fact debat aisyah

42

Click here to load reader

Upload: norazah-mohamad

Post on 27-Dec-2015

73 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fact Debat Aisyah

pendidikanARKIB : 24/03/2014

Peranan guru penting tingkatkan prestasi akademikGURU perlu mengatur strategi dengan menggunakan bahan tambahan mengajar termasuk akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor dalam melengkapkan persiapan pelajar menghadapi peperiksaan, kata Mohd. Idris Ramli.

Menurut Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak itu, penggunaan akhbar pendidikan Tutor SPM yang ditaja oleh kerjaan negeri ke 164 sekolah menengah terpilih adalah sebahagian daripada usaha dan inisiatif dalam memberi kemudahan pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar.

''Kita mahu Tutor SPM ini menjadi alat bantu mengajar dan menjadi rujukan pengajaran oleh setiap guru dalam usaha memanfaatkan sepenuhnya penggunaan akhbar pendidikan berkenaan di sekolah masing-masing,'' katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Program Amanjaya Gemilang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014-2015 dan menandatangani memorandum persefahaman antara Utusan Melayu (M) Bhd. dengan Kerajaan Negeri Perak berhubung tajaan akhbar pendidikan Tutor.

Pelancaran program itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Mohd. Idris berharap, inisiatif yang diambil kerajaan negeri dengan menaja Tutor SPM itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru di sekolah terlibat.

''Anggap sahaja Tutor SPM ini sebagai bahan nilai tambah kepada strategi pelaksanaan yang sedia ada di sekolah dan pastikan adanya impak terhadap penggunaan bahan akhbar ini," katanya.

Menurutnya, apa yang penting para guru perlu menyusun strategi yang berkesan dalam penggunaan Tutor SPM di sekolah masing-masing bagi mendapat impak yang diharapkan.

Selain itu, ujar Mohd. Idris, inisiatif kerajaan Perak menaja Tutor SPM di sekolah menengah di negeri itu membuktikan komitmen pihak tersebut bagi meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menjadikan Perak antara negeri terbaik dalam pencapaian akademik.

"Bagi Jabatan Pendidikan negeri, usaha mengedarkan Tutor SPM ke sekolah terlibat amat dipuji dan sewajarnya menjadi perangsang semangat kepada sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik sekolah pada masa depan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140324/pe_02/Peranan-

Page 2: Fact Debat Aisyah

guru-penting-tingkatkan-prestasi-akademik#ixzz2x7NULFw9 © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 24/03/2014

Strategi Perak menjadi 5 terbaikKerajaan negeri Perak menaja akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor SPM ke 164 sekolah menengah terpilih di seluruh negeri itu sebagai salah satu usaha untuk melonjakkan pencapaian akademiknya ke kedudukan lima terbaik di negara ini.

Bagi memastikan matlamat itu tercapai, sekolah yang terpilih bukan sahaja menerima akhbar malah pengetuanya diberi pendedahan tentang tatacara dan strategi penggunaan Tutor SPM untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar oleh Penasihat Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Dalam majlis yang sama, para pengetua turut diberi taklimat pengenalan tentang akhbar pendidikan Tutor SPM oleh Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Secara umum, pengetua yang terbabit yakin Tutor SPM mampu memberikan impak positif kepada pencapaian akademik sekolah sekiranya diguna pakai dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dr. Megat Khas, Khairulnizwa Mohamed berkata, sebagai sekolah pilihan dalam langgan Tutor SPM, guru dan pelajar sekolahnya berpeluang mempelbagaikan alat bantuan pembelajaran selain buku teks .

Menurutnya, sekolah kini boleh menyusun strategi pembelajaran baharu bagi membolehkan penggunaan Tutor SPM dapat dipraktikkan secara sepenuhnya.

''Tutor ini sudah baik dalam membantu PdP guru dan proses pembelajaran murid namun sebagai pentadbir sekolah, kita perlu bijak dalam memastikannya dapat digunakan sebaiknya.

"Kini terpulang kepada kebijaksanaan guru untuk menggunakan Tutor SPM sebagai sebagai alat bantu PdP yang menarik dan berkesan buat pelajar," katanya.

Selain itu, menurut Pengetua SMK (F) Besout, Sabariyah Wan Chik, kandungan Tutor SPM akan menjadi sia-sia jika sekolah gagal mengguna pakai bahan tersebut dengan sebaiknya.

''Terpulang kepada pentadbir setiap sekolah untuk menggerakkan penggunaan Tutor ini kerana saya merasakan hanya pihak sekolah sahaja yang bertanggungjawab untuk mempraktikkannya,'' kata beliau.

Tegas Sabariyah, Tutor SPM mampu meningkatkan prestasi pembelajaran murid sekiranya bahan tersebut diguna pakai sebaiknya dan diolah penggunaannya secara bijak dan terancang, seterusnya membolehkan pelajar menguasai pemahaman pelajaran dengan berkesan.

Page 3: Fact Debat Aisyah

Bagi Pengetua SMK Raja Shahriman Beruas, Ahmad Rosidi Ramley, pihak sekolah tidak mempunyai pilihan lain selain menggembeling guru dan murid untuk menjayakan objektif penggunaan Tutor SPM di sekolah masing-masing.

Ini kerana, ujarnya, walaupun Tutor SPM mengandungi bahan yang lengkap dengan soalan latih tubi berkualiti dan maklumat lain yang diperlukan sekolah namun jika gagal diguna pakai secara efektif maka objektif edaran langganan Tutor ke sekolah akan menjadi sia-sia.

''Saya yakin akhbar pendidikan ini akan dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid jika dimanfaatkan sepenuhnya.

''Dengan adanya Tutor SPM ini, pengajaran guru akan menjadi lebih menarik dan memberi impak yang berkesan kepada pelajar,'' katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140324/pe_01/Strategi-Perak-menjadi-5-terbaik#ixzz2x7NfXjAY © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 23/03/2014

Bimbing kuasai subjek terassemenyih 22 Mac - Kandungan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor yang selari dengan perkembangan semasa dilihat mampu memberi pendedahan kepada pelajar dalam menguasai subjek teras.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Rinching, Semenyih, Fuziah Md. Ali berkata, pihaknya telah menjalankan penelitian dan mendapati soalan yang disediakan dalam Tutor memberi manfaat kepada pelajar.

Menurut beliau, sebelum ini pelajarnya sering menggunakan buku latihan yang dibeli di kedai buku luar sebagai bahan rujukan bagi membantu pembelajaran mereka.

"Buku latihan yang dibeli di luar bukan tidak sesuai, tetapi Tutor sebenarnya lebih mesra dengan pelajar kerana mudah difahami dan mendekatkan mereka dengan pelaksanaan sistem pembelajaran baharu.

"Saya yakin keputusan pelajar akan meningkat jika mereka menggunakan Tutor secara konsisten dengan melakukan setiap latihan yang terdapat dalam bahan rujukan ini," katanya selepas ditemui dalam majlis pelancaran Program Bulan Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) dan pelancaran Tutor Utusan Malaysia di sini, semalam.

SMK Bandar Rinching telah melanggan 800 naskhah Tutor, masing-masing bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Majlis itu turut dihadiri oleh Penyelaras Program Nilam Peringkat Sekolah 2014, Rohaidah Mohamed dan Pengurus Pengedaran Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Fahmi Asraf Khan.

Page 4: Fact Debat Aisyah

Jelas Fuziah, selain soalan dan artikel bertaraf tinggi, sedikit sisipan kartun yang terdapat dalam Tutor menjadi selingan kepada pelajar dalam proses pembelajaran.

"Kartun ini mengurangkan pelajar berasa bosan dan secara tidak langsung dapat memupuk minat membaca dan belajar.

"Kita turut menggalakkan setiap pelajar menggunakan Tutor sebagai latihan tambahan dan mengulangkaji pelajaran ketika berada di sekolah mahupun di rumah," katanya.

Tambah beliau, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah juga digalakkan menaja Tutor bagi meningkatkan prestasi anak dan dapat mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140323/pe_01/Bimbing-kuasai-subjek-teras#ixzz2x7NxS36j © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 21/03/2014

Keputusan SPM terbaikPUTRAJAYA 20 Mac - Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 merupakan yang terbaik dalam tempoh lima tahun berdasarkan indeks nilai Gred Purata Nasional (GPN).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, nilai GPN pada tahun ini ialah 4.93 mata berbanding 5.34 mata pada 2009.

Beliau berkata, jumlah yang memperoleh semua gred A (Cemerlang) juga menunjukkan peningkatan iaitu seramai 13,970 calon dengan 11,892 daripadanya merupakan calon sekolah kerajaan manakala 2,078 calon pula sekolah persendirian.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 405 calon berjaya mendapat gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

"Jumlah yang memperoleh semua gred A lebih baik berbanding pada 2012 iaitu sebanyak 13,720 dengan peningkatan 0.05 peratus.

"Pada tahun ini, seramai 442,588 calon menduduki SPM berbanding 441,542 pada 2012 dengan penurunan sebanyak 1,046 calon," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2013 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khair berkata, dalam SPM 2013, mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai wajib lulus sebagaimana Bahasa Melayu bagi melayakkan calon mendapat sijil.

Page 5: Fact Debat Aisyah

Berikutan itu, sejumlah 378,490 calon layak mendapat sijil berbanding 402,859 pada tahun sebelumnya dengan penurunan sebanyak 24,369 calon.

Walau bagaimanapun, katanya, penurunan jumlah calon layak mendapat sijil bukan hanya disebabkan mata pelajaran Sejarah sebaliknya berdasarkan keseluruhan prestasi semua mata pelajaran mengikut nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).

"Berdasarkan GPMP, prestasi 61 mata pelajaran meningkat manakala 46 mata pelajaran menurun dan hanya satu subjek kekal prestasinya berbanding 2012.

"Walau bagaimanapun kesemua subjek teras meningkat kecuali Matematik yang menurun dengan 4.99 mata berbanding 4.91 mata tahun lalu," katanya.

Mengulas lanjut, Khair berkata, peningkatan calon luar bandar lebih tinggi berbanding pencapaian calon bandar sekali gus jurang pencapaian antara kedua-dua kawasan itu mengecil sebanyak 0.01 peratus mengikut nilai GPN.

Tambah Khir, SPM 2013 juga menyaksikan lapan calon berkeperluan khas mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) membuktikan semua calon tanpa mengira kekurangan mereka berpeluang untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM.

"Kementerian menggunakan khidmat pakar pentaksiran luar negara yang terlibat dalam SPM 2013 antaranya Cambrige International Examinations (CIE), United Kingdom bagi memastikan peperiksaan yang dikendalikan kami mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Pakar pentaksiran terlibat berpuas hati dengan proses pembinaan instrumen pentaksiran, pemeriksaan skrip jawapan calon dan penentuan standard yang telah dilaksanakan secara profesional dan memiliki kredibiliti tinggi.

"Kesemua proses tersebut menepati ciri-ciri piawaian pentaksiran pendidikan bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan keputusan peperiksaan adalah tinggi," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140321/pe_01/Keputusan-SPM-terbaik#ixzz2x7OBcWKJ © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 21/03/2014

STF sekolah berasrama penuh terbaikJOHOR BAHRU 20 Mac - Sekolah Tun Fatimah (STF) muncul sekolah berasrama penuh (SBP) terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 apabila mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 0.84 mata dengan 21 pelajarnya mendapat keputusan A+ (Cemerlang Tertinggi) dalam semua mata pelajaran diambil.

Page 6: Fact Debat Aisyah

Pengetuanya, Kamisah Aziz, 52, berkata, ia yang terbaik dalam sejarah sekolah tersebut dan pihaknya berharap mampu mengekalkan momentum kecemerlangan berkenaan.

"Sebagai pengetua, pastinya saya berbangga dengan pencapaian murid sekolah ini kerana mereka sudah saya anggap sebagai anak sendiri.

"Kejayaan 21 pelajar mendapat keputusan A+ dalam semua mata pelajaran juga merupakan kejayaan manis berbanding hanya seorang tahun lalu," katanya yang berharap prestasi cemerlang itu dapat diteruskan.

Selain STF, antara sekolah lain di negeri ini yang turut mencatatkan keputusan SPM 2013 membanggakan adalah Sekolah Menengah Sains Johor dengan GPS 1.54 mata diikuti Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, 1.65 mata.

Salah seorang pelajar STF yang berjaya mendapat keputusan 10A+, Qistina Syasya Maslan, 18, mengakui tidak mempunyai rahsia tertentu, sebaliknya hanya memberi tumpuan sepenuhnya ketika di dalam kelas.

"Saya sebenarnya tidak menjangka akan mendapat keputusan seperti ini kerana bukanlah seorang pelajar yang terlalu memberi fokus kepada pembelajaran sepenuh masa.

"Bagi saya, apa yang penting adalah tumpuan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran serta diskusi bersama rakan-rakan sekelas sebagai cara mengulang kaji," katanya yang bercita-cita menjadi akauntan suatu hari nanti.

Seorang lagi pelajar sekolah tersebut yang mencatatkan keputusan 10A+, Fatin Farhana Ali Badron, 18, pula amat teruja dan gembira dengan keputusan yang diperoleh.

"Perasaan saya bercampur gembira, teruja, terharu dan amat bersyukur dengan keputusan diperoleh ini. Kejayaan ini adalah hasil dorongan daripada ibu bapa dan guru-guru.

"Saya sebenarnya tidak menjangka akan mendapat keputusan seperti ini kerana tidak mempunyai rutin pembelajaran khusus selain memberi tumpuan sepenuhnya sewaktu sesi pembelajaran," katanya yang merupakan anak pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140321/pe_04/STF-sekolah-berasrama-penuh-terbaik#ixzz2x7OSVdq2 © Utusan Melayu (M) Bhd 

Page 7: Fact Debat Aisyah

Impak alamARKIB : 11/06/2012

Mengurus sisa pepejalMengikut bancian Jabatan Perangkaan Malaysia (2009) populasi penduduk Malaysia meningkat daripada 6 278 000 orang pada tahun 1957 kepada 27 729 000 orang pada tahun 2008 mengikut perangkaan terbaru.

Seiring dengan peningkatan penduduk, masalah pembuangan dan pencemaran sisa pepejal seperti polisterin dan beg plastik semakin rumit.

Menurut pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tengku Nuraiti Tengku Izhar, secara purata setiap individu negara ini menghasilkan di antara 0.5 dan 0.8 kilogram sampah setiap hari bergantung kepada ekonomi dan faktor geografi sesuatu kawasan.

Oleh itu, penduduk Malaysia menghasilkan 7.6 juta tan sampah setahun. Daripada jumlah itu, 45 peratus sisa buangan adalah berupa bahan makanan, 24 peratus bahan plastik manakala yang selebihnya adalah bahan yang selain keduanya.

Apakah peranan kita berdepan dengan masalah pengurusan sisa pepejal dan pencemaran plastik?. Antaranya adalah

* Kitar semula (recycle). Dengan recycling kita boleh

a. Menjimatkan sumber semula jadi

b. Menjimatkan tenaga

Page 8: Fact Debat Aisyah

c. Menjimatkan udara dan air bersih

d. Menjimatkan wang dan menjana pekerjaan

e. Menjimatkan ruang untuk tapak pelupusan sampah

* Mengurangkan dan menggunakan semula (reduce and reuse). Pelbagai cara boleh dilakukan. Antaranya ialah:

a. Tiada beg percuma di pasar raya sebaliknya menggunakan beg kanvas guna semula

b. Menggalakkan penggunaan semula cecair pembersih

c. Menyemak semula teks pada komputer sebelum mencetaknya

d. Memilih produk yang menggunakan kaedah pembungkusan

e. Membeli lebih banyak produk yang boleh diguna semula

f. Menggunakan semula products

g. Membeli produk berkualiti dan menyimpannya untuk jangka panjang

h. Mendera atau menjual produk daripada membuangnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Impak_Alam/20120611/al_02/Mengurus-sisa-pepejal#ixzz2x7QBL3aa © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 11/03/2012

Antara cuaca & alamDUNIA dikejutkan dengan peristiwa ribut matahari yang berlaku awal tahun ini. Namun sekali lagi pada Khamis lepas kejadian itu berulang dan dikatakan antara yang paling kuat dalam tempoh enam tahun.

Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari dan seterusnya mengakibatkan letusan.

Kesan radiasi akibat letusan tersebut akan menghentam Bumi dengan tiga kesan yang berbeza dalam tempoh yang berlainan. Ia akan menyebabkan gangguan kepada satelit dan

Page 9: Fact Debat Aisyah

angkasawan yang berada di angkasa lepas. Selain itu ia juga akan mengakibatkan gangguan komunikasi untuk kapal terbang yang sedang melakukan penerbangan.

Ribut suria juga boleh menghasilkan cahaya utara ataupun aurora yang menakjubkan di langit sehingga jauh ke selatan dan bahagian utara hemisfera Bumi. Jika berlakunya ribut solar, hanya bahagian matahari yang paling hampir dengan Bumi dan menyemburkan tenaga akan dipantau.

Apabila semburan banyak dan kuat melanggar lapisan atas dan dinding magnet Bumi, ia mengakibatkan ribut geomagnetik. Ribut matahari biasanya tidak memberikan kesan langsung kepada negara-negara di kawasan Khatulistiwa.

Biasanya kawasan berhampiran Kutub Utara dan Kutub Selatan mendapat kesan langsung daripada ribut berkenaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Impak_Alam/20120311/al_01/Antara-cuaca-alam#ixzz2x7Qqy6Gk © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 12/05/2012

Kanyon Imbak khazanah alam berhargaKhazanah alam yang sungguh berharga, itulah yang dapat ditafsirkan bagi Kawasan Konservasi Kanyon Imbak, yang terletak di Ulu Kinabatangan di tengah Sabah.

Kawasan terbesar tinggalan hutan tanah pamah rendah dipterokarpa dengan berkeluasan 30,000 hektar itu terbentang luas antara dua lagi hutan simpan dara iaitu Lembah Danum dan Lembangan Maliau.

Seseorang mungkin terfikir sama ada landskap di sini menyerupai Grand Canyon di Arizona, Amerika Syarikat.

Tidaklah sebegitu, namun perkataan kanyon pada namanya� � lebih merujuk kepada kedalamannya 750 meter dan lebar tiga kilometer dari paras laut dengan cerunan batu yang diukir dari landskap oleh Sungai Imbak, yang menjadikannya seperti kanyon.

Kanyon Imbak yang dikelilingi tiga sisi cerunan batu mencapai ketinggian 1,127 meter (3,700 kaki) adalah kawasan hutan hujan dan kaya dengan flora, fauna serta memiliki biodiversiti yang tinggi.

Untuk sampai ke Kanyon Imbak, kita boleh menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu yang mengambil masa lima jam perjalanan atau dari Sandakan, empat jam perjalanan.

Kanyon Imbak diuruskan oleh Yayasan Sabah (YS), yang terlibat dalam kerja-kerja pemuliharaan, penyelidikan, latihan, pendidikan dan rekreasi alam semula jadi.

Page 10: Fact Debat Aisyah

Kawasan tadahan

Kanyon Imbak adalah kawasan tadahan bagi Sungai Imbak dan seterusnya bagi Sungai Kinabatangan, dua sungai yang memainkan peranan penting bukan sahaja dari segi menyediakan bekalan air, malahan sebagai pengangkutan dan sumber makanan kepada kehidupan penduduk kampung di sepanjang sungai itu.

Kawasan ini juga memainkan peranan penting dalam koridor hidupan liar yang menghubungkan Lembangan Maliau dan Lembah Danum, jelas Ketua Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar YS, Dr Waidi Sinun.

Melalui tiga ekspedisi saintifik yang dijalankan sejak 2000, 2004 dan 2010 masing-masing berjaya merungkai sebahagian kecil khazanah alam yang terdapat di Kanyon Imbak, mengenal pasti dan merekod 312 spesies tumbuhan dan daripada jumlah itu, 32 adalah spesies endemik di Borneo termasuk enam lagi hanya ditemui di Sabah.

Mengenai fauna, Dr Waidi berkata, lebih 200 spesies burung tinggal di Kanyon Imbak, dengan lima daripadanya adalah endemik di Borneo yang hanya ada di kawasan konservasi itu.

Ekspedisi ini juga mencatatkan kehadiran hidupan liar lain yang mendiami kawasan itu antaranya gajah Pygmy Borneo, harimau bintang, beruang, pelanduk serta badak Sumatra.

Hutan Simpan Kelas 1 (Perlindungan) itu juga mempunyai landskap yang unik dari segi �muka bumi yang berbentuk lembah dalam bentuk kanyon di dalam hutan hujan," kata Dr Waidi pada program pecah tanah Pusat Maklumat dan Jeti Ulu Kinabatangan di Kampung Imbak baru-baru ini.

Kanyon Imbak juga memiliki banyak air terjun yang menarik dan dua daripadanya berjaya ditemui yang mempunyai panorama yang menarik iaitu Air Terjun Imbak dan Air Terjun Lapan Tingkat.

Usaha konservasi

Dalam usaha konservasi Kanyon Imbak, YS telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Petronas pada 2009 bagi menjadikan kawasan konservasi itu sebagai pusat pembelajaran dalam pemuliharaan biodiversiti dan tabung genetik serta penerokaan potensi farmaseutikal dan bioteknologi.

Menurut Waidi, pelbagai manfaat akan dinikmati masyarakat tempatan melalui pelaksanaan program kemasyarakatan, kesedaran awam, pendidikan alam sekitar dan penyelidikan yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai Kanyon Imbak.

Penglibatan penyelidik dalam dan luar negara dapat membuka peluang serta meluaskan �kerjasama komuniti tempatan dalam aktiviti ekonomi yang bermatlamat mempertingkatkan taraf hidup mereka tanpa menjejaskan alam sekitar," katanya.

Antara projek yang dilaksanakan dalam program kemasyarakatan di bawah kerjasama itu adalah pembinaan Pusat Maklumat dan Jeti Ulu Kinabatangan di Kampung Imbak.

Pusat maklumat itu akan dilengkapi dengan pameran berbentuk poster yang memberi maklumat tentang Ulu Kinabatangan, Kanyon Imbak serta model tiga dimensi (3D) Kanyon

Page 11: Fact Debat Aisyah

Imbak. Ia akan menjadi pusat hentian setempat untuk orang ramai serta masyarakat tempatan mendapatkan maklumat mengenai Ulu Kinabatangan dan Kanyon Imbak.

Persatuan pengangkut barang (porter) dan pemandu pelancong Kanyon Imbak yang menyediakan perkhidmatan untuk pelawat ke Kanyon Imbak akan menggunakan pusat maklumat itu sebagai stesen mereka, selain digunakan penduduk tempatan untuk menjual hasil kraftangan.

Waidi menyifatkan kewujudan pusat maklumat dan penubuhan persatuan porter dan pemandu pelancong itu selari dengan landasan untuk membabitkan masyarakat setempat dalam usaha memulihara Kanyon Imbak kerana mereka adalah komuniti yang hidup berhampiran kawasan konservasi itu.

Dalam mengurus kawasan ini, penduduk � kampung diharap dapat lebih menghargai Kanyon Imbak yang terletak bersebelahan dengan kawasan kediaman mereka.

Jika mereka dapat mengekal dan menilai kawasan itu (Kanyon Imbak), kerjasama ini boleh �menjadikan kawasan ini kekal dan tidak perlu kepada usaha mewujudkan satu polisi yang ketat dalam menjaga kawasan konservasi ini.

Apa yang penting mereka sedar bahawa khazanah ini begitu tinggi nilainya dan dengan �sendirinya mereka akan menjaga kawasan ini sebagaimana masyarakat di sekeliling Gunung Kinabalu menjaga kawasan itu," kata Waidi.

Pembabitan Petronas

Bagi Petronas, pembabitan syarikat petroleum negara itu dalam pemuliharaan Kanyon Imbak selari dengan sokongan terhadap banyak usaha untuk melindungi alam sekitar bagi generasi akan datang.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat (Kumpulan) Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata, selain mewujudkan pusat maklumat dan jeti di Kampung Imbak, menerusi kerjasama dengan YS, sebuah pusat penyelidikan akan didirikan di Kanyon Imbak.

Pusat itu kelak akan dilengkapi dengan kemudahan makmal untuk menjadi hab kepada penyelidikan dan kajian mengenai alam sekitar dan biodiversiti di kawasan itu.

"Kerjasama dengan YS dalam konservasi Kanyon Imbak akan menyediakan peluang pendidikan kepada rakyat di negara ini terutama di Sabah untuk menerokai lebih dalam lagi dari segi memungut pengetahuan dan kepakaran di kawasan konservasi Kanyon Imbak.

Pelaksanaan Projek Kanyon Imbak juga menzahirkan prinsip-prinsip yang terkandung �dalam Kerangka Kelestarian Petronas yang bertujuan melindungi sebaik mungkin ekosistem daripada pelbagai kesan buruk yang boleh memudaratkan manusia, haiwan, mahupun alam sekitar," katanya.

Menurutnya, pembabitan Petronas dalam pemuliharaan Kanyon Imbak adalah penting kepada usaha menjaga khazanah semula jadi yang berharga itu, yang menjadi nadi utama kepada negeri ini dan penduduk yang tinggal di sekitarnya.

Page 12: Fact Debat Aisyah

Tahun ini adalah tahun kedua pembabitan Petronas di Kanyon Imbak melalui memorandum persefahaman yang terjalin dengan YS, yang dijangka memberi kesan yang berpanjangan kepada rakyat Sabah, terutama penduduk setempat di Ulu Kinabatangan.

Penduduk di Kampung Imbak, salah sebuah kampung yang terletak berhampiran Kanyon Imbak antara yang mendapat manfaat daripada usaha pemuliharaan kawasan itu.

Penglibatan komuniti

Ketua Kampungnya, Samiun Bungias berkata sejak dari awal usaha menerokai Kanyon Imbak, penduduk di kampung itu sudah dilibatkan dalam ekspedisi yang dijalankan sebagai pekerja sokongan iaitu penunjuk arah dan porter.

Katanya, penduduk kampung itu menghargai usaha pemuliharaan Kanyon Imbak yang dilakukan oleh YS dan Petronas kerana kawasan hutan itu mempengaruhi kehidupan mereka.

Kami menyedari, kerjasama daripada penduduk kampung yang tinggal di kawasan �berhampiran Kanyon Imbak adalah penting kepada usaha memulihara kawasan itu," kata Samiun.

Beliau berkata peluang pekerjaan dan aktiviti yang mampu menjana pendapatan penduduk sudah tentu akan wujud daripada usaha konservasi Kanyon Imbak.

Menurutnya, pengwujudan pusat maklumat Kanyon Imbak dan Jeti itu sudah tentu memberi manfaat kepada penduduk kampung termasuk dalam menjana ekonomi setempat yang berteraskan eko pelancongan.

Kekayaan flora dan fauna serta biodiversiti yang terdapat di Kanyon Imbak sememangnya tidak ternilai harganya dan usaha memulihara yang dijalankan oleh YS dengan kerjasama agensi lain juga bertepatan kepada generasi akan datang untuk menikmati khazanah alam kawasan itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Impak_Alam/20120512/al_01/Kanyon-Imbak-khazanah-alam-berharga#ixzz2x7R6OBS1 © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 28/04/2012

Tapir makin pupusKUALA LUMPUR 27 April - Masyarakat di Malaysia rata-ratanya tidak menyedari haiwan tapir atau dikenali sebagai 'gajah kerdil' kini semakin pupus di muka bumi.

Sehubungan itu, Zoo Negara mengambil inisiatif dengan meraikan Hari Tapir Sedunia yang disambut pada 27 April setiap tahun sebagai langkah untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat mengenai haiwan unik itu.

Page 13: Fact Debat Aisyah

Timbalan Pengarah Zoo Negara, Dr. Muhammad Danial Felix berkata, kesedaran untuk melindungi haiwan yang semakin pupus itu adalah penting bagi menjamin kesinambungan spesiesnya.

Menurutnya, terdapat empat spesies tapir di dunia dan 'Malayan Tapir' yang hanya dapat ditemui di Asia merupakan spesies terbesar di dunia.

"Bilangan tapir semakin merosot disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ialah habitat asal dimusnahkan untuk tujuan pembangunan, sekali gus mengganggu proses pembiakan dan akhirnya menyumbang kepada kepupusan," katanya ketika ditemui di Zoo Negara, dekat sini hari ini.

Muhammad Danial berkata, menerusi program yang diadakan sempena sambutan tersebut, pengunjung terutamanya golongan muda sedikit sebanyak dapat didedahkan dengan pelbagai maklumat menarik mengenai haiwan itu.

Katanya, sambutan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini akan menganjurkan beberapa aktiviti seperti pameran tapir, sesi memberi makan, dan ceramah mengenai ekosistem haiwan tersebut.

"Kami di Zoo Negara memandang serius mengenai kebajikan haiwan terutamanya spesies yang hampir pupus.

"Usaha memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia melibatkan pelbagai cabaran seperti tahap pemikiran, keadaan persekitaran dan sebagainya," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Impak_Alam/20120428/al_01/Tapir-makin-pupus#ixzz2x7RJ9eeA © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 21/08/2012

Kempen hijau UMWUsaha pemuliharaan alam sekitar semakin menjadi agenda dalam aktiviti tanggungjawab sosial (CSR) syarikat-syarikat koprorat.

Page 14: Fact Debat Aisyah

Atas rasa tanggungjawab itu juga, seramai 57 kakitangan dari Kumpulan UMW Toyota Motor bersama pertubuhan Kesedaran Alam Sekitar Serantau Cameron Highlands (REACH) menjalankan program penghutanan semula di Gunung Brinchang, dekat Cameron Highlands, baru-baru ini.

Program yang bermula dengan pendakian gunung itu disertai oleh kakitangan daripada empat anak syarikat Kumpulan UMW Toyota Motor iaitu UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Assembly Services Sdn Bhd (ASSB), Automotive Industries Sdn. Bhd. (AISB) dan Boshoku UMW Toyota Sdn. Bhd. (TBU).

Semua peserta dimuatkan dalam beberapa kenderaan pacuan empat roda selama 30 minit untuk menerusi jalan yang berlopak dan tidak sekata sebelum meneruskan perjalanan bercuram dengan berjalan kaki untuk sampai ke Pusat Bio-D dan tapak perhutanan semula.

Pengurus Alam Sekitar UMW Toyota Motor dan Penyelaras Program Bulan Hijau 2012, Shaniza Sehat berkata, REACH telah dipilih untuk menjadi rakan kongsi program berikutan masalah alam sekitar di Cameron Highlands yang semakin meningkat.

"Kita banyak menjalankan aktiviti hijau untuk beberapa tahun kebelakangan ini yang dilakukan secara berasingan oleh setiap anak syarikat yang terlibat.

"Program sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk memastikan alam sekitar dipelihara menggunakan tenaga kerja yang ada," katanya.

Seorang sukarelawan REACH, Carrol Lawrence berkata, usaha yang dilakukan oleh pihak Toyota ini patut dipuji dan menjadi ikutan agensi lain kerana keprihatinan yang diberikan mampu memulihkan alam sekitar yang musnah akibat pembangunan yang tidak terkawal di kawasan percutian serta pantai.

"Kemusnahan hutan yang berlaku ini adalah hasil perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab yang diberi permit bagi membersihkan dua ekar tanah untuk tujuan pertanian.

"Beranggapan bahawa tiada siapa yang akan menyedarinya, individu berkenaan telah membersihkan 45 ekar kawasan hutan sehingga menyebabkan kerosakan alam sekitar dengan teruk dan memerlukan pemulihan yang berterusan," katanya.

Pada masa sama, keunikan lumut hijau pelbagai warna dan bentuk di atas batang pokok dan ranting turut memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada peserta semasa meredah hutan.

Program penghutanan semula Gunung Brinchang merupakan acara kemuncak Bulan Alam Sekitar Toyota 2012,

Bulan Alam Sekitar Toyota disambut di seluruh dunia sepanjang bulan Jun sejak tahun 2004.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dan memupuk hubungan erat di kalangan kakitangan pengeluar kereta.

Page 15: Fact Debat Aisyah

Pengurus Besar Pembangunan Modal Insan, Rosden Rahmat berkata, kerjasama yang terjalin antara peserta tanpa mengira kedudukan menjadikan program seperti itu lebih bermakna.

"Selain itu terdapat juga program lain telah dijalankan di ibu pejabat di Shah Alam bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mengikuti program dalam hutan.

"Terdapat aktiviti kuiz, pertandingan kitar semula dan kempen No Out Drive setiap minggu untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida (Co2) semasa makan tengah hari," katanya.

Menurut Rosden lagi, bertemakan Learn More! Be a Self-starter diharap tindakan yang lebih proaktif dapat dipupuk di kalangan kakitangan untuk mengurangkan kesan pemanasan global dengan mengurangkan pelepasan Co2.

"Aktiviti-aktiviti seperti pengurangan memandu, penggunaan elektrik dengan bijak dan penanaman pokok-pokok dijadikan sebagai pemangkin untuk mengaktifkan inisiatif dalam kehidupan harian mereka sendiri.

"Ia menyedarkan saya bahawa semua orang boleh memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar mengikut cara masing-masing.

" Usaha secara kolektif tidak harus dipandang rendah kerana jika semua orang melakukan sedikit untuk alam sekitar, ia boleh menjadi ketara secara keseluruhannya," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Impak_Alam/20120821/al_01/Kempen-hijau-UMW#ixzz2x7RYICm2 © Utusan Melayu (M) Bhd

Page 16: Fact Debat Aisyah

kesihatanARKIB : 25/03/2014

Rahsia sihat Dr. Siti Hasmah  �Diet saya amat ringkas. Saya makan sedikit. Kalau makan di luar seperti di hotel, saya akan minta pinggan kecil kerana saya tidak mahu makan banyak. Kuih yang paling saya suka ialah popia dan jika dapat satu pun saya akan potong dua dan bagi satu pada suami.

Dua pesanan ibu mertua yang saya ingat sehingga ke hari ini ialah apabila sed� ang seronok makan, berhenti dan jangan makan lagi. Kedua ialah apabila kita sedang disukai dan berada di puncak, undurkan diri. ��

Tip sihat dan pesanan ringkas tetapi punya maksud mendalam itu dikongsi oleh Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali pada majlis pelancaran siri pertama Forum TChat anjuran Persekutuan Penyakit Tidak Berjangkit Malaysia (NCD Alliance Malaysia) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada usia 88 tahun dan penglihatan yang kurang jelas, beliau masih mampu menggagahkan diri menghadiri forum tersebut bagi berkongsi pengalaman pahit manisnya.

Isteri Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, itu turut berkongsi pengalaman hidupnya sejak muda sebagai isteri, ibu dan bekas wanita pertama.

Ibu kepada tujuh orang anak ini bersyukur kerana diberikan kekuatan fizikal dan mental sehingga ke hari ini.

Baginya, setiap hari merupakan bonus kepada beliau kerana dapat melalui hari-hari yang menggembirakan di samping suami tersayang, anak-anak dan cucu.

Mengenang kembali zaman remaja, kata Dr. Siti Hasmah, semasa zaman Jepun, beliau baru berusia 16 tahun.

Semua mengetahui waktu itu beras dicatu dan beliau sekeluarga hanya makan nasi yang dimasak bersama ubi kayu.

Keluarga beliau turut mempunyai kebun yang ditanam ubi, timun, cili dan sayur-sayuran.

Selepas Br� itish mengambil alih, kehidupan lebih baik sedikit tetapi keluarga saya masih mengamalkan makan sedikit.

Coklat pertama yang saya dapat adalah yang diberi oleh seorang askar British.�

Makanan seharian adalah nasi dan ikan. Jarang sekali dapat makan ayam d� an daging, tetapi kami banyak makan sayur. Sekali-kali apabila pergi kenduri, dapatlah kami makan daging dan ayam itu pun tidak banyak.

Page 17: Fact Debat Aisyah

Selepas tamat perang, saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Singapura. Berbekalkan �elaun RM15 sebulan, saya hanya makan roti yang disapu Marmite untuk sarapan, makan tengah hari dan malam, cerita beliau.��

Selepas tamat pengajian dan bekerja, tambah Dr. Siti Hasmah, badannya mula berisi dan pernah ditegur oleh abang.

Namun ujar beliau, bagus juga kalau ada yang menegur kerana kita akan mula menjaga berat badan.

Tun Mahathir sendiri selalu menegur kalau beliau bertambah berat badan dan jika beliau kurus, Tun akan memuji beliau nampak lebih cantik.

Bagaimanapun, kata beliau, waktu yang paling sukar ialah apabila mengikut suaminya berkempen.

Ini kerana, apabila berkunjung dari rumah ke rumah, beliau akan dihidangkan dengan teh susu atau milo dan terpaksa ditolak dengan lembut kerana beliau memang tidak minum susu pekat yang mengandungi terlalu banyak gula.

Dalam kesibukan, Dr. Siti Hasmah tetap meluangkan masa untuk bersenam dan senaman pertama yang dilakukan adalah bersenam bersama Jane Fonda yang diikuti melalui video.

Beliau juga melakukan yoga yang dilakukan bersama-sama anak dan pernah mengikuti kelas tai-chi.

Dalam pada itu forum TChat anjuran Persekutuan Penyakit Tidak Berjangkit Malaysia, bertujuan mendidik dan mendedahkan rakyat terhadap kesedaran mengubah cara hidup bagi mencegah penyakit tidak berjangkit.

Forum tersebut merupakan siri pertama bagi 10 Forum Tchat yang dirancang sepanjang tahun ini.

Forum tersebut dilihat sebagai pentas di mana pakar dan orang ramai berkongsi pandangan, idea serta pengalaman terhadap amalan gaya hidup sihat.

Forum juga bertujuan untuk menyampaikan maklumat serta melobi para penggubal polisi. Sesi TChat akan dirumus inti patinya dengan pesanan penting dan cara yang mudah untuk diamalkan bagi kehidupan yang lebih sihat.

Tiga orang pakar dalam bidang masing-masing telah berkongsi pandangan mereka dalam forum tersebut.

Selain Dr. Siti Hasmah sendiri sebagai tetamu jemputan, turut berkongsi maklumat Ketua Pakar Pemakanan, Institut Jantung Negara, Mary Easaw dan Pensyarah Kanan dan Sukan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Mohd Nahar Azmi Mohamed, serta Presiden NCD Alliance Malaysia, Ranjit Kaur sebagai pengerusi majlis.

Sementara itu, penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Diseases (NCD) merupakan penyebab utama kematian, iaitu 60 peratus (35 juta) daripada keseluruhan kematian peringkat global.

Page 18: Fact Debat Aisyah

Berdasarkan Profil Negara bagi NCD 2011 yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit tidak berjangkit bertanggungjawab ke atas 67 peratus kematian di kalangan penduduk Malaysia.

Statistik ini sudah pasti mengejutkan memandangkan 86 peratus kematian akibat penyakit tidak berjangkit ini boleh dicegah.

Penyakit ini pada amnya adalah berkisar daripada empat faktor risiko yang boleh diubah, iaitu penggunaan tembakau (merokok), kurang aktif fizikal, pemakanan yang tidak sihat dan berlebihan mengambil minuman keras.

Selain itu, perlu juga disedari bahawa 4.4 juta penduduk Malaysia dianggarkan menghadapi masalah berat badan berlebihan (obesiti), yang sudah tentunya meningkatkan risiko penyakit.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140325/kn_02/Rahsia-sihat-Dr-Siti-Hasmah#ixzz2x7S7Z3Y6 © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 20/03/2014

Rabun jejas pembelajaranAINA pada tahun ini sudah mencecah usia tujuh tahun. Dia juga telah memulakan sesi persekolahan sebagai seorang pelajar baharu di sekolahnya. Ketika berada di dalam kelas, apabila guru sedang mengajar, dia sering berhadapan dengan masalah untuk memahami pelajaran tersebut dengan cepat. Ini berlaku kerana penglihatannya kurang jelas dan kabur apabila melihat huruf dan nombor yang ditulis di papan putih.

Beberapa kali guru menegurnya kerana Aina tidak memberi perhatian ketika guru sedang mengajar kerana minat dan mood untuk belajar semakin hilang lantaran masalah yang sedang dihadapinya.

Ternyata Aina seorang pelajar yang bijak kerana dia tidak berdiam diri dengan masalah yang sedang dihadapi tetapi terus mengadu kepada ibunya.

Apabila mengetahui masalah yang dihadapi Aina, ibunya segera membawa Aina untuk berjumpa dengan pakar optometris.

Selepas menjalani beberapa prosedur, Aina telah disahkan mengalami masalah rabun jauh. Bagi membantu Aina menjalankan rutin hariannya dengan mudah, dia telah disyorkan oleh pakar mata untuk memakai kaca mata.

Masalah rabun bukannya kes terpencil yang dialami oleh kanak-kanak sebaya Aina kerana kajian telah menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah rabun jauh adalah paling tinggi di Asia.

Page 19: Fact Debat Aisyah

Pakar mata ParkCity Medical Centre Sdn. Bhd., Rosesela Padmanathan berkata, masalah rabun terjadi apabila mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan betul.

Rabun dibahagikan kepada tiga kategori iaitu rabun jauh, rabun dekat dan rabun silau. �Kategori rabun jauh adalah mereka yang mempunyai masalah untuk melihat objek yang berada dari jarak jauh.

Rabun dekat pula apabila individu itu tidak dapat melihat obje� k dari jarak dekat dan rabun silau menyebabkan pandangan terhadap objek dari jarak jauh dan dekat tidak jelas.

Titik fokus perlu jatuh ke atas retina mata untuk seseorang individu mendapat imej jelas. �Bagi rabun jauh, titik fokus imej akan jatuh pada bahagian hadapan retina, manakala rabun dekat pula titik fokus berada pada bahagian belakang retina dan rabun silau menyebabkan sebahagian cahaya akan jatuh ke atas retina dan sebahagiannya di hadapan atau pun belakang retina," kata Rosesela.

Tambahnya, purata kanak-kanak Asia yang berumur tiga tahun memakai cermin mata semakin meningkat setiap tahun. Antara faktor yang mendorong peningkatan masalah rabun disebabkan oleh keturunan, persekitaran tidak baik, pemakanan dan individu yang mempunyai penyakit mata.

J� ika ibu atau bapa mempunyai masalah rabun, potensi anak mereka untuk mendapat masalah rabun juga meningkat. Namun jika kedua-duanya tidak mempunyai masalah rabun tetapi anak mereka mendapat rabun itu mungkin disebabkan beberapa faktor lain yang berkait rapat seperti persekitaran yang melibatkan komuniti tinggal di kawasan bandar lebih terdedah berbanding kawasan pedalaman.

Pengambilan vitamin A juga penting kepada badan untuk membantu kelancaran proses �biokimia pada mata. Petua-petua seperti makan lobak merah untuk membantu mempertingkatkan kuasa mata sebenarnya tidak tepat kerana fungsinya lebih kepada membantu kesihatan mata sahaja," katanya.

Sementara itu, mereka yang mengalami masalah mata atau ketumbuhan pada otak, bayi yang lahir pramatang, tabiat membaca dalam gelap dan membaca terlalu lama dalam sehari turut menyumbang kepada masalah rabun.

Tambah Rosesela, ibu bapa perlu bertindak seawal yang mungkin, sekiranya mereka mengesyaki anak mereka mengalami masalah mata. Kebarangkalian untuk mendapat masalah penglihatan boleh berlaku pada semua peringkat usia.

Apabila dikesan dari awal, kebanyakan masalah mata yang biasanya dihadapi kanak-kanak �dapat diperbetulkan dan rawatan yang sewajarnya dapat dilakukan.

Sebaik-baiknya ibu bapa perlu membawa anak memb� uat pemeriksaan mata setahun sekali. Pemeriksaan mata secara tetap memberi banyak manfaat.

Tidak hanya sekadar memeriksa sama ada memerlukan pemakaian cermin mata atau tidak,� tetapi juga mengenal pasti masalah mata yang serius sekali gus dapat melakukan rawatan pada peringkat awal," ujarnya. - Siti Aishah Yusoff

Page 20: Fact Debat Aisyah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140320/kn_01/Rabun-jejas-pembelajaran#ixzz2x7SNuKRD © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 11/03/2014

Peka dengan perubahan kesihatanSALAH satu tanggapan yang perlu diubah oleh wanita adalah penyakit jantung hanya berlaku kepada kaum lelaki.

Golongan Hawa perlu menyedari bahawa kajian daripada Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia menunjukkan penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu wanita Malaysia dengan kematian disebabkannya adalah dua setengah kali ganda lebih kerap berbanding semua jenis kanser.

Konsultan Kardiologi, Dr. Lim Bee Chian berkata, purata kematian wanita Malaysia yang meninggal dunia disebabkan penyakit jantung sangat tinggi dan semakin meningkat setiap tahun.

Sebanyak 34 peratus wanita di Mal� aysia mempunyai penyakit jantung. Mereka yang berumur lebih 25 tahun lebih berisiko berikutan amalan gaya hidup yang tidak seimbang. Wanita yang berumur 40 hingga 60 tahun dan telah menopaus juga berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.

Kajian juga men� unjukkan sebanyak 66,000 orang telah meninggal dunia disebabkan penyakit jantung dengan 54 peratus peratus adalah wanita dan 46 peratus lelaki.

Kajian oleh Persatuan Jantung Sedunia juga menunjukkan sebanyak 64 peratus wanita �telah meninggal dunia secara tiba-tiba tanpa mempunyai simptom-simptom penyakit tersebut.

"Walaupun individu tersebut tidak mempunyai simptom, itu bukan bermakna beliau tidak mempunyai risiko menghidap penyakit jantung," katanya.

Tambah Dr. Bee Chian lagi, memandangkan wanita adalah tunggak kepada sebuah keluarga dalam memastikan segala urusan harian berjalan lancar, beberapa faktor penting menyebabkan mereka terdorong mendapat penyakit jantung berbanding lelaki.

Katanya, wanita apabila berkahwin dan mempunyai anak, mereka merupakan insan yang sentiasa prihatin dengan kebajikan dan keperluan keluarganya.

"Dalam pada masa yang sama mereka terlupa untuk memberi perhatian kepada kesihatan mereka sendiri. Jika mereka mendapat sakit seperti simptom penyakit jantung mereka tidak mengambil serius terhadap kesakitan yang dialami kerana kurang kesedaran tentang penyakit tersebut.

Page 21: Fact Debat Aisyah

Mereka hanya akan datang berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya �apabila kesakitan yang dihadapi sudah tidak terkawal, seperti seringkali merasai denyutan jantung yang tidak normal, yang menyebabkan mereka pengsan secara tiba-tiba," katanya.

Menurut Dr. Bee Chian lagi, wanita perlu lebih prihatin tahap kesihatan mereka dan mengetahui simptom-simptom penyakit jantung seperti merasai sakit dada yang menekan sehingga ke paras dada dan mengalami sesak nafas secara tiba-tiba.

Mereka yang mempunyai simptom-simptom ini perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan �rawatan selanjutnya.

"Rawatan dan diagnosis awal boleh mencegah penyakit tersebut menyerang sekali gus menyelamatkan nyawa mereka.

Terdapat banyak cara untuk mengurangkan peluang-peluang mendapat penyakit jantung. �Antaranya, mengawal tekanan darah, selalu bersenam, berhenti merokok, jalankan pemeriksaan kencing manis, periksa tahap kolesterol dan banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya.

Oleh Siti Aishah Yusoff

Gambar Izham Jaafar

SALAH satu tanggapan yang perlu diubah oleh wanita adalah penyakit jantung hanya berlaku kepada kaum lelaki.

Golongan Hawa perlu menyedari bahawa kajian daripada Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia menunjukkan penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu wanita Malaysia dengan kematian disebabkannya adalah dua setengah kali ganda lebih kerap berbanding semua jenis kanser.

Konsultan Kardiologi, Dr. Lim Bee Chian berkata, purata kematian wanita Malaysia yang meninggal dunia disebabkan penyakit jantung sangat tinggi dan semakin meningkat setiap tahun.

Sebanyak 34 peratus wanita di Ma� laysia mempunyai penyakit jantung. Mereka yang berumur lebih 25 tahun lebih berisiko berikutan amalan gaya hidup yang tidak seimbang. Wanita yang berumur 40 hingga 60 tahun dan telah menopaus juga berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.

Kajian juga me� nunjukkan sebanyak 66,000 orang telah meninggal dunia disebabkan penyakit jantung dengan 54 peratus peratus adalah wanita dan 46 peratus lelaki.

Kajian oleh Persatuan Jantung Sedunia juga menunjukkan sebanyak 64 peratus wanita �telah meninggal dunia secara tiba-tiba tanpa mempunyai simptom-simptom penyakit tersebut.

"Walaupun individu tersebut tidak mempunyai simptom, itu bukan bermakna beliau tidak mempunyai risiko menghidap penyakit jantung," katanya.

Page 22: Fact Debat Aisyah

Tambah Dr. Bee Chian lagi, memandangkan wanita adalah tunggak kepada sebuah keluarga dalam memastikan segala urusan harian berjalan lancar, beberapa faktor penting menyebabkan mereka terdorong mendapat penyakit jantung berbanding lelaki.

Katanya, wanita apabila berkahwin dan mempunyai anak, mereka merupakan insan yang sentiasa prihatin dengan kebajikan dan keperluan keluarganya.

"Dalam pada masa yang sama mereka terlupa untuk memberi perhatian kepada kesihatan mereka sendiri. Jika mereka mendapat sakit seperti simptom penyakit jantung mereka tidak mengambil serius terhadap kesakitan yang dialami kerana kurang kesedaran tentang penyakit tersebut.

Mereka hanya akan datang berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya �apabila kesakitan yang dihadapi sudah tidak terkawal, seperti seringkali merasai denyutan jantung yang tidak normal, yang menyebabkan mereka pengsan secara tiba-tiba," katanya.

Menurut Dr. Bee Chian lagi, wanita perlu lebih prihatin tahap kesihatan mereka dan mengetahui simptom-simptom penyakit jantung seperti merasai sakit dada yang menekan sehingga ke paras dada dan mengalami sesak nafas secara tiba-tiba.

Mereka yang mempunyai simptom-simptom ini perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan �rawatan selanjutnya.

"Rawatan dan diagnosis awal boleh mencegah penyakit tersebut menyerang sekali gus menyelamatkan nyawa mereka.

Terdapat banyak cara untuk mengurangkan peluang-peluang mendapat penyakit jantung. �Antaranya, mengawal tekanan darah, selalu bersenam, berhenti merokok, jalankan pemeriksaan kencing manis, periksa tahap kolesterol dan banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140311/kn_01/Peka-dengan-perubahan-kesihatan#ixzz2x7Sfg0cc © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 09/03/2014

Cuaca panas melampau bawa penyakitPELUH mula membasahi baju wanita itu yang berniaga menjual kuih-muih di gerainya tatkala terik mentari memancar. Walaupun cuaca panas dengan suhu mencecah 36 darjah Celsius, tidak menghalangnya untuk meneruskan rutin harian melayan pelanggan yang ingin membeli kuih-muihnya. Ada pelanggan gerai tersebut yang mengusap peluh di dahi, ada pula yang membeli sambil memegang payung dan ada yang segera berteduh di bawah pokok selepas selesai membeli kuih. Suasana itu mungkin biasa dilihat di tempat-tempat lain memandangkan cuaca panas luar biasa sedang melanda beberapa negeri di Malaysia. Cuaca panas melampau ini mendatangkan suasana tidak selesa dalam masyarakat negara

Page 23: Fact Debat Aisyah

ini. Lebih buruk lagi apabila beberapa kawasan sudah dikenal pasti akan dilanda kemarau sekiranya paras air di beberapa empangan tidak kembali ke paras normal.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 30 juta rakyat Malaysia kini terdedah dengan bahaya serangan strok haba yang boleh membawa maut berpunca daripada cuaca panas dan kering yang berterusan hampir sebulan lalu.

Beliau menjelaskan, antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi pantas.

Suhu tinggi mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Justeru, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan perubahan cuaca ekstrem ketika ini kerana dikhuatiri menyebabkan peningkatan kes demam, batuk dan lain-lain.

Peningkatan masalah kesihatan

Menurut Pakar Perubatan Respiratori Hospital Pakar DEMC, Shah Alam, Dr. Zal Abdul Rahim, perubahan cuaca mendadak boleh mengakibatkan peningkatan masalah kesihatan khususnya sistem pernafasan.

Cuaca panas berpanjangan juga boleh menyebabkan selaran matahari, ruam panas, kejang otot, mual, muntah, strok haba, dehidrasi, pitam, halusinasi dan maut.

"Perubahan cuaca yang sejuk beberapa minggu lalu menjadi panas terik pula sekarang boleh menyebabkan peningkatan kes demam, batuk, lelah dan lain-lain penyakit berkaitan perubahan iklim," katanya.

Mengulas tentang strok haba, Dr. Zal memberitahu, strok haba bermakna paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius dan suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah Celsius.

"Simptom awal strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. Pesakit juga akan mengalami otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," ujarnya.

Selain itu, cuaca panas melampau juga boleh memberi masalah kepada kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Sementara itu, pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas di samping kurang minum air dan dehidrasi badan juga boleh menyebabkan strok haba.

Pencegahan

"Mencegah lebih baik daripada mengubati terutamanya untuk mereka yang diklasifikasikan dalam kumpulan yang berisiko tinggi. Kumpulan ini dinasihatkan untuk mengambil langkah

Page 24: Fact Debat Aisyah

berhati-hati dan melakukan langkah-langkah pencegahan. Apa yang penting ialah menjaga suhu badan normal, memastikan kekal hidrat serta mendapatkan maklumat yang tepat," katanya.

Apabila berdepan dengan musim panas yang melampau seperti sekarang, golongan yang berisiko digalakkan berada di dalam rumah atau bangunan, lebih baik dengan kemudahan alat pendingin hawa.

Hadkan aktiviti luar semasa awal pagi dan lewat petang sahaja kerana ia kurang merbahaya dan kurang panas serta berehat dengan kerap sekiranya terdedah kepada pancaran matahari.

Lakukan langkah pencegahan seperti memakai topi atau payung yang besar dan pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang serta longgar.

Jangan lupa memakai krim pelindung matahari yang mempunyai SPF 15 atau lebih 30 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari untuk mengelakkan sinaran UVA dan UVB dan gunakan secara berterusan.

Sentiasa mengamalkan konsep pusingan kerja dan rehat seperti yang dicadangkan terutama mereka yang bekerja di bawah terik matahari.

Kita sebenarnya boleh menyesuaikan badan dengan suhu yang panas daripada biasa dengan cara mengehadkan aktiviti luar secara berperingkat sehingga badan dapat mengadaptasi dengan cuaca panas tersebut.

Elakkan makanan yang pedas dan kuantiti yang banyak, kerana ini akan menyebabkan suhu badan naik, berpeluh dan kehilangan cecair badan.

Dalam pada itu, Dr. Zal berkata, musim panas ini memerlukan kita minum air yang banyak bagi mengembalikan kelembapan badan kerana kita kehilangan cecair badan melalui peluh dan mudah menjadi kering.

"Jika melakukan aktiviti fizikal di bawah panas terik, minum air dua hingga empat cawan setiap jam tanpa mengira tahap aktiviti anda.

"Jangan minum minuman berkafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi, kerana boleh mempengaruhi fisiologi badan dan menyebab kita kehilangan cecair badan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140309/kn_03/Cuaca-panas-melampau-bawa-penyakit#ixzz2x7SutG00 © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 09/03/2014

Pemakanan tingkatkan keupayaan otak

Page 25: Fact Debat Aisyah

Pemakanan yang berkhasiat, berzat dan seimbang bukan sahaja mencegah berlakunya masalah jantung dan kanser, tetapi ia turut merangsang otak yang subur. Saintis telah melakukan pelbagai kajian bagi membuktikan bahawa pemakanan mempunyai kaitan langsung dengan kesuburan otak. Seorang pensyarah dalam bidang neuro surgeri di University of California, Los Angeles (UCLA) iaitu Profesor Fernando Gomez Pinilla telah bertahun-tahun membuat kajian tentang kesan pemakanan, senaman dan tidur ke atas otak dan beliau dapati pemakanan yang sesuai dapat menyuburkan dan membantu fungsi otak, lalu mengurangkan stres dan gangguan emosi.

Ramai ibu bapa yang mungkin terlepas pandang betapa pemakanan mempunyai kesan langsung terhadap tingkahlaku anak-anak. Satu penyelidikan telah dilakukan oleh Dr. Hemamali Perera, yang bertugas di Jabatan Psikologi, Universiti Colombo, Sri Langka. Beliau telah memberikan kanak-kanak sekolah yang ada masalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD) rawatan menggunakan ubat-ubatan standard namun tiada sebarang peningkatan positif dari segi tingkahlakunya. Kanak-kanak ini kemudiannya diberikan asid lemak setiap hari selama enam bulan. Hasil kajiannya mendapati peningkatan positif yang ketara dari segi keresahan, agresif, melengkapkan kerja, dan peningkatan prestasi akademik anak-anak ADHD ini. Malah pada Tahun 2009, kajian yang telah dijalankan oleh Unit Psikiatri, Universiti Of Bristol, UK, mendapati anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia 4 tahun menyumbang kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif.

Maka jelas sekali bahawa pemakanan yang baik penting bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang. Menurut, Pakar Motivasi Pelajar iaitu Dr. Hj. Tengku Asmadi bin T. Mohamad yang telah 20 tahun menjalankan program untuk pelajar, terdapat beberapa syarat bagi memastikan anak-anak fokus dan cemerlang dalam pelajaran iaitu pemakanan yang baik, sikap yang positif, teknik dan strategi belajar yang mantap serta guru yang cemerlang. Namun, kesan pemakanan adalah yang paling utama kerana ia berkaitan langsung dengan kesuburan otak lalu menentukan keupayaan otak untuk mencerap dan memproses maklumat.

Menyedari akan kepentingan pemakanan dan kaitan langsungnya dengan otak maka beliau telah menghasilkan satu produk yang menggabungkan bahan-bahan daripada pemakanan sunnah dan juga pemakanan herba yang secara saintifik terbukti bagus untuk otak yang dipanggil sebagai JuzQ30. Produk minda JuzQ30 terdiri daripada bahan-bahan terbaik dan disebut dalam al-Quran iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam Arab (manna), zaitun, zaffaran dan telah diadunkan bersama dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140309/kn_04/Pemakanan-tingkatkan-keupayaan-otak#ixzz2x7T8ShXB © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 09/03/2014

Page 26: Fact Debat Aisyah

Nikmati rasa manis tanpa mudaratMenyedari tentang hakikat semakin ramai antara pengguna yang dibendung masalah kesihatan, Anugerah telah menghasilkan produk alternatif untuk penggemar makanan yang bergula, Pengganti Gula Anugerah. Pengganti Gula Anugerah ini memberi peluang kepada mereka yang menghadapi masalah keseimbangan gula dalam darah untuk kembali merasai kemanisan juadah tanpa memudaratkan kesihatan.

Pengganti Gula Anugerah dihasilkan daripada ekstrak tebu. Ekstrak tebu ini telah mendapat pengiktirafan daripada organisasi kesihatan serata dunia khususnya United States Food & Drug Administration (FDA). Produk ini dijamin selamat dan tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna. Apa yang menarik tentang ekstrak ini kerana tidak diproses oleh metabolisma badan sebagai kalori dan tidak memberi kesan kepada kestabilan gula di dalam darah. Kebiasaannya, gula menghasilkan kalori yang akan ditukarkan kepada tenaga untuk kegunaan sistem badan. Ketidakseimbangan akan berlaku sekiranya hormon insulin yang mengawal paras gula dirembes dengan banyak kerana banyak makanan bergula diambil. Ini menyebabkan seseorang menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa inginkan makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik dan mengundang pelbagai penyakit kronik seperti diabetis atau kencing manis.

Gula dalam minuman sangat bahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko menghidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung dan mengundang kepada pelbagai pakej masalah kesihatan lagi.

Kelebihan utama Pengganti Gula Anugerah berbanding gula biasa ialah ia mengandungi 600 kali lebih manis daripada gula biasa tanpa membahayakan kesihatan. Ini boleh dinikmati tanpa perlu risau dengan kandungan gula kerana tidak mengandungi kalori dan mengganggu keseimbangan paras gula di dalam darah. Hanya setitik yang diperlukan pada setiap hidangan, dan akan dapat menyerlahkan lagi rasa makanan dan minuman anda supaya dapat dinikmati.

Selain itu, Pengganti Gula Anugerah tidak mengandungi kalori dan secara tidak langsung membantu pengguna bijak untuk mengurangkan penggunaan gula serta mengelak masalah kesihatan. Paling penting, pengguna tidak perlu risau untuk menikmati juadah yang dihidangkan kerana Pengganti Gula Anugerah membantu pengguna menikmati rasa manis tanpa sebarang kemudaratan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140309/kn_02/Nikmati-rasa-manis-tanpa-mudarat#ixzz2x7TSMSgv © Utusan Melayu (M) Bhd 

Page 27: Fact Debat Aisyah

Sains dan teknologi

ARKIB : 24/03/2014

Kerusi roda pintarSelain mesin-mesin industri kecil sederhana (IKS), Zull Design Autotronic (ZDA) juga menghasilkan produk orang kurang upaya (OKU) bagi membantu individu yang istimewa.

Pada siri kali ini, ZDA menampilkan satu produk yang istimewa iaitu kerusi roda pintar (smart wheel chair) yang dihasilkan bagi kegunaan pelanggan termasuk ke sekolah.

Tempahan pada kali ini ZDA terima daripada seorang kanak-kanak istimewa bernama Nur Damia Irsalina Daeng Malis.

Dia merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik dan pada tahun ini berusia tujuh tahun, yang mana kanak-kanak istimewa ini disahkan menghidapi penyakit Sindrom Tetra Amelia semenjak lahir.

Walaupun, Nur Damia mempunyai perwatakan pemalu tetapi setelah mengenali seseorang itu, dia akan menjadi peramah dan ceria.

Seperti kanak-kanak yang lain, Nur Damia juga akan ke sekolah dan bersama rakan-rakan yang lain.

Oleh itu, kedua ibu bapanya mendapatkan kerusi roda pinta agar Nur Damia selesa untuk duduk atas kerusi dan belajar dalam kelas bersama-sama rakan yang lain.

Malah kerusi roda pintar ini juga dilengkapi dengan meja pembelajaran agar dapat memudahkan Nur Damia untuk menulis semasa sesi pembelajaran.

Sejak kecil, Nur Damia didukung oleh ahli keluarga untuk bergerak ke mana- mana, namun ibu bapa dan Nur Damia sendiri ingin bergerak bebas dan tidak mahu bergantung kepada sesiapa untuk bergerak.

Fungsi yang terdapat pada kerusi roda pintar ini, seperti untuk bergerak ke hadapan dan belakang serta kerusinya boleh dinaik dan diturunkan untuk membantu Nur Damia menaikinya secara tidak langsung dapat memudahkan proses pergerakan Nur Damia.

Dalam menghasilkan kerusi roda tersebut, ZDA juga menitikberatkan keselesaan serta keselamatan Nur Damia.

Aspek keselamatan yang dititikberatkan ialah tali pinggang agar Nur Damia tidak mudah terjatuh atau tergelongsor ke hadapan.

Dari aspek keselesaan ialah tempat duduk yang selesa, yang mana material tempat duduk tersebut adalah tidak mudah panas atau sejuk.

Page 28: Fact Debat Aisyah

Konsep ZDA iaitu menghasilkan mesin berdasarkan tempahan dan spesifikasi yang diminta oleh ibu bapa Nur Damia serta sesi perbincangan bersama pereka mesin ZDA dapat memperhalusi proses penghasilan kerusi roda pintar tersebut.

Harapan ibu bapa Nur Damia ialah anak mereka dapat berdikari dan menjadi seorang yang berjaya pada masa akan datang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20140324/st_03/Kerusi-roda-pintar#ixzz2x7TyYDNJ © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 17/03/2014

Satelit jejak MH370Bukan mudah mencari objek yang hilang. Apatah lagi di kawasan yang terlalu luas dan tidak ada petunjuk. Itulah cabaran pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang daripada radar pada 8 Mac lalu.

Ketika artikel ini ditulis Jumaat lalu usaha menjejak pesawat MH370 masih diteruskan menggunakan segala kemudahan yang ada daripada kapal laut dan udara.

Satu daripada kaedah yang telah mula digunakan ialah satelit.

Inilah (penggunaan satelit) sebahagian daripada usaha menyeluruh kerajaan untuk �membantu pencarian operasi dan menyelamat (SAR) daripada aspek teknikal, kata Ketua � �Pengarah Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Datuk Darus Ahmad dalam satu pertemuan di pejabatnya.

ARSM menggunakan kemudahannya dengan memanfaatkan imej satelit bagi mencari objek yang boleh digunakan sebagai petunjuk dalam operasi mengesan.

Penggunaan satelit remote sensing hanyalah usaha untuk mengesan objek dan bukan kali pertama ia digunakan.

Teknologi remote sensing atau satelit penderiaan jauh sebenarnya satu bidang yang penting dalam mengurus dan merancang aset semula jadi berkaitan hutan, tanah serta ladang. Begitu juga dengan pengurusan bencana alam yang memerlukan satelit jenis itu.

ARSM menerusi kerjasama rapat dengan beberapa pengendali satelit antarabangsa memanfaatkan hubungan tersebut bagi mendapatkan data-data secepat yang boleh.

Tiga satelit yang digunakan ialah SPOT� -6, RadarSat-2 dan LandSat-8 yang mana hasil hubungan rapat pengendali satelit terbabit memberi keutamaan kepada kita untuk memberi perkhidmatan, katanya.��

Page 29: Fact Debat Aisyah

Menurut Darus kawasan seluas 157,225 kilometer persegi telah diliputi oleh satelit terbabit dengan kebanyakannya di Teluk Siam manakala kawasan baharu melibatkan seluas 100,000 kilometer persegi sejak Jumaat lalu.

Imej satelit SPOT-6 diterima di Stesen Penerima Bumi ARSM di Temerloh, Pahang manakala imej dua lagi satelit di muat turun dengan kaedah fast transfer protocol (FTP).

Antara hasil awal analisis imej yang dijalankan tersebut dengan pihak antarabangsa ialah mengesan banyak tompokan minyak di kawasan operasi tetapi sukar dikaitkan dengan pesawat kerana dipercayai daripada kapal yang berlayar di Teluk Siam.

Kerja-kerja pengesan menggunakan teknologi satelit remote sensing turut menghadapi kesukaran kerana ketiadaan maklumat lokasi kehilangan atau laluan penerbangan yang jelas.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20140317/st_01/Satelit-jejak-MH370#ixzz2x7U8mwj5 © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 17/03/2014

Operasi SAR guna satelitOperasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan bertujuan untuk mendapatkan dan menstabilkan mangsa yang dalam kecemasan (distress).

Setiap bidang SAR menggunakan teknik yang khusus bergantung kepada keadaan semasa dan tempat kecemasan tersebut.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Noordin Ahmad bagaimanapun berkata, asas untuk semua bentuk SAR ialah penentuan lokasi.

Semasa kecemasan, masa adalah amat berharga, cepat kawasan carian dikenal pasti, maka� lebih tinggi keberangkalian untuk berjaya.

Antara teknologi penentuan lokasi ialah menggunakan cara optik (kamera), sonar di laut dan radar di daratan.

Menjelaskan lebih lanjut Noordin berkata, dalam zaman teknologi angkasa, operasi SAR boleh digerakkan dengan dua bantuan atau dua kaedah utama iaitu satelit penderiaan jauh dan juga sistem berasaskan konstelasi satelit.

Satelit penderiaan jauh dapat mengambil gambar permukaan bumi dari angkasa.

Page 30: Fact Debat Aisyah

Oleh kerana ketinggian satelit tersebut, ia dapat meliputi kawasan yang luas dan gambar yang dihasilkan bentuk digital yang boleh diproses untuk mengenal objek di bumi.

Beliau berkata, sistem pemantauan penderiaan jauh boleh mengatasi kelemahan dan kekurangan pandangan mata manusia serta meningkatkan kelajuan mencari serta meningkatkan kadar kejayaan menyelamat.

Kaedah tersebut katanya, amat popular untuk pengesanan dan pengurusan bencana.

Sesetengah satelit ini juga menghantar gelombang ke bumi dan menyimpan hasil pantulan �dari bumi iaitu konsep yang sama dengan radar) manakala data boleh dianalisis untuk tujuan pengelasan dan kejelasan objek.

Antara satelit ini ialah Ikonos dan Quickbird (Amerika Syarikat), SPOT (Perancis), Alos �(Jepun), Radarsat (Kanada), Yaogan (China) dan IRS (India).

Kaedah kedua pula ialah sistem SAR berasaskan konstelasi satelit seperti Cospas-SARSAT yang merupakan sistem satelit antarabangsa untuk tujuan tersebut.

Noordin berkata, satelit tersebut terdiri daripada beberapa konstelasi satelit dalam orbit kutub dan geopegun dan rangkaian stesen bumi.

Sistem berkenaan memberikan amaran berlaku sesuatu dan maklumat lokasi dalam SAR kepada pihak berkuasa di peringkat global bagi maritim, penerbangan dan pengguna yang dalam kesusahan.

Menurut Noordin berdasarkan rekod, dari September 1982 hingga Disember 2011, sistem Cospas-SARSAT telah membantu menyelamatkan 33,026 mangsa dalam 9,031 operasi SAR.

Bagaimanapun rekod untuk penggunaan satelit penderiaan jauh bagi tujuan SAR tidak �didapati kerana boleh dilakukan oleh negara-negara individu," katanya.

Dalam pada itu, menurut beliau terdapat antara 20 dan 30 satelit penderian di angkasa ketika ini.

Namun begitu, menurut Noordin , tidak semuanya sesuai untuk SAR kerana kekangan �kepada teknologi terutama tahap kejituan yang rendah.

Sistem Cospas-SARSAT adalah lengkap melengkapi dan menggunakan tidak� kurang dari 14 satelit iaitu enam di orbit rendah dan lapan di orbit geopegun di seluruh dunia sertan beroperasi 24 jam.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20140317/st_04/Operasi-SAR-guna-satelit#ixzz2x7UK9okP © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 11/03/2014

Page 31: Fact Debat Aisyah

Cabaran santis wanitaITU pepatah Inggeris yang cukup tepat untuk memberi gambaran bahawa menjadi wanita itu bukan mudah kerana di bahu mereka tergalas komitmen penting, antaranya sebagai anak kepada ibu bapa, merangkap isteri kepada si suami, ibu kepada anak-anak

dan pekerja kepada majikan.

Uniknya, walau seberat mana beban dipikul, sehebat mana ujian mendatang, golongan ini tetap gagah mengerah kudrat melunaskan segala tanggungjawab mereka demi cita-cita dan untuk insan tersayang.

Perkara sama dilakukan oleh Dr. Kamariah Long, 55, yang gagah mengejar cita-cita sebagai saintis berjaya tetapi dalam masa sama tidak lepas pandang menunaikan kewajipannya sebagai seorang isteri dan ibu.

Suka duka yang diharungi anak kelahiran Tangkak, Johor ini, sepanjang perjalanan mengejar impian bergelar saintis, seakan terubat. Penat-lelahnya bergelumang selama 30 tahun dalam makmal di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Serdang, Selangor, sebagai penyelidik dalam bidang bioteknologi sudah menampakkan hasil.

Minat benda hidup

Dr. Kamariah berkata, ketika di bangku sekolah lagi beliau tidak pernah memasang angan-angan untuk bergelar saintis, sebaliknya cita-citanya lebih terarah kepada bidang perubatan dan ingin bergelar doktor.

Bapa saya seorang anggota polis jadi kami sekelua� rga kerap berpindah dan semasa di tingkatan tiga saya belajar di sekolah teknik di Pahang dalam bidang yang berkaitan dengan bangunan dan pembinaan.

Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya mendapat keputusan cemerlang, �namun ketika itu saya ibarat terperangkap dalam dilema untuk memilih kursus yang sesuai dengan minat dan kecenderungan saya yang sebenar," katanya.

Dr. Kamariah berkata, lama-kelamaan beliau menyedari bahawa beliau merupakan seorang individu yang sangat berminat untuk bekerja dalam bidang yang melibatkan benda-benda hidup.

Katanya lagi, ketika itu beliau melihat pemilihan kursus pembinaan (arkitek) bukanlah satu bidang yang kena pada jiwanya, meskipun ibu kepada empat orang cahaya mata ini gemar melukis,

Saya sedar yang minat � saya lebih kepada benda hidup dan bukannya buat bangunan yang memerlukan kita bekerja dengan material melibatkan kayu, simen dan bata.

Dengan penuh tekad, saya pilih untuk memasuki program asasi sains di Universiti Malaya, �dan berjaya mendapat tawaran di universiti berkenaan dalam bidang biologi," ujarnya.

Page 32: Fact Debat Aisyah

Ketika berada di tahun kedua pengajian, beliau sedar minatnya lebih terarah kepada benda hidup yang sifatnya halus dan seni seperti mikro dan fungus yang berkait rapat dengan penyakit.

Jatuh bangun

Memulakan kerjaya sebagai seorang saintis di Mardi pada tahun 1984, bukan sedikit cabaran, suka dan duka yang terpaksa ditempuhi Dr. Kamariah dengan menjadikan makmal bagaikan rumah kedua sepanjang 30 tahun lalu.

Katanya, sebagai manusia yang tidak sempurna, sudah pasti beliau sendiri tidak terlepas daripada melakukan kesalahan hingga mengakibatkan kajian dan penyelidikan yang dijalankan menemui kegagalan.

Di awal penglibatan saya dalam kajian, saya masih muda banyak buat salah kerana pada �zaman itu tidak ada orang yang memberi panduan kepada saya tentang proses kajian daripada awal hingga akhir.

Sepuluh tahun pertama semuanya saya lakukan sendiri dan boleh dikatakan saya sudah �banyak kali langgar dinding, tetapi apabila saya gagal saya bangkit kembali buat � �penambahbaikan dengan meningkatkan pembacaan, pergi berjumpa dengan pihak industri dan sebagainya. Syukur ketika kerjaya saya memasuki tahun ke-12 saya sudah boleh nampak hasilnya," katanya.

Antara hasil penyelidikan yang boleh dianggap paling berjaya adalah berkaitan minyak kelapa dara yang mempunyai nilai tambah (EVCO), di mana paten produk berkenaan telah berjaya difailkan ke 11 negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom, Jepun, Indonesia, Filipina, dan India.

Lebih manis, Dr. Kamariah juga telah berjaya merangkul hampir 40 anugerah berkaitan dengan kajian dan penyelidikan dalam bioteknologi dari dalam dan luar negara.

Antara Keluarga

dan Kerjaya

Dr. Kamariah yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Program Bio-Pemprosesan dan Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan, Mardi dengan rendah hati mengakui rahsia di sebalik kejayaannya hari ini adalah berkat sokongan suami, Mohd. Issak Adni, 57, yang tidak lokek bertolak ansur dalam pengurusan masa dan memahami bidang kerjayanya.

Suami say� a adalah lelaki yang hebat kerana segala kepayahan dan suka duka saya beliau ada bersama. Paling saya ingat adalah pengorbanannya yang sanggup mengambil-alih tanggungjawab sebagai isteri selama setahun menjaga empat anak kami ketika saya melanjutkan pelajaran di Universiti Westminter, di London pada tahun 1995.

Bayangkan jika suami tidak memahami sudah pasti perjalanan karier saya tidak akan boleh� sejauh ini. Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan ini kerana pada ketika itu tiada internet untuk berhubung dengan mudah seperti sekarang," katanya.

Page 33: Fact Debat Aisyah

Dr. Kamariah yang berdarah kacukan Cina di sebelah ibu juga memberitahu, dalam kesibukan mengejar kepuasan kerja, beliau sentiasa menjadikan suami dan keluarga sebagai keutamaan.

Beliau juga tidak mudah alpa dengan kejayaan dan pangkat yang disandangnya. - Norazlina Ismail

Wanita minat jadi saintis

Perkembangan industri kajian bioteknologi di Malaysia sekarang ini cukup membanggakan, kerana kesan daripada perkembangan tersebut menunjukkan semakin ramai golongan wanita berminat menceburi bidang berkenaan.

Dr. Kamariah Long berkata, kejayaan seseorang wanita dalam setiap bidang yang diceburinya itu perlu berpaksikan pada minat yang mendalam dan sokongan insan tersayang

Nak jadi saintis ini bukan bidang yang pop� ular macam jadi artis tetapi para wanita harus ingat bahawa untuk menjadi seseorang penyelidik ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi.

Saya lihat wanita makin ramai jadi penyelidik, mereka ini lebih teliti dalam setiap kajian �tetapi saya lebih suka jika saintis wanita dan lelaki bergabung idea kerana kedua-dua gender ini mempunyai ketajaman idea yang berbeza. Kedua-duanya diperlukan untuk melakukan kajian yang boleh memberi impak positif dan meluas kepada masyarakat," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20140311/st_01/Cabaran-santis-wanita#ixzz2x7UeBLqA © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 17/03/2014

Cabaran pelajar cetuskan inovasi penerbanganPelbagai kaedah digunakan untuk menjana minat generasi muda dalam bidang inovasi. Yang pasti ia bermula dengan idea.

Satu daripada pendekatan tersebut ialah memberi dimensi baharu dalam industri penerbangan khususnya berkaitan sumber tenaganya.

Sumber tenaga pesawat daripada haba badan, bagasi bergelongsor di atas lapisan udara dan penggunaan kuasa lembu (gas metana) untuk menjana pesawat.

Page 34: Fact Debat Aisyah

Ini merupakan beberapa idea-idea yang dihasilkan oleh pelajar universiti dari seluruh dunia menerusi satu pertandingan yang pernah dianjurkan oleh pengeluar pesawat antarabangsa, Airbus.

Aneh, tetapi buah fikiran mereka mungkin menjadi suatu kenyataan bagi industri pesawat masa depan.

Airbus menganjurkan pertandingan bercorak inovasi itu bagi memupuk idea dan konsep penerbangan yang sesuai menerusi Fly Your Ideas, dengan sokongan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pertandingan tersebut yang telah diadakan sebanyak tiga kali bertujuan menggalakkan bakat-bakat baru mencipta industri penerbangan masa depan yang lebih mampan.

Airbus mencabar peserta membangunkan idea-idea radikal yang mesra alam untuk industri penerbangan. Lima telah dipilih ke pusingan akhir daripada beratus-ratus penyertaan kreatif dari segi kejuruteraan dan reka bentuk.

Pasukan terpilih dibawa ke ibu pejabat Airbus di Toulouse, Perancis untuk membentangkan idea mereka kepada panel hakim bagi merebut hadiah utama RM135,000 (30,000).�

Sungguh pun idea-idea yang dikemukakan seperti pengenalan metana sebagai bahan api penerbangan dan pengurangan bunyi hanya melalui pengubahsuaian reka bentuk enjin seolah-olah mustahil untuk dicapai, tetapi mungkin tidak lama lagi konsep-konsep ini dapat direalisasikan.

Naib Presiden Kejuruteraan Airbus, Charles Champion selaku penaung Fly Your Ideas, berkata, pengenalan konsep inovasi dan teknologi masa depan tersebut membuktikan bahawa bidang kejuruteraan tidak menumpukan kemahiran teknikal sahaja.

Bidang ini berkembang dengan minda yang inovatif dan pendekatan yang kreatif. Demi �mencapai industri penerbangan yang neutral karbon menjelang 2020, kami memerlukan idea-idea inovatif dan kreatif yang berterusan dari jurutera masa kini.

Pertandingan ini mengemukakan penyelesaian mampan untuk masa depan kami. Melalui �Fly Your Ideas, kami membantu idea-idea ini menjadi kenyataan, katanya.��

Namun begitu, sikap berinovasi mungkin terancam kerana jurang kemahiran teknikal dalam tenaga kerja.

Industri teknologi canggih sedang menghadapi kekurangan 40 juta pekerja mahir untuk merealisasikan Wawasan 2020, terutama sekali industri aeroangkasa, termasuk sektor permotoran dan peralatan perubatan.

Ekonomi global

Sementara itu Pengarah Dasar Sains dan Pembangunan Kapacity UNESCO , Dr. Lidia Brito, berkata, generasi jurutera baharu perlu diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka.

Ini kerana, kekurangan jurutera akan menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi global.

Page 35: Fact Debat Aisyah

Laporan Kejuteraan UNESCO baru-baru ini menyatakan bahawa kekurangan jurutera �adalah masalah yang ketara di banyak negara, ujarnya.��

Katanya, walaupun secara purata, bilangan pelajar kejuruteraan semakin meningkat di seluruh dunia, kadar pendaftaran dalam bidang kejuruteraan menurun berbanding dengan bidang-bidang lain, ini amat merunsingkan.

Kata beliau , adalah perlu mengadakan inisiatif yang praktikal seperti Fly Your Ideas untuk memberi motivasi kepada generasi muda mengembangkan potensi kejuruteraan dan mencari penyelesaian yang boleh mengatasi apa sahaja isu yang dihadapi.

Fly Your Ideas Airbus bertujuan meluaskan peluang perkembangan kerjaya untuk pencipta muda termasuk menyumbang kepada dunia yang lebih baik khususnya dalam industri penerbangan.

Dalam pertandingan Fly Your Ideas 2013 yang lalu , pelajar bukan sahaja disediakan mentor daripada Airbus untuk menggariskan hala tuju keseluruhan projek, tetapi juga seorang pakar Airbus dalam bidang pilihan mereka.

Ini bermakna semua peserta mendapat nasihat pakar untuk mengimbas peluang-peluang sedia ada dalam industri penerbangan yang menyokong lebih daripada 56 juta pekerjaan.

Industri itu juga menyumbang 35 peratus daripada perdagangan dunia, dan RM6.6 trilion (US$ 2.2 trilion) dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global.

Pihak pendidikan tinggi antarabangsa turut mendapat manfaat dengan mengenalpasti peluang penyelidikan dan pembangunan lanjutan.

Fly Your Ideas sebahagian daripada visi syarikat Airbus yang menyasarkan penerbangan mampan menjelang 2050.

Pemenang pertandingan ini diumumkan pada majlis anugerah di Paris pada 14 Jun tahun yang sama.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20140317/st_03/Cabaran-pelajar-cetuskan-inovasi-penerbangan#ixzz2x7UvTFlW © Utusan Melayu (M) Bhd