laporan post mortem

3
Laporan Post Mortem Kursus Kepengadilan Badminton Peringkat Daerah Pada 8 Mei dan 9 Mei 2013, Kelab Badminton Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jaya telah mengadakan Kursus Kepengadilan Badminton Peringkat Daerah 2013 di Dewan Suara, Besut, Terengganu. Tujuan kursus ini adalah untuk memantapkan kemahiran mengurus dan mengadili sesuatu pertandingan badminton. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran Kokurikulum permainan bagi membolehkan mereka memainkan peranan sebagai guru dan fasilitator sukan yang berkesan. Dalam kursus ini, terdapat 40 orang pelajar dari 3 sekolah yang berlainan, iaitu SMK Taman Jaya, SMK Bunga Emas dan SMK Tanjung Merah telah menghadiri kursus kepengadilan ini pada dua hari. Masa kursus ini adalah pada pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk menjayakan kursus ini, dua pemain badminton yang berpengalaman iaitu Encik Bong Lay Teng dan Puan Santhana Mary telah dijemput untuk menjadi instruktor kursus ini. Semasa menjalankan kursus, dua instruktor ini telah menjelaskan tentang kemahiran-kemahiran asas permainan badminton dan teknik kepengadilan yang berkesan. Mereka telah memberikan penerangan secara terperinci kepada para peserta supaya mereka akan menjadi pengadil yang professional dan bertauliah. Selepas kursus kepengadilan ini dijalankan, semua instruktor, guru penasihat dan peserta telah dijemput untuk menikmati makanan dan minuman yang disediakan oleh pihak jawatankuasa. Interaksi secara mendalan telah dijalankan antara insruktor dengan guru penasihat dan peserta. Keadaan yang diwujudkan di situ adalah gembira dan menyenangkan. Selepas itu, kursus ini tamat dan semua pihak bekerjasama untuk mengemaskan peralatan dan barang-barang di Dewan Suara.

Upload: vivian-wong-ching-yee

Post on 10-Apr-2016

288 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Post Mortem

Laporan Post Mortem Kursus Kepengadilan Badminton Peringkat Daerah

Pada 8 Mei dan 9 Mei 2013, Kelab Badminton Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Jaya telah mengadakan “Kursus Kepengadilan Badminton

Peringkat Daerah 2013” di Dewan Suara, Besut, Terengganu. Tujuan kursus ini

adalah untuk memantapkan kemahiran mengurus dan mengadili sesuatu

pertandingan badminton. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk

mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran pengajaran dan

pembelajaran Kokurikulum permainan bagi membolehkan mereka memainkan

peranan sebagai guru dan fasilitator sukan yang berkesan.

Dalam kursus ini, terdapat 40 orang pelajar dari 3 sekolah yang berlainan,

iaitu SMK Taman Jaya, SMK Bunga Emas dan SMK Tanjung Merah telah

menghadiri kursus kepengadilan ini pada dua hari. Masa kursus ini adalah pada

pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk menjayakan kursus ini, dua pemain

badminton yang berpengalaman iaitu Encik Bong Lay Teng dan Puan Santhana

Mary telah dijemput untuk menjadi instruktor kursus ini. Semasa menjalankan

kursus, dua instruktor ini telah menjelaskan tentang kemahiran-kemahiran asas

permainan badminton dan teknik kepengadilan yang berkesan. Mereka telah

memberikan penerangan secara terperinci kepada para peserta supaya mereka

akan menjadi pengadil yang professional dan bertauliah.

Selepas kursus kepengadilan ini dijalankan, semua instruktor, guru

penasihat dan peserta telah dijemput untuk menikmati makanan dan minuman

yang disediakan oleh pihak jawatankuasa. Interaksi secara mendalan telah

dijalankan antara insruktor dengan guru penasihat dan peserta. Keadaan yang

diwujudkan di situ adalah gembira dan menyenangkan. Selepas itu, kursus ini

tamat dan semua pihak bekerjasama untuk mengemaskan peralatan dan

barang-barang di Dewan Suara.

Page 2: Laporan Post Mortem

Terdapat beberapa kekuatan dalam Kursus Kepengadilan badminton

yang dijalankan ini, iaitu semua pelajar yang menghadiri kursus ini akan

mendapat ilmu pengetahuan tentang kemahiran-kemahiran asas badminton dan

cara untuk menjadi pengadil yang berkemampuan dalam sesebuah pertandingan

badminton. Peserta juga mendapat pengalaman yang bererti dan bermanfaat

kepada mereka kerana mereka akan berinteraksi dengan instruktor.

Selain itu, kekuatan kursus ini adalah perancangan awal yang sistematik

dan teratur. Ahli Jawatankuasa telah mengadakan mesyuarat beberapa kali

untuk membincang tentang butiran-butiran kursus ini. Selepas itu, setiausaha

telah menyediakan kertas kerja untuk perancangan kursus. Malah, susunan

aturcara yang teratur dan menepati masa.

Di samping itu, kursus ini akan mengeratkan hubungan antara pelajar

yang berasal dari sekolah yang berbeza. Mereka dapat berkongsi pendapat

masing-masing antara satu sama lain. Selain itu, mereka akan berkomunikasi

dengan pelajar lain, insruktor dan guru penasihat. Oleh itu, mereka akan

mengenali secara mendalam tentang mereka.

Kelemahan pertama yang terdapat dalam aktiviti ini pula ialah kemudahan

dan infrastruktur di Dewan Suara kurang memuaskan. Persekitaran dewan

tersebut menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan para hadiran.

Contohnya, berlaku kerosakan pada beberapa buah penghawa dingin dan ini

telah menyebabkan kepanasan. Hal ini telah menjejaskan keberkesanan sesi

kursus tersebut.

Kelemahan yang kedua ialah kursus tersebut dimulakan lewat daripada

masa yang telah ditetapkan. Hal ini adalah disebabkan oleh kelewatan segelintir

peserta dan justeru telah menyebabkan kursus tersebut tidak dapat diselesaikan

dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Page 3: Laporan Post Mortem

Pada pandangan saya, untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat

dalam kursus kepengadilan ini, saya mencadangkan agar pihak berkuasa

Jabatan Kerja Raya boleh menguruskan kerosakan dan ketidaksempurnaan

kemudahan dan infrastruktur dalam Dewan Suara dengan secepat mungkin

seperti sistem penghawa dingin. Dengan ini, aktiviti yang diadakan di Dewan

Suara dapat dijalankan dalam suasana yang kondusif dan selesa.

Seterusnya, saya juga bercadangkan agar para peserta boleh

menghadirkan diri pada masa yang tepat agar aktiviti tersebut dapat dimulakan

pada masa yang telah ditetapkan untuk mengelakkan kesuntukan masa dan

mengganggu kelancaran aktiviti. Oleh itu, ketepatan masa peserta menghadiri

kursus akan memastikan semua aktiviti dijalankan dengan sistematik mengikut

atur cara tersebut.

Generalisasinya, saya sangat gembira dan bersyukur kerana kursus

kepengadilan badminton ini dapat dijalankan dengan lancar walaupun tertimbul

sedikit masalah. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah

memberikan kerjasama dan bantuan dalam pelaksanaan kursus ini. Saya

berharap aktiviti yang akan diadakan seterusnya dapat dilaksanakan dengan

lebih baik.