laporan program learning city anjuran jabatan mbpj...

13
LAPORAN PROGRAM LEARNING CITY ANJURAN JABATAN MBPJ 2018 TAJUK PROGRAM: Festival Eco-Community Dengan Kerjasama Persatuan Pencinta Alam (MNS) Cawangan Selangor TARIKH PROGRAM: 14 Julai 2018 LOKASI PROGRAM: Taman Rimba Riang, Seksyen 9, Kota Damansara OBJEKTIF PROGRAM: 1. Memberi kesedaran penjagaan alam sekitar kepada pengunjung dan penduduk setempat 2. Sebagai platform pembelajaran berkaitan penjagaan alam sekitar, flora dan fauna. 3. Mempromosikan keistimewaan ekologikal Taman Rimba Riang kepada orang awam 4. Menjalin hubungan profesional antara MBPJ, MNS dan agensi-agensi lain demi melindungi alam sekitar dan meggalakkan amalan mesra alam. PENERANGAN PROGRAM: 1. Eco-community merujuk kepada sebuah komuniti yang mementingkan kelestarian alam sekitar dan kemampanan sesebuah bandar yang menjadi tempat tinggal mereka. Program ini adalah salah satu usaha Majlis dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Pencinta Alam (MNS) untuk mendidik dan memberi pengetahuan kepada pelajar sekolah dan warga Petaling Jaya khususnya tentang amalan gaya hidup yang menyumbang ke arah pembentukan sebuah bandaraya yang mampan dan lestari.

Upload: others

Post on 26-Sep-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PROGRAM LEARNING CITY ANJURAN JABATAN MBPJ 2018

TAJUK PROGRAM:

Festival Eco-Community Dengan Kerjasama Persatuan Pencinta Alam (MNS)

Cawangan Selangor

TARIKH PROGRAM:

14 Julai 2018

LOKASI PROGRAM:

Taman Rimba Riang, Seksyen 9, Kota Damansara

OBJEKTIF PROGRAM:

1. Memberi kesedaran penjagaan alam sekitar kepada pengunjung dan penduduk

setempat

2. Sebagai platform pembelajaran berkaitan penjagaan alam sekitar, flora dan

fauna.

3. Mempromosikan keistimewaan ekologikal Taman Rimba Riang kepada orang

awam

4. Menjalin hubungan profesional antara MBPJ, MNS dan agensi-agensi lain demi

melindungi alam sekitar dan meggalakkan amalan mesra alam.

PENERANGAN PROGRAM:

1. Eco-community merujuk kepada sebuah komuniti yang mementingkan

kelestarian alam sekitar dan kemampanan sesebuah bandar yang menjadi

tempat tinggal mereka. Program ini adalah salah satu usaha Majlis dengan

bantuan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Pencinta Alam (MNS)

untuk mendidik dan memberi pengetahuan kepada pelajar sekolah dan warga

Petaling Jaya khususnya tentang amalan gaya hidup yang menyumbang ke arah

pembentukan sebuah bandaraya yang mampan dan lestari.

2. MBPJ mengambil langkah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO)

yang telah lama bertapak di malaysia iaitu Persatuan Pencinta Alam atau

Malaysian Nature Society (MNS) yang juga merupakan sebuah pertubuhan

bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization).

Sebagai sebuah pertubuhan yang mempunyai sejarah hampir 80 tahun, MNS

telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi mengetengahkan isu-isu

berkaitan alam sekitar. Kepakaran MNS dalam menangani isu-isu alam sekitar

membantu ke arah lebih banyak pertukaran maklumat dan pengetahuan yang

dijalankan untuk memacu MBPJ ke arah menjadi sebuah metropolis yang

mengutamakan pengurangan karbon dan pemuliharaan biodiversiti serta

memastikan kelestarian alam sekitar.

3. Eco-community ini melibatkan sumbangan secara langsung atau tidak langsung

sesebuah komuniti kepada kawasan tempat tinggal mereka sama ada dari segi

gaya hidup, pelaksanaan program-program dan kempen-kempen serta

perkongsian idea dan pengetahuan dengan pihak-pihak berkepentingan

(stakeholders) yang lain seperti pihak berkuasa tempatan, pihak pemaju serta

badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan. Dalam usaha untuk mengawal

kesan-kesan pemanasan global, pencemaran dan bencana-bencana alam yang

berpunca daripada sikap buruk manusia sendiri terhadap alam sekitar, setiap

pihak berkepentingan perlu memainkan peranan masing-masing selain

melaksanakan usahasama untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

4. Pelaksanaan program eco-community ini mensasarkan untuk memupuk sifat

sayang akan alam sekitar, menggalakkan amalan lestari yang melindungi alam

sekitar dan sumber alam serta meningkatkan kesedaran awam berkaitan isu-isu

alam sekitar dan kawasan rekreasi semulajadi seperti taman alam, hutan

komuniti dan hutan rizab.

GOLONGAN SASAR:

1. Penduduk setempat

2. Pelajar sekolah

JUMLAH PENYERTAAN:

300 orang

RAKAN STRATEGIK:

Persatuan Pencinta Alam (MNS) Cawangan Selangor

KOS PERBELANJAAN:

RM40,000.00 (merangkumi makan minum peserta, bekalan anak pokok, peralatan

pertanian dan bahan tanaman serta penyediaan cenderahati dan hadiah kepada

peserta dan pemenang aktiviti)

GAMBAR PROGRAM: