laporan program lawatan penanda aras guru cemerlang

7
Laporan Program Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang Tarikh : 8 Februari2015 Hari : Ahad Masa : 9.00 Pagi Tempat :Bilik Mesyuarat SK Sulatan Sulaiman 1 Kuala Terengganu Bilangan Peserta : 23 Orang Tokoh Guru Cemerlang : Puan Masitah Binti Yusuf Pada 8 Februari 2015, kami seramai 23 orang pelajar PPG Ambilan Jun 2011 dari unit PIMB telah mengadakan Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) Guru Cemerlang di Sekolah Kebangsaan. Sulatan Sulaiman 1 Kuala Terengganu. Semua pelajar dapat hadir tepat pada masa yang telah dijanjikan. Al-hamdulillah program ini berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Berikut adalah biodata guru cemerlang yang telah dipilih untuk ditemu bual oleh kami. Biodata Guru Cemerlang Nama Masitah binti Yusuf Tarikh Lahir 6 Februari 1970

Upload: ikhwan5405

Post on 06-Dec-2015

254 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

lawatan penanda aras

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang

Laporan Program Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang

Tarikh : 8 Februari2015

Hari : Ahad

Masa : 9.00 Pagi

Tempat :Bilik Mesyuarat SK Sulatan Sulaiman 1 Kuala Terengganu

Bilangan Peserta : 23 Orang

Tokoh Guru Cemerlang      : Puan Masitah Binti Yusuf

Pada 8 Februari 2015, kami seramai 23 orang pelajar PPG Ambilan Jun 2011 dari unit PIMB

telah mengadakan Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) Guru Cemerlang di Sekolah

Kebangsaan. Sulatan Sulaiman 1 Kuala Terengganu.

Semua pelajar dapat hadir tepat pada masa yang telah dijanjikan. Al-hamdulillah

program ini berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Berikut adalah biodata guru

cemerlang yang telah dipilih untuk ditemu bual oleh kami.

Biodata Guru Cemerlang

Nama Masitah binti Yusuf

Tarikh Lahir 6 Februari 1970

Tempat Lahir Kuala Terengganu

Bangsa Melayu

Agama Islam

Tarag Perkahwinan Berkahwin

Kelulusan Sijil Asas Perguruan

Page 2: Laporan Program Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang

Latar Belakang Pendidikan

SK Manir, SM Khairiah, SMK Belara, SMAA Sultan Zainal Abidin, SMK Ibrahim Fikri dan SMK Panji Alam

Pendidikan Tinggi 1. KBTC – Pengajian Melayu

2. UPM – Bac. Pendidikan (B&K)

3. USIM – PG Diploma, Ms.Counseling

4. UMT. UNISZA – PhD

Jawatan Sekarang Guru Cemerlang Kaunseling

Sejarah Perkhidmatan 1. SK Felda Neram 1, Kemaman (1994 – 1997)

2. SMK Seri Berang (2000 – 2002)

3. SMK Kuala Telemong (2003 – 2010)

4. SK Bukit Perah (2011 – 2012)

5. SK Sulatan Sulaiman 1 (2012 hingga kini)

Amalan PdP “SATU”

S = Sentiasa Sedia & Self Thought

A = Aura (sef) & Analisis

T = Terbuka & Tawakkal

U = Usaha

Inovasi Guru Cemerlang Media Sosial – Facebook, Blog UPBK

Komitmen Guru Cemerlang

- 10 % untuk tugasan luar (Pengkongsian Ilmu, Jemputan)

- Program PPD, JPNT, KPM

- Tugasan Hakiki di sekolah

           

Setibanya di sana, kami disambut mesra oleh Guru Kanan Hal Ehwal Murid Iaitu Puan

Naziah binti Yahya dan juga Guru Cemerlang sendiri iaitu Puan Masitah binti Yusuf dengan

senyuman lebar. Kami dipersilakan ke bilik mesyuarat di tingkat 2 untuk sesi seterusnya.

            Dalam bilik mesyuarat tersebut, kami dapat berkenalan dengan lebih rapat mengenai

beliau. Selain memperkenalkan diri secara umum, beliau turut menceritakan serba sedikit

tentang diri beliau dan latar belakang pendidikan dan sejarah keluarga. Menurut Puan Masitah

Page 3: Laporan Program Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang

Binti Yusuf, pada asalnya beliau merupakan seorang guru kelas perdana yang mengajat

matapelajaran Bahasa Melayu. Oleh kerana beliau mempunyai latar belakang pendidikan

agama semasa di sekolah menengah dahulu, maka beliau amat berminat untuk menceburi

bidang Bimbingan dan Kaunseling. Ini adalah kerana ingin melihat tahap disiplin dan sahsiah

murid berada di tahap yang baik dan terkawal. Di samping itu juga ingin membantu murid yang

bermasalah di sekolah supaya mereka lebih berminat untuk datang dan belajar di sekolah.

Beliau juga telah banyak mengajar di Sekolah Rendah dan pernah juga bertugas di sekolah

Menengah di Negeri Terengganu

            Puan Masitah merupakan seorang guru yang aktif. Selain bertugas sebagai pendidik,

beliau turut terlibat dalam pelbagai tugas lain dalam dunia pendidikan. Antaranya ialah

penglibatan dalam pogram perkongsian ilmu dan ceramah motivasi.. Untuk menjadi seorang

yang cemerlang, Puan Masitah memberikan tips ‘Jangan berputus asa ’ dan sikap itu perlu

dibuang dalam kamus hidup. Di samping itu juga beliau sentiasa mengamalkan nilai-nilai

profesional iaitu cemerlang peribadi .Maksudnya ialah sentiasa berfikiran positif,

bertanggungjawab, kreatif dan inovatif. Yang kedua iaitu cemerlang pengetahuan dan skill.

Maksud beliau kita boleh menjadi pakar rujuk,sentiasa mengamalkan budaya ilmu dan bijak

dalam menyelesaikan masalah. Ketiga iaitu cemerlang komunikasi yang bermaksud

mewujudkan hubungan yang baik dan mesra dengan rakan sekerja dan masyarakat sekeliling

dan saling berkongsi ilmu dengan orang lain. Manakala yang keempat pula ialah cemerlang

potensi iaitu memberi sumbangan idea dan kepakaran kepada Institusi Pendidikan dan sentiasa

meningkat ilmu. Dan yang terakhir ialah personaliti unggul iaitu sentiasa bersikap sabar,

berfikiran positif, perihatin dan menjaga penampilan diri.

            Berkat usahanya, beliau telah memperoleh beberapa anugerah kecemerlangan yang

boleh dibanggakan. Antaranya ialah anugerah Guru Cemerlang dan anugerah Perkhidmatan

Cemerlang. Selain itu juga, beliau turut dijemput dari semasa ke semasa untuk menyampaikan

ceramah, motivasi, berkongsi pendapat dengan guru-guru dan ibu bapa sekolah sekitar Kuala

Terengganu.

            Di samping itu, guru cemerlang ini juga tidak lokek untuk berkongsi maklumat apa yang

perlu dilakukan dan apa yang dilakukan beliau untuk mendapatkan anugerah Guru Cemerlang.

Pertama, mestilah menjadi guru sekurang-kurangnya 5 tahun tempoh perkhidmatan. Selain itu,

guru juga mestilah memiliki beberapa buah buku yang pernah ditulis dan yang paling utama

ialah apa yang guru lakukan di sekolah. Tidak lupa juga pesanan beliau kepada kami agar

Page 4: Laporan Program Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang

sentiasa menghormati Pihak Pentadbir Sekolah walau siapa pun kita dan banyak mana pun

aktiviti yang kita anjurkan.

                       Akhir sekali, selepas sesi bergambar dan bersalaman dengan guru-guru, kami

pun bersurai. Diharap agar program seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa

bertujuan untuk menyemarakkan jiwa kami untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan. 

Page 5: Laporan Program Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang

LAPORAN BERGAMBAR

Puan Masitah

sedang memberi penerangan dan juga sesi soal jawab.

Page 6: Laporan Program Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang