laporan pertandingan kebersihan dan keceriaan

4
LAPORAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN Pada 12 Julai 2013 bersamaan hari Jumaat telah diadakan satu pertandingan kebersihan dan keceriaan di Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh guru-guru pelatih daripada IPG Kampus Pulau Pinang dan IPG Kampus Tuanku Bainun iaitu seramai 8 orang dengan kerjasama daripada semua guru Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal. Pertandingan ini telah melibatkan murid-murid dari tahun 1 sehingga tahun 6. Ia telah dijalankan pada setiap minggu dan dalam dua minggu yang pertama, terdapat dua bahagian yang berbeza. Bahagian yang pertama hanya melibatkan pertandingan kebersihan sahaja pada minggu pertama manakala pada bahagian yang kedua, ia melibatkan pertandingan kebersihan dan keceriaan pada minggu seterusnya. Pertandingan ini dijalankan bertujuan sebagai satu inisiatif bagi memupuk sikap suka kepada kebersihan dalam diri setiap murid di Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal. Ia juga dapat mendidik secara tidak langsung murid-murid sekolah ini untuk menjaga kebersihan bukan sahaja di sekolah malah ia berterusan apabila mereka berada di luar sekolah. Tambahan pula, pertandingan ini akan menjadikan kelas sebagai medium pemberian ilmu kepada murid-murid dengan lebih berkesan. Ini kerana kelas yang bersih dan ceria dapat memberikan keselesaan kepada murid-murid untuk belajar sekaligus menjadikan kelas sebagai tempat yang kondusif dalam menuntut ilmu pengetahuan. Markah bagi pertandingan ini telah dibahagikan kepada beberapa kriteria iaitu kaki lima, tingkap, lantai, keceriaan

Upload: firdaus-rashid

Post on 09-Feb-2016

682 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kmlm

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan

LAPORAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

Pada 12 Julai 2013 bersamaan hari Jumaat telah diadakan satu pertandingan

kebersihan dan keceriaan di Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal. Pertandingan ini

telah dianjurkan oleh guru-guru pelatih daripada IPG Kampus Pulau Pinang dan IPG

Kampus Tuanku Bainun iaitu seramai 8 orang dengan kerjasama daripada semua

guru Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal. Pertandingan ini telah melibatkan murid-

murid dari tahun 1 sehingga tahun 6. Ia telah dijalankan pada setiap minggu dan

dalam dua minggu yang pertama, terdapat dua bahagian yang berbeza. Bahagian

yang pertama hanya melibatkan pertandingan kebersihan sahaja pada minggu

pertama manakala pada bahagian yang kedua, ia melibatkan pertandingan

kebersihan dan keceriaan pada minggu seterusnya.

Pertandingan ini dijalankan bertujuan sebagai satu inisiatif bagi memupuk

sikap suka kepada kebersihan dalam diri setiap murid di Sekolah Kebangsaan

Nibong Tebal. Ia juga dapat mendidik secara tidak langsung murid-murid sekolah ini

untuk menjaga kebersihan bukan sahaja di sekolah malah ia berterusan apabila

mereka berada di luar sekolah. Tambahan pula, pertandingan ini akan menjadikan

kelas sebagai medium pemberian ilmu kepada murid-murid dengan lebih berkesan.

Ini kerana kelas yang bersih dan ceria dapat memberikan keselesaan kepada murid-

murid untuk belajar sekaligus menjadikan kelas sebagai tempat yang kondusif dalam

menuntut ilmu pengetahuan.

Markah bagi pertandingan ini telah dibahagikan kepada beberapa kriteria iaitu

kaki lima, tingkap, lantai, keceriaan kelas, susun atur meja dan kerusi dan papan

kenyataan. Semua kriteria ini berjumlah 100 markah. Penilaian bagi pertandingan ini

telah dilaksanakan oleh guru yang bertugas dan hakim yang telah dilantik dan ia

telah dilaksanakan pada hari Jumaat sahaja.

Oleh itu, murid-murid dan guru kelas mempunyai hari Isnin hingga Khamis

untuk membersih dan menceriakan kelas. Kelas yang mendapat markah yang paling

tinggi akan dikira sebagai pemenang dan akan diumumkan semasa perhimpunan

setiap hari Isnin minggu seterusnya. Pemenang bagi minggu tersebut diberikan piala

pusingan dan banting ‘Kamilah Juara’ sebagai tanda kemenangan di samping

memberikan semangat kepada kelas lain untuk berusha dengan lebih gigih.

Page 2: Laporan Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan

Setelah seminggu berlalu, perubahan telah berlaku secara mendadak. Murid-

murid begitu bersemangat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Kebanyakan kelas berada dalam keadaan yang begitu kondusif dan sangat selesa

bagi murid untuk menuntut ilmu. Tambahan pula, bagi murid-murid tahun 6 yanag

bakal menghadapi peperiksaan besar tidak lama lagi juga tidak ketinggalan untuk

bersaing dengan kelas-kelas yang lain.

Pada hari Isnin, semua murid ternanti-nanti untuk mengetahui bakal

pemenang bagi pertandingan ini. Pengumuman mengenai pemenang telah

dilakukan dan pemenang bagi pertandingan ini dalam minggu pertama ialah kelas 1

Elit. Ketua kelas dan penolong ketua kelas dijemput untuk mengambil hadiah dan

mereka diiringi oleh guru kelas mereka, Puan Nora. Penyampaian hadiah telah

dilakukan oleh Tuan Guru Besar, En. Marzhuki diiringi oleh Penolong Kanan

Pentadbiran, En Ariffin.

Antara kekuatan yang wujud dalam pertandingan ini adalah semua murid

begitu bersemangat dan memberikan sepenuh perhatian dalam menjaga kebersihan

dan menceriakan kelas masing-masing. Selain itu, tempoh masa yang diberikan

kepada murid-murid untuk membersih dan menceriakan kelas sangat mencukupi

dan ia bersesuaian dengan keadaan persekitaran mereka. Guru-guru sekolah juga

memberikan kerjasama sepenuhnya. Ia dapat dilihat apabila mereka selalu

mengingatkan murid-murid untuk membersihkan kelas pada mula pengajaran dan

semasa pengajaran dilaksanakan serta selepas kelas tamat pada akhir sesi

persekolahan.

Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan yang masih wujud dalam

pertandingan ini iaitu kebanyakan murid hanya membersihkan kelas mereka untuk

memenangi pertandingan ini sahaja. Sikap cintakan kebersihan pula tidak dapat

dipupuk dalam diri pelajar kerana mereka tidak mengetahui kesan buruk sekiranya

tidak menjaga kebersihan.

Page 3: Laporan Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan

Penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam membentuk sikap cintakan

kebersihan adalah dengan melaksanakan pameran dan ceramah mengenai

kebersihan Selain itu, semua guru dan semua pihak yang berkenaan mestilah

selalu menasihati murid-murid untuk menjaga kebersihan supaya dapat menghindari

penyakit yang tidak diingini. Kesimpulannya, pertandingan ini telah berjaya

dijalankan dengan lancar dan ia akan diteruskan pada setiap minggu supaya murid-

murid dapat melaksanakan aktiviti kebersihan dan keceriaan tanpa perlu berhenti

pada separuh jalan sahaja.

Sekian, terima kasih.