kenyataan akhbar kementerian kesihatan...

14
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA LARANGAN JUALAN PRODUK MAKANAN YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL DAN MEMAPARKAN MAKLUMAT PALSU PADA LABEL Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sentiasa memantau produk-produk makanan di pasaran termasuk produk makanan yang disyaki diaduk dengan racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisolone. Hasil pemantauan yang dijalankan oleh BKKM sepanjang tahun 2019 hingga Ogos 2020, didapati sebanyak 21 produk makanan membabitkan 16 jenama daripada sejumlah 849 produk makanan yang dianalisis didapati mengandungi racun berjadual yang dilarang penambahannya dalam makanan. Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, menyatakan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM

Upload: others

Post on 07-Feb-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KENYATAAN AKHBAR

    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    LARANGAN JUALAN PRODUK MAKANAN YANG DIKESAN

    MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL DAN MEMAPARKAN

    MAKLUMAT PALSU PADA LABEL

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan

    dan Kualiti Makanan (BKKM) sentiasa memantau produk-produk makanan

    di pasaran termasuk produk makanan yang disyaki diaduk dengan racun

    berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisolone.

    Hasil pemantauan yang dijalankan oleh BKKM sepanjang tahun 2019

    hingga Ogos 2020, didapati sebanyak 21 produk makanan membabitkan

    16 jenama daripada sejumlah 849 produk makanan yang dianalisis

    didapati mengandungi racun berjadual yang dilarang penambahannya

    dalam makanan.

    Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, menyatakan mana-mana

    orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam

    atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya

    memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila

    disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM

  • 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-

    duanya.

    Tindakan undang-undang telah diambil ke atas pengeluar atau pengedar 4

    daripada 16 jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang

    tersebut. Walau bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan ke atas 12

    jenama produk makanan yang lain mendapati nama dan alamat syarikat

    adalah palsu atau tidak lengkap. Maklumat semua produk makanan

    tersebut adalah seperti di lampiran.

    Sehubungan itu, KKM memberi amaran dan melarang penjualan semua

    produk makanan tersebut. Semua peniaga termasuk peniaga atas talian

    yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk

    menghentikan serta-merta penjualan semua produk tersebut dan

    menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan

    penyitaan.

    Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini adalah disarankan

    supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli

    profesional kesihatan. Orang ramai diingatkan untuk sentiasa

    menggunakan kebijaksanaan dan berhati-hati dalam membeli produk

    makanan yang mungkin diaduk dengan bahan terlarang.

    KKM ingin menegaskan supaya semua makanan yang dijual di negara ini

    perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

    Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat seperti pengilang,

  • pembungkus, pengedar, ejen pemasaran dan penjual untuk memastikan

    produk makanan yang dijual mematuhi perundangan makanan.

    KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh

    mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai

    sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan,

    pengguna boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan

    Kesihatan Negeri terdekat atau hubungi KKM melalui laman sesawang

    http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti

    Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

    Sekian, terima kasih.

    TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

    KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

    5 November 2020

    http://www.facebook.com/bkkmhq

  • LAMPIRAN : SENARAI PRODUK MAKANAN YANG DIADUK DENGAN RACUN BERJADUAL DAN MEMAPARKAN

    MAKLUMAT PALSU PADA LABEL

    BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)

    KESALAHAN GAMBAR PRODUK

    1 MINUMAN KESIHATAN TONIK TUAN HAJI 1921

    Rimbunan Herbs (Pengedar), Langkawi, Kedah

    Mengandungi Dexamethasone & Prednisolone:

  • BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)

    KESALAHAN GAMBAR PRODUK

    2 CANDY B+ COMPLEX CALIFORNIA PURE

    My Own Brand Sdn Bhd, No. 6, Jalan PJU 3/43, Sunway Damansara Teknologi Park, 47810 Petaling Jaya, Selangor

    Mengandungi Tadalafil

    3 ORANGE + TIADA

    My Own Brand Sdn Bhd, No. 6, Jalan PJU 3/43, Sunway Damansara Teknologi Park, 47810 Petaling Jaya, Selangor

    Mengandungi Tadalafil

  • BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)

    KESALAHAN GAMBAR PRODUK

    4 KOPI PANGGUNG AL AMBIAK

    NATURAL HERBS COFFEE

    Syed Fadil Al Yahya, Belakang Masjid, Pekan Teroi Guar

    Sildenafil 1255 mg/kg

  • BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)

    KESALAHAN GAMBAR PRODUK

    5 KOPI JANTAN TRADISIONAL

    NATURAL HERBS COFFEE

    Worldgate Vision, 95 Jalan Enggan, Kawasan Perusahaan Sg Tukang, 08000 Sg Petani, Kedah

    Tadalafil1161 mg/kg

  • BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)

    KESALAHAN GAMBAR PRODUK

    6 KOPI JANTAN TRADITIONAL 7A

    AAAAAAA NIL Sildenafil 3384 mg/kg

  • BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)

    KESALAHAN GAMBAR PRODUK

    7 KOPI PRA CAMPURAN WM COFFEE WM Coffee Marketing Tadalafil 4184 mg/kg

  • BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)

    KESALAHAN GAMBAR PRODUK

    8 KOPI HARIMAU KOPI HARIMAU Max Mur Trading, NO 59, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur

    Mengandungi Tadalafil

  • BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)

    KESALAHAN GAMBAR PRODUK

    9 KOPI MUTIARA MUTIARA Iman Mutiara, Jalan Besar Pendang 06700 Pendang Kedah

    Mengandungi Tadalafil 1736 mg/kg

  • BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)

    KESALAHAN GAMBAR PRODUK

    10 JUS KESIHATAN TRADISIONAL

    JUS SAIDINA Sinar Mega Sdn Bhd Mengandungi Dexamethasone

  • BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)

    KESALAHAN GAMBAR PRODUK

    11 MIRACLE ENERGY COFFEE

    SABAH BRANDS Jaya Niaga Enterprise (Sabah) P.O. Box 40, 89727 Membakut, Sabah

    Mengandungi Tadalafil

  • BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)

    KESALAHAN GAMBAR PRODUK

    12 KOPI STRONG MAN PLUS

    NATURAL HERBS COFFEE

    TIADA Mengandungi Sildenafil 2054.54 mg/kg