laporan stv.doc

Upload: aina-amirah

Post on 14-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MINIT CURAI PROGRAM LATIHAN STOP THE VIOLENCENama programPROGRAM LATIHAN STOP THE VIOLENCE

Tarikh 23 HINGGA 26 APRIL 2015

TempatWISMA PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN SABAH, KOMPLEKS BADAN BADAN SUKARELA, KOTA KINABALU SABAH

Peserta1) Pn. Maslina binti Arifin (SMK Labuan)2) Pn. Susilawati binti Raya Sugianto (SMK Lajau)3) Aina Amirah binti Ahmad Keflee (SK Pekan 1)

Aktiviti1. Taklimat2. Pembentangan

Jadual Aktiviti disertakan

Pegawai rasmiCik Hajah Normala binti Baharudin (Ketua Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Malaysia)

Fasilitatori) Miss Thammy Chong (International Facilitator)

ii) Pn Azizah binti Abdul Majid ( National Facilitator)

Objektif kursusKursus ini bertujuan untuk:

i) melahirkan jurulatih yang mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang keganasan terhadap perempuan (kanak-kanak dan wanita)

ii) membentuk kebolehan fasilitator di kalangan peserta serta mewujudkan keyakinan mereka untuk menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada pemimpin sekolah di negeri masing-masing tentang keganasan terhadap perempuan (kanak-kanak dan wanita)

Laporan aktiviti23 April 20156.00 amPeserta bertolak ke Menumbok dan seterusnya ke Kota Kinabalu Sabah. Tiba di Wisma Pandu Puteri sekitar 1.00 pm2.00 pmSesi pendaftaran peserta dan check-in bilik penginapan sementara menunggu peserta daripada negeri Sarawak dan Sabah tiba di lokasi kursus. 4.00 pmSesi kursus bermula. Peserta diperkenalkan dengan fasilitator yang akan membimbing sesi kursus atau latihan ini selama 4 hari iaitu Miss Thammy Chong yang pernah mendapatkan ilmu mengenai Stop the Violence di UK serta Pn Azizah yang menghadiri kursus STV di Sanggam, India. Sesi kursus dimulakan dengan sesi pecah bedungan dan seterusnya pengenalan kepada kursus.

6.00 pm

Makan malam dan persiapan diri8.00 pmSesi kedua bermula. Peserta didedahkan dengan perbezaan Gender & Sex dan apakah yang dimaksudkan dengan gender based violence. Aktiviti yang sangat menarik di mana peserta terlibat 100% dalam aktiviti yang dilaksanakan. Kursus hari pertama berakhir pada pukul 10 malam.24 April 20158.30 am-10.30

Hari kedua kursus bermula. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan diberikan tugasan mengenai STOP THE VIOLENCE CAMPAIGN. Antaranya ialah Domestic violence, Sexual harassment, dating violence, forced and early marriage, sexual violence dan sebagainya. Peserta menyampaikan pembentangan dan mendapat pujian daripada fasilitator. Pembentangan diteruskan pada sebelah petang.

10.45 am -12.00 pmPerbincangan kumpulan tentang Human Right. Setiap kumpulan diberikan situasi berbeza dan perlu mencari hak-hak kemanusian yang boleh diperjuangkan oleh setiap watak dalam situasi tersebut. Aktiviti ini memberi pengetahuan baharu kepada peserta dan membuka minda peserta tentang hak hak kemanusian.

12.30 pm 2.00 pmMakan tengahari

2.00 pm 4.00 pm

Sesi pembentangan Stop The violence Campaign diteruskan.4.15 pm 6.00 pm

Pengenalan tentang Violence Curriculum dan Child Protection Procedure. Peserta perlu tahu garis panduan yang perlu dipatuhi semasa menyampaikan mengenai STV di negeri masing-masing kerana dikhuatiri menimbulkan isu-isu sensitif. Sebagai fasilitator yang dilatih, peserta harus bijak mengelakkan sebarang isu-isu yang boleh membawa kepada kecelaruan dan gangguan pemahaman.

8.00 pm 10.00 pmSesi keenam : Dating Violence yang merupakan kempen yang dipilih oleh Malaysia untuk dilaksanakan di Malaysia ketika STV dijalankan di Sanggam, India. Malaysia akan fokus kepada Dating Violence di kalangan perempuan (kanak-kanak dan wanita)

25 April 20158.30 am 12.30 pmSesi 7: Facilitation Skill and group dynamic. Peserta dibahagikan kepada pasangan masing-masing dan diberikan situasi untuk dikaji bagi mewujudkan kebolehan fasilitator di kalangan peserta. Perbincangan diteruskan sehingga 12.30 pm sebelum pembentangan dilaksanakan pada sebelah petang.

2.00 pm 4.30 pm

Peserta menunjukkan kebolehan masing-masing sebagai fasilitator

4.45 pm 6.00 pmSesi perbincangan Antara peserta negeri masing-masing mengenai perancangan peserta selepas kembali ke negeri masing-masing untuk melaksanakan Stop The violence kempen di kalangan pemimpin dan juga ahli Pandu Puteri.

8.00 pm 10.00 pmPenilaian dan Majlis penutupan

26 April 2015

10.00 am

Keberangkatan pulang peserta

Disediakan oleh,

(MASLINA BINTI ARIFIN)Peserta,

Stop The Violence Campaign.