), sederhana (30dB hingga 60dB), teruk (60dB hingga 90dB) dan sangat teruk (90dB ke atas). Murid-murid masalah pendengaran yang terdiri daripada keempat-empat tahap tersebut sememangnya menghadapi kesukaran dalam kemahiran bahasa yang melibatkan lisan, mengeja dan menulis. Hal ini kerana murid masalah pendengaran tidak menerima input bahasa daripada deria pendengaran. Deria pendengaran sememangnya memainkan peranan penting dalam pemerolehan, pembelajaran dan penguasaan bahasa (Safani Bari, 2007). Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk membantu meingkatkan kemahiran membina sifir 2 hingga 9 dalam kalangan murid-murid masalah

Upload: keisuke-eymran

Post on 21-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan untuk perbentangan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA SIFIR 2 HINGGA 9 DALAM KALANGAN MURID-MURID MASALAH PENDENGARAN TAHUN 4 DENGAN MENGGUNAKAN KOTAK SIFIR ZIG

ZAG

Oleh : Mohd Imran Bin Hussin Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran membina sifir 2 hingga 9 dalam kalanagan murid-murid masalah pendengaran tahun 4 dengan menggunakan Kotak sifir Zig Zag. Subjek kajian terdiri daripada 4 orang murid masalah pendengaran dari Tahun 4 Maju di sebuah sekolah yang terletak di Negeri Pahang. Mereka memperoleh markah terendah bagi mata pelajaran Matematik dalam ujian semester yang lalu. Data dikumpulkan melalui Ujian Diagnostik, Ujian Pra, Ujian Penilaian dan Ujian Pasca. Selain itu, data dikumpul menggunakan rekod pemerhatian dan data temubual. Hasil analisis data mendapati keempat-empat subjek kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Semua subjek kajian menunjukkan jumlah peningkatan markah yang tinggi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Kotak Sifir Zig Zag adalah sangat berkesan dalam membantu subjek kajian bagi menguasai sifir 2 hingga 9 dengan baik dan dapat membantu menyelesaikan soalan pendaraban dengan betul.

1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membina sifir 2 hingga 9 dalam kalangan murid-murid tahun 4 masalah pendengaran dengan menggunakan “Kotak Sifir Zig Zag”. Penggunaan “Kotak Sifir Zig Zag” ini digunakan untuk menjawab soalan Matematik dalam operasi darab.

1.1 PengenalanPendidikan khas masalah pendengaran adalah pendidikan untuk murid-murid yang menghadapi kecacatan pendengaran. Menurut Abdul Halim (1997), kaedah komunikasi yang lazimnya digunakan untuk murid masalah pendengaran meliputi kaedah bacaan bibir, ejaan jari, dan bahasa isyarat. Murid pendidikan khas masalah pendengaran mempunyai tahap kehilangan pendengaran yang berbeza. Setiap tahap kehilangan pendengaran akan diukur dalam bentuk decibel (dB) bedsarkan intensity bunyi yang dapat mereka dengar. Menurut K.A Razhiyah (2006), terdapat empat tahap kehilangan pendengaran yang diklasifikasikan iaitu ringan (20dB hingga 90dB), sederhana (30dB hingga 60dB), teruk (60dB hingga 90dB) dan sangat teruk (90dB ke atas). Murid-murid masalah pendengaran yang terdiri daripada keempat-empat tahap tersebut sememangnya menghadapi kesukaran dalam kemahiran bahasa yang melibatkan lisan, mengeja dan menulis. Hal ini kerana murid masalah pendengaran tidak menerima input bahasa daripada deria pendengaran. Deria pendengaran sememangnya memainkan peranan penting dalam pemerolehan, pembelajaran dan penguasaan bahasa (Safani Bari, 2007).

Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk membantu meingkatkan kemahiran membina sifir 2 hingga 9 dalam kalangan murid-murid masalah pendengaran tahun 4 dengan menggunakan Kotak Sifir Zig Zag. Kemahiran mengingat dan membina sifir merupakan asas yang penting dalam Matematik. Seramai empat orang murid tahun 4 telah terlibat dalam kajian ini.

1.2 Refleksi Pengajaran dan PembelajaranMata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang disukai oleh murid- murid bermasalah pendengaran di sekolah ini. Namun yang demikian, murid-murid bermasalah pendengaran di sekolah ini masih belum dapat menguasai kemahiran asas Matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi.Apa yang dikenal pasti dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran di sekolah ini adalah murid-murid sukar untuk menguasai kemahiran mengingat sifir dengan baik. Murid-murid bermasalah pendengaran yang dikenal pasti semasa menjawab soalan-soalan yang diberi semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas adalah murid-murid ini tidak dapat menjawab soalan yang melibatkan operasi darab yang diberi dengan betul.

Sebagai seorang guru Matematik yang mengajar murid-murid bermasalah pendengaran, pengkaji mendapati empat orang murid dari tahun 4 menghadapi masalah dalam menguasai sifir 2 hingga 9. Pemerhatian pengkaji juga mendapati bahawa murid boleh menyelesaikan operasi darab

Page 2: Laporan untuk perbentangan

tetapi oleh kerana tidak menguasai sifir, murid tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberi dengan betul. Melalui ujian sifir yang dijalankan, kesemua empat orang murid tahun 4 Maju tidak dapat mengingat dan menguasai sifir dengan baik. Kaedah hafal dan tanya yang dipraktikkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas gagal untuk menarik minat murid untuk menghafal sifir. Hal ini adalah kerana murid bermasalah pendengaran mempunyai daya ingatan yang sangat rendah dan oleh sebab itulah kaedah menghafal sifir untuk murid-murid bermasalah pendengaran tidak sesuai untuk dipraktikkan.

1.3 Refleksi Nilai PendidikanPengkaji telah memilih Teori Konstruktivisme sebagai teori pembelajaran untuk memastikan kajian yang dijalankan berkesan kepada murid-murid. Saunders (1992) menjelaskan bahawa Konstruktivisme ialah suatu proses di mana seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas yang diadaptasikan olehnya. Pengkaji telah menggunakan Teori Konstruktivisme sebagai rujukan dan panduan bagi memastikan subjek kajian boleh menjalankan aktiviti yang diberikan oleh guru.

Teori Konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran Sains. Menurut Susan (1994), Konstruktivisme bukan satu konsep yang baru. Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah, sosiologi dan antropologi, psikologi dan pendidikan. Beliau menambah, Teori Konstruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang sangat dominan dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 1980-an. Penggunaan Teori Konstruktivisme sangat penting kerana ia merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan teori kognitif. Selain itu, ia boleh digunapakai bagi guru untuk menjalankan aktiviti yang berpusatkan murid.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid yang tidak dapat menguasai sifir 2 hingga 9 dengan menggunakan Kotak Sifir Zig Zag. Pengkaji telah membuat kajian terhadap empat orang murid Tahun 4 Maju di sebuah sekolah yang terletak di sebelah Timur Semenanjung Malaysia.

Penguasaan sifir adalah amat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat dikuasai oleh murid, mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dengannya dalam tempoh masa akan datang. Dengan membantu murid untuk menguasai konsep ini, murid akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika membuat latihan atau aktiviti bagi topik ini dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dalam ujian dan peperiksaan sekolah. Oleh itu, untuk membolehkan murid-murid bermasalah pendengaran ini menguasai sifir, pengkaji menggunakan pendekatan kaedah Kotak Sifir Zig Zag dalam kajian ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian dibahagikan kepada dua kategori iaitu objektif umum dan objektif khusus.

3.1 Objektif UmumMeningkatkan kemahiran membina sifir 2 hingga 9 dalam kalangan murid-murid tahun 4 masalah pendengaran dengan menggunakan “Kotak Ajaib Zig Zag”.

3.2 Objektif khusus3.2.1 Meningkatkan penguasaan murid yang lemah dalam mengingati sifir 2 hingga 9

dengan menggunakan Kotak Sifir Zig Zag.3.2.2 Mewujudkan minat murid untuk meningkatkan kemahiran membina sifir 2 hingga 9

dengan menggunakan Kotak Sifir Zig Zag.

3.3 Persoalan Kajian3.3.1 Adakah kaedah Kotak Sifir Zig Zag dapat membantu meningkatkan penguasaan murid

yang lemah dalam mengingati sifir 2 hingga 9?3.3.2 Adakah penggunaan Kotak Sifir Zig Zag dapat mewujudkan minat murid untuk

meningkatkan kemahiran membina sifir 2 hingga

Page 3: Laporan untuk perbentangan

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian melibatkan murid-murid tahun 4 masalah pendengaran di sebuah sekolah pendidikan khas di Timur Semenanjung Malaysia. Seramai empat orang murid tahun 4 terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan telah dikenal pasti selepas analisis tinjauan. Kumpulan sasaran yang telah dipilih oleh pengkaji merupakan murid-murid tahun 4 maju. Kelemahan murid-murid yang dikenal pasti adalah murid-murid ini tidak dapat menguasai sifir dan tidak dapat menjawab dengan betul soalan operasi darab berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan oleh pengkaji. Selain itu, murid-murid ini juga tidak menjawab dengan betul soalan latihan diberi yang melibatkan operasi darab kerana disebabkan mereka tidak menguasai sifir.

Maklumat murid______________________________________________________________________________MURID JANTINA BANGSA UMUR TAHAP PENCAPAIAN

(TAHUN) PENDENGARAN AKADEMIK______________________________________________________________________________

A L Melayu 11 60 - 90dB (teruk) C B P Melayu 11 60 - 90dB (teruk) D C P Melayu 11 60 - 90dB (teruk) D D L Melayu 11 60 - 90dB (teruk) D______________________________________________________________________________

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Bahagian ini akan menerangkan tentang tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan intervensi yang telah dijalankan berdasarkan model penyelidikan.

Kitaran KajianKemmis dan Mc Taggart (1988) menjelaskan, bagi penyelidik yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh Model Penyelidikan Kurt Lewin. Model ini terdiri daripada empat peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi (Rosinah Edinin, 2012)

Model Kajian Tindakan Kur Lewin 1946.

5.1 CARA PENGUMPULAN DATA / ANALISIS DATA

Sagor (1992 dalam KhoiliAttar bt Rammelan, 2010), menyatakan bahawa setiap pengkaji dicadangkan untuk mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga cara yang berbeza sewaktu pengumpulan data.

MERANCANGMerancang tindakan yang perlu dibuat untuk menangani masalah yang dihadapi oleh subjek kajian

BERTINDAKMelaksanakan intervensi

menggunakan Kotak Sifir Zig zag yang ditetapkan

MEMERHATIMembuat pemerhatian terhadap

tingkah laku dan pencapaian subjek kajian semasa intervensi dijalankan

REFLEKSIMembuat refleksi terhadap sesi intervensi yang telah dijalankan

Page 4: Laporan untuk perbentangan

Pengkaji telah memilih tiga jenis kaedah pengumpulan data sebagai triangulasi dalam kajian ini untuk menambah kesahan dan kebolehpercayaan data. Oleh itu, pengkaji telah memilih tiga jenis kaedah pengumpulan data sebagai triangulasi dalam kajian ini. Kaedah tersebut ialah ujian, pemerhatian, dan temu ramah.

Ujian

Ujian merupakan salah satu cara untuk mengumpul data yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasarkan keputusan ujian, pengkaji menggunakannya bagi melihat perbezaan markah dalam setiap ujian yang diberikan kepada subjek kajian. Keputusan ujian dianalisis mengikut format markah yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Ujian-ujian yang dijalankan ialah ujian Pra, Ujian Pencapaian serta Ujian Pasca. Ujian Pra dijalankan pada fasa sebelum, ujian Pencapaian pula pada fasa semasa intervensi manakala Ujian Pasca pula diadakan pada fasa selepas intervensi.

Ujian rintis telah dijalankan bagi melihat kesesuaian kaedah pembinaan Kotak Sifir Zig Zag yang telah direka untuk kajian ini. Seramai 4 orang murid telah dipilih secara rawak untuk melaksanakan intervensi yang telah dirancang. Ujian rintis ini meliputi, ujian pra dan intervensi seperti yang dirancangkan. Setelah tamat intervensi, ujian pasca telah dilaksanakan bagi melihat kesesuaian dan perubahan tahap penguasaan sifir pada subjek yang dipilih secara rawak itu.

Jika bersesuaian, subjek kajian akan melalui ujian pra, intervensi yang sama seperti dilaksanakan di dalam ujian rintis dan seterusnya menyelesaikan kajian dengan ujian pasca. Ini bermakna, subjek kajian akan diuji dengan Ujian Illinois untuk menentukan tahap penguasaan sifir mereka. Setelah selesai, subjek kajian akan menjalani Ujian Pasca yang sama seperti Ujian Pra

Pemerhatian

Pengkaji menggunakan pemerhatian berstruktur sebagai kaedah kedua, pemerhatian berstruktur merupakan satu cara pengumpulan data di mana pengkaji telah mengetahui sepenuhnya perkara yang ingin diperhatikan dan bersedia dengan instrument bagi merekodkan pemerhatian tersebut (Lim, 2007 dalam NurulIzzati, 2011). Oleh itu, pengkaji bertindak sebagai pemerhati malah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti tanpa pengetahuan murid-murid. Pemerhatian yang dibuat melibatkan aspek tingkah laku dan hasil kerja subjek kajian. Tingkah laku tersebut merangkumi keadaan subjek kajian semasa intervensi dalam aktiviti P&P manakala hjasil kerja pula melibatkan kekerapan mereka melakukan kesalahan ejaan semasa Ujian Pra dan Ujian Pasca. Pengkaji membuat pemerhatian dengan mengisi boring senarai semak semasa subjek kjian menjawab soalan.

Temu bual

Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka antara penyelidik dengan orang yang ditemu bual (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008)Pengkaji telah memilih instrumen temu bual berstruktur yang mempunyai item soalan yang mudah berbentuk soalan tertutup. Pengkaji hanya memberikan soalan mudah disebabkan murid-murid terdiri daripada murid bermasalah pendengaran yang mempunyai tahap penguasaan bahasa yang lemah. Kenyataan ini disokong oleh Jamilah (2005), bahawa murid bermasalah pendengaran sememangnya mempunyai gangguan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa.

Pengkaji juga menjalankan temu bual bersama subjek kajian kelas 4 Maju. Tujuan utama pengkaji menjalankan temu bual ialah untuk mendapatkan maklum balas tentang kaedah yang digunakan sama ada berkesan atau tidak serta P&P yang digunakan menarik atau membosankan. Selain itu, temu bual bersama guru mata pelajaran Matematik turut dijalankan untuk mendapatkan komen tentang penggunaan Kotak Sifir Zig Zag yang diaplikasikan kepada murid tahun 4 Maju. Selain itu, pengkaji juga telah menemubual guru kelas subjek kajian iaitu guru Y untuk mengetahui kelakuan subjek kajian ketika berada di dalam kelas.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Pada bahagian ini pengkaji menerangkan cara menganalisis data bagi ujian, pemerhatian dan temu bual. Data yang telah dikumpulkan dianalisis sebelum pengkaji membuat rumusan tentang keberkesanan kaedah intervensi yang digunakan.

Page 5: Laporan untuk perbentangan

Ujian

Bagi setiap ujian yang dijalankan, pengkaji menyemak jawapan dan markah yang diberikan adalah berdasarkan rubrik pemarkahan sekolah. Pengkaji menilai markah bagi setiap subjek kajian dalam skor peratusan (%) dan seterusnya peratusan bagi setiap ujian terebut dipersembahkan dalam bentuk jadual. Pengkaji membuat perbandingan peratusan markah bagi setiap Ujian Pra, ujian Pencapaian I dan Ujian Pasca dalam bentuk graf palang. Hal ini kerana hasil pemarkahan tersebut dapat memperlihatkan perubahan prestasi subjek kajian dalam mata pelajaran Matematik sebelum dan selepas intervensi khususnya dalam kemahiran penguasaan sifir.Data yang diperolehi sewaktu ujian pra dan pasca akan direkodkan mengikut subjek. Ini bagi memudahkan pengkaji melihat keberkesanan pembinaan Kotak Sifir Zig Zag yang dijalankan kepada setiap subjek. Setelah itu, pengkaji akan membuat perbandingan min sewaktu ujian pra dan ujian pasca. Seterusnya, dapatan akan dikira secara peratusan bagi melihat dengan lebih jelas peningkatan setelah intervensi dijalankan terhadap kajian.

Keputusan kajian akan dianalis dan disediakan dalam bentuk graf. Ini bagi memudahkan perbandingan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.

Pemerhatian

Hasil pemerhatian dicatatkan dalam senarai semak tingkah laku semasa subjek kajian menjawab Ujian Pra dan ujian Pasca. Dua aspek utama yang diperhatikan telah diterangkan dalam bahagian instrument pengumpulan data. Berdasarkan senarai semak tersebut, pengkaji mengira kekerapan tingkah laku dan hasil kerja subjek kajian yang menunjukkan mereka mempunyai masalah dalam penguasaan sifir.

Temu bual

Pengkaji telah menemubual satu indviidu yang selalu bersama dengan subjek kajian iaitu guru Y. Guru Y ialah guru kelas subjek kajian. Sesi temubual telah dijalankan secara separa berstruktur yang meliputi soalan berkenaan dengan kelakuan subjek kajian sewaktu di dalam kelas. Pengkaji telah membuat transkrip jawapan temu bual setelah selesai menemu bual keempat-empat subjek kajian dan guru kelas Tahun 4 Maju. Tema yang wujud adalah hasil daripada temu bual dan transkrip temu bual telah dibuat. Pengkaji juga menemubual subjek kajian untuk mendapatkan maklum balas tentang kaedah yang digunakan sama ada berkesan atau tidak serta P&P yang digunakan menarik atau membosankan

5.4 KEPUTUSAN KAJIAN

Ujian

Bedasarkan keputusan ujian yang dijalankan sebelum, semasa dan selepas intervensi, pengkaji dapat menilai tahap pencapaian subjek kajian melalui markah malah perbandingan dapat dilakukan dalam setiap ujian yang dibuat. Markah yang diberikan adalah berdasarkan rubrik pemarkahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Ujian Pra

Jadual 6 Menunjukkan markah Ujian Pra Bagi keempat-empat orang subjek kajian. Hasil pencapaian menunjukkan tiada subjek kajian yang mencapai tahap yang sangat baik, baik mahupun memuaskan. Subjek kajian berada pada tahap yang lemah .

Markah Ujian Pra__________________________________________________________________________Subjek Kajian Bahagian A Bahagian B Peratusan Markah (%)__________________________________________________________________________

Murid A 2/10 1/10 15%Murid B 1/10 0/10 5%

Page 6: Laporan untuk perbentangan

Murid C 3/10 1/10 20%Murid D 2/10 1/10 15%__________________________________________________________________________Ujian Pencapaian

Jadual 7 di bawah menunjukkan markah ujian pencapaian 1 bagi keempt-empat orang subjek kajian. Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan dalam Ujian Pencapaian 1. Ini menunjukkan peningkatan subjek kajian jika dibandingkan dengan pencapaian mereka semasa di Ujian Pra. Ini membuktikan bahawa intervensi semasa dalam kitaran telah berjaya memberi peningkatan kepada mereka. Namun begitu, pencapaian keempat-empat subjek kajian masih belum pada tahap yang cemerlang.

Markah Ujian Pencapaian________________________________________________________________________Subjek Kajian Bahagian A Bahagian B Peratusan Markah (%)________________________________________________________________________

Murid A 4/10 3/10 35%Murid B 3/10 2/10 25%Murid C 5/10 2/10 35%Murid D 3/10 3/10 30%________________________________________________________________________

Ujian Pasca

Jadual 8 di bawah menunjukkan keputusan pencapaian Ujian Pasca bagi subjek kajian A, B, C dan D. keputusan tersebut adalah pencapaian prestasi yang baik seperti mana yang diharapkan oleh pengkaji. Walaupun semua subjek kajian tidak mendapat keputusan yang cemerlang, namun pengkaji tetap berbangga kepada mereka. Ini adalah kerana keputusan pencapaian Ujian Pasca menunjukkan markah yang diperolehi oleh subjek kajian menaik dengan ketara berbanding dengan markah ujian pra dan ujian pencapaian 1. Melaui keputusan pencapaian Ujian Pasca ini, pengkaji boleh membuat kesimpulan bahawa penggunaan Kotak Sifir Zig Zag dalam kemahiran mendarab nombor adalah berjaya. Pengkaji juga berpendapat bahawa subjek kajian sudah menguasai sifir denganmenggunakan Kotak Sifir Zig Zag.

Markah Ujian Pasca________________________________________________________________________Subjek Kajian Bahagian A Bahagian B Peratusan Markah (%)________________________________________________________________________Murid A 6/10 5/10 55%Murid B 4/10 4/10 40%Murid C 7/10 6/10 65%Murid D 5/10 5/10 50%________________________________________________________________________

Perbandingan Keputusan Ujian

Hasil analisis data menunjukkan peningkatan markah berdasarkan perbezaan dalamUjian Pra, Ujian pencapaian 1 dan Ujian pasca. Peningkatan tahap prestasi sebelum dan selepas intervensi jelas dilihat dengan ketara. Pada tahap ini murid berada pada tahap pencapaian yang memberangsangkan. Pengkaji berasa gembira setelah melihat hasil dapatan markah yang cemerlang dalamUjian Pasca. Ketiga-tiga subjek kajian memperoleh skor markah yang baik. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan markah Ujian Pra, Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pasca bagi keempat-empat subjek kajian.

Perbandingan markah Ujian Pra, ujian pencapaian 1 dan Ujian Pasca_________________________________________________________________________Subjek Kajian Ujian Pra (%) Ujian Pencapaian 1 (%) Ujian Pasca (%) _________________________________________________________________________

Page 7: Laporan untuk perbentangan

Murid A 15% 35% 55% Murid B 5% 25% 40%Murid C 20% 35% 65%Murid D 15% 30% 50%_________________________________________________________________________

Rajah 18: Graf Carta bar perbandingan markah ujian pra, ujian pencapaian 1 da ujian pasca subjek kajian

5.5 Rumusan Kajian

Kajian yang dijalankan ke atas murid masalah pendengaran Tahun 4 Maju dalam meningkatkan penguasaan sifir dengan menngunakan Kotak Sifir Ajaib Zig Zag sememangnya menunjukkan hasil yang memuaskan. Hasil dapatan tersebut dikutip bersadarkan Ujian Pra, ujian Pencapaian dan ujian Pasca yang dijalankan ke atas empat orang subjek kajian. Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan berdasarkan permasalahan yang dikenal pasti. Hasil dapatan kajian ini ternyata mampu menjawab semua persoalan kajian.

Persoalan kajian 1 : Adakah kaedah Kotak Ajaib Zig Zag dapat membantu meningkatkan penguasaan murid yang lemah dalam menguasai sifir 2 hingga 9?

Keputusan Ujian Penilaian telah menunjukkan bahawa persoalan kajian 1 pengkaji terjawab. Jadual 7 (rujuk 52) yang ditunjukkan telah memaparkan peningkatan dalam penguasaan subjek kajian dalam menjawab soalan operasi darab dengan betul. Selesai intervensi dijalankan menggunakan kaedah jadual, subjek kajian dilihat lebih menguasai sifir 2 hingga 9 dengan betul. Subjek kajian telah boleh menjawab soalan yang diberikan menerusi lembaran kerja yang diedarkan setiap kali selepas intervensi dijalankan walaupun tidak mencapai tahap yang diingini. Pada awalnya keempat-empat subjek kajian langsung tidak menguasai konsep asas ini iaitu dapat dilihat menerusi keputusan Ujian Pra yang telah mereka duduki.

Persoalan ini terjawab dan disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Chan Yaw Jong (2011) dalam kajiannya yang bertajuk Penggunaan Kotak Ajaib dan “Lattice” Dalam Meningkatkan Penguasaan Pendaraban Murid Tahun Lima, beliau menyatakan bahawa penggunaan kaedah kotak ajaib ini berkesan dalam membantu murid membina sifir. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kaedah kotak ajaib ini mudah difahami dan dapat membina keyakinan murid dalam menyelesaikan operasi darab. Ianya juga dapat menarik minat murid dengan topik darab setelah mempelajari kaedah ini. Menurut Azizi bin Subeli dan Hu Laey Nee (2010) pula, mereka mendapati bahawa pengaplikasian

Page 8: Laporan untuk perbentangan

kaedah kotak ajaib telah mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian murid dalam menguasai sifir 6 hingga 9.

Persoalan kajian 2 : Adakah penggunaan Kotak Sifir Zig Zag dapat mewujudkan minat murid untuk meningkatkan kemahiran menguasai sifir 2 hingga 9?

Persoalan ini terjawab menerusi keputusan ujian, rekod pemerhatian dan data temubual yang telah Berjaya dikumpul oleh pengkaji. Keberkesanan penggunaan Kotak Sifir Zig Zag ini dapat dilihat dengan jelas menerusi keputusan skor ujian yang berjaya diperoleh dari keempat-empat subjek kajian. Peningkatan yang sangat ketara dilihat pada skor Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Subjek kajian telah mampu menguasai sifir 2 hingga 9 dengan baik. Selain itu, rekod pemerhatian berpandukan senarai semak yang dibuat juga mengukuhkan lagi dapatan kajian ini. Rekod pemerhatian menunjukkan pengurangan tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh subjek kajian dan peningkatan keyakinan subjek kajian ketika menjawab Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Perkara ini adalah disebabkan kerana wujudnya minat yang mendalam dalam diri subjek kajian untuk menguasai sifir 2 hingga 9 dengan menggunakan Kotak Sifir Ajaib Zig Zag. Selain itu, subjek kajian juga dilihat seronok dan gembira ketika berada di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik dijalankan oleh pengkaji. Berbanding dengan sebelum ini, subjek kajian kelihatan lebih banyak mengelamun dan berkelakuan negatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Ini membuktikan bahawa penggunaan Kotak Sifir Zig Zag dapat memberi impak yang positif kepada diri subjek kajian dan juga dapat menarik subjek kajian untuk terus belajar di dalam kelas.

Persoalan ini terjawab dan disokong oleh Zainudin Bin Abu Bakar dan Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil (2007) dalam kajian mereka membincangkan tahap penguasaan fakta asas darab dapat dikuasai oleh pelajar jika kaedah Petak Sifir diperkenalkan berbanding dengan kaedah tradisional yang hanya menekankan kepada kaedah hafalan sifir matematik. Seramai 50 orang pelajar Tahun 4 diambil sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini. Selepas kajian, didapati peningkatan min markah kaedah tradisional ialah 19.68 peratus (%) manakala kaedah petak sifir pula 42.96%. Kajian ini menunjukkan bahawa kaedah Petak Sifir lebih menarik minat pelajar berbanding dengan kaedah tradisional yang hanya menekankan kepada kaedah hafalan sahaja.

5.6 REFLEKSI

Sepanjang menjalankan kajian ini, banyak yang telah dipelajari oleh pengkaji. Antaranya adalah pengalaman dalam menyiapkan sepenuhnya kajian ini yang dianggap satu tugasan sukar untuk pengkaji kerana ini merupakan pengalaman pertama pengkaji dalam menyiapkan tugasan kajian tindakan. Pengkaji berharap agar Kotak Sifir Ajaib Zig Zag dapat digunakan untuk meningkatkan kemahiran penguasaan sifir dalam kalangan murid-murid masalah pendengaran di sekolah tersebut. Pengkaji juga berharap agar penggunaan Kotak Sifir Ajaib Zig Zag akan terus digunakan oleh guru dan dijadikan amalan berterusan memandangkan keberkesanan kaedah tersebut yang sangat membantu murid-murid.

Pengkaji juga membuat refleksi bahawa untuk meningkatkan cara pengajaran ke arah yang lebih berkesan, seorang guru perlulah sentiasa berfikiran kreatif dan proaktif dalammenghasilakan cara pengajaran. Penggunaan pelbagai Alat Bantu mengajar (ABM) banyakmembantu guru dalam mewujudkan cara pengajaran yang lebih baik. Pelbagai intervensi boleh dilaksanakan oleh guru untukmemastikan murid sentiasa dapat member perhatian terhadap pengajaran guru. Seorang guru perlulah sedar akan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan bagi memastikan murid mendapat manfaat daripada pengajaran yang dijalankan oleh guru.

Selain itu, refleksi yang boleh pengkaji buat berdasarkan kajian tindakan yang dilaksanakan ini ialah sebarang penyelidikan yang dilaksanakan oleh seorang guru ke atas system P&P menjadikan kajian tindakan adalah satu proses tindakan yang penting dalam pendidikan. Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran guru,meningkatkan prestasi pencapaian murid, mengatasi masalah pembelajaran dalammenguasai kemahiran dalam sesuatu subjek dan membantu murid mencapai kecemerlangan yang maksimum dalam satu-satu mata pelajaran. Di samping bertujuan untukmengatasi masalah pembelajaran terutamanya bagimurid mendapat pencapaian rendah, kajian tindakan juga boleh dijadikan satu cara untuk meningkatkan pencapaian murid yang baik ke arah peringkat cemerlang.

Secara keseluruhannya, pengkaji membuat refleksi bahawa kajian tindakan adalah satu pelaksanaan yang wajar dilakukan di sekolah untuk memastikan sistem pendidikan dapat

Page 9: Laporan untuk perbentangan

dipertingkatkan kea rah yang lebih baik. Kajian tindakan dalampendidikan ini bukan hanya dijadikan bahan kajian tetapi untuk diaplikasikan oleh guru-guru dalam P&P sekiranya didapati member kesanterhadap pencapaian murid. Sehubungan itu, sistem pendidikan dapat dipertingkatkan kea rah yang lebih membanggakan.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Bahagian ini menerangkan tentang kajian lanjutan yang dicadangkan oleh pengkaji untuk kajian yang seterusnya dengan merujuk kajian tindakan ini. Antara kajian seterusnya yang pengkaji cadangkan ialah :

i) Bagi mengenal pasti keberkesanan penggunaan Kotak Sifir Ajaib Zig Zag dalam P&P kajian ini boleh dilanjutkan lagi dengan menggunakannya ke atas subjek kajian lain.

ii) Penyelidikan terhadap subjek kajian lain akan dapat membuktikan sama ada intervensi ini sememangnya berkesan dalam bidang pendidikan secara menyeluruh. Pengkaji boleh melaksanakan kajian ke atas mata pelajaran lain contohnya mata pelajaran Sains. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan Kotak Sifir Ajaib Zig Zag dalam pengiraan yang melibatkan pendaraban dalm mata pelajaran Sains.

iii) Kajian ini juga boleh diteruskan dengan mempelbagaikan lagi aktiviti dengan menggunakan Kotak Sifir Ajaib Zig Zag supaya murid tidak berasa bosan dengan perjalanan P&P. Pengkaji boleh menggunakan Kotak Sifir Ajaib ini untuk menjalankan aktiviti di luar kelas bagi membolehkan murid mengalami sendiri pelajaran yang dipelajari di dalam bilik darjah.

iv) Pengkaji juga bercadang untuk menerapkan penggunaan teknologi iaitu media interaktif dalam P&P Matematik agar subjek kajian lebih terdedah dengan penggunaan ICT yang akan menjadi medium utama bagi semua pekerjaan dan aktiviti pada masa akan datang. Media interaktif ini juga boleh dipelbagaikan dan digabungjalinkan dengan aktiviti permainan agar P&P lebih menarik dan berkesan. Subjek kajian akan diberi peluang untuk menggunakan ICT sebagai salah satu medium untuk mereka menuntut ilmu.