bencana alam3

Upload: hafizzulamir

Post on 06-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 bencana alam3

    1/15

    JM/11185/10-JMG 101-USM PENANG

    Tajuk Soalan:

    5. Kejadian bencana alam menunjukkan keperluan daripada sebahagian kajian tradisi

    sains bumi.Bincangkan.

    Bencana alam telah berlaku dimuka bumi ini sejak baratus-ratus tahun yang lalu sehingga

    membawa banyak kemusnahan. Terdapat pelbagai jenis bencana alam,contohnya gempa

    bumi,gunung berapi, tanah runtuh,tsunami ,banjir dan ribut taufan .Keadaan ini memerlukan

    manusia membuat kajian tentang punca-punca berlakunya kejadian ini.Apakah kejadian ini

    disebabkan oleh manusia semata-mata atau ada faktor-faktor lain seperti perubahan iklim di

    dunia dan bagaimanakah pula kejadian ini dikaitkan dengan agama.Oleh itu,peranan kajian

    tradisi sains bumi terhadap kejadian bencana alam perlu diambil berat untuk menyelesaikan

    masalah ini.

    Untuk memperjelaskan lagi topik ini,beberapa sub topik yang berkaitan diketengahkan untuk

    membantu kita memahaminya dengan lebih jelas dan terperinci iaitu :

    i.Definisi bencana alam

    ii.Contoh-contoh bencana alam

    iii.Faktor-faktor kejadian bencana alam

    iv.Kesan-kesan kejadian bencana alam

    v.Keperluan kajian tradisi sains bumi dalam menangani kejadian bencana alam

    vi.Kesimpulan

    1

  • 8/3/2019 bencana alam3

    2/15

    JM/11185/10-JMG 101-USM PENANG

    A.Definisi bencana alam

    1Bencana alam merupakan kesan buruk daripada kegiatan atau gabungan aktiviti semula jadi

    seperti letusan gunung berapi,tanah runtuh,gempa bumi,banjir,tsunami, ribut taufan dan

    sebagainya serta aktiviti manusia.Bencana alam berlaku pada tahap-tahap tertentu iaitu sama

    ada serius,terburuk atau tahap sederhana.Bencana alam pada tahap serius akan membawa

    kepada kemusnahan,kerosakan,kerugian atau kematian yang besar di kawasan yang dilanda

    bencana alam tersebut.Bencana alam berlaku secara mengejut,walaupun sesetengahnya

    berlaku melalui petunjuk-petunjuk tertentu hasil kajian para pengkaji bumi.Bencana alam

    berlaku dalam jangka masa yang singkat tetapi memberi kesan yang sangat besar pada

    sesebuah kawasan.Contohnya, kejadian Tsunami yang berlaku di Aceh Indonesia dan

    sebahagian kecil negeri-negeri di Utara Malaysia pada tahun 26 Disember 2004.

    B.Contoh-contoh Bencana Alam

    1.Gempa bumi

    Gempa bumi merupakan manifestasi peristiwa geologi yang terhasil akibat proses dinamik

    permukaan bumi. Tercetusnya ratusan ribu gempa bumi setiap tahun menggambarkan

    permukaan bumi sentiasa aktif mengalami pergerakan dan apabila berlaku sasaran atau

    patahan pada kerak bumi,berlakulah gempa bumi.Para ahli sains telah banyak menjalankan

    kajian mengenai gempa bumi dan telah mengenal pasti wujudnya suatu zon gempa bumi di

    bahagian tertentu pada permukaan bumi yang dikenali sebagai jaluran api.Jalur ini umumnya

    merupakan sempadan antara beberapa bahagian permukaan bumi yang bergerak antara satu

    sama lain.Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala

    Ritcher.Gempa bumi ini digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan

    _______________________

    5 Rozita Ibrahim 2004, Bencana Alam/Fenomena Banjir, Pustaka Cita Tinggi ,h:11. 2

  • 8/3/2019 bencana alam3

    3/15

    [Type text]

    skala Ritcher.Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan skala Mercalli.Gegaran

    sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita

    merasainya.Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai

    seismologi.Contoh-contoh kejadian gempa bumi adalah seperti berikut:

    24 Jun 2010,gempa bumi sederhana (5.0) melanda ibu negara Kanada,Ottawa.Sebuah

    jambatan runtuh di Bowman,Quebec iaitu berhampiran pusat gempa yang dilaporkan

    pada kedalaman 38 Kilometer di utara Cumberland,Ontario.Kesan gegaran gempa

    bumi pada 1345 EDT(1741 GMT) turut dirasai sehingga ke New York.Bangunan di

    Toronto dan Montreal bergoncang selama 25 dan 30 saat di Ottawa.

    30 Julai 2010 gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Ricther berlaku di Baygh dan

    Torbat-Heydarieh timur laut Iran jam 9.31 malam waktu Malaysia.

    2 Ogos 2010,gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Ricther melanda Pulau

    Corilane Barat,dekat Davoa,Filipina.

    ii.Tsunami

    2Tsunami merupakan salah satu daripada bencana alam yang sangat menakutkan dan

    menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda dalam sejarah ketamadunan

    manusia.Tsunami bermaksud sebuah ombak besar yang terjadi setelah sebuah gempa

    bumi,gempa laut,gunung berapi meletus,atau hentaman meteor di laut.Gerakan vertikal pada

    kerak bumi mengakibatkan dasar laut naik atau turun secara tiba-tiba yang akan menggangu

    keseimbangan air yang berada di atasnya.Kecepatan gelombang tsunami bergantung pada ke

    dalaman laut.Biasanya kecepatan mencapai beratus-ratus kilometer dalam satu jam.

    11

  • 8/3/2019 bencana alam3

    4/15

    JM/11185/10-JMG 101-USM PENANG

    Gambar 1

    Tsunami Di Sumatera 2004

    iii.Taufan

    Taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas

    naik dan wap udara di dalamnya memeluwap.Ia juga dinamakan siklon tropika kerana ia

    serupa dengan siklon dan terjadi di tropika iaitu putarannya melawan jam di hemisfera utara

    dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.Terdapat tiga struktur utama dalam taufan iaitu

    mata taufan,dinding mata dan jalur hujan.Mata taufan merupakan pusat utama bagi sesuatu

    sistem taufan.Kawasan tersebut merupakan kawasan tekanan paling rendah.Oleh itu,ia

    menjadi tumpuan angin kencang disekelilingnya dan menjadikan kawasan itu tenang dan

    bebas dari awan.Namun demikian angin disekeliling mata taufan ini merupakan angin yang

    paling kencang serta awan yang mengelilinginya juga tebal.Salah satu jenis taufan tropika

    yang terkenal ialah Taufan Guba di Papau New Guinea yang melanda pada 13 November

    bermula dari Brisbane,Australia dan menghala Port Moresby,Papau New Guinea.

    _______________________

    5 Rozita Ibrahim 2004, Bencana Alam/Fenomena Banjir, Pustaka Cita Tinggi ,h:11. 4

  • 8/3/2019 bencana alam3

    5/15

    [Type text]

    iv.Gunung berapi

    3Gunung berapi adalah bukaan,atau rekahan pada permukaan atau kerak bumi yang

    membenarkan gas,abu dan batu cair yang panas bebas jatuh di dalam permukaan bumi

    membentuk gunung atau cirri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa yang lama.Dengan

    maksud yang lain kejadian gunung berapi ialah apabila sebuah gunung berbentuk kon

    menghamburkan lava dan gas beracun dari kawah gunung berapi yang dikenali sebagai

    magma.Aliran lava yang keluar dari lohong magma,biasanya amat panas dan cair.Ia akan

    mengalir dengan laju dan jauh.Antara aliran lava yang terbesar di dunia ialah Mauna Loa

    lebih 9,000 meter dari aras laut dan berdiameter 120 km dan membentuk sebahagian besar

    dari pulau Hawaii.

    v.Tanah runtuh

    4Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi atau bencana alam yang berkaitan dengan

    kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.Tanah runtuh merupakan kejadian

    geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah,seperti batu jatuh,kegagalan dalam

    cerun dan aliran sungai yang cetek.Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan

    punca utama tanah runtuh,terdapat juga punca lain yang menyebabkan berlakunya tanah

    runtuh.Antaranya seperti:

    *Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil

    *Pada tanah cetek,penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluviums

    kepada batu asas.

    *Hakisan oleh sungai,glasier atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam.

    11

  • 8/3/2019 bencana alam3

    6/15

    JM/11185/10-JMG 101-USM PENANG

    Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran

    lumpur.Campuran yang pekat lumpur dan batu mungkin akan menghanyutkan

    rumah,kenderaan,pokok dan sebagainya.Objek-objek ini akan menghalang aliran air sungai

    yang akan menyebabkan berlaku banjir lumpur dalam sekelip mata.Kejadian tanah runtuh

    juga berlaku disebabkan hujan lebat tanpa berhenti dalam satu jangka masa tertentu

    mengakibatkan struktur dalaman tanah tersebut longgar.Aliran air dalam tanah menyebabkan

    kejadian tanah runtuh berlaku sekiranya kawasan cerun tidak mempunyai langkah-langkah

    pencegahan.

    Gambar 2Kejadian Tanah Runtuh di Bukit Taman Kuala Lumpur

    vi. Banjir

    Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat

    yang luas. Banjir daripada laut boleh menyebabkan limpahan kepada penebat banjir dan akan

    menyebabkan benteng semula jadi itu musnah.Kawasan disebalik prtahanan pasir pantai ini

    mungkin terdedah kepada bahaya.Banjir daripada laut boleh disebabkan oleh ribut taufan,air

    pasang tinggi,tsunami atau gabungan unsur-unsur berkenaan.Banjir berlaku apabila sesuatu

    kawasan iaitu kawasan rendah ditenggelami dengan air.Banjir yang buruk biasanya akan

    berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan.Satu contoh kejadian ini ialah

    pada 3 November 2010 seluruh negeri Kedah dan Perlis ditenggelami banjir.Banjir ini

    berlaku apabila tanah dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerap kesemua air.Air itu

    _______________________

    5 Rozita Ibrahim 2004, Bencana Alam/Fenomena Banjir, Pustaka Cita Tinggi ,h:11. 6

  • 8/3/2019 bencana alam3

    7/15

    [Type text]

    kemudian mengalir di atas tanah berkenaan.Air ini tidak dapat ditampung oleh aliran sungai

    atau kolam semulajadi atau disimpan dalam tempat takungan air buatan manusia.

    Banjir juga turut melanda seluruh Malaysia sekitar penghujung tahun 2006 hingga Januari

    2007.Beberapa negeri di selatan Malaysia,terutamanya di Johor telah dilanda banjir besar

    mulai 18 Disember 2006 akibat hujan lebat yang mencurah-curah.Banjir ini merupakan yang

    terburuk di Malaysia di abad ini.Banjir ini juga turut dirasai oleh negeri-negeri jiran seperti

    Melaka ,Negeri Sembilan dan Pahang.Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15

    Januari 2007,negeri Johor hampir lumpuh selepas kesemua lapan daerah di negeri Johor

    ditenggelami air menyebabkan 103,000 penduduk dipindahlan ke pusat-pusat pemindahan

    banjir.Situasi yang sangat kritikal ini menyaksikan banyak sekolah,jaringan pengangkutan

    ,pentadbiran,pihak berkuasa tempatan,hospital dan aktiviti perniagaan tergendala.

    C. Faktor-Faktor Kejadian Bencana Alam

    Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku kejadian bencana alam.

    i.Pembangunan Fizikal

    Pembangunan fizikal dikebanyakan Negara kini terlalu meminggirkan peranan dan

    kepentingan pohon-pohon kayu yang rending sebagai elemen semula jadi yang member

    manfaat.Kebanyakan kawasan baru yang dibangunkan dipenuhi dengan bangunan konkrit

    dan kawasan gondolan yang sangat panas dan menyilaukan. Kadar penanaman semula pokok

    masih rendah berbanding dengan pemusnahan kawasan hijau untuk

    pembangunan.Pembangunan fizikal yang dijalankan kadangkala tidak merujuk kepada

    reruang iaitu kesesuaian kawasan tersebut untuk dibangunkan.Hasilnya bencana alam yang

    tidak diingini khususnya tanah runtuh atau banjir kilat.

    11

  • 8/3/2019 bencana alam3

    8/15

    JM/11185/10-JMG 101-USM PENANG

    Jika diamati situasi pada masa kini,kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan

    cerun-cerun bukit atau lereng-lereng bukit.Namun,keghairahan manusia membangunkan

    kawasan-kawasan tersebut tanpa meneliti sedalam-dalamnya akan ketahanan struktur tanah

    mengundang padah termasuklah mengorbankan nyawa seperti kejadian tanah runtuh di

    kawasan banglo mewah di Ulu Yam Perdana pada 30 November 2008 yang mengorbankan

    dua nyawa.Kejadian ini masih dikaji oleh Jabatan Geoglogi Selangor bagi mengenalpasti

    punca kejadian.

    ii.Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global

    Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada

    masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Kenaikan

    suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang

    dapat dirasaikan oleh seluruh penduduk bumi.Menurut kajian yang dijalankan,penggunaan

    dinding-dinding kaca pada bangunan-bangunan tinggi turut member impak kepada

    pemanasan bumi dan menghasilkan silau akibat pancaran matahari yang boleh meroskakan

    mata.Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global

    ini.Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir

    berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.Kebakaran hutan

    yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga

    menjejaskan kualiti udara serta menyebabkan berlakunya bencana alam.

    iii.Bentuk Muka Bumi

    Bumi terdiri daripada lautan dan daratan.Bentuk muka bumi bagi setiap kawasan adalah

    berbeza-beza.Bentuk muka bumi juga turut mempengaruhi berlaunya kejadian bencana

    alam.Kejadian bencana alam yang paling mudah dikaitkan dengan bentuk muka bumi ialah

    _______________________

    5 Rozita Ibrahim 2004, Bencana Alam/Fenomena Banjir, Pustaka Cita Tinggi ,h:11. 8

  • 8/3/2019 bencana alam3

    9/15

    [Type text]

    letusan gunung berapi.Letusan gunung berapi merupakan bencana alam yang berlaku

    berdasarkan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang.Gunung berapi wujud di Negara-

    negara yang tertentu seperti Indonesia,Filipina dan Jepun.Selain itu,kawasan yang berbukit-

    bukit serta mempunyai kadar kecerunan yang tinggi pula sering dikaitkan dengan kejadian

    tanah runtuh manakala kawasan tanah rendah dan kawasan-kawasan yang berhampiran

    dengan sungai atau laut sering dikaitkan dengan bencana banjir.Oleh itu,jelaslah bentuk muka

    bumi juga mempengaruhi kejadian - kejadian bencana alam.

    iv.Aktiviti Industri

    Aktiviti industri yang tidak terkawal juga menjadi punca kepada kejadian bencana

    alam.Pembangunan ekonomi yang semakin pesat menyaksikan banyak kilang-kilang

    didirikan bagi memenuhi permintaan terhadap barangan.Oleh itu banyak bukit-bukau

    diratakan.Pembinaan kilang-kilang di kawasan ini menyebabkan berlakunya rekahan

    tanah,dan gelungsur tanah.Selain itu akan menyebabkan banyak pokok-pokok yang terpaksa

    ditebangkan.

    D.Kesan-Kesan Bencana Alam

    Kejadian-kejadian bencana alam yang berlaku di seluruh dunia sudah pasti meninggalkan

    pelbagai kesan daripada pelbagai sudut.Di antara kesan-kesan kejadian bencana alam:

    i.Perubahan Iklim

    Akibat daripada perubahan iklim pada masa kini yang berpunca daripada pemanasan

    global.Perubahan ini jika tidak dikawal terutamanya yang dilakukan oleh manusia akan

    menimbulkan masalah ketidak seimbangan ekologi seperti banjir,ribut taufan dan

    kemarau.Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kebuluran dan kehilangan nyawa.

    11

  • 8/3/2019 bencana alam3

    10/15

    JM/11185/10-JMG 101-USM PENANG

    ii.Kemusnahan serta kerosakan harta benda

    Bencana alam juga mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan harta

    benda.Contohnya,dilautan apabila taufan bertiup dengan kencang akan menyebabkan hujan

    lebat,angin kencang serta ombak besar.Keadaan ini akan memusnahkan aktiviti perkapalan

    antarabangsa serta menenggelamkan kapal.Manakala di daratan pula,angin kencang boleh

    merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda yang lain kerana ia menjadi

    puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh.Selain itu,taufan juga akan

    mengakibatkan banjir besar.5Banjir besar yang berlaku akan turut merosakkan harta benda

    persendirian ataupun harta benda awam.Misalnya rumah-rumah,kenderaan ,bangunan-

    bangunan dan lain-lain mengalami kerosakan akibat banjir dan memerlukan kos yang banyak

    untuk dibaiki.Kejadian runtuhan bangunan Highland Tower 13 tahun lalu yang mendapat

    liputan meluas di seluruh dunia telah mengakibatkan kerosakkan sepenuhnya pangsapuri

    mewah tersebut dan turut menjejaskan keselamatan bangunan-bangunan yang lain

    disekitarnya.Kejadian bencana alam juga memutuskan perhubungan di darat ataupun

    udara.Talian telekomunikasi antara manusia juga turut terputus.Manusia terpaksa

    menenggung kerugian yang sangat besar.

    iii.Kerugian dan kelembapan ekonomi

    Kerugian yang paling ketara apabila berlakunya bencana alam ialah dari segi kewangan.Ini

    kerana kejadian bencana alam yang melibatkan kemusnahan yang memerlukan kos yang

    tinggi untuk membaik pulih segala kerosakan.Peruntukan terhadap kejadian bencana alam

    meningkat dari semasa ke semasa yang kadang kala boleh dielakkan akibat kegiatan manusia

    _______________________

    5 Rozita Ibrahim 2004, Bencana Alam/Fenomena Banjir, Pustaka Cita Tinggi ,h:11. 10

  • 8/3/2019 bencana alam3

    11/15

    [Type text]

    yang tidak bertanggungjawab .Kejadian bencana alam turut menjejaskan kegiatan ekonomi

    sesebuah Negara.Ini sangat ketara apabila kejadian bencana alam tersebut melibatkan

    sumber-sumber tertentu seperti tanaman,haiwan ternakan,kawasan pelancongan dan pusat-

    pusat pentadbiran.Apa yang lebih merugikan,kejadian bencana alam khususnya banjir dan

    gempa bumi mempengaruhi perkembangan ekonomi sesebuah Negara.Contohnya ,tsunami

    yang berlaku di kepulauan Aceh,Indonesia pada tahun 2004 menyebabkan ekonomi Negara

    tersebut merudum serta-merta.Rakyat kehilangan pekerjaan,tanaman ,ternakan

    musnah,kawasan pelancongan terjejas dan bakalan makanan berkurangan.Situasi ini sudah

    pasti menyumbang kepada kelembapan ekonomi Negara tersebut.

    iv.Kehilangan nyawa

    Kesan kejadian bencana alam yang paling menyedihkan ialah kehilangan nyawa.Kes-kes

    kematian akibat bencana alam adalah seperti ribut taufan,banjir,gempa bumi,tanah runtuh dan

    sebagainya sangat menyayat hati. Contoh yang jelas ialah kejadian banjir lumpur yang

    berlaku di Johor yang telah meragut nyawa seorang ibu dan anak-anaknya.Ini tentunya satu

    kejadian tragis bagi keluarga mangsa.Mereka menerima padah lantaran sikap tidak

    bertangungjawab orang lain.

    E.Keperluan Kajian Sains Tradisi Bumi Dalam Menangani Kejadian Bencana Alam

    Memandangkan kejadian bencana alam meninggalkan pelbagai kesan yang tragis.Oleh itu

    langkah-langkah untuk mengatasi perlu dilakukan.Langkah-langkah ini perlu menekankan

    aspek kajian sains tradisi bumi khususnya dalam bidang pepbangunan yang berteraskan sains

    dan teknologi.

    11

  • 8/3/2019 bencana alam3

    12/15

    JM/11185/10-JMG 101-USM PENANG

    i.Pembalakan

    6Hutan berperanan penting sebagai tunjang kepada bumi,terutamanya dari segi kestabilan

    alam sekitar,ekosistem dan ekologi.Oleh itu hutan dianggap sebagai taman kepada 80,000

    spesis tumbuhan,25000 spesis pokok dan 2000 jenis haiwan.Peranan hutan dalam

    pengeluaran karbon dioksida adalah penting kepada iklim dunia.Ekosistem hutan pula

    berperanan sebagai pelindung tanah,sumber bekalan makanan,bahan bakar dan peralatan

    untuk membina tempat tinggal.Dengan ini wajarlah kegiatan pembalakan dan pembangunan

    di kawasan tanah tinggi haruslah dikurangkan untuk menjamin keharmonian dan

    mengurangkan berlakunya bencana alam.

    ii.Kajian Proses Geografi Fizikal (Geomorfologi)

    Kepentingan kajian ini terutama sekali geomorfologi dapat dilihat dari pandangan bentuk

    muka bumi yang dihasilkan oleh interaksi di antara proses dan bahan.Sebagai contoh,kita

    perlulah menjalankan kajian mengenai kesan bandingan proses pencerunan untuk memahami

    bagaimana bentuk cerun yang mungkin berubah dari semasa ke semasa.Sebagai contoh,kadar

    hakisan akibat percikan hujan dan air lari bergantung kepada ketahanan batu batan yang

    terdapat dikawasan kajian.Pendekatan proses ini juga sesuai untuk kita gunakan bagi

    memahami perbezaan yang terdapat dalam tabungan jenis tanah-tanih pada skala

    tempatan,wilayah dan dunia.Pengetahuan tentang bentuk muka bumi sudah pasti memberi

    manfaat yang sangat besar dalam usaha mengelakkan kejadian bencana alam.Sebagai contoh

    sekiranya kita dapati kawasan tersebut tidak sesuai dibangunkan untuk tujuan-tujuan tertentu

    seperti kawasan penempatan,jalan raya,pusat-pusat perniagaan dan komersial,maka tidak

    sewajarnya projek-projek tersebut dilaksanakan.

    iii.Konsep Bumi Hijau

    _______________________

    5 Rozita Ibrahim 2004, Bencana Alam/Fenomena Banjir, Pustaka Cita Tinggi ,h:11. 12

  • 8/3/2019 bencana alam3

    13/15

    [Type text]

    Memandangkan kejadian tanah runtuh serta banjir kilat lebih berpunca daripada hasil tindak-

    tanduk manusia terhadap alam sekitar.Maka konsep bumi hijau sangat perlu diberikan

    penekanan yang sewajarnya.Penanaman pokok merupakan salah satu cara terbaik bagi

    mengekalkan kehijauan bumi.pkok-pokok juga sebenarnya penebat yang terbaik dalam

    menguruangkan kadar hakisan tanah yang boleh mengelakkan tanah runtuh.Aktiviti

    penebangan hutan atau pembukaan kawasan-kawasan baru juga perlu dikawal rapid an

    diuruskan dengan sebaik mungkin.Ini kerana ketiadaan pohon-pohon mempengaruhi suhu

    kepanasan bumi yang mencentuskan pelbagai bencan alam akibat perubahan iklim. 7Apa yang

    lebih menarik,bukan sahaja di atas tanah,di atas bangunan juga boleh dijalankan konsep

    hijaukan bumi.Misalnya bangunan Commerzbank Pusat di Bandaraya

    Frankfurt,German.Bangunan ini meneyediakan ruang terbuka berlandskap (ditanami pokok)

    yang berperanan sebagai perangkap angin bagi mewujudkan suasana pengudaraan yang lebih

    baik.

    Gambar 3

    Bangunan Commerzbank Pusat di Bandaraya Frankfurt,Jerman

    11

  • 8/3/2019 bencana alam3

    14/15

    JM/11185/10-JMG 101-USM PENANG

    iv.Penempatan

    8Elakkan mendirikan penempatan di kawasan tanah rendah bagi mengelak menjadi mangsa

    banjir.Segeralah berpindah ke tempat yang lebih selamat jika hujan lebat turun secara

    berterusan . Penghuni setinggan juga digalakkan mendirikan penempatan di tepi sungai

    mahupun longkang.Ini adalah penting bagi mengelakkan kehilangan nyawa akibat banjir

    yang berlaku.Statistik menunjukkan banyak nyawa yang terkorban dalam bencana alam.Para

    pemaju perumahan hendaklah peka dengan segala hal dalam usaha mereka membina

    penempatan dan perumahan di Negara ini.Kajian keatas tanah dengan teliti wajar dilakukan

    agar tapak yang dipilih benar-benar sesuai untuk didirikan kawasan perumahan agar perkara

    yang tidak diundang dapat dihindari.

    v.Bioteknologi

    Bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan menggunakan teknik

    atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan pelbagai sumber

    produk lain.Contohnya dalam bidang industri perubatan dan pertanian,bioteknologi

    digunakan untuk membantu dalam penghasilan makanan,ujian untuk mengesan penyakit dan

    melupuskan sisa.Disamping itu bioteknologi boleh membantu menyelesaikan masalah dalam

    penyelidikan.

    Kesimpulan

    Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa bencana alam akan terus berlaku,kerana sikap

    manusia yang sambil lewa kerana menganggap alam bukan tanggungjawab mereka.Pada

    mereka yang penting adalah mengejar kekayaan tanpa memikirkan usaha untuk pemeliharaan

    dan pemuliharaan sumber semulajadi alam seperti sungai,hutan dan lautan.Oleh itu, kempen

    _______________________

    5 Rozita Ibrahim 2004, Bencana Alam/Fenomena Banjir, Pustaka Cita Tinggi ,h:11. 14

  • 8/3/2019 bencana alam3

    15/15

    [Type text]

    kesedaran dan semangat cintai alam sekitar perlulah dipupuk dari sekarang supaya generasi

    akan datang dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan harmoni.Diharapkan dengan adanya

    kajian tradisi sains bumi ini dapat menghindarkan kejadian bencana alam di dunia yang fana

    ini.

    Rujukan

    1.Ibrahim Komoo & Mazlan Othman 2006.Bencana Tsunami 26.12.2004 Di Malaysia,Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    2.Zaini Ujang 2009,Minda Lestari (Pembangunan Negara dan Pemuliharaan Alam Sekitar)

    3.Abdullah Haji Samsudin.DBP KL 1994,Isu-Isu Semasa Dalam Geografi.

    4.Siva Balam & Zahami Husein 2008,Geografi PMR,Info Didik Sdn.Bhd.

    5.Mahmodisa Hashim Mohammad Suhaily Yusri Che Ngah 2005,Pembangunan dan Alam

    Sekitar di Malaysia.

    6.Rozita Ibrahim 2004,.Bencana Alam/Fenomena Banjir Pustaka Cita Tinggi.

    11