laporan projek(mimi)

1

Click here to load reader

Upload: syamimi-mohammad

Post on 03-Jul-2015

403 views

Category:

Presentations & Public Speaking


3 download

DESCRIPTION

refleksi dari program

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan projek(mimi)

HHHC9207 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

(SET 26)

LAPORAN PROJEK (MALAM DAMBAAN CINTA RASULULLAH)

PENSYARAH

DR. NORSHAMLIZA BINTI CHAMHURI

NAMA

SITI NUR SYAMIMI BINTI MOHAMMAD

(A143297)

Nama projek :Karnival Premier Za’ba (Malam Dambaan Cinta Rasulullah)

Kod Projek :DN00703/2013

Jawatan :Pengarah Pemasaran

Tarikh mula merancang hingga tarikh tamat projek: 10 Okt 2013 – 7 Mac 2014

Page 2: Laporan projek(mimi)

PENDAHULUAN_________________________________________________________________________

Konsert Malam Dambaan Cinta Rasulullah merupakan program yang berkonsepkan islamik

yang mengajak para muslimin dan muslimat untuk beselawat dengan kaedah yang lebih

interaktif . Selain itu, menggalakkan mahasiswa/i dan seluruh warga Universiti Kebangsaan

Malaysia untuk sentiasa berselawat dan mengingati kepada Nabi Muhammad SAW. Terdapat

kelainan pada program kali ini yang mana selawat akan diadakan dalam bentuk konsert supaya

golongan mahasiswa/i terpanggil untuk berselawat secara beramai-ramai bagi memuji dan

mengingati Nabi Muhammad. Hasil kutipan daripada konsert ini akan disumbangkan kepada

Maahad Tahfiz Masjid Al-Ridhuan beralamat di Masjid Al- Ridhuan , Batu 7 Hulu Klang,

Selangor Darul Ehsan dan Rumah Anak Yatim Al-Munirah beralamat di Lot 15772, Jalan Johan

Setia, Off Jalan Langat, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. Selain itu, program ini dapat

menarik minat terutamanya di kalangan mahasiswa/i untuk sentiasa berzikir kepada Allah dan

berselawat keatas nabi.

“Insan Berselawat, Insan Penuh Rahmat” menjadi pilihan tema pada kali ini bertujuan untuk

menarik golongan mahasiswa/i bagi merasai memperoleh kecintaan Allah dan sesiapa saja yang

ingin berasakan kemanisan iman. Kemanisan iman (Halawatul Iman) tidak boleh dirasai jika kita

tidak memulakan langkah. Maka dengan program ini dapat memberi kesedaran diri kepada

penonton.

Konsert Malam Dambaan Cinta Rasulullah merupakan program yang bernaung dibawah

Karnival Premier Za’ba 2014 (KAPREZA ‘14) yang juga merupakan satu salah satu program

tradisi bagi warga Kolej Pendeta Za’ba. KAPREZA ‘14 merupakan kali ke sembilan dianjurkan

oleh Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba. Pada kali ini

KAPREZA ‘14 diadakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan

Malaysia, National Cancer Society Of Malaysia (NCSM), Kementerian Belia dan Sukan serta

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Page 3: Laporan projek(mimi)

MISI

Menjadikan program ini sebagai satu landasan mendekatkan kita dengan Allah dan menjadikan

kita selalu diingat Tuhan kita walaupun berada di dalam sebuah konsert. Malah dapat

memperkenalkan hiburan baru yang berunsur islamik dengan berselawat.

MATLAMAT

Mengeratkan hubungan antara warga Kolej Pendeta Za’ba di samping melatih mahasiswa/i untuk

menimba ilmu dalam berorganisasi dan pengurusan kerja agar dapat membentuk mahasiswa/i

yang mempunyai kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa/i yang

berketrampilan. Kerjasama yang terjalin dengan pihak luar juga memberi banyak manfaat kepada

para mahasiswa/i dalam mengembangkan potensi dan sahsiah diri.

OBJEKTIF

_____________________________________________________________________________

_

• Mengerat ukhuwah sesama ummah.

• Menyokong dalam mempromosi tahun Malaysia Berselawat pada tahun 2014.

• Menerapkan dalam diri setiap ummah bahawa keimanan itu penting dalam pembentukan

diri.

• Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat islam yang dinamis dan progressif yang

mencari keredhaan ilahi.

TARIKH DAN MASA

Tarikh : 7 Mac 2014

Masa : 6.00petang – 11.30 malam

Page 4: Laporan projek(mimi)

TEMPAT

Dataran Blok A, Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia

CADANGAN TETAMU JEMPUTAN

Jemputan Penceramah dan Artis

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

PENCERAMAH

Hafiz Hamidun

ARTIS NASYID

PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

• Jumlah Krew : 20 orang

• Jumlah pengunjung : 300 orang [anggaran]

STRUKTUR ORGANISASI______________________________________________________________________________

Rujuk Lampiran A

TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

Page 5: Laporan projek(mimi)

PERINCIAN PROGRAM

Solat berjemaah dan Kuliah Maghrib bersama Penceramah jemputan

Program ini melibatkan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia serta komuniti sekitar,

anggaran sebanyak 300 orang akan hadir pada hari berkenaan. Solat secara berjemaah akan

dijalankan di Dataran Blok A iaitu dataran Kolej Pendeta Za’ba. Tindakan untuk slot ini akan

diambil alih oleh semua krew Konsert Amal Zikir. Slot ini bertujuan merapatkan silaturahim

sesama mahasiswa/i dengan komuniti sekitar disamping dapat meningkat pengisian ilmu agama

dalam diri serta memantapkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T

Persembahan Nasyid serta Qasidah

Slot ini pula akan dipersembahkan oleh Kumpulan Nasyid yang mewarnai musik kesenian islam

di dalam negara kita dan pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Masjid Al-Ridhuan yang akan

mengalunkan Qasidah mereka. Slot ini mengajak para muslimin dan muslimat yang hadir untuk

sama-sama berqasidah dan memuji-muji kebesaran yang Maha Esa dengan cara yang lebih

berinteraktif.

Pengagihan Sumbangan

Sumbangan dan kutipan dana yang diperolehi akan di berikan kepada Maahad Tahfiz Masjid Al-

Ridhuan dan Rumah Anak Yatim Al-Munirah.

Page 6: Laporan projek(mimi)

SURAT KELULUSAN JPPEL

Rujuk Lampiran D

RINGKASAN TUGASAN

Penglibatan saya sebagai Pengarah Pemasaran adalah mencari sumbangan dana dari syarikat-

syarikat di sekitar Selangor untuk menjayakan program Konsert Malam Dambaan Cinta

Rasulullah. Terdapat 25 syarikat yang telah disenarai pendek, syarikat tersebut adalah syarikat

bumiputera yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan yang baik. Ini kerana sumbangan

yang kami perlukan bukan sahaja untuk menjayakan program berkenaan tetapi juga untuk

disumbangankan ke Maahad Tahfiz dan Rumah Anak Yatim. Selain kutipan dana dari syarikat-

syarikat. Kami juga melaksanakan ‘street marketing’ iaitu setiap ahli dibenarkan melakukan

kutipan dari kedai ke kedai dimana-mana sahaja. Saya lampirkan bersama surat kelulusan jppel

beserta dengan surat kebenaran memungut derma/sumbangan.

Bagi melancarkan lagi urusan menghubungi syarikat tersebut saya telah membahagikan tugas

kepada krew yang lain. Saya memerlukan empat orang krew untuk membantu saya bagi

menghubungi syarikat berkenaan. Setiap krew dibekalkan empat syarikat, dan selebihnya saya

akan hubungi, tugas kami adalah menghubungi syarikat berkenaan dan mengikuti perkembangan

selanjutnya samada mereka bersetuju untuk menyumbangkan dana atau tidak. Jika pihak syarikat

bersetuju kami perlu memberikan dokumen untuk mengukuhkan lagi kepercayaan pihak

syarikat. Dokumen yang perlu disertakan bergantung pada permintaan dari pihak syarikat

berkenaan samada mereka memerlukan ringkasan eksekutif, pakej penajaan ,surat kebenaran

dari Universiti dan sebagainya. Terdapat pakej penajaan yang menarik telah ditawarkan kepada

syarikat yang memberi sumbangan seperti dapat pelepasan cukai jika menyumbang pada satu

jumlah yang ditetapkan. Setiap dana akan dimasukkan ke Akaun peribadi saya dan seterusnya

Bendahari program akan masukkan ke akaun KAPREZA.

Page 7: Laporan projek(mimi)

Saya juga telah menjalankan ‘street marketing’ di Kompleks Perusahaan Perniagaan Dato’

Kailan, Kepala Batas Pulau Pinang. Terdapat kesukaran untuk berjumpa dan bercakap dengan

orang awam kerana untuk memohon kerjasama dari mereka mendengar dan memberi keyakinan

serta memperoleh kepercayaan adalah suatu yang agak berat, terdapat sesetengah orang awam

yang member kerjasama dan ada juga yang bertindak sebaliknya. Saya sertakan video dan akan

dimuat naik ke dalam ifolio.

Pada fasa terakhir pengumpulan dana kami telah menjalankan peniagaan secara kecil-kecilan

iaitu dengan mejual pakaian secara atas talian dan juga penjualan dari bilik ke bilik. Sambutan

yang diterima amat memuaskan kerana kami menjual dengan harga yang berpatutan, pakaian

tersebut telah diambil daripada pemborong dan kami menerima komisen di atas jualan sebanyak

RM 5 untuk setiap pakaian yang dapat dijual.

Saya telah membentangkan belanjawan sedia ada dan baki wang diperlukan kepada Majlis

Eksekutif Pelajar semasa perjumpaan untuk mengetahui perkembangan program kami. Saya

sertakan video dan akan dimuat naik ke dalam ifolio

Akhir sekali segala perkembangan program perlu dilaporkan terlebih dahulu kepada saya dan

seterusnya saya akan melaporkan kepada pengarah program. Sebarang permasalahan akan

dibincangkan bersama supaya krew-krew lain tidak merasa tertekan dengan tanggungjawab yang

diberikan.

PENUTUP

Dengan program ini, dapat membentuk mahasiswa/i yang mempunyai kemahiran generik yang

diperlukan sebagai seorang mahasiswa/i yang berketrampilan. Kerjasama yang terjalin dengan

pihak luar juga memberi banyak manfaat kepada para mahasiswa/i dalam mengembangkan

potensi dan sahsiah diri serta melatih pelajar menjadi mahasiswa/i yang mempunyai

kebolehpasaran yang tinggi.

Page 8: Laporan projek(mimi)

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

KONSERT DAMBAAN CINTA RASULULLAH

PenaungYBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor, UKM

PengerusiYBhg. Prof. Ir.Dato’ Dr. Othman Bin A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), UKM

PenyelarasYang Dihormati En. Musa Zainal Abidin

Timbalan PendaftarJabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM

PengetuaYBhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long

Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM

Timbalan Pengetua

Yang Dihormati Dr. Mohd Suzeren Md JamilTimbalan Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM

Felo Penasihat

Nor Aseken Bt RosleyFelo Kanan Kolej Pendeta Za’ba, UKM

Ketua Eksekutif

Nurul Jannah Binti Ahmad GhulamudinA137789 (FPEND/3) 014-5295903

Page 9: Laporan projek(mimi)

Ketua PengarahLuqman Hakim Bin Mohd Amin

A143232 FEP/1

012-5966572

Timbalan Ketua Pengarah 1(Executive)

Mardhiah Binti Ishak

A143553 FEP/1

013-3734721

Timbalan Ketua Pengarah 2(Internal)

Norhazlen binti Abdul Halim

A143227

012-5602501

Timbalan Ketua Pengarah 3(External)

Mohd Hafizee bin Rahman

A 145239

014-5248500

Ketua program

Siti Khadijah binti Ahmed

A 145507

012-9279884

Timbalan Ketua Program Nadia Aqilla binti Shamsusah

A 145537

016-2498293

Page 10: Laporan projek(mimi)

Setiausaha 1

Nurul Shahida Binti Mat Zain

A146208 FTSM/1

019-4887505

Bendahari 1

Nurul Amira Binti Mokhtar

A146234 FTSM/1

014-5023625

Bendahari 2Siti Nurfaeiza binti Abd Razak

A 145539

012-7775189

Pengarah Publisiti

Norizzah Binti Marzuki

A145541 FST/1

011-25050168

Timbalan Publisiti

Muhammad Ameerullah bin Sahudin

A 145872

013-2103150

Pengarah Pemasaran

Siti Nur Syamimi Binti Mohammad

A143297 FEP/1

Page 11: Laporan projek(mimi)

017-4412037

Timbalan Pemasaran

Syarifudin bin Saroni

A 145955

012-5958650

Pengarah Jamuan

Siti Aminah Binti Mohd Yusoff

A144907 FPI/1

013-4636526

Timbalan Jamuan

Abdul Raouf bin Abd Rahman

A145281 F/1

0147737062

Pengarah Teknikal

Muhd Imran Bin Mohd Sazali

A143269 FEP/1

017-5317460

Pengarah Protokol

Raja Norika Azmira Binti Raja Baha

A146414 FTSM/1

014-5119741

Page 12: Laporan projek(mimi)

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

KONSERT DAMBAAN CINTA RASULULLAH

Masa Perkara Tempat

6.00 p.m-6.30 p.m Kedatangan tetamu-tetamu Kafe Kolej Pendeta Za’baBilik Seminar

6.30 p.m-7.30 p.m Jamuan & Persediaan untuk solat Dataran Blok A (khemah)

7.30 p.m-8.00 p.m Solat Maghrib berjemaah Dataran Blok A (khemah)

8.00 p.m-8.45 p.m Ceramah & Sesi soal jawab bersama penceramah jemputan

Dataran Blok A (khemah)

8.45 p.m-9.00 p.m Solat Isyak berjemaah Dataran Blok A (khemah)

9.00 p.m-9.15 p.m Persembahan Pelajar Tahfiz(yahanana)

Dataran Blok A (khemah)

9.15 p.m-11.00 p.m Qasidah Dataran Blok A (khemah)

11.00p.m-11.15p.m Pengagihan sumbangan kepada wakil-wakil terlibat, pemberian Cenderamata & penutup

Dataran Blok A (khemah)

11.15p.m-11.30p.m Jamuan Kafe Kolej Pendeta Za’ba

Page 13: Laporan projek(mimi)

LAMPIRAN C

BELANJAWAN PROGRAM “MALAM DAMBAKAN CINTA RASULULLAH”

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA JUMLAH1. SUMBANGAN

• Sponsor

• Street Marketing

RM 5000RM 1100

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 6100

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH1. JAMUAN

Makan Malam• Tetamu Jemputan (RM 12 x 15)

• Pelajar Tahfiz (RM 12 x 20)

• VIP (RM4 x 30)

Supper• VIP (RM 5.50 x 40)

• Tetamu Jemputan (RM5.50 x 16)

• Pelajar Tahfiz (RM5.50 x 20)

RM180

RM240

RM120

RM220

RM 88

RM110

2. CENDERAMATA• Tetamu Jemputan (RM30 x 5) RM150

Page 14: Laporan projek(mimi)

3. PUBLISITI• Banner (Back drop)(RM118x1)

• Banner (RM22x3)

• Poster (RM0.80x40)

• Banting (RM6.50x100)

RM118

RM66

RM32

RM654. JEMPUTAN

• Kumpulan Nasyid (RM1000 x 2)

• Pengacara Majlis (RM300x 1)

• Penceramah (RM 1000 x 1)

• Pelajar tahfiz (RM 500 x 1)

RM2000

RM 300

RM1000

RM500

5. PENGANGKUTAN• Pelajar Tahfiz (RM 111 x 1) RM111

6. SUMBANGAN• Sek. Agama Tahfiz (RM400 x 1)

• Yayasan Anak Yatim (RM400 x 1)

RM400

RM400

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM6100