laporan sukan

Upload: muhammad-aizat

Post on 07-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SJK(C) CHINESE NATIONAL,KG. KOH,Kod Sekolah: ABC 105432000 SITIAWAN,Telefon & Faks: 05-6911167 Tarikh: 30 Julai 2015LAPORAN SUKAN TAHUNAN 2015Pada 30 Julai 2015 jam 2.30 petang, SJK(C) Chinese National telah mengadakan kejohanan olahraga temasya tahunan yang ke-51.Terdapat 4 rumah sukan yang bertanding iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Biru dan Rumah Hijau. Guru-guru dan murid-murid dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Kategori A yang terdiri daripada murid tahun 6, Kategori B pula murid-murid tahun 5, Kategori C pula terdiri daripada murid-murid tahun 3 dan 4 yang mengambil bahagian, manakala kategori D pula merangkumi murid-murid tahun 1 dan 2. Terdapat 52 acara untuk dipertandingkan pada tahun ini termasuklah larian 100 meter, 200 meter, larian berpagar, lari berganti-ganti dan sebagainya. Di samping itu, acara sukaneka turut mengambil tempat untuk memeriahkan suasana. Selain daripada itu, sekolah juga menganjurkan acara jemputan 4 x 200 meter (lelaki dan perempuan) yang disertai dari sekolah-sekolah berdekatan. Terdapat enam buah sekolah yang mengambil bahagian iaitu SJK(C) Chung Cheng, SJK(C) Uk Ing, SJK(C) Chien Hua, SK Methodist (ACS), SJK(C) Pekan Gurney dan tuan rumah, SJK(C) Chinese National.Keputusan acara jemputan 4 x 200 meter antara sekolah adalah seperti berikut: Johan lelaki dimenangi oleh SJK(C) Chung Cheng, naib johan dimenangi oleh SJK(C) Chinese National, dan tempat ketiga dimenangi oleh SJK(C) Chien Hua. Manakala johan bagi perempuan pula dimenangi oleh SJK(C) Pekan Gurney, naib johan sekali lagi dimenangi SJK(C) Chinese National, dan tempat ketiga dimenangi oleh SJK(C) Uk Ing. Jemputan harus dipuji kerana dapat mengeratkan lagi hubungan dengan sekolah berdekatan dan seterusnya memajukan sukan untuk negara. Anjuran temasya pada kali ini juga telah dimeriahkan lagi dengan penganjuran sukaneka daripada tadika Chinese national. Ini dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak dengan baik. Acara melontar gelung getah terbuka juga diadakan untuk murid-murid yang tidak cergas dalam sukan.Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang menghulurkan bantuan dari segi masa dan tenaga pada hari tersebut. Terutamanya kepada Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru serta Persatuan Murid Tua Sekolah berganding bahu untuk menjayakan program temasya sukan ini. Pada tahun ini, Rumah Kuning telah muncul sebagai johan keseluruhan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Hijau. Manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Rumah Merah dan Rumah Biru. Olahragawan pada tahun ini ialah Lim Jin Yan dari Rumah Biru dan olahragawati pula ialah Ting Zhi Yean dari Rumah Merah.Akhir kata, temasya sukan tahunan kali ini berjalan dengan lancar dan berjaya kerana mendapat sokongan dari semua pihak.

Disediakan oleh.(MUHAMMAD AIZAT BIN ABDUL HAMID)Setiausaha Sukan, SJK(C) CN