laporan hari sukan

Upload: muhammad-izzudin

Post on 13-Oct-2015

1.144 views

Category:

Documents


49 download

DESCRIPTION

Laporan Hari Sukan

TRANSCRIPT

LAPORAN HARI SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN ULU RANAN 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU RANAND/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KANOWIT96700 KANOWIT

LAPORAN

HARI SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN ULU RANANTAHUN 2014

TARIKH :

19 HINGGA 27 MEI 2014

1.0 MatlamatPelaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkan potensi dan minat pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti permainan dan olahraga di peringkat sekolah dan melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan, membolehkan murid-murid mengimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Objektif dijalankan Hari Sukan ini adalah diharapkan program ini akan dapat :1.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum.1.2 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam gerakerja yang diceburi.1.3 Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum.1.4 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk lebih berjaya dengan lebih cemerlang.1.5 Pelajar yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar mewakili sekolah ke kejohanan olahraga peringkat daerah.

2.0 Laporan

Hari Sukan Sekolah ialah satu acara yang wajib dijalankan pada setiap tahun di Sekolah Kebangsaan Ulu Ranan. Pada tahun ini, Hari Sukan telah dilangsungkan pada 26 dan 27 Mei 2014. Acara pula telah bermula dari 19 Mei 2014 lagi bagi memastikan setiap satu acara dapat diselesaikan tepat pada masanya.

Sebelum Hari Sukan berlangsung, satu mesyuarat telah diatur bagi merancang acara dan perjalanan hari tersebut supaya berjalan dengan lancar. Mesyuarat yang dikepalai oleh Guru Besar, En. Andrew Mail Ak Sanggong, dan Cik Nur Amalina Bt Ahmad sebagai Setiausaha Kokurikulum Sekolah, bertujuan menjelaskan lagi perjalanan program yang perlu diambil cakna oleh setiap guru. Guru-guru perlu membuat persediaan mengikut peranan masing-masing seperti yang telah ditetapkan. Persediaan seperti perjumpaan bagi setiap 4 rumah sukan, iaitu rumah Kuning, rumah Hijau, rumah Biru, dan rumah Merah perlu dilakukan oleh setiap ketua guru rumah sukan. Sesi latihan setiap rumah sukan juga telah diatur mengikut jadual supaya semua murid dari keempat-empat rumah sukan berpeluang berlatih sebelum acara sebenar berlangsung.

Semasa Hari Sukan berlangsung segala persiapan telah disiapkan. Persiapan dari segi peralatan sukan, persediaan padang, dan juga khemah rumah sukan telah disiapkan beberapa hari sebelum tibanya Hari Sukan. Setiap acara dapat dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Walaupun begitu, berlaku juga sedikit kelewatan bagi beberapa acara seperti acara lari pecut 4 x 200m lelaki dan perempuan, 4 x 60m lelaki dan perempuan, 4 x 80m lelaki dan perempuan, dan 4 x 60m lelaki dan perempuan. Kelewatan ini berpunca daripada beberapa orang guru yang mempertikai syarat larian berganti-ganti yang pada awalnya dibolehkan untuk pelari memotong ke lorong lain pada giliran pelari 2 hingga 4, namun ditukar kepada hanya dibenarkan memotong ke lorong lain pada giliran terakhir.

Selain itu, terdapat juga beberapa orang guru yang pulang awal sebelum majlis penutup tamat. Hal ini menyebabkan kesulitan apabila semasa majlis penutup,tidak ramai guru yang hadir di dalam dewan semasa penyampaian hadiah.

Walaubagaimana pun, majlis dapat diakhiri dengan jayanya dan secara keseluruhan objektif penganjuran Hari Sukan dapat dicapai dengan baik. Johan telah dimenangi oleh rumah Merah, diikuti dengan rumah Kuning sebagai naib johan, rumah Hijau ditempat ketiga dan rumah Biru ditempat keempat.

3.0 Lampiran

Persediaan Awal Sebelum Berlangsung Hari Sukan

Gambar 1: Guru-guru lelaki bertugas menyiapkan garisan padang

Gambar 2 : Guru-guru lelaki bertugas menyiapkan garisan padang

Sesi Latihan Mengikut Rumah Sukan

Gambar 3: Sesi latihan yang dipantau oleh Ustaz FarizSemasa Hari Sukan

Gambar 4: Perbarisan Rumah Sukan

Gambar 5: Murid perempuan tahap 1 menyertai acara 4 X 60m

Gambar 6: Acara 4 X 80m Lelaki

Gambar 7: Acara bagi ibu bapa yang datang memeriahkan Hari Sukan.

.

Gambar 8: Perserta cilik Prasekolah menerima hadiah daripada Pn. Priska Ganging Ak Jegai , Penolong Kanan 1 SK Ulu Ranan

Gambar 9: Pasukan Rumah Merah menjadi juara Hari Sukan Sek Keb Ulu Ranan bagi tahun 2014

Gambar 10: Pasukan Rumah Kuning mendapat tempat kedua dan menjadi naib johan.

Gambar 11: Pasukan Rumah Hijau mendapat tempat ketiga

Gambar 12: Pasukan Rumah Biru mendapat tempat keempatDisediakan oleh,Disemak oleh,

............................................................... ..........................................................( MUHAMMAD IZZUDIN BIN OTHMAN) (DYG. JAMILLAH BT. ABG. WALIP)Pen. Setiausaha Kurikulum, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,SK Ulu Ranan, Kanowit SK Ulu Ranan, Kanowit

Disahkan oleh,

..............................................................(EN. ANDREW MAIL AK SANGGONG)Guru Besar,SK Ulu Ranan, Kanowit1