folio bencana alam

24
1.0 PENGENALAN Dunia bukanlah satu tempat yang tenang dan tenteram, kita sering dikejutkan dengan berita-berita buruk yang melanda dunia. Nyawa manusia sering terancam dengan pelbagai ancaman alam, baik dari luar mahu pun dari dalam. Meteor dan asteroid misalnya, hanyalah sebahagian kecil yang mungkin menjadi ancaman terhadap bumi dari luar angkasa. Walaupun bumi ini nampak kukuh, namun bahagian dalamnya memiliki inti dari pelbagai elemen cecair yang sekiranya dimuntahkan ke permukaan bumi boleh memudaratkan kehidupan manusia. Bencana alam dapat menyerang pada bila-bila masa sahaja dan boleh meninggalkan kesan yang amat teruk dan boleh mengakibatkan kehilangan harta benda dan nyawa. Bencana alam ini terjadi disebabkan ketidakseimbangan alam yang rumit yang diciptakan oleh Allah. Namun begitu, kemungkinan terjadinya bencana alam yang menghancurkan ini mungkin datang daripada Allah untuk mengingatkan manusia melalui peristiwa yang terjadi misalnya gempa bumi yang menyebabkan ribuan wanita dan kanak-kanak mati dan lebih banyak lagi yang terluka. Masyarakat yang tidak mengendahkan peringatan Allah cenderung untuk menyebut kejadian seperti ini sebagai fenomena alam dan tidak mampu memahami bahawa Allah menciptakannya untuk tujuan tertentu. 2.0 DEFINISI BENCANA ALAM Bencana merupakan sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan dan kerosakan harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti kehidupan individu atau masyarakat setempat. Di samping itu, turut memberikan impak sosial dan emosi kepada mangsa ekoran kejadian tersebut. Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat, sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah mengakibatkan kematian. 1

Upload: sabariah-othman

Post on 27-Oct-2015

2.250 views

Category:

Documents


72 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Bencana Alam

1.0 PENGENALAN

Dunia bukanlah satu tempat yang tenang dan tenteram, kita sering dikejutkan dengan

berita-berita buruk yang melanda dunia. Nyawa manusia sering terancam dengan

pelbagai ancaman alam, baik dari luar mahu pun dari dalam. Meteor dan asteroid

misalnya, hanyalah sebahagian kecil yang mungkin menjadi ancaman terhadap bumi

dari luar angkasa. Walaupun bumi ini nampak kukuh, namun bahagian dalamnya

memiliki inti dari pelbagai elemen cecair yang sekiranya dimuntahkan ke permukaan

bumi boleh memudaratkan kehidupan manusia. Bencana alam dapat menyerang pada

bila-bila masa sahaja dan boleh meninggalkan kesan yang amat teruk dan boleh

mengakibatkan kehilangan harta benda dan nyawa.

Bencana alam ini terjadi disebabkan ketidakseimbangan alam yang rumit yang

diciptakan oleh Allah. Namun begitu, kemungkinan terjadinya bencana alam yang

menghancurkan ini mungkin datang daripada Allah untuk mengingatkan manusia

melalui peristiwa yang terjadi misalnya gempa bumi yang menyebabkan ribuan

wanita dan kanak-kanak mati dan lebih banyak lagi yang terluka. Masyarakat yang

tidak mengendahkan peringatan Allah cenderung untuk menyebut kejadian seperti ini

sebagai fenomena alam dan tidak mampu memahami bahawa Allah menciptakannya

untuk tujuan tertentu.

2.0 DEFINISI BENCANA ALAM

Bencana merupakan sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat

kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan dan kerosakan harta

benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti kehidupan individu atau masyarakat

setempat. Di samping itu, turut memberikan impak sosial dan emosi kepada mangsa

ekoran kejadian tersebut. Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering

menyebabkan keadaan darurat, sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan

struktur, malah mengakibatkan kematian. Kerugian ini bergantung kepada

kemampuan untuk mengelak atau menghindari bencana dan ketahanan mereka .

Pengurusan kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber,

peralatan, kekerapan dan tenaga manusia daripada banyak agensi serta penyelarasan

yang berkesan. Ini kerana kemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan 1

Page 2: Folio Bencana Alam

jangkamasa yang panjang. Bagi setiap kejadian bencana yang berlaku, tindakan

segera diambil dalam konteks penyediaan keperluan asas kepada mangsa seperti

makanan, tempat perlindungan sementara dan pakaian kepada mangsa yang terlibat

dalam bentuk jangka pendek.

3.0 JENISJENIS BENCANA ALAM

Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan semula jadi yang

membentuk letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh dan taufan yang

memiliki kekuatan dan akibat yang berbeza-beza mengikut jenis bencana alam yang

berlaku. Bencana alam dalam sekelip mata mampu membuat sebuah kota dan

penghuninya tinggal dalam kesusahan. Perkara yang paling penting ialah, tiada

seorang pun manusia yang memiliki kekuatan untuk melawan ataupun mencegah

bencana alam ini daripada terus berlaku. Berikut adalah jenis-jenis bencana alam:-

3.1 Taufan

Taufan atau siklon tropika adalah ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara

panas naik dan wap udara di dalamnya meluwap. Dinamakan siklon tropika kerana ia

serupa siklon dan terjadi di tropika manakala putarannya melawan jam di hemisfera

utara. Kawasan-kawasan yang berlainan mempunyai nama tersendiri untuk fenomena

taufan. Sebagai contoh, ribut tropika dikenali sebagai hurikan di Atlantik Utara.

Manakala siklon tropika atau taufan dinamakan di Asia Tenggara, Chubaso di Filipina

dan Willy Willies di Australia.

Walaupun takat suhu lautan dan kekuatan taufan tiada kadar secara langsung, namun

impak yang nyata disebabkan oleh kesan rumah hijau. Menurut Pengarah Jabatan

Meteorologi, Saw Bun Ling, taufan sering berlaku di kawasan tertentu yang terdedah

pada suhu lautan Pasifik melebihi 26 darjah Celsius.

3.2 Tsunami

Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ‘ombak laut pelabuhan’.

Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut

2

Page 3: Folio Bencana Alam

(Tidal wave).  Gelombang tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak besar yang

membawa kemusnahan kepada bangunan tepi pantai.

Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang

terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman

bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak

dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan

dan menurunkan paras air laut.

Dalam lautan yang dalam, gelombang tsunami mempunyai amplitud ketinggiannya

hanya beberapa sentimeter atau kurang sahaja. Oleh kerana jarak dari puncak ke

puncak adalah ratusan batu, pergerakan turun naik tidak dapat dilihat dan dirasai oleh

kapal yang belayar diatasnya dan mungkin tidak menyedari kejadiaanya.

Apabila gelombang tsunami tiba di kawasan lautan yang kedalamannya makin

mengurang, halajunya akan turut menjadi kurang. Apabila gelombang ini sampai ke

kawasan pantai, hanya satu cara untuk mengabadikan tenaganya adalah dengan

menambahkan ketinggian ombak.

Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada

kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam

gunung berapi dan bencana alam yang seiring dengannya seperti gelombang tsunami,

bagaimanapun kita perlu tahu mengenai bencana alam memahami bumi dan alam

sekitar kita.

Di Indonesia, Pulau Jawa, pantai yang sering dilanda tsunami adalah pantai selatan

Jawa Barat, Pantai Selatan Cilacap dan Pantai Selatan Jawa Timur. Sejak tahun 1990,

Indonesia mencatat 15 kali bencana alam dilanda tsunami yang berlaku di sepanjang

zone-mendak serta zone aktif seismik.

3.3 Gempa Bumi

Gempa bumi adalah getaran atau goncangan yang terjadi di permukaan bumi akibat

pelepasan tenaga dari dalam secara tiba-tiba yang menciptakan gelombang seismik.

Gempa bumi biasa disebabkan oleh pergerakan kerak bumi (lempeng

bumi). Kebanyakan gempa bumi disebabkan dari pelepasan tenaga yang dihasilkan

3

Page 4: Folio Bencana Alam

oleh tekanan yang disebabkan oleh lempengan yang bergerak. Semakin lama tekanan

itu kian membesar dan akhirnya mencapai pada keadaan dimana tekanan tersebut

tidak dapat ditahan lagi oleh pinggiran lempengan. Pada saat itulah gempa bumi akan

terjadi.

3.4 Banjir

Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami

dengan air. Banjir yang buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah

tebing sungai berkenaan. Satu contoh kejadian ini ialah pada bulan Januari 1999

di Queensland. Banjir berlaku apabila tanah dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat

menyerap kesemua air. Air itu kemudian mengalir di atas tanah berkenaan. Air ini

tidak dapat ditampung oleh aliran sungai atau kolam semulajadi atau disimpan dalam

tempat takungan air buatan manusia.

3.5 Letusan Gunung Berapi

Letusan gunung api adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti gunung berapi

yang dikenal dengan istilah "erupsi". Hampir semua kegiatan gunung api berkaitan

dengan zon kegempaan aktif sebab berkaitan dengan batas lempeng. Pada batas

lempeng inilah terjadi perubahan tekanan dan suhu yang sangat tinggi sehingga

mampu mencairkan material sekitarnya yang merupakan cecair pijar

(magma). Magma akan mengintrusi batuan atau tanah di sekitarnya melalui rekahan-

rekahan mendekati permukaan bumi.

Setiap gunung api mempunyai ciri-ciri tersendiri jika ditinjau dari jenis muntahan atau

produk yang dihasilkannya. Akan tetapi apapun jenis produk tersebut kegiatan letusan

gunung api tetap membawa bencana bagi kehidupan. Bahaya letusan gunung api

mempunyai risiko merosakkan dan mematikan.

3.6 Tanah Runtuh

Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam

yang kerap berlaku masa kini di Malaysia. Kawasan tanah runtuh boleh berlaku di

4

Page 5: Folio Bencana Alam

kawasan di mana tanah runtuh sudah berlaku sama ada baru atau lama, di kaki atau

permukaan atas cerun, permukaan atas cerun timbun yang lama, dan permukaan atas

cerun potong yang menegak.

4.0 PUNCA-PUNCA BENCANA ALAM

Sekiranya kita ingin mengkaji kejadian bencana alam ini dengan lebih dekat maka

kita perlu berbalik kepada punca berlakunya bencana alam. Sama ada kita sedar atau

tidak kejadian bencana alam sangat sensitif terhadap sebarang perubahan samada dari

segi fizikal atau dalaman bumi. Perubahan yang berpunca daripada aktiviti manusia

atau secara semula jadi boleh memberi kesan kepada alam dan seterusnya mendorong

berlakunya malapetaka alam. Salah satu faktor yang kita boleh lihat secara jelas ialah

pembangunan yang pesat terutama di kawasan yang berisiko seperti di lereng bukit

dan tanah lembut. Pembangunan fizikal bagi tujuan pembinaan tapak industri,

bangunan pencakar langit, kawasan petempatan dan sebagainya tidak dirancang

dengan sebaiknya malah pemaju tidak memikirkan kesannya terhadap persekitaran

dalam jangka masa panjang. Maka, ketidakprihatinan ini akan menyebabkan sistem

ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian bencana berlaku

kerana pembangunan tersebut telah memusnahkan kawasan hijau yang menjadi

pelindung kepada permukaan bumi terhadap sebarang proses lulu hawa. Proses ini

sebenarnya boleh melemahkan struktur dalaman tanah. Apabila ini berlaku maka

sebarang perubahan drastik terhadap permukaan bumi akan menyebabkan berlakunya

bencana seperti tanah runtuh, banjir kilat, runtuhan bangunan secara tiba-tiba dan

sebagainya. Justeru, pembangunan harus dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati

supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara mendadak.

Selain itu, punca lain yang menyebabkan terjadinya bencana alam ialah perubahan

iklim global yang berlaku hampir setiap tahun. Faktor perubahan iklim ini kadangkala

kita tidak ambil peduli tetapi kesan daripada fenomena tersebut yang lebih menarik

perhatian kita. Perubahan iklim global yang berlaku adalah kesan peningkatan

mendadak gas rumah hijau di atmosfera yang disebabkan oleh kepesatan dalam

industri perkilangan, pembalakan, pertanian, pengangkutan dan industri lain di dunia

tanpa adanya keseimbangan dengan alam sekitar. Ini seterusnya telah menyumbang

5

Page 6: Folio Bencana Alam

kepada pertambahan gas-gas tersebut dan secara langsung meningkatkan suhu bumi.

Peningkatan suhu secara global akan mencairkan litupan ais dan salji dikawasan artik.

Maka apabila ini berlaku ,paras air laut turut akan meningkat seterusnya akan

memberikan impak yang dahsyat kepada masyarakat dunia seperti kejadian banjir

besar yang berlaku di negara kepulauan, misalnya Fiji dan Maldives. Kejadian banjir

besar yang berlaku bukan sahaja merosakkan harta benda bahkan bakal meragut

nyawa manusia selain melumpuhkan aktiviti ekonomi dan sosial sesebuah negara.

Maka, kerancakan aktiviti manusia yang boleh memburukkan lagi situasi seharusnya

diselia dan dirancang dengan teliti terutama di negara-negara industri.

Sikap manusia yang sambil lewa terhadap persekitaran turut menyumbang kepada

bencana alam. Kini, majoriti penduduk di negara kita mampu memiliki kenderaan

sendiri. Mereka juga lebih selesa untuk berulang-alik ke tempat kerja dengan

menggunakan kenderaan sendiri berbanding dengan kenderaan awam. Bukan itu

sahaja, di sesetengah kawasan,terdapat penduduknya yang gemar melakukan

pembakaran terbuka. Kedua-dua perkara ini sebenarnya telah mendorong kepada

penghasilan asap. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap,

namun asap inilah sebenarnya yang menyebabkan kejadian jerebu sehingga

menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Impak jerebu ini

boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan mereka yang mempunyai

penyakit sedia ada pula menjadi semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan

berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara ibarat pandang jauh dilayangkan,

pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak

langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan

sekaligus membantu menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa.

Punca lain yang menyumbang kepada berlakunya bencana alam adalah disebabkan

oleh aktiviti manusia yang menggunakan sumber alam secara rakus tanpa kawalan.

Pelepasan gas karbon dioksida oleh 600 juta kenderaan di seluruh dunia dan

penerokaan hutan secara berleluasa menyumbang kepada berlakunya penipisan

lapisan ozon, pemanasan global dan seterusnya mendorong kepada kejadian pelbagai

bencana akibat berlakunya perubahan iklim seperti peningkatan suhu harian dan

kesejukan melampau berlaku dikebanyakan tempat di dunia. Fenomena taufan dan

banjir besar berlaku secara tidak dijangka. Walaupun terdapat sistem maklumat

6

Page 7: Folio Bencana Alam

geografi dan telekomunikasi yang serba canggih di dunia, ia belum dapat meramal

dengan tepat tentang kejadian sesuatu bencana yang bakal berlaku. Bencana gempa

bumi yang berlaku disesetengah kawasan pula amat sukar diramal tentang bila dan

dimana ia akan berlaku. Kawasan yang tidak pernah mengalami gempa turut

menerima kesan gegaran yang menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat. Bagi

mereka yang telah ditimpa bencana pula kos untuk membangunkan semula kawasan

yang dilanda bencana amat tinggi. Maka jelaslah bahawa bencana alam membawa

malapetaka kepada mangsa dan isu ini perlu dikaji dengan lebih mendalam agar dapat

mengelakkan sebarang impak yang lebih serius.

Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara, namun

antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Pihak

yang terbabit dalam penebangan hutan selalunya hanya mementingkan keuntungan

semata-mata tanpa memikirkan inpaknya terhadap persekitaran ekologi ,mungkin

golongan yang bersifat nafsi ini tidak mengetahui bahawa dalam sistem ekologi itu

manusia adalah organisma utama. Maka sebarang perubahan dalam ekosistem hutan

pasti akan memberi kesan terhadap manusia. Kawasan hutan yang telah ditebang jika

tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada

hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan

berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan

kerosakan harta benda. Oleh itu, sebarang aktiviti ekonomi yang memusnahkan hutan

secara meluas dan tidak terkawal perlulah diambil tindakan yang drastik terhadap

pihak yang bertanggungjawab terhadap kemusnahan tersebut agar dapat menjamin

kehidupan yang sejahtera terutama untuk generasi yang akan datang.

Selain itu, bencana alam turut disebabkan oleh aktiviti semula jadi yang berlaku di

perut bumi sendiri.   Misalnya bencana alam seperti tsunami  yang kerap terjadi setiap

tahun terutama di kawasan Lingkaran Api Pasifik seperti di Indonesia , Jepun dan

Filipina. Jika kita kaji secara saintifiknya, tsunami ,gempa bumi dan segala bentuk

gegaran yang berlaku adalah disebabkan oleh pergeseran antara dua plat tektonik

yang bergerak secara tiba-tiba. Plat tektonik  ini bergerak antara satu sama lain,

kemudian berlanggar sesama sendiri maka terhasilah gempa bumi dasar laut.

Contohnya gempa bumi yang melanda di Lautan Hindi. Susulan daripada gempa bumi

ini ,maka tsunami pula akan terbentuk disebabkan oleh gegaran yang wujud akibat

7

Page 8: Folio Bencana Alam

gempa tersebut.  Hal ini merupakan antara bencana alam yang paling ditakuti lantaran

kedatangannya adalah secara tiba-tiba dan mampu meranapkan seluruh kawasan yang

dilaluinya, ini terbukti dengan kejadian Tsunami Acheh yang berlaku pada 26

Disember 2004. Kejadian tersebut telah merencatkan terus segala aktiviti penduduk

Acheh.

Kesimpulannya, bencana alam memberi satu mimpi dan pengalaman yang buruk

sama ada kepada rakyat mahupun kepada institusi negara itu sendiri sehingga pihak

kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat ke atas negara. Bencana alam kadangkala

datang tanpa diundang dan untuk itu kita perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang

bentuk perubahan yang boleh membawa kepada kemusnahan petempatan, kehilangan

nyawa dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kejadian bencana alam juga sebenarnya

turut berpunca daripada kegiatan manusia itu sendiri. Oleh itu, kita sendiri sebagai

manusia perlulah mengubah sikap yang boleh menyebabkan berlakunya bencana

alam. Segala bentuk langkah berjaga-jaga perlulah diambil dan dilaksanakan dengan

lebih awal sebelum kedatangan bencana agar kita dapat mengelakkan kesan yang

lebih buruk lagi. Diharapkan agar semua pihak akan memainkan peranan untuk

mengelakkan bencana alam daripada terus berlaku.

5.0 KESAN-KESAN BENCANA ALAM

Secara umumnya, terdapat pelbagai kesan sama ada kesan negatif atau kesan positif

yang akan berlaku sekiranya bencana alam ini menimpa masyarakat di sesebuah

kawasan, yang pastinya kesan negatif itu akan lebih ketara daripada kesan positif.

Bencana alam ini semestinya akan memberikan impak yang besar kepada negara dan

masyarakat yang menerima bala ini.

5.1 Pembangunan Negara

Bencana alam seperti banjir besar, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya

sememangnya akan menyebabkan berlakunya kerosakan infrastruktur dan harta benda

awam seperti bangunan, kereta, rumah, jalan raya dan sebagainya. Hal ini akan

membawa kerugian yang amat besar kepada semua penduduk terutamanya kepada

kerajaan yang terlibat dengan bencana alam ini. Kerajaan terpaksa memberi bantuan

8

Page 9: Folio Bencana Alam

kepada rakyat dari segi kewangan mahupun dalam bentuk makanan, perumahan dan

sebagainya.

Akibat banjir yang melanda di Malaysia, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan

sebanyak RM1.1 bilion bagi tujuan pemulihan infrastruktur yang untuk dilaksanakan

oleh Kementerian/Jabatan berkenaan persekitaran kawasan yang terlibat akan dapat

dipulihkan dan kembali seperti sediakala. Ini adalah satu jumlah yang besar yang

perlu disediakan oleh pihak kerajaan, selain daripada Dana Ehsan ( Tabung

Kecemasan) dan bantuan dari pihak swasta, NGO dan individu lain. Apabila

kerajaan terpaksa memperuntukkan wang yang banyak, ekonomi negara turut terjejas.

Impaknya, pembangunan negara turut terbantut.

5.2 Kesihatan

Setelah bencana alam datang membawa bala, penderitaan para mangsa bencana alam

tidak berakhir begitu sahaja, kehidupan mereka boleh diibaratkan dengan peribahasa

‘sudah jatuh ditimpa tangga’. Hal ini kerana, setelah berlakunya bencana alam,

mangsa-mangsa tersebut akan kehilangan tempat bergantung dan terpaksa tinggal

bersama-sama mangsa bencana yang lain dalam keadaan yang tidak selesa, sesak dan

kotor. Oleh sebab bekalan elektrik dan air terputus mereka tidak dapat untuk menjaga

kebersihan diri dan makan minum mereka. Hal ini akan menyebabkan kebersihan diri

dan persekitaran mereka terabai. Mangsa bencana terpaksa menunggu bantuan dari

pihak yang berkuasa untuk memberi bantuan kepada mereka.

Mangsa ini terpaksa tinggal bersama mangsa lain yang berkemungkinan boleh

menyebarkan wabak penyakit yang berbahaya seperti campak, demam denggi,

penyakit kulit, hepatitis, malaria dan sebagainya. Mangsa terpaksa berkongsi apa

sahaja dalam keadaan yang getir itu. Dalam keadaan itu, sudah pasti hospital-hospital

akan berada dalam keadaan yang sesak dan tidak dapat untuk merawat semua pesakit

yang datang untuk mendapatkan rawatan. Hal ini akan menyebabkan penyakit mangsa

ini bertambah teruk dan akan berjangkit kepada orang lain dan hal ini akan berterusan

sehingga akan mendatangkan kematian sekiranya tidak mendapat rawatan yang

sewajarnya daripada hospital.

9

Page 10: Folio Bencana Alam

Keadaan ini juga menyumbang kepada berlakunya peningkatan dalam kes kematian

selain daripada kematian akibat bencana alam yang menimpa. Bencana banjir

merupakan salah satu bencana yang begitu cepat menularkan penyakit kepada

mangsa. Umum mengetahui bahawa air banjir membawa pelbagai jenis bentuk

kotoran dan kuman yang boleh membawa kepada jangkitan sistem penghadaman yang

masuk melalui mulut, luka pada kulit dan mata.

Sebagai contoh , bencana banjir yang berlaku di Johor antara 19 Disember 2006

hingga 11 Januari 2007 merupakan kejadian yang terburuk dalam sejarah sejak 100

tahun yang lalu. Lebih 10,000 penduduk di hampir semua daerah di Johor dan daerah

Jasin di Melaka terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. Akibat

daripada hujan yang berlarutan , ianya telah menjejaskan perkhidmatan KTM

Intercity ke sektor selatan iaitu Johor Bahru dan Singapura. Antara daerah yang

terlibat ialah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan

Pontian. Dalam kejadian banjir tersebut, sebanyak 10 kematian dilaporkan dan

kerugian yang dianggarkan mencecah sehingga RM 1.5 bilion.

5.3 Ekonomi

Sektor ekonomi akan mengalami masalah sekiranya bencana alam ini menimpa

sesebuah negara itu, hal ini kerana wang kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk

tujuan pembangunan yang lain terpaksa digunakan untuk membangunkan semula

infrastruktur yang musnah dan memberi bantuan kepada penduduk negara yang

terlibat dengan bencana alam. Peruntukkan yang diperlukan bukanlah sedikit, ianya

menelan belanja sehingga berjuta-juta ringgit. Perkara ini telah menyebabkan

ekonomi kerajaan berada dalam keadaan yang kurang stabil dan terganggu, setiap

perancangan yang telah dirancang dengan teliti oleh pihak kerajaan terpaksa

dilupakan begitu sahaja demi untuk membantu rakyat yang berada dalam kesusahan.

Sektor ekonomi akan berada dalam keadaan yang lembab disebabkan kurangnya

masyarakat yang bekerja untuk dalam sektor kerajaan ataupun swasta. Hal ini

menyebabkan negara tidak dapat membuat sebarang eksport ke luar negara yang

dapat membantu meningkatkan hasil pendapatan negara. Di samping itu, sumber

pendapatan kerajaan yang diperoleh daripada cukai yang dibayar oleh masyarakat

juga tidak diperoleh kerana kewangan masyarakat juga berada dalam keadaan yang

10

Page 11: Folio Bencana Alam

gawat. Sebagai langkah untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi negara, kerajaan

perlu mengambil langah yang drastik dan efektif agar ekonomi negara dapat

dipulihkan dengan secepat mungkin.

Bencana alam yang menimpa negara menyedarkan kita bahawa pentingnya

pengurusan ekonomi secara terperinci di kawasan-kawasan yang terlibat dengan

bencana ini, ianya merupakan satu cabaran yang amat besar untuk mengatasi masalah

ekonomi di kawasan yang terlibat dengan bencana alam. Satu strategi yang jauh

berbeza dengan pengurusan ekonomi pada masa normal perlu difikirkan. Bencana

yang amat besar menyebabkan ekonomi menjadi hancur dan lumpuh. Pasar, kilang,

kedai dan syarikat-syarikat semuanya musnah akibat bencana alam yang melanda

sesebuah negara.

Sebagai contoh, gempa bumi yang berlaku di Kobe, Jepun. Kobe merupakan negeri

industri kedua terpadat di Jepun dan pelabuhan yang terbesar selepas Tokyo. Pada

jam 5:46 pagi, 17 Januari 1995, satu gempa bumi telah berlaku selama 20 saat.

Walaupun hanya 20 saat, kehancuran yang berlaku amat teruk. Gempa tersebut telah

menyebabkan negara itu rugi sebanyak 200 milion dolar. Hal ini telah menyebabkan

ekonomi Jepun berada dalam keadaan yang kritikal. Jepun juga kehilangan seramai

5200 orang penduduknya, manakala 300,000 ribu yang lain cedera parah.

Sektor Pelancongan yang menyumbang kepada pendapatan negara juga turut terjejas.

Para pelancong tidak akan berani untuk melawat negara yang mempunyai sejarah

dilanda bencana alam, hal ini disebabkan mereka merasa takut bahawa kejadian

bencana alam yang pernah berlaku sebelum ini berulang kembali. Para pelancong ini

akan membuat keputusan untuk melancong ke negara lain yang dikira lebih selamat

kerana tidak pernah ditimpa bencana alam. Akibat daripada kemerosotan kedatangan

pelancong asing, pengusaha-pengusaha kedai seperti kedai cenderamata juga akan

mengalami kerugian. Hal ini kerana tiada pelancong yang datang untuk membeli

barangan yang dijual oleh mereka.

Sebagai langkah mengatasinya, kerajaan perlulah mencari jalan untuk

mempromosikan kembali negara untuk menarik minat dan meyakinkan para

pelancong bahawa negara tersebut adalah selamat untuk dilawati. Sebagai contoh,

Pulau Phuket merupakan sebuah pulau yang amat terkenal dengan keindahan pantai

11

Page 12: Folio Bencana Alam

dan keunikan batu karangnya. Pulau ini juga terlibat dengan bencana Tsunami yang

melanda pada 26 Disember 2004 yang lalu. Hal ini telah menyebabkan kedatangan

pelancong asing merosot dengan mendadak sekali disebabkan para pelancong ini

takut untuk melawat ke negara yang terlibat dengan bencana Tsunami ini, dan tidak

mahu menggadaikan nyawa mereka dengan bertandang ke negara tersebut. Namun

begitu, keadaan ini tidak berpanjangan kerana para pelancong sudah mula melawat

negara tersebut semula. Fenomena bencana alam dilihat hanya memberi sedikit kesan

kepada sektor pelancongan.

5.4 Sosial

Gempa bumi merupakan kekuatan alam bumi yang paling menghancurkan. Menurut

kajian, setiap dua minit di suatu kawasan di permukaan bumi mengalami keretakan.

Berdasarkan statistik, bumi bergegar jutaan kali dalam setahun. Rata-rata dari jumlah

jutaan itu, 300 ribu gempa tergolong dalam gempa yang berskala kecil, getarannya

tidak terasa sama sekali dan tidak menyebabkan kerosakan. Namun begitu, 20 puluh

gempa yang lain merupakan gempa yang sangat kuat dan gempa inilah yang

menyebabkan kerosakan kepada bumi dan penduduknya.

Sebagai contoh, gempa bumi yang berlaku di China telah mengakibatkan kemusnahan

banyak rumah dan bangunan pejabat serta infrastruktur elektrik dan komunikasi.

Gempa bumi sekuat 7.8 magnitud itu berlaku pada waktu petang sekaligus

mengakibatkan 80 peratus bangunan di daerah Beichuan Qiang musnah. Ratusan

orang tertimbus di Shifang selepas beberapa buah sekolah, kilang dan asrama musnah.

Selain daripada itu, bekalan elektrik dan air juga turut terputus akibat daripada gempa

bumi yang berlaku. Hospital menjadi sesak dan para pesakit terpaksa dipindahkan ke

luar hospital dan duduk untuk menunggu bantuan daripada pihak hospital.

Bencana alam yang berlaku tanpa disedari telah meragut banyak nyawa yang tidak

berdosa terutamanya kepada kanak-kanak , warga tua dan wanita. Bencana alam juga

telah menyebabkan ramai yang cedera parah dan kanak-kanak hilang tempat

bergantung dan menjadi anak yatim piatu. Kanak-kanak terpaksa hidup berseorangan

tanpa keluarga untuk memberi sokongan moral dan kata-kata semangat antara satu

sama lain. Hal ini akan menyebabkan mangsa-mangsa bencana alam ini hidup dalam

keadaan ketakutan dan tidak tenteram. Bencana alam adalah sesuatu yang

12

Page 13: Folio Bencana Alam

menggerunkan dan boleh mengorbankan orang ramai tidak mengira usia dan pangkat,

mahupun bangsa.

Bencana alam akan mengurangkan populasi manusia yang berada di muka bumi ini,

dalam aspek agama ianya dilihat sebagai satu proses “pembersihan bumi” yang mana

manusia sudah terlalu leka dengan hiburan duniawi dan banyak melakukan dosa

semasa hidup. Oleh itu, Allah telah menunjukkan kuasanya dengan menurunkan

bencana. Namun begitu dari sudut pandang sains, bencana alam ini berlaku

disebabkan oleh fenomena alam yang berlaku secara semula jadi. Misalnya, Gempa

bumi tsunami berlaku pada zon terbenam yang mana kepingan kerak bumi yang

dikenali sebagai plat tertonik bertembung sesama sendiri yang telah menyebabkan

satu daripadanya terbenam di bawah yang satu lagi.

Tsunami merupakan salah satu contoh terbaik yang memperlihatkan banyak nyawa

yang terkorban pada saat bencana ini berlaku. Tsunami yang berlaku pada 26

Disember 2004, melibatkan beberapa negara di Asia termasuklah negara Malaysia.

Namun begitu angka korban yang tertinggi adalah di Indonesia. Angka kematian yang

dicatatkan di Indonesia adalah lebih kurang 200,000 orang. Angka tersebut hanya

untuk negara Indonesia sahaja tidak termasuk negara lain seperti India, Thailand,

Filipina dan negara lain yang terlibat dengan bencana alam ini.

6.0 KESIMPULAN

Walaupun bencana alam sering berkaitan dengan kesan-kesan negatif, namun bencana

alam juga memberi banyak kesan positif dalam kehidupan manusia dan alam sekitar.

Kesan-kesan positif ini boleh dikategorikan dalam pelbagai aspek seperti kesedaran

manusia, membantu dalam sektor ekonomi dan juga kondisi geografi sesuatu

kawasan. Kesedaran manusia sejagat merupakan impak terbesar yang dibawa oleh

bencana alam. Contohnya, fenomena tsunami pada tahun 2004. Tragedi yang

menakutkan ini telah mengorbankan 156000 nyawa dan kehilangan serta kerosakan

harta benda yang banyak. Bersamaan dengan itulah, semua negara membuka mata

untuk sama-sama membantu mangsa-mangsa tsunami ini. Pelbagai bantuan telah

dihulurkan atas kesedaran dunia betapa pentingnya ikatan persaudaraan manusia

13

Page 14: Folio Bencana Alam

kerana paha kanan dicubit,paha kiri juga turut sama terasa. Di sini barulah berlakunya

semangat pertalian manusia yang sentiasa sahaja berlumba-lumba ingin menjadi

kuasa veto di dunia.

Dalam negara pula, persediaan selepas fenomena tsunami mulai dipersiapkan seperti

benteng-benteng dan sistem amaran aras air bagi membendung tragedi ini berulang

dengan kesan yang parah. Kesedaran terhadap tragedi seperti ini adalah penting bagi

memperbaiki diri setiap manusia.

Selain itu, dari segi sektor ekonomi, bencana alam juga sedikit sebanyak memberi

kesan positif dengan pengaliran tunai yang berlaku. Contohnya, di Negara ini bencana

alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh sering berlaku. Pada awalnya kerajaan

negara tidak mempunyai idea dalam pengaliran tunai, jadi selepas berlakunya tanah

runtuh atau seumpamanya banyak kehilangan yang berlaku lalu kerajaan prihatin

untuk memberi bantuan kewangan dan kebajikan kepada mangsa-mangsa. Di samping

itu, bencana alam juga telah membantu dalam sektor pelancongan. Contohnya,

selepas fenomena tsunami di Acheh. Acheh menerima kedatangan pelancong asing

yang ramai, lebih ramai daripada sebelumnya. Jadi, bala yang menimpa Acheh

sekurang-kurangnya membawa kesan yang positif bagi membangunkan kembali

pembangunannya.

Tambahan itu, bencana alam juga membawa impak positif terhadap geografi di

kawasan tersebut. Contohnya, letusan gunung berapi. Apabila letusan berlaku, gunung

berapi akan memancutkan lahar yang panas yang mampu mencairkan semua benda.

Lahar tersebut menjadikan tanah menjadi subur untuk dijadikan sebagai tanah

pertanian. Tanah yang subur tersebut sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian

seperti penanaman buah-buahan dan sebagainya. Serba-sedikit bencana ini memberi

kebaikan kepada para petani. Dalam hal ini, masyarakat boleh memulakan kehidupan

mereka semula dengan menggunakan tanah pertanian yang subur.

Bencana alam merupakan sebahagian daripada peringatan terhadap kesalahan dan

dosa yang dilakukan oleh manusia. Hal ini seperti yang berlaku terhadap umat Nabi

Yunus. Nabi Allah itu mengajak umatnya menganut agama tauhid dan menegah

mereka daripada berbuat syirik dan kebinasaan. Tetapi, kaumnya enggan dan menolak

dakwah itu. Maka, serta merta datanglah gempa bumi yang dahsyat membinasakan 14

Page 15: Folio Bencana Alam

harta benda, tanaman dan ternakan. Gempa besar itu menyedarkan mereka daripada

kekhilafannya. Akhirnya umat Nabi Yunus kembali ke ajaran agama tauhid yang

sebenar.

Bencana alam ini sebenarnya boleh dilihat dari dua aspek yang berbeza mengikut

pemikiran, cara dan pandangan manusia masing-masing. Perspektif manusia yang

pertama ialah bencana ini berlaku disebabkan oleh kejadian semula jadi yang mana

hanya sains sahaja yang boleh menerangkan dengan lebih lanjut dan terperinci tentang

kejadian tersebut. Kejadian fenomena bencana alam dinilai 100% berdasarkan teori

logik. Manusia mengkaji dan membuat kesimpulan bencana terbabit berdasarkan

bukti saintifik semata-mata. Perspektif yang kedua ialah manusia menerima hakikat

bahawa fenomena ini bukan kejadian alam tanpa pengajaran dan meyakini setiap yang

berlaku punya hikmah dan tauladan yang perlu difikirkan.

Setiap manusia haruslah menilai setiap kejadian dengan tujuan untuk muhasabah diri,

manusia perlu menginsafi diri dan bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

Setiap kejadian bencana alam yang berlaku adalah atas kekuasaan Allah SWT.

Manusia datang daripada Allah, maka kepada Allah juga manusia itu kembali. Setiap

masyarakat perlulah bersyukur dengan setiap kejadian yang telah diturunkan. Dalam

kejadian bencana  alam tersebut diperlihatkan bahawa dengan kuasa Allah tidak ada

kuasa manusia yang mampu menolak atau melawan, dan sebaliknya kalau Allah tidak

menghendaki nescaya mereka akan hidup serta diselamatkan. Manusia tidak mampu

menghindar takdir yang telah Allah SWT gariskan. Kemajuan teknologi yang dicapai

oleh manusia kadang-kadang menimbulkan sifat sombong bagi sebahagian orang,

seakan dengan kemampuan tersebut mereka boleh menghindar atau menaluk bencana

alam.

Jika dipandang melalui kaca mata agama, bencana alam seharusnya dijadikan alat

untuk merenung dan berfikir perkara yang telah dilakukan manusia. Sebab segala

sesuatu yang berlaku di alam ini tidak berlaku secara begitu saja, tanpa ada hikmah

tersembunyi yang berfungsi sebagai pengajaran untuk manusia. Adakalanya bencana

alam itu berlaku akibat proses semula jadi alam, sama ada pergeseran yang bertujuan

memperkukuhkan struktur bumi atau gejala alam biasa seperti letupan gunung berapi.

15

Page 16: Folio Bencana Alam

Namun, ada kalanya bencana alam itu terjadi akibat tangan manusia. Banjir, tanah

runtuh dan kesan rumah kaca sering terjadi kerana manusia merosak hutan dan

memotong pokok kayu tanpa perhitungan. Mendirikan pelbagai bangunan tanpa

menimbangkan keadaan alam sekitar juga sering menjadi punca pelbagai bencana

alam. Perbuatan manusia yang membuang sampah dan kilang yang turut membuang

sisa toksik mungkin menjadi antara faktor yang menyumbang kepada pencemaran

sungai dan banjir di sesuatu kawasan.

Setiap manusia perlulah mengambil iktibar daripada setiap peristiwa-peristiwa yang

telan berlaku kepada manusia lain, dan memikirkan kembali segala dosa dan

kesalahan yang telah dilakukan di muka bumi. Setiap bencana yang datang

merupakan satu peringatan kepada manusia untuk membetulkan kembali diri dan

kembali kepada Allah.

16

Page 17: Folio Bencana Alam

7.0 RUJUKAN

Harun Yahya (2004). Fakta-fakta yang mengungkap hakikat hidup. Jawa Barat,

Indonesia: Dzikra.

Goay Teck Chong, Suraini Basir & Wong Yew Hong (2006). Pengajian Am. Petaling

Jaya, Selangor: Pearson Malaysia sdn bhd.

(2008, Mei 13). Ribuan maut gempa bumi di China. Kosmo Online. Diperoleh pada

Ogos 24, 2009 daripada

http://gerbanginformasi.wordpress.com/2008/05/13/ribuan-maut-gempa-bumi-di-china/

(2006, Disember 20). Banjir: 10,000 dipindah – Hampir semua tempat di Johor

dinaiki air setelah hujan lebat sejak Ahad. Utusan Malaysia Online. Diperoleh

pada Ogos 22, 2009 daripada

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

http://www.bnpb.go.id/page/read/5/definisi-dan-jenis-bencana

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/alam-sekitar/1121-jenis-bencana.html

17

Page 18: Folio Bencana Alam

8.0 LAMPIRAN

KESAN BENCANA ALAM

KEADAAN KETIKA RIBUT TAUFAN MELANDA

18

Page 19: Folio Bencana Alam

Keadaan Banjir di Johor Bahru   (Sumber : Wikipedia)

KESAN AKIBAT TSUNAMI

SUASANA KETIKA BENCANA TANAH RUNTUH

19

Page 20: Folio Bencana Alam

20