razak - staffportal.pdc.gov.my

16
Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my HR FOCUS MEI - JUN 2018 1

Upload: others

Post on 13-Mar-2022

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my

HR FOCUS MEI - JUN 2018 2

Oleh : Haniza Abdul Razak

Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my

HR FOCUS MEI - JUN 2018 3

MAJLIS PERPISAHAN CIK GANGESWARY A/P ANBANATHAN

Cik Gangeswari a/p Anbananthan mula berkhidmat di PDC pada 1 Julai 2016 dan ditempatkan di Bahagian Perolehan dan kemudian di Bahagian Khidmat Pengurusan. Pada 1 Februari 2018 beliau telah

ditukarkan ke Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Ansilari. Tarikh akhir beliau bersama PDC ialah pada 25 Mei 2018. Majlis perpisahan telah diadakan pada 15 Mei 2018.

Oleh : Noorlia Mohamed

Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my

HR FOCUS MEI - JUN 2018 4

MAZLIFAH BINTI AHMAD KHAN – BAH. KEWANGAN & PELABURAN

(3 MEI 2018) – 25 TAHUN DALAM PERKHIDMATAN

Oleh : Nur Rosyiidah Basir

Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my

HR FOCUS MEI - JUN 2018 5

No. No. Ktgn

Nama Tarikh Tamat Perkhidmatan

Bahagian Jawatan

1 P0480 MOGANESWARY A/P K THANGAVELOO

13/05/2018 BAH PERANCANGAN FZKL & PENGURUSAN TANAH

PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N22 KUP

2 P0511 NOOR ZAIN BIN SULTAN

18/06/2018 BAH PERANCANGAN FZKL & PENGURUSAN TANAH

PEMBANTU AWAM GRED H11

3 P0596 SHAHRIL NIZAM CHEAH BIN ABDULLAH

26/06/2018 BAH KOMUNIKASI KORPORAT

PENGURUS KANAN GRED N54

En. Noor Zain En. Shahril Nizam Cheah Puan Moganeswary

Oleh : Nur Rosyiidah Basir

Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my

HR FOCUS MEI - JUN 2018 6

- Perjumpaan dengan Dato’, Pengurus Kanan Bahagian En. Aziz dengan Pihak BSMPA - Pemberian sijil penghargaan dan baucar saguhati sebanyak RM400.00 - Gambar terakhir bagi “last scan out”

Oleh : N.Puveneswary

Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my

HR FOCUS MEI - JUN 2018 7

Program-program Latihan yang Telah Dilaksanakan Kursus-kursus dalaman seperti berikut telah dilaksanakan pada bulan Mei dan Jun 2018:-

Tajuk kursus Tarikh kursus Penceramah Taklimat Kesihatan - Stress Management 17 Mei 2018 Cik Chelsea Peh Mei Fung (Clinical

Psychologist & Counsellor, Loh Guan Lye Specialist Centre)

Cyber Risk & Liability Talk 21 Mei 2018 Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB)

Ms. Excel 2013 – Tahap Asas 26 Jun 2018 Cik Liliwati bt. Hassan Ms. Powerpoint – Tahap Asas 28 Jun 2018 Encik Muhd Fakhrul Syahimy Ms. Word 2013 - Tahap Asas 28 Jun 2018 Cik Liliwati bt. Hassan

Top Technology Trends that PDC Should Embrace

28 Jun 2018 Encik Howie Chang Howe Chuen (Pengarah aCAT Penang & Penang

STEM)

Oleh : Seow Yijuan

Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my

HR FOCUS MEI - JUN 2018 8

Oleh : Haniza Abdul Razak

Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my

HR FOCUS MEI - JUN 2018 9

SIJIL PENGHARGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN(MBJ) BAGI

JABATAN/AGENSI PERINGKAT PERSEKUTUAN/NEGERI TAHUN 2017

Oleh : Haniza Abdul Razak

Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my

HR FOCUS MEI - JUN 2018 10

Oleh : Haniza Abdul Razak

Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my

HR FOCUS MEI - JUN 2018 11

Memahami Masalah Kesihatan Mental

Pengenalan

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tumpuan diberikan terhadap kesihatan mental. Selaras dengan kemajuan negara kita yang kini berkembang, masalah kesihatan mental dan penyakit mental telah menjadi semakin bertambah dan terdapat peningkatan dari tahun ke tahun. Didapati, peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh diri dan penyakit mental sejak sedekad lalu berpunca daripada tahap kesihatan mental yang lemah. Oleh itu, adalah penting untuk rakyat Malaysia menyedari tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit mental, kepentingan memelihara tahap kesihatan mental yang baik dan mengenal pasti gejala-gejala masalah kesihatan mental yang memerlukan intervensi dan rawatan.

Fakta:

Definisi kesihatan secara menyeluruh tidak hanya tertumpu kepada kesihatan fizikal tetapi merangkumi kesihatan mental. Mengikut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) : ” Kesihatan adalah satu keadaan merangkumi kesihatan secara fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketiadaan penyakit”. Untuk memahami tentang masalah kesihatan mental, kita perlu memahami konsep kesihatan mental terlebih dahulu.Terdapat perbezaan yang besar diantara kesihatan mental dan penyakit mental. Oleh itu, kita tidak seharusnya menggunakan istilah ini secara tukar-ganti. Seseorang individu yang normal mungkin tidak mempunyai kesihatan mental yang baik pada setiap masa, tetapi masih lagi berupaya untuk melakukan aktiviti seharian seperti biasa. Berlainan pula dengan mereka yang mempunyai penyakit mental, dimana fungsi seharian akan terjejas. Secara umumnya, kesihatan mental menggambarkan tahap kesejahteraan pemikiran dan emosi seseorang individu.

Oleh : Haniza Abdul Razak

Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my

HR FOCUS MEI - JUN 2018 12

Definisi kesihatan mental:

Tiada istilah rasmi atau satu definisi tetap tentang kesihatan mental. Perbezaan budaya, penilaian yang subjektif dan teori professional telah mempengaruhi bagaimana kesihatan mental ditakrifkan. Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Ini bermaksud, kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara effektif. Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup.

Walau bagaimanapun, tidak terdapat garis penentu yang jelas dalam membezakan antara mereka yang mempunyai kesihatan mental yang baik dan mereka yang tidak.Terdapat banyak tahap dalam kesihatan mental.Tiada satu kriteria yang boleh digunakan untuk membuktikan kesihatan mental yang baik.Tiada seorang individu pun yang mempunyai semua ciri-ciri kesihatan mental yang baik pada setiap masa.Ia banyak bergantung kepada faktor individu, sosial dan persekitaran.Terdapat beberapa faktor sosial, psikologikal dan biologikal yang menentukan tahap kesihatan mental seseorang pada satu-satu masa. Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi, pertukaran keadaan persekitaran/sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja, dan penyakit fizikal.Tidak seperti masalah kesihatan mental, mereka yang mempunyai penyakit mental pula mengalami satu keadaaan dimana tahap mental seseorang itu menyebabkan fungsi seharian individu itu terjejas sama ada dari segi sosial atau pun pekerjaan. Ia memerlukan.

Epidemiologi

Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang ke -3, yang telah dijalankan pada tahun 2006 telah membolehkan kita mendapat maklumat tentang tahap kesihatan mental di kalangan dewasa di Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas. Ini adalah bedasarkan kertas soal-selidik “General Health Questionnaire” mengandungi 28 item yang digunakan di seluruh dunia untuk menyaring kesejahteraan psikologikal seseorang.

Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my

HR FOCUS MEI - JUN 2018 13

Didapati dari hasil kajian:

Prevalens keseluruhan – 11.2% daripada rakyat Malaysia yang dewasa mempunyai morbiditi psikiatri /mental dimana kadar tertinggi adalah di kalangan yang berbangsa cina dengan 31.1%.

Jantina – Lebih ramai wanita mengalami masalah mental (55%) berbanding lelaki (45%) Penempatan – Masalah mental adalah lebih tinggi di kalangan masyarakat bandar (12.6%) berbanding luar bandar(8.5 %) Tahap pendidikan – masalah mental adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang tiada pendidikan atau berpendidikan rendah (15-

16%) Status perkahwinan – kadar adalah paling tinggi di kalangan mereka yang bercerai (13.6%); diikuti oleh bujang (13.1%) balu (12.2%)

dan mereka yang berkahwin. (10.5%) Pemikiran utuk membunuh diri – Prevalens keseluruhan untuk pemikiran bunuh diri yang akut adalah 6.4%, dengan kadar tertinggi

di kalangan remaja dan peringkat awal dewasa berumur antara 16-24 iaitu sebanyak 11% Gangguan tidur (insomnia)– kadar keseluruhan adalah 14% dengan mereka yang berumur antara 70-74 tahun mempunyai

prevalens tertinggi sebanyak 20%. Penemuan di atas adalah petunjuk kepada keadaan kesihatan mental di kalangan penduduk dewasa di Malaysia ketika soal-selidik dijalankan. Ia tidak menunjukkan secara khusus kepada penyakit mental yang spesifik.

(Psychiatric Morbidity, a Report of the Third National Health and Morbidity Survey, 2006. Institute of Public Health, Ministry of Health Malaysia, 2008) Tanda dan Gejala

Gejala dan tanda-tanda kesihatan mental yang terjejas boleh timbul akibat dari tekanan secara fizikal, sosial dan persekitaran. Ia terjadi apabila seseorang itu mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri atau menangani tekanan. Ia boleh mempengaruhi kesihatan fizikal dan boleh menjadi di luar kawalan. Ini akan menyebabkan keadaan fizikal dan emosi seseorang itu terjejas.

Tiga bahagian utama yang mungkin terjejas adalah:

Fisiologikal : Ia menyebabkan seseorang itu cenderung untuk mendapat atau memburukkan lagi penyakit fizikal seperti penyakit jantung dan darah tinggi, menyebabkan sakit kepala dan kesakitan otot.

Tingkah laku : Prestasi kerja mungkin menurun, cenderung untuk mengalami kemalangan, tidak hadir bertugas, bertindak agresif dan mudah marah, sukar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Psikologi : Timbul rasa tidak puas hati, mudah terasa, ,murung dan berasa penat secara emosi. Antara gejala biasa yang menunjukkan kesihatan mental terjejas adalah panas baran, sukar tidur, hilang selera makan, turun berat badan, gemuruh, berdebar-debar dan tidak bersemangat.

Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my

HR FOCUS MEI - JUN 2018 14

Komplikasi

Jika seseorang individu itu terdedah kepada tekanan berterusan dan tidak berupaya mengendalikan tekanan, mereka mungkin mendapat penyakit mental. Terdapat kaitan yang jelas di antara tekanan hidup dan penyakit mental. Risiko untuk penyakit mental adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental,faktor psikologi dan masalah personaliti tertentu , ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak dan keabnormalan otak. Seseorang individu itu akhirnya berpotensi mendapat penyakit seperti kemurungan, penyakit Bipolar dan Skizofrenia.

Rawatan

Tiada rawatan ubatan diperlukan untuk kesihatan mental yang terjejas. Walau bagaimanapun, langkah pencegahan perlu dilakukan agar ia tidak berkembang menjadi penyakit mental.

Pencegahan

Untuk individu, antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah memperbaiki strategi menangani masalah, mengukuhkan sokongan sosial dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pada peringkat yang lebih besar, penekanan perlu diberikan kepada promosi kesihatan mental. Promosi kesihatan mental memerlukan penglibatan pelbagai pihak seperi sektor kerajaan, swasta dan organisasi komuniti.Tumpuan harus diberikan kepada promosi kesihatan mental sepanjang hayat iaitu dari peringkat kanak-kanak lagi. Ini adalah untuk mencegah penyakit mental daripada berlaku ketika peringkat dewasa dan warga tua. Program di bawah mungkin berfaedah, iaitu:

Intervensi awal kanak-kanak (Contoh : lawatan ke rumah untuk wanita mengandung, bantuan nutrisi/pemakanan serta kewangan untuk mereka yang kurang bernasib baik)

Sokongan kepada kanak-kanak dan remaja ( Contoh : Program perkembangan kanak-kanak dan remaja) Program pengukuhan ekonomi golongan wanita (Contoh : memudahkan laluan pendidikan serta sistem mikro-kredit seperti Industri

Kecil dan sederhana (IKS) , Amanah Ikhtiar Malaysia); Sokongan sosial untuk warga emas (Contoh : Pusat komuniti dan jagaan harian) Program psiko-sosial untuk kumpulan berisiko ,contohnya penduduk yang terlibat dengan bencana seperti tsunami dan banjir. Aktivisi promosi kesihatan mental di sekolah (Contoh: Program menangani masalah dan krisis di kalangan murid sekolah) Intervensi kesihatan mental di tempat kerja (Contoh: Program pencegahan stres). Program perkembangan komunitidan kumpulan sokongan.

Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my

HR FOCUS MEI - JUN 2018 15

Kenapakah doktor menutup mulut dan hidung semasa melakukan pembedahan?

Ada berapa jenis ikankah di dalam laut?

Bayangkan, anda berada di dalam sebuah bot yang sedang karam dan buaya sedang menanti untuk memakan anda. Bagaimanakah caranya untuk anda menyelamatkan diri?

Batu apakah yang tidak akan pernah dijumpai di dalam laut?

Apakah persamaan antara kain jemuran dan telefon?

Semak jawapan anda di edisi akan datang….. Selamat Mencuba

Oleh : Haniza Abdul Razak

Edisi Mei - Jun 2018 www.pdc.gov.my

HR FOCUS MEI - JUN 2018 16