laporan sosialisasi kumpulan

4
LAPORAN SOSIALISASI KUMPULAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PUTERI GUNUNG PULAU PINANG (PPDK) Dalam menjayakan Program Pensiswazahan Guru(PPG) Semester 6 program khidmat masyarakat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) perlu dilaksanakan. Ini merupakan program yang perlu dalam kursus wajib PKU 3112 iaitu Pemulihan Dalam Komuniti. Lantaran itu, adalah menjadi satu tanggungjawab yang perlu digalas bersama oleh semua pelajar PPG Pendikan Khas ambilan 2011 ini untuk memilih sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti bagi menjalankan program aktiviti kemasyarakatan mengikut skop tugasan yang telah diberikan. Setelah mendapat kata sepakat, seramai 24 orang pelajar di dalam kelas PPG bersetuju untuk memilih dan menjalankan tugasan kumpulan bersama dalam satu PDK yang telah dipilih iaitu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Puteri Gunung, Pulau Pinang (PPDK). Program Khidmat Masyarakat ini telah dijalankan pada hari Khamis 27 Februari 2014. Mengikut kehendak kursus program ini wajar dijalankan di dalam kumpulan-kumpulan kecil di kalangan pelajar-pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Semester 6 ini. Kumpulan-kumpulan kecil ini diadakan bagi memudahkan pelajar- pelajar PPG menyediakan kerja kursus tugasan subjek PKU 3112. Kami pelajar-pelajar PPG yang bertugas di negeri Perlis telah membentuk sebuah kumpulan untuk melaksanakan kerja kursus tugasan ini. Kumpulan kami terdiri daripada Nursalimah Binti Abu Bakar,

Upload: hasrolnizam-hassan

Post on 27-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

amali pdk

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Sosialisasi Kumpulan

LAPORAN SOSIALISASI KUMPULAN

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

PUTERI GUNUNG PULAU PINANG (PPDK)

Dalam menjayakan Program Pensiswazahan Guru(PPG) Semester 6 program

khidmat masyarakat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) perlu dilaksanakan. Ini

merupakan program yang perlu dalam kursus wajib PKU 3112 iaitu Pemulihan Dalam

Komuniti. Lantaran itu, adalah menjadi satu tanggungjawab yang perlu digalas bersama

oleh semua pelajar PPG Pendikan Khas ambilan 2011 ini untuk memilih sebuah Pusat

Pemulihan Dalam Komuniti bagi menjalankan program aktiviti kemasyarakatan

mengikut skop tugasan yang telah diberikan. Setelah mendapat kata sepakat, seramai

24 orang pelajar di dalam kelas PPG bersetuju untuk memilih dan menjalankan tugasan

kumpulan bersama dalam satu PDK yang telah dipilih iaitu Pusat Pemulihan Dalam

Komuniti Puteri Gunung, Pulau Pinang (PPDK).

Program Khidmat Masyarakat ini telah dijalankan pada hari Khamis 27 Februari

2014. Mengikut kehendak kursus program ini wajar dijalankan di dalam kumpulan-

kumpulan kecil di kalangan pelajar-pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG)

Semester 6 ini. Kumpulan-kumpulan kecil ini diadakan bagi memudahkan pelajar-

pelajar PPG menyediakan kerja kursus tugasan subjek PKU 3112. Kami pelajar-pelajar

PPG yang bertugas di negeri Perlis telah membentuk sebuah kumpulan untuk

melaksanakan kerja kursus tugasan ini. Kumpulan kami terdiri daripada Nursalimah

Binti Abu Bakar, Noorhafiza Binti Bulat, Mohamad Fadli Bin Ismail dan Hasrolnizam Bin

Hassan.

SEBELUM PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Sebelum menjalankan program khidmat masyarakat ini, kami telah berbincang di

dalam pada toturial pertama dan kedua. Kami semua berkolaborasi dari segala segi

sama ada dari segi pengumpulan bahan dan maklumat yang diperlukan. Tahap

sosialisasi kami antara ahli dalam kumpulan sangat baik kerana masing-masing dapat

bertolak ansur dari segi pembahagian tugasan. Kami telah melantik Nursalimah sebagai

ketua kumpulan dan Noorhafiza sebagai penolong ketua kumpulan. Manakala

Page 2: Laporan Sosialisasi Kumpulan

Hasrolnizam dan Mohamad Fadli sebagai AJK di dalam kumpulan kami. Kami juga

sering kali bertanya pendapat kepada pensyarah pembimbing kami bagi subjek iaitu

Puan Suraya Binti Bai. Banyak maklumat-maklumat berguna yang beliau berikan bagi

melicinkan perancangan kami dalam melaksanakan program ini kelak.

SEMASA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Program ini dijalankan pada hari Khamis 27 Februari 2014, ianya dilaksanakan

diantara pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang. Kumpulan kami memulakan perjalanan

ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Puteri Gunung, Pulau Pinang pada 6 pagi hari

tersebut. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam 20 minit dari tempat kami

berkumpul iaitu di Sekolah Tengku Budriah, Perlis. Sekolah Tengku Budriah adalah

sekolah di mana Mohamad Fadli bertugas. Setibanya kami di Pusat Pemulihan Dalam

Komuniti Puteri Gunung kami diberikan taklimat oleh Pengerusi program iaitu Suliati

Binti Adnan dan dikenalkan dengan pegawai yang menguruskan pusat tersebut. Kami

diberikan tugas mengikut kumpulan masing-masing. Antara tugasannya adalah

keceriaan,sukaneka,lawatan dan sesi penutupan. Kumpulan kami telah menjalankan

tugasan secara teratur dan sempurna. Tahap sosialisasi dan kolaborasi antara

kumpulan kami dengan kumpulan yang juga di tahap yang tertinggi. Masing-masing

saling bantu membantu di antara ahli-ahli kumpulan yang lain. Kami juga sempat

bergaul mesra dengan murid-murid dan pelatih-pelatih yang belajar dan bekerja di

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Puteri Gunung ini. Kami juga dapat merasakan riak

wajah gembira di kalangan penghuni pusat ini dengan kehadiran kami semua.

SELEPAS PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Program khidmat masyarakat ini telah tamat dengan jayanya pada pukul 5

petang. Semua pelajar PPG yang mengikuti program berasa amat puas dan lega

kerana dalam menyiapkan tugasan yang wajib dilaksanakan dalam subjek PKU 3112.

Kami semua dapat menghasilkan nilai sosialisasi yang baik dikalangan komuniti orang

kurang upaya yang mendapat pengajaran dan pembelajaran dari Jabatan Khidmat

Masyarakat. Bagi kumpulan kami kami semua berasa sangat seronok dengan

pengalaman yang kami dapat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Puteri Gunung ini.

Page 3: Laporan Sosialisasi Kumpulan

Setiap ahli kumpulan kami masing-masing bercerita tentang kebaikan yang kami dapat

dengan menjalankan program ini. Selepas dua minggu program ini dilaksanakan kami

mengadakan perjumpaan bagi membincangkan kerja kursus yang bakal kami sediakan

kelak. Perjumpaan kami secara bersemuka di lakukan pada interaksi kuliah ketiga.

Kami juga sebelum ini sering berkolaborasi di dalam alam maya iaitu email dan sms

bagi menyampaikan maklumat-maklumat penting dalam merancang perlaksanaan kerja

kursus untuk subjek ini. Kami semua telah mengagihkan tugasan mengikut keupayaan

masing-masing. Sosialisasi dan kolaborasi di antara kami juga diteruskan pada kuliah

interaksi yang berikutnya dalam memastikan tugasan kumpulan kami berjalan dengan

lancar.