laporan reflektif swot.docx

4
LAPORAN REFLEKTIF SWOT Kumpulan pengajian tamil tahun 2 semester 5 telah menganjurkan karnival permainan tradisional pada 23 OGOS 2015. Saya sebagai salah seorang AJK karnival permainan tradisional ini telah menerima pengalaman yang agak baik serta menyumbang kepada prestasi saya sebagai seorang guru kelak. Saya telah memegang jawatan sebagai ajk hadiah dan juga pengacara majlis. Saya berasa agar bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalankan tugas saya serta berpeluang bertugas bersama rakan saya yang lain. Saya yakin bahawa anjuran karnival ini cukup bermakna bagi kami untuk itu saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah penyelaras kami iaitu En.Khoo Tiang Oon yang telah mendidik kami dan sentiasa tunjuk ajar supaya kami dapat membuat yang terbaik dalam karnival ini. Kekuatan : Segala pengalaman yang membina nilai-nilai keguruan dalam diri saya merupakan kekuatan yang paling penting. Jadi semasa menjalankan tugas saya sebagai ajk hadiah dan juga pengacara majlis, saya dapat merasakan bahawa semasa menjalankan tugas- tugas ini saya mempelajari cara mengacara sesuatu majlis dan ia juga membantu saya untuk membentuk keyakinan saya. Saya juga dapat mengatasi masalah “stage fear”. Kemungkinan besar selepas ini, saya mampu memberi sebarang ucapan di pentas tanpa rasa gementar. Selain itu, menerusi karnival ini, kami dapat memupuk nilai kerjasama sesama rakan sekelas. Melalui semangat kerjasama 1

Upload: pari-mala

Post on 13-Dec-2015

255 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN REFLEKTIF SWOT.docx

LAPORAN REFLEKTIF SWOT

Kumpulan pengajian tamil tahun 2 semester 5 telah menganjurkan karnival

permainan tradisional pada 23 OGOS 2015. Saya sebagai salah seorang AJK karnival

permainan tradisional ini telah menerima pengalaman yang agak baik serta

menyumbang kepada prestasi saya sebagai seorang guru kelak. Saya telah memegang

jawatan sebagai ajk hadiah dan juga pengacara majlis. Saya berasa agar bersyukur

kerana diberi peluang untuk menjalankan tugas saya serta berpeluang bertugas

bersama rakan saya yang lain. Saya yakin bahawa anjuran karnival ini cukup bermakna

bagi kami untuk itu saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih

kepada pensyarah penyelaras kami iaitu En.Khoo Tiang Oon yang telah mendidik kami

dan sentiasa tunjuk ajar supaya kami dapat membuat yang terbaik dalam karnival ini.

Kekuatan :

Segala pengalaman yang membina nilai-nilai keguruan dalam diri saya merupakan

kekuatan yang paling penting. Jadi semasa menjalankan tugas saya sebagai ajk hadiah

dan juga pengacara majlis, saya dapat merasakan bahawa semasa menjalankan tugas-

tugas ini saya mempelajari cara mengacara sesuatu majlis dan ia juga membantu saya

untuk membentuk keyakinan saya. Saya juga dapat mengatasi masalah “stage fear”.

Kemungkinan besar selepas ini, saya mampu memberi sebarang ucapan di pentas

tanpa rasa gementar. Selain itu, menerusi karnival ini, kami dapat memupuk nilai

kerjasama sesama rakan sekelas. Melalui semangat kerjasama kami dapat

menjalankan karnival ini dengan penuh meriah sekali. Karnival ini juga melibatkan

komitmen ahli kumpulan yang sangat mengalakan. Segala tugas telah diagih secara

adil dan kami dapat kerja dibawah pengarah projek yang sentiasa memahami dan

bersifat dedikasi. Seterusnya, saya juga dapat melihat bahawa semasa membuat

persediaan kami bekerja dalam suasana berpasukan dimana saya dapat meihat sifat

kesabaran, bertolak ansur dan tolomh menolong telah terserlah sepanjang program ini

dijalankan. Walaupun ada persengketaan dan perselisahan faham tetapi disebabkan

adanya kekuatan nilai-nilai murni maka segala masalah telah berjaya diatasi. Saya

berharap segala kekuatan ini akan berkekalan selama-lamanya.

1

Page 2: LAPORAN REFLEKTIF SWOT.docx

Kelemahan :

Dari segi aspek kelemahannya, suasana pagi yang sangat indah telah tukar menjadi

sukar semasa menjalankan acara kabadi kerana para peserta terpaksa bermain

dibawah bahang matahari yang sangat panas. Mungkin masalah ini tidak wujud jika

pembahagian masa untuk aktiviti luar diawalkan. Kelemahan seterusnya adalah,

pembahagian kumpulan yang sukar untuk dikenali iaitu setiap peserta bagi setiap

rumah dibezakan dengan hanya sehelai kain. Cadangan ini akan menjadi lebih

berkesan jika nama rumahnya adalah nama warna. Tetapi memandangkan nama

rumah merupakan nama etnik maka ia telah menyebabkan suasana keliru. Kelemahan

seterusnya, hari karnival yang terpaksa diatur pada hari Ahad menyebabkan ada

segelintir murid yang beragama Kristian terpaska undur kerana mereka pergi gereja

untuk sembahyang. Kami berasa segala kelemahan ini merupakan satu pengalaman

kerana ia membantu kami untuk mengenal silap dan salah kami agar ia tidak akan

berulang lagi.

Peluang :

Menerusi karnival permainan ini saya telah berpeluang untuk menganjurkan sesuatu

karnival, di mana saya telah berpeluang untuk kerja berpasukan bersama rakan sekelas

saya. Saya juga dapat peluang untuk berkenalan dengan rakan sekelas saya secara

lebih mendalam. Peluang seterusnya, saya dapat menjalankan tugas saya sebagai

pengacara majlis secara reality, ia bagaikan pengacara majlis dalam rancangan jom

heboh anjuran TV3. Kami berasa terharu dan gembira kerana karnival ini telah

dijalankan di MSquare dimana tempatnya agak strategi untuk semua acara dijalankan

tanpa sebarang gangguan. Saya juga dapat pelunag untuk bergaul mesra dengan

pelajar-pelajar junior kami dan mereka sangat aktif dan mampu memberi kerjasama

yang cukup hebat agar karnival ini berjaya dijalankan tanpa sebarang halangan. Saya

juga dapat berpeluang untuk melihat suasana harmoni, dimana ketiga-tiga kaum iaitu

Melayu, Cina dan India telah berkunjung dibawah satu bumbung untuk memeiahkan

karnival ini. Jadi di sini saya dapat melihat bahawa karnival ini bukan sahaja memberi

satu peluang yang baik malah ia juga dapat mengekalkan hubungan erat sesama kaum

di Malaysia.

2

Page 3: LAPORAN REFLEKTIF SWOT.docx

Ancaman :

Sepanjang karnival ini dijalankan tiada sebanrang ancaman yang boleh mencetuskan

sebarang masalah, Cuma kami mengalami masalah ruang yang agak sempit untuk

bermain iaitu bagi acara kabadi dan juga lompat guni. Ancaman seterusnya faktor

cuaca yang sangat panas menyebabkan peserta yang mengambil bahagian dalam

acara kabadi dan juga lompat guni kelihatan sangat sukar dan juga penat.

Walaubagaimanapun, kami berasa syukur kerana harinya tiada hujan.

Kesimpulan :

Sebagai ahli jawatankuasa dalam karnival permainan tradisional ini, saya berasa

sangat gembira dan berpuas hati untuk berkerja sepasukan bersama rakan-rakan saya

kerana mereka sangat aktif dan sentiasa mengambil berat sesama sendiri. Seterusnya,

saya berharap segala pengalaman yang diterima berkekalan selama-lamanya supaya

ia dapat diguna di sekolah saya bertugas kelak.

3