laporan proses penyediaan herbarium

Upload: saba-ahmad

Post on 08-Jul-2015

473 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PROSES PENYEDIAAN HERBARIUM (POKOK KESUM)

Herbarium merupakan satu kaedah yang mana merupakan koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan yang disimpan dan diklasifikasikan secara sistematik ataupun tempat mengawet dan menyimpan spesimen tumbuh-tumbuhan tersebut. Tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) pada kali ini telah meminta kami bagi menyediakan satu sampel herbarium. Saya telah memilih pokok kesum (Polygonum minus) bagi projek ini.

Pokok kesum mempunyai banyak khasiat dan kegunaan kepada manusia. Antaranya adalah daunnya boleh dibuat rencah masakan, manakala air rebusan daunnya diminum untuk merawat sakit sendi, kecacingan dan sebagai jamu ibu selepas bersalin. Selain itu, daunnya boleh ditumbuk dan disapu pada rambut untuk merawat kelemumur.

Bagi melaksanakan projek ini, saya telah mengambil dua sampel pada tarikh yang berlainan bagi melihat perbezaan sampel pertama dan kedua. Sampel pertama pokok kesum ini telah diambil pada 5 Ogos 2011. Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan, saya telah menindihkan keratan pokok kesum ini dengan surat khabar serta buku tebal. Sampel pokok yang ditindih diletakkan di hadapan kipas serta dikawasan bawah terik cahaya matahari bagi mempercepatkan proses pengeringan. Hal ini disebabkan oleh, secara umumnya tumbuhan yang cepat dikeringkan akan dapat mengekalkan lebih banyak warna.

Namun begitu, saya mendapati terdapat satu kelemahan pada herbarium tersebut iaitu sampel pokok yang digunakan tidak begitu sesuai. Setelah menunjukkan hasil kerja kepada pensyarah dan mendapat penerangan lanjut mengenai jenis sampel yang sesuai, saya akhirnya menukar sampel herbarium kepada sampel yang lebih baik.

Rajah 1

Sampel kedua diambil pada 19 Ogos 2011. Rajah 1 di atas menunjukkan hasil sebahagian sampel yang diambil sebelum melaksanakan proses herbarium. Proses yang sama pada sampel pertama dilaksanakan sekali lagi untuk sampel kedua. Hasilnya, selepas beberapa lama proses tersebut dilaksanakan, akhirnya saya berjaya menghasilkan projek herbarium tersebut. Hasil herbarium boleh dilihat pada muka surat belakang.