laporan profil usahawan

5
SEMESTER 1 2014/2015 WUS 101 TERAS KEUSAHAWANAN Rancangan Perniagaan : Buddyz Cyber Enterprise Disediakan Oleh : KUMPULAN 76 Bil Nama No. Matrik 1 Noranizah Binti Riba 126518 2 Lim Shi Nie 125896 3 Wong Qin Ai 125992 4 Nur Fatihah Binti Salim 124881 5 Ema Patimah Binti Naharuddin 126492 Disediakan Untuk : En. Mohd Shafie Ariffin Pensyarah WUS 101 Tarikh Penghantaran : 11 November 2014 27 Oktober 2014 Ema Patimah Binti Naharuddin, Desasiswa Restu, Universiti Sains Malaysia, 1 | Page

Upload: ema-patimah-naharuddin

Post on 14-Nov-2015

73 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

profil keusahawanan

TRANSCRIPT

SEMESTER 1 2014/2015

WUS 101 TERAS KEUSAHAWANAN

Rancangan Perniagaan :Buddyz Cyber Enterprise

Disediakan Oleh : KUMPULAN 76BilNamaNo. Matrik

1Noranizah Binti Riba 126518

2Lim Shi Nie 125896

3Wong Qin Ai 125992

4Nur Fatihah Binti Salim 124881

5Ema Patimah Binti Naharuddin 126492

Disediakan Untuk :En. Mohd Shafie AriffinPensyarah WUS 101

Tarikh Penghantaran :11 November 2014

27 Oktober 2014

Ema Patimah Binti Naharuddin,Desasiswa Restu,Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang.

En. Mohd Shafie Ariffin,Pensyarah WUS 101,Pusat Rancangan Kokurikulum,Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang.

Tuan.

Penghantaran WUS 101 Tugasan Profil Keusahawanan

Saya menghantar projek seperti yang tertera di atas untuk semakan pihak tuan. Sekiranya terdapat apa-apa kemusykilan, sila hubungi saya di talian 0198812023.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(Ema Patimah Binti Naharuddin )

EN. JOSEPH CHIN HUN KHIONG Encik Joseph Chin Hun Khiong merupakan seorang jurugambar profesional dan tenaga pengajar fotografi. Beliau berumur 50 tahun dan beliau menceburi bidang fotografi sejak beliau muda lagi. Anak jati Sabah ini berketurunan campuran Cina-Dusun. Beliau telah membuka kedai fotografi beliau pada tahun 2011 di Putatan, Sabah. Encik Joseph Chin merupakan graduan program Diploma Pengurusan Pembinaan di Nanyang Technological University di Singapura. Selain itu, beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pembangunan di Newcastle, Australia. Kini, Encik Joseph telah memiliki sebuah kedai dan studio fotografi di Grand Plaza Putatan, Sabah iaitu Pusat Kreatif Fotovideo. Pembukaan perniagaan ini merupakan hasil usaha beliau dan rakan kongsinya. Beliau telah mempelbagaikan perkhidmatan fotografi. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Kreatif Fotografi ialah bengkel fotografi, fotografi untuk perkahwinan, konvokesyen, hari raya, dan pembuatan bingkai gambar bersaiz besar.Berdasarkan temubual saya, Encik Joseph menceburi bidang perniagaan kerana minat dan hobi beliau terhadap bidang fotografi. Pada mulanya, beliau menjadikan fotografi sebagai kerja separuh masa untuk melakukan hobi beliau. Beliau membuka perniagaan ini menggunakan modal sendiri. Hal ini kerana beliau mengalami kesukaran untuk mendapatkan bantuan daripada agensi kewangan. Cabaran lain ialah beliau tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman. Sebelum ini, beliau pernah menglibatkan diri dalam perniagaan selama 6 bulan namun gagal dan beliau telah megalami kerugiaan yang besar kerana kurang kemahiran. Namun dengan sokongan dan motivasi diri dan rakan-rakan, beliau telah menceburi bidang ini untuk kali yang kedua dan perniagaan beliau sehingga kini mendapat sambutan daripada pelanggan. Beliau berkata pengalaman banyak membantu beliau dalam perniagaan.Beliau seorang yang kreatif dan berfikiran jauh ke hadapan. Antara cabaran semasa yang beliau hadapi kini ialah memenuhi permintaan pelanggan yang pelbagai. Keadaan ini menyebabkan beliau bertambah kreatif dan berinovasi yang tinggi dalam bidang fotografi. Contohnya, beliau sentiasa mengubah cara atau style fotografi beliau mengikut trend terkini seperti outdoor wedding. Hal ini bagi mengikuti kehendak semasa pelanggan. Selain itu, beliau juga memastikan style fotografi beliau tidak ketinggalan zaman. Cabaran seterusnya ialah pendapatan perniagaan yang tidak stabil. Hal ini kerana permintaan dari pelanggan mengikut musim seperti musim perkahwinan. Misalnya, pada musim perkahwinan, permintaan pasaran akan meningkat dan menjadikan beliau sibuk untuk memenuhi permintaan pelanggan. Semasa temu bual dijalankan beliau memberitahu bahawa kemahiran untuk menguruskan pemasaran ( marketing ) sangat penting. Hal ini dapat menjamin kemajuan perniagaan. Beliau menggunakan pelbagai inisiatif untuk mengiklankan dan mempromosikan perkhidmatan fotografi yang syarikat beliau tawarkan. Misalnya, Encik Joseph menggunakan teknologi moden dan kemudahan komputer bagi mempromosikan perniagaan beliau seperti di blog, banner dan risalah kecil. Selain itu, Encik Joseph juga berkata kemahiran tentang perkhidmatan yang ditawarkan hendaklah dikuasai sepenuhnya oleh usahawan. Contohnya, beliau menggunakan kemahiran teknikal dalam fotografi untuk mengambil foto-foto yang berkualiti. Di samping itu, Encik Joseph juga memberitahu bahawa usahawan hendaklah melayan semua karenah dan kehendak pelanggan. Menghormati pelanggan juga sangat penting agar pelanggan berpuas hati dengan layan usahawan. Selain itu, usahawan baru juga hendaklah sentiasa berfikiran positif dan berwawasan agar perniagaan berkembang ke arah yang lebih baik.Lampiran

Gambar 1 menunjukkan kad perniagaan Encik Joseph Chin Hun Khiong

Gambar 2 menunjukkan Encik Joseph Chin pemilik kedai Pusat Kreatif Fotovideo

Gambar 3 menunjukkan brosur tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Kreatif Fotovideo

5 | Page