laporan sambutan bulan kemerdekaan 2014.docx

Upload: renuga-sangaran

Post on 07-Mar-2016

260 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014

PANITIA SEJARAH

LAPORAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH

Panitia sejarah

Sjkt ladang sungai bulohTahun 2014

SJKT LADANG SUNGAI BULOH,45700 BUKIT ROTAN.

PANITIA SEJARAHLaporan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2014

Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat, sekolah, rumah kediaman, kedai dan bangunan kerajaan.

Sekolah SJKT Ladang Sungai Buloh telah mengadakan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan pada 27 Ogos 2014. Sambutan dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang. Serentak dengan upacara tersebut, semua murid dan guru-guru berdiri tegak dan menyanyi lagu 'Negaraku' dengan penuh bersemangat. Majlis sambutan kemerdekaan diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar, Pn.Monimolzhi Lenin merasmikan majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan.

Pertandingan menghias kelas sempena kemerdekaan dilaksanakan dari bulan awalOgos. Guru kelas dan murid-murid menghias kelas dengan penuh semangat. Setiapkelas dihias dengan kreatif guru dan murid-murid kelas masing-masing. Guru kelasmembuat poster dan tanda mercu Negara Malaysia bagi mengingati lambang jatanegara.

Pertandingan kuiz patriotik telah diadakan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan. Semua kelas tahap satu dan dua menyertai pertandingan ini. Acara ini mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid. Pemenang dipilih seorang dari setiap kelas.

Pada hari pelancaran Sambutan Hari kemerdekaan, satu perarakan diadakan. Perarakan ini bermula dari kawasan sekolah ke simpang jalan sekolah dan berpatah balik. Murid-murid dan guru-guru sekolah berjalan sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat.

Selepas perarakan, guru-guru menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan diiringi oleh muzik. Murid-murid mengibarkan jalur gemilang dengan gembira dan berasa bangga apabila mendengar lagu-lagu patriotik. Perasaan kasih dan cintakan negara tertanam dalam jiwa murid-murid.

Pada pukul 11.00 pagi, upacara penutup telah diadakan. Guru besar memberi hadiah kepada pemenang-pemenangnya. Akhir kata aktiviti seperti ini mesti diadakan setiap tahun agar jati diri setiap warga negara Malaysia sentiasa terukir dalam jiwa warga sekolah. Kibarkan Jalur Gemilang di seluruh kawasan bagi melambangkan semangat cintakan tanah air. "Kita perlu berasa bangga menjadi Warga Negara Malaysia".

Laporan disediakan oleh, 3 September 2014

.............................................(RENUGA A/P SANGARAN)KETUA PANITIA SEJARAH

LAMPIRAN

PERASMIAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERTANDINGAN KUIZ

PERTANDINGAN KUIZ

PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

GURU BESAR MEMBERI HADIAH KEPADA PEMENANG KUIZ DAN PERHIASAN KELAS

POSTER KELAS YANG DIHIAS OLEH GURU DAN MURID-MURID