laporan razak sebagai perintis perpaduan dalam kalangan murid pelbagai etnik di malaysia

Upload: dhiyaul-haq

Post on 04-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Laporan Razak Sebagai Perintis Perpaduan Dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Malaysia

    1/10

    PENDAHULUAN

    Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum atau

    lebih dikenali sebagai masyarakat majmuk. Situasi ini memerlukan negara

    menekankan kepada hubungan etnik yang mantap di kalangan rakyat negara ini.

    Apatah lagi bagi sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama,

    bahasa, budaya dan etnik. Maka, persoalan hubungan etnik, perpaduan dan

    integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya

    pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan.

    Perpaduan antara kaum dan etnik yang pelbagai dalam sesebuah negara

    sangat penting. Jika di intai kembali peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, antara

    punca yang membawa kepada tragedi tersebut adalah timbulnya perasaan

    perkauman dan syak wasangka dalam kalangan penduduk Tanah Melayu. Perasaan

    cemburu, iri hati, dengki dan tidak puas hati yang bermaharajalela dalam kalangan

    penduduk pelbagai etnik pada ketika itu telah membawa kepada satu peristiwa yang

    sangat pahit. Nyawa dan harta benda melayang begitu sahaja dalam sekelip mata.

    Sungguh, perbalahan dan pertelingkahan itu tidak membuahkan hasil yang lumayan

    melainkan hanyalah kepada kita sendiri bahkan juga kepada negara yang dicintai.

    Oleh itu, perpaduan dan semangat kekitaan dalam kalangan penduduk

    Malaysia yang berbilang etnik sangat penting bagi memastikan semua penduduk

    tidak kira bangsa, agama dan kaum dapat hidup dengan selesa, aman damai dan

    harmoni.

  • 7/29/2019 Laporan Razak Sebagai Perintis Perpaduan Dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Malaysia

    2/10

    ESEI : LAPORAN RAZAK SEBAGAI PERINTIS PERPADUAN DALAM

    KALANGAN MURID PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA

    Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Satu peribahasa melayu yang acap

    kali singgah di telinga dan sering meniti di bibir kita. Sekali imbas sahaja kita sudah

    dapat menangkap maksud yang ingin disampaikan. Apabila kita bersatu maka kita

    akan kuat sebaliknya apabila kita berpecah-belah, maka kita akan lemah dan

    hancur. Ia mempunyai kaitan yang rapat dengan perpaduan. Perpaduan merupakan

    satu isu yang sangat penting terutama sekali bagi negara kita yang mempunyai

    penduduk yang berbilang etnik.

    Menurut Kamus Dewan, perpaduan berasal daripada kata akar padu, yang

    membawa maksud bergantung, bersatu, bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan

    utuh, bermuafakat, berunding dengan bersungguh-sungguh. Perpaduan atau

    solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh

    masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu

    identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Melihat

    kepada maksudnya sahaja sudah mencukupi untuk menerangkan kepada kitabahawa untuk menjadi kuat dan kukuh, tiada cara lain melainkan melalui perpaduan.

    Bagi kita rakyat Malaysia, yang pelbagai bangsa dan fahaman ini, perpaduan

    bermaksud kita semua mestilah bersatu, bermuafakat, bekerjasama, dan berunding

    untuk menjadi satu bangsa yang kuat.

    Perpaduan tidak akan utuh dan kuat begitu sahaja tanpa usaha yang padu

    dari pelbagai pihak. Ia hendaklah dipupuk daripada awal iaitu di peringkat sekolah

    lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Jadi, di sini

    pendidikan memainkan peranan yang sangat penting bukan sahaja bertujuan

    memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara

    kaum. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu

    signifikan untuk menyumbang ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk

    menjadi sebuah negara maju yang mengikut acuan sendiri. Dalam hal ini, Laporan

    Razak 1956 telah menjadi perintis kepada perpaduan dalam kalangan murid

    pelbagai etnik di Malaysia.

  • 7/29/2019 Laporan Razak Sebagai Perintis Perpaduan Dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Malaysia

    3/10

    Objektif utama Laporan Razak adalah perpaduan yang mana berfokus untuk

    mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya sebagai

    satu rumpun bangsa di Tanah Melayu di samping mengembangkan sistem

    pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan. Laporan Razak

    dianggap sebagai perintis kepada perpaduan dalam kalangan murid pelbagai etnik

    adalah kerana hasil daripada laporan tersebut, rakyat telah dapat disatukan di

    bawah satu kurikulum yang sama.

    Pendidikan pada zaman pemerintahan British lebih cenderung kepada

    pengasingan antara kaum di Tanah Melayu. Kaum Melayu, India dan Cina

    dipisahkan bukan sahaja dari segi penempatan, ekonomi bahkan juga dengan

    sistem pendidikan yang berbeza. Kaum India dan Cina diajar menggunakan sukatan

    pelajaran yang diambil daripada negeri asal mereka. Hal ini menyebabkan semangat

    cintakan tanah air tidak dapat diwujudkan dan timbulnya sifat prejudis antara kaum.

    British juga telah mewujudkan sekolah yang hanya sesuai untuk sesuatu kaum

    sahaja tanpa bahasa pengantar tunggal dan dipisahkan dengan kedudukan geografi

    yang mana telah mengehadkan pergaulan antara kaum. Keadaan ini telah

    mengakibatkan bercambahnya benih-benih perkauman dan perpecahan sehingga

    mereka hidup ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Perkara ini menunjukkan bahawa British langsung tidak menekankan perpaduan

    dalam sistem pendidikan ciptaan mereka.

    Namun, segala-galanya berubah setelah Laporan Razak diperkenalkan.

    Laporan Razak telah berjaya menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan

    etnik menerusi satu kurikulum yang seragam yang dibina bagi mendukung cita-cita

    negara untuk mewujudkan perpaduan berpandukan rukun negara sehingga ke hari

    ini. Kurikulum dan perpaduan negara sememangnya mempunyai hubungan yang

    sangat rapat. Melalui kurikulum yang sama, murid dari pelbagai kaum dapat

    mengikuti kurikulum yang seragam melalui sukatan pelajaran yang sama

    kandungannya, melakukan kegiatan luar bilik darjah dan juga mengambil

    peperiksaan awam yang sama. Dengan itu, murid-murid akan lebih terbuka dalam

    memahami masyarakat berbilang kaum di negara ini. Hal ini mewujudkan semangat

    patriotik dalam kalangan penduduk pelbagai etnik dan sikap saling bertolak-ansur

    dapat dipupuk. Dalam hal ini, memahami kepelbagaian kaum dan pemahaman

  • 7/29/2019 Laporan Razak Sebagai Perintis Perpaduan Dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Malaysia

    4/10

    bahawa perkongsian dalam negara yang berbagai kaum adalah perlu bagi menjamin

    keamananan negara tercinta.

    Selain itu, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah

    juga telah dapat menyatupadukan murid pelbagai etnik di negara kita. Penggunaan

    Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mempunyai kaitan yang rapat dengan

    usaha pembinaan negara. Bahasa Melayu yang digunakan adalah bagi membantu

    perpaduan kebangsaan dan menjadi perantaraan yang berkesan untuk komunikasi

    pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat yang pelbagai dialek. Melalui penggunaan

    Bahasa Melayu juga perhubungan dan persefahaman antara kaum dapat

    diwujudkan seterusnya menghapuskan rasa curiga dan syak wasangka daripada

    mana-mana pihak.

    Setelah berlakunya tragedi berdarah pada 13 Mei 1969, penggunaan Bahasa

    Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah telah ditekankan dan diperkuatkan

    serta dijalankan dengan cara yang paling berkesan. Dengan peredaran masa yang

    pantas, penggunaan Bahasa Melayu semakin meluas dan majoroti rakyat Malaysia

    boleh bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Masyarakat yang bersatu

    padu tidak dapat dibina jika sekiranya Bahasa Melayu tidak diperkenalkan dan

    digunakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa kebangsaan. Sebelum ini,

    masyarakat yang pelbagai kaum lebih cenderung untuk melakukan hal sendiri tanpa

    mempedulikan kaum lain dan komunikasi antara mereka juga tidak wujud

    disebabkan masalah bahasa. Disebabkan itu, timbulnya prejudis dan persefahaman

    antara mereka tidak dapat dicapai. Jadi, bagaimana mungkin perpaduan dapat

    dicapai seandainya anggota masyarakat tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan

    tidak memahami antara satu sama lain? Oleh itu, Bahasa Melayu digunakan sebagai

    alat untuk mencapai perpaduan negara. Sehingga kini, Bahasa Melayu dijadikan

    satu subjek wajib di semua peringkat dan jenis sekolah di Malaysia dan kelulusan

    dalam subjek ini dijadikan syarat utama untuk mendapatkan kelulusan dalam

    peperiksaan awam.

    Seterusnya, Laporan Razak yang mencadangkan agar sekolah kebangsaan

    diwujudkan telah berjaya mencapai objektifnya untuk menyatupadukan murid

    pelbagai kaum di seluruh Malaysia. Sekolah kebangsaan yang telah diwujudkan ini

    telah menggalakkan penyatuan dan perpaduan antara murid pelbagai kaum dalam

  • 7/29/2019 Laporan Razak Sebagai Perintis Perpaduan Dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Malaysia

    5/10

    satu sekolah yang sama. Apabila semua murid tidak mengira kaum berada di bawah

    satu bumbung yang sama, maka mereka akan dapat menjalinkan hubungan

    persahabatan dengan lebih erat dan juga berpeluang menjalankan aktiviti bersama

    dengan menggunakan pelbagai prasarana yang disediakan oleh sekolah tanpa ada

    dominasi ataupun diskriminasi. Setelah murid mengenali dan bersahabat dengan

    murid lain yang datang dari pelbagai kaum, maka murid akan saling dapat

    memahami adat, budaya, pemikiran dan juga perkara-perkara sensitif bagi sesuatu

    kaum yang tidak boleh diungkit. Dengan ini juga murid akan dapat memupuk

    semangat kekitaan di samping menguatkan lagi perpaduan dalam kalangan mereka

    yang mempunyai latar belakang yang berbeza-beza.

    Meskipun sekolah-sekolah jenis kebangsaan turut wujud di Malaysia, namun

    sekolah-sekolah ini juga turut mengamalkan sikap terbuka dengan tidak

    mengehadkan pengambilan murid daripada kaum tertentu sahaja. Di sekolah-

    sekolah jenis kebangsaan juga turut terdapat murid-murid daripada pelbagai kaum

    lain yang wujud secara minoriti bersekolah di sekolah terbabit. Hal ini membuktikan

    bahawa semua murid daripada pelbagai kaum dapat menerima antara satu sama

    lain. Mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di mana berada di bawah

    satu bumbung bersama kaum lain.

    Selain itu, menerusi aktiviti dan program yang pelbagai yang dijalankan di

    sekolah kebangsaan juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama murid yang

    berlainan kaum. Misalnya, aktiviti kokurikulum yang mana menggabungkan semua

    murid tidak mengira kaum dalam satu sukan ataupun permainan. Dengan cara ini,

    semua murid dapat bergaul, bermesra dan berseronok di samping dapat mengenali

    sesama mereka dengan lebih dekat. Di samping itu, sambutan perayaan ataupun

    hari kebesaran yang disambut bersama di sekolah turut dapat memupuk perpaduan

    yang jitu. Misalnya sambutan hari kemerdekaan dapat menguatkan lagi semangat

    kekitaan dan cintakan negara dalam kalangan murid pelbagai kaum.

    Laporan Razak yang telah diperkenalkan pada tahun 1956 ini nyata telah

    membuahkan hasil yang positif terhadap perpaduan sesuai dengan objektif

    utamanya iaitu untuk memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk yang pelbagai

    etnik di Malaysia. Menjadikan pendidikan sebagai wahana bagi mencapai perpaduan

    adalah satu langkah yang tepat kerana sekolah merupakan institusi yang paling

  • 7/29/2019 Laporan Razak Sebagai Perintis Perpaduan Dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Malaysia

    6/10

    sesuai untuk menerapkan perpaduan. Pada peringkat sekolah inilah murid-murid

    mudah dilentur dan dibentuk. Jadi, pada peringkat sekolah ini perpaduan dan

    semangat kekitaan sesuai dan dapat diterapkan dalam diri murid secara efektif.

    Sebenarnya, mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan bukanlah satu kerja

    yang mudah. Tambah-tambah lagi pada zaman modenisasi seperti sekarang,

    pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi harus ditempuh bagi memastikan perpaduan

    dapat juga diwujudkan antara masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. Masalah

    berkaitan perpaduan sebenarnya wujud sejak lama dahulu lagi. Namun, selepas

    peristiwa 13 Mei 1969, barulah masyarakat mula membuka mata melihat isu ini

    dengan lebih serius dan mendalam menyedari bahawa akibat daripada perpecahan

    dan perbalahan antara kaum hanyalah membawa kepada kerugian dan perkara

    negatif.

    Tuntasnya di sini, Laporan Razak sememangnya telah memberi impak yang

    besar terhadap perpaduan negara melalui bidang pendidikan. Hal ini jelas dibuktikan

    dengan kenyataan-kenyataan yang telah diterangkan di atas. Laporan Razak

    merupakan asas kepada dasar pendidikan nasional yang berterusan hingga ke hari

    ini. Meskipun masih terdapat banyak kelemahan dalam pelaksanaannya namun

    ianya cuba ditangani dengan pelbagai dasar lain yang telah diperkenalkan

    selepasnya seperti Akta Pelajaran 1961 dan laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

    Kedua-dua dasar yang diperkenalkan ini masih membawa dan meneruskan dasar

    perpaduan Laporan Razak dengan meletakkan Bahasa Melayu sebagai prasyarat

    utama dan kurikulum yang sama. Kejayaan Laporan Razak dalam mewujudkan

    perpaduan di negara ini sudah tidak dapat dipertikaikan lagi.

  • 7/29/2019 Laporan Razak Sebagai Perintis Perpaduan Dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Malaysia

    7/10

    PENUTUP

    Oleh kerana Malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk maka konsep

    perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami dengan jelas. Satu prinsip

    Rukun Negara telah menyatakan bahawa perpaduan mestilah berupaya untuk

    menangkis semua gejala yang boleh memecahbelahkan rakyat, seperti semangat

    perkauman yang menebal dan perasaan kedaerahan yang melampau. Salah satu

    cara yang digunakan agar rakyat Malaysia sentiasa bersama adalah melalui

    pendidikan kebangsaan. Institusi sekolah diharap bukan lagi hanya sebagai tempat

    untuk belajar menulis, mengira dan membaca tetapi sekolah juga berperanan untuk

    membimbing pelajar untuk hidup bermasyarakat dan bernegara. Malah, cara ini di

    anggap paling berkesan kerana setiap orang pasti akan melangkah ke alam

    persekolahan dan keadaan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan

    semangat cintakan negara berdasarkan sukatan pelajaran, penggunaan bahasa

    melayu dan sistem peperiksaan yang seragam. Semangat patriotik perlu ditanam

    dalam diri setiap kumpulan etnik agar negara kita kukuh daripada dijajah oleh anasir

    luar melalui pemikiran.

    Akhir kalam, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran

    sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia.

    Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat

    keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung,

    bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat

    penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan

    negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk

    sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling

    bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020.

  • 7/29/2019 Laporan Razak Sebagai Perintis Perpaduan Dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Malaysia

    8/10

    REFLEKSI

    Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah s.w.t pencipta sekalian alam

    dan makhluk di atas nikmat iman dan Islam yang dikurniakanNya maka saya telah

    dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan lengkap dan sempurna,

    Alhamdulillah.

    Melalui tugasan Hubungan Etnik pada kali ini, saya telah berpeluang

    mempelajari banyak perkara baru dan menarik. Jika sebelum ini, saya kurang

    meminati subjek ini tetapi selepas mendapat tugasan ini saya menjadi lebih berminat

    untuk belajar dan mengetahui banyak perkara berkaitan dengan hubungan etnik di

    Malaysia. Saya juga telah menyedari bahawa pentingnya mempelajari mata

    pelajaran Hubungan Etnik untuk mengetahui keadaan negara kita secara lebih

    mendalam.

    Selain itu, saya juga telah menyedari akan kepentingan perpaduan dalam

    kalangan masyarakat pelbagai kaum. Hal ini seharusnya tidak dipandang enteng

    oleh semua pihak kerana perpaduan memainkan peranan penting dalam

    memastikan semua rakyat dalam negara tidak mengira bangsa, etnik, kaum dan

    agama dapat hidup dengan tenang, harmoni, aman dan damai tanpa timbulnyaperbalahan dan perpecahan.

    Seterusnya, melalui tugasan ini juga saya telah dapat memahami tentang

    kepelbagaian etnik di Malaysia secara lebih mendalam dan terperinci. Maklumat

    yang diperoleh sedaya upaya saya gunakan sebaik mungkin agar dapat memberi

    manfaat dan faedah pada masa hadapan kelak.

    Namun begitu, dalam usaha menyempurnakan tugasan ini juga, saya telah

    mengalami beberapa masalah antaranya keliru dengan kehendak soalan,

    kekurangan sumber rujukan dan beberapa lagi masalah lain. Namun, semua itu

    telah dapat saya atasi dengan bantuan pensyarah pembimbing iaitu Encik Zawawi

    Mokhtar dan juga rakan-rakan yang lain. Sungguh, jasa kalian semua tidak akan

    dapat saya lupakan.

    Selain itu, pengetahuan saya yang agak terbatas tentang Laporan Razak juga

    turut memberi masalah kepada saya. Saya sering keliru dengan cadangan-cadangan yang terkandung dalam laporan tersebut. Mujurlah, ada rakan-rakan yang

  • 7/29/2019 Laporan Razak Sebagai Perintis Perpaduan Dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Malaysia

    9/10

    sudi membantu dan memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya. Dengan

    bantuan mereka itulah, saya telah berjaya menyempurnakan tugasan ini dengan

    lengkap, Alhamdulillah.

    Akhir kalam, segala apa yang telah saya pelajari melalui tugasan ini akan

    saya aplikasikan pada masa hadapan. saya berharap agar hasil kerja saya ini dapat

    memuaskan hati semua pihak. Sekian, terima kasih.

  • 7/29/2019 Laporan Razak Sebagai Perintis Perpaduan Dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Malaysia

    10/10

    RUJUKAN

    Ahmad, A. (2008, Julai 20). Pendidikan untuk Perpaduan Etnik. Retrieved Mac 2012, from Negaraku

    Malaysia: http://nuar69.blogspot.com/2008/07/pendidikan-untuk-perpaduan-etnik.html