laporan tugasan anatomi dan fisiologi

Upload: amirul-asyraf

Post on 14-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Laporan Tugasan Anatomi Dan Fisiologi

    1/1

    4

    LAPORAN TUGASAN ANATOMI DAN FISIOLOGI

    Data-data yang telah diperolehi kemudiannya dibuat analisis. Kami mendapati walaupun umur mereka adalah lebih

    kurang sebaya namun kadar perkembangan murid-murid perempuan kebanyakkannya adalah lebih cepat berbanding

    dengan murid-murid lelaki. Hal ini juga adalah normal kerana memang kebiasaannya murid-murid perempuan akan lebih

    cepat matang berbanding dengan murid-murid lelaki. Hal ini juga boleh dilihat semasa proses mendapatkan dapatan

    maklumat ini di mana murid-murid lelaki kelihatan lebih nakal dan agresif berbanding murid-murid perempuan.

    Selain itu, jika diperhatikan berat murid-murid bagi kelas ini adalah dalam keadaan normal ataupun baik. Hanya

    terdapat dua orang yang mungkin boleh dikategorikan sebagai murid-murid yang mengalami masalah obesiti. Hal ini

    mungkin juga kerana faktor keluarga murid-murid sendiri yang menjaga aspek pemakanan anak-anak mereka. Setelah

    dikaji juga, kebanyakkan murid-murid di sekolah ini juga terdiri daripada golongan elit. Maka, tidak hairanlah sekiranya

    aspek pemakanan dijaga dengan baik oleh keluarga mereka. Jika dilihat daripada suasana murid-murid di kantin sekolah

    juga, kami mendapati mereka mengamalkan pemakanan yang seimbang da teratur. Misalnya, murid-murid yang

    mengambil makanan ringan adalah dalam kuantiti yang amat sedikit sekali.

    Kesimpulannya, murid-murid yang dijadikan sebagai bahan ujikaji dan eksperimen kami pada kali ini mempunyai

    pertumbuhan dan perkembangan yang baik dan normal. Murid-murid ini juga sebenarnya harus terus diberikan tumpuan

    yang jitu bukan sahaja daripada pihak guru itu sendiri malah pihak ibu bapa sendiri dalam memastikan anak-anak merekaitu dapat membesar dengan baik dan sihat.