kajian kes service learning utmkes 2 pihak berkuasa tempatan meminta bantuan universiti untuk kempen...

22

Upload: others

Post on 01-Sep-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan
Page 2: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTM Service Learning (SL) yang dijalankan oleh pelajar berasaskan

kepada menyelesaikan satu-satu kes yang telah dikenalpasti di tempat dimana ia dilaksanakan. Projek SL akan lebih bermakna kepada pelajar dan pensyarah yang terlibat sekiranya perancangan, proses pelaksanaan dan tindakan dibuat dengan mengaitkannya dengan pembelajaran akademik dan budaya ilmu. Menerusi masalah-masalah yang dikumpulkan dalam SL, beberapa siri kajian kes menerusi pembelajaran berasaskan masalah (PBL), Pembelajaran koperatif dan Pembelajaran Aktif dapat gabung jalinkan. Seterusnya Kajian Tindakan dan Projek Rekacipta juga boleh di buat berdasarkan penelitian kes-kes yang dikumpulkan semasa menjalani SL. Pelajar seharusnya dapat merujuk kembali pernyataan misi projek, objektif projek, kontrak projek serta aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan untuk meneruskan budaya ilmu berikut:

Page 3: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

BUDAYA ILMU MENERUSI SL Menerusi SL, pelajar boleh mengamalkan budaya ilmu seperti berikut:

• Penganalisisan masalah dan penyelesaian menerusi kajian kes. • merekrut ahli yang berminat dan mencari pemimpin pasukan. • mendapatkan maklumat baru, memahami masalah sebenar

mengikut prioriti, penganalisisan masalah dan perbincangan penyelesaian menerusi kajian kes.

• merancang dan mencadangkan projek menerusi kertas kerja cadangan.

• membuat simulasi projek. • mencadangkan bajet dan bantuan kewangan/ teknikal/ pengurusan

dan jaringan pintar. • Mencari dana dan sponsor (kemahiran berunding) • Menjalankan projek mengikut perancangan yang ditetapkan • Membuat laporan dan pembentangan serta cadangan selanjutnya

kepada ”stake holder” dan penulisan akademik • mendapatkan penghargaan dan pengiktirafan ke atas projek yang

telah dijalankan.

Page 4: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

JARINGAN PINTAR PROJEK SL

• Terdapat banyak pihak yang terdiri daripada Kementerian, Unit Perancangan Ekonomi Negeri, agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, ahli parlimen, jawatankuasa kampung, GLC, NGO, Yayasan dan pihak lain yang berminat untuk malaksanakan perkongsian pintar dengan Universitii dalam memaju dan membangunkan aspek-aspek penting pembangunan negara. Kerjasama sebegini amat penting bagi sebuah institusi pengajian tinggi awam dalam usaha untuk merealisasikan aspirasi dan wawasan pembangunan negara. Contohnya di UTM, bersesuaian dengan motto UTM ”Kerana Tuhan Untuk Manusia”, SL dapat menyumbang dalam merealisasikan hasrat tersebut.

Page 5: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

PROSES PERBINCANGAN MAHASISWA /

MAHASISWA DAN KOMUNITI / PEMBENTANGAN

Proses perbincangan pensyarah bersama pelajar

Proses perbincangan bersama komunti

Page 6: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

CADANGAN PROJEK SL Berikut adalah contoh di antara cadangan projek yang boleh

dilaksanakan oleh UTM melalui SL berasaskan tema berikut: • Pelestarian ’Kejiranan dan Persekitaran Hijau Menerusi Program

Kebersihan, Keindahan dan Keceriaan (Program 5K)’. • Pelestarian projek ekonomi berimpak tinggi penduduk luar

bandar. • Projek Pembangunan Ekonomi Generasi Kedua dan Ketiga FELDA. • Projek meningkatkan taraf hidup dan memerangi kemiskinan

bandar. • Projek pembangunan keluarga menerusi kempen satu keluarga

satu industri. • Projek membudayakan sains dan teknologi dalam kehidupan. • Program-program pelaksanaan dalam Bidang Keberhasilan Utama

Negara (NKRA).

Page 7: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

Terdapat juga sub projek yang boleh difikirkan melalui SL daripada pelbagai disiplin ilmu seperti berikut: • Pemerolehan sumber air bersih dan kualiti air. • Bimbingan pendidikan pembelajaran Sains, Matematik dan Bahasa

Inggeris. • Latihan dan kemahiran vokasional dan kemahiran hidup kepada

belia kampung/ bandar. • Menyertai projek-projek NGO yang bersifat menjaga kebajikan dan

kesejahteraan awam. • Pemuliharaan dan kesedaran kepentingan tempat bersejarah dan

artifek. • Memprofil Perancangan Pembangunan Kampung/ Penduduk. • Menjalankan analisis keperluan sesebuah penempatan penduduk/

kampung.

Page 8: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

• Menyertai dalam projek-projek mengenai alam sekitar. • Membangunkan Laman web dan Projek Celik IT luar bandar. • Membangunkan projek e- komuniti. • Mencipta projek-projek pembangunan masyarakat yang praktikal. • Reka bentuk acara dan promosi penjenamaan semula pusat

pembangunan komuniti. • Projek pertanian lestari untuk tujuan sarahidup dan perniagaan tani. • Mengaplikasi bioteknologi dalam pertanian. • Membantu industri kecil kampung dalam mengaplikasikan teknologi. • Menjalankan kajian geologi dan geografi untuk pembangunan

ekonomi tempatan. • Mengilustrasi lukisan kejuruteraan, kejuruteraan bahan dan nilai

tambah bangunan tradisional, pembuatan bot/ kapal tradisional dan kerja tangan tempatan.

• Membangunkan projek pencarian tenaga alternatif untuk kegunaan harian di luar bandar.

• Menjalankan kajian tindakan dan penilaian program yang telah dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan terhadap masyarakat.

Page 9: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

CADANGAN PENUBUHAN KELAB SUKA BELAJAR

Bilik Kelab Suka Belajar oleh Pelajar Fakulti Pendidikan

Page 10: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

PEMBINAAN KAJIAN KES

Menerusi masalah-masalah yang dikumpulkan dalam aplikasi SL, beberapa siri kajian kes boleh dicipta. Pelajar secara aktifnya akan menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL) dalam perbincangan kes..

Kes-kes yang dikumpulkan semasa menjalani SL pula boleh memberikan ‘pembelajaran bermakna’ kepada pelajar, pensyarah dan universiti. Seterusnya kajian kes ini akan berguna pula dalam aktiviti kuliah, projek sarjana muda, kajian tindakan, projek rekacipta, projek perundingan dan penyelidikan universiti.

Page 11: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

CONTOH KAJIAN KES

Kes 1 Isu mengenai kemiskinan bandar sering mendapat perhatian massa. Punca masalah telah dikenalpasti melibatkan beberapa aspek yang faktor utama telah dikenalpasti. Agensi-agensi tempatan yang menyediakan perkhidmatan untuk keluarga berpendapatan rendah mengesahkan faktor-faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah yang dikenalpasti dan memberikan data-data yang telah terkumpul. Bagaimanapun data-data ini tidak lengkap dan perlukan maklumat baru untuk tindakan selanjutnya. Satu profil sosioekonomi kawasan perlu diperolehi segera. Satu program untuk "Minggu Kesedaran Membasmi Kemiskinan dan Meningkatkan Pendapatan isi rumah” perlu dijalankan. Program ini akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan NGO dengan mendapat sokongan padu daripada ahli parlimen, kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Universiti adalah sekretariat projek.................

Page 12: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

Kes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan taman permainan, sistem saliran dan sungai serta kemudahan awam.(Kempen 3K). Sering berlaku kegiatan vandalisme di kawasan tersebut. Sikap ketidak prihatinan orang ramai terhadap amalan menjaga persekitaran juga menjadi penyebab masalah di samping rekabentuk peralatan dan kemudahan orang ramai yang tidak mesra pengguna. Anda sebagai pelajar di dalam disiplin kajian alam sekitar, biologi atau kimia, pendidikan, pemasaran, kejuruteraan dan arkitektur diminta untuk merancang satu ‘grand design’ bagaimana anda boleh memajukan satu program untuk mendidik kesedaran komuniti, merekabentuk semula kemudahan awam yang mesra pengguna, memulihara persekitaran landskap dan melestarikan amalan 3K tersebut. Antara aktiviti yang sesuai dilaksanakan dan boleh diusahakan oleh Universiti ialah .............

Page 13: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

Kes 3 Sebuah kawasan parlimen berhasrat memajukan masyarakat kampung menerusi aktiviti sosioekonomi berimpak tinggi dan kebajikan untuk dijadikan projek contoh. Aspek yang perlu ditekankan adalah pembangunan dalam projek ekonomi bertemakan pertanian lestari, industri kecil dan sederhana serta penternakan mesra alam. Bagaimanapun kampung-kampung tersebut memerlukan satu analisis keperluan (need analysis) berkenaan apakah tanaman paling sesuai, industri sokongan dan jenis penternakan yang bersesuaian dengan topografi, jenis tanah, mendapatkan punca air, punca tenaga dan fasiliti lainnya. Universiti dilantik sebagai konsultan melalui SL untuk menjayakan hasrat tersebut. Projek ini melibatkan keperluan silang disiplin yang bersifat pengkajian secara holistik keperluan-keperluan tersebut sebelum satu cadangan tepat dapat dibuat. Tindakan yang perlu diambil ialah...........

Page 14: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

PENULISAN PORTFOLIO KENDIRI

SERVICE LEARNING

• Sebagai seorang ‘reflective practicioner’, pelajar seharusnya mengumpulkan maklumat satu jejak sejarah pencapaian yang didokumentasikan dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil aktiviti serta kesedaran baru yang diperolehi Ia boleh dirakamkan melalui penulisan reflektif yang memberi gambaran tentang proses atau usaha-usaha yang dijalankan serta pencapaian yang di perolehi melalui aktiviti SL Juga dikumpul sama koleksi artifek pengalaman pembelajaran dalam bentuk gambar dan video serta catatan lain sepanjang tempoh SL. Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan pelajar telah terlibat dengan refleksi kendiri yang mengandungi maklumat yang menggambarkan berlakunya kemajuan dan perkembangan berterusan.

Page 15: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

PORTFOLIO SERVICE LEARNING YANG BERKUALITI

• Berstruktur, tersusun dan memiliki nilai-nilai profesional

• Menunjukkan peningkatan perkembangan dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif.

• Mengandungi penulisan, catatan, foto, video, montaj poster dan komen reflektif.

• Menunjukkan bukti Kemahiran Insaniah

• Mengandungi bukti pencapaian prestasi pelajar

• Mengandungi bahan yang autentik dan mempunyai elemen penghasilan berimpak.

Page 16: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

REFLEKSI PELAJAR Segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar perlu dicatat atau didokumentasikan. Pelajar diminta membentangkan refleksi pengalaman di lapangan. Elemen yang perlu dibincangkan merangkumi pengalaman dari aspek penglibatan dan pembelajaran pelajar. Pelajar juga dikehendaki memberi pandangan serta komen untuk penambahbaikan kursus yang akan datang.

Page 17: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

POSTER DOKUMENTASI PROJEK YANG TELAH DIJALANKAN

Page 18: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

TESTIMONI PROGRAM SERVICE LEARNING

Pengalaman Pembelajaran Bermakna “Program ini banyak membawa kebaikan dari segi membentuk keperibadian yang cakna kepada permasalahan masyarakat di sekeliling mereka. Perjuangan saya untuk melihat mereka terlibat dengan akitiviti sebegini tercapai melalui kursus ini. Kebanyakan mereka tidak terlibat dengan aktiviti berpersatuan dan kelab sama ada di kolej mahupun fakulti dan pembinaan daya kepimpinan, kemampuan mengurus kumpulan, rasa kebertanggungjawaban dan kemahiran-kemahiran seperti menghadapi krisis, membuat keputusan, penyelesaian masalah yang melibatkan kumpulan manusia yang ramai tidak mereka alami disebabkan mereka kurang aktif dalam aktiviti luar bilik kuliah. Kemahiran sebegini hanya diperolehi melalui pembelajaran melalui pengalaman yang mana praktikalitinya perlu dihadapi sendiri oleh mereka. Komitmen dan pengorbanan yang dilakukan dan keletihan yang dirasai merupakan ‘nikmat’ yang tidak ternilai sepanjang proses melaksanakan Service Learning ini.” – Pemimpin Pelajar UTM

Page 19: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

” Sudut penyampaian ilmu bagi program service learning ini iaitu bagi membudayakan sains dan teknologi dalam kehidupan secara tidak langsung memberi pengalaman baru kepada saya. Contohnya dari segi komunikasi, saya pada awalnya amat gementar untuk menyampaikan pandangan tetapi program ini membuatkan saya jadi berani pula. Program ini juga merupakan satu program yang dapat memberi impak yang lebih positif ke atas diri seorang mahasiswa dalam membentuk jati diri serta menjulang keunggulan terbilang. Setiap individu mahasiswa itu haruslah menyertai aktiviti ini walaupun hanya sekali selama pengajian mereka di UTM ini. Saya berasa amat bertuah dapat mengaplikasikan ilmu dalam projek sebegini” pelajar UTM

Page 20: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

• "Service learning is the teaching methodology path for real life experiences connecting the student to the world and course objectives. Research has shown teacher education students across the country who are connected to early service in 21st century classrooms are much more prepared than students with limited classroom experiences. Questioning students always ask me, 'Why don't all faculty incorporate service learning in their courses?' My comment... that is a great question." Pensyarah Universiti

Page 21: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

KESIMPULAN Menerusi SL seorang pelajar atau sekumpulan pelajar mampu berkhidmat dan

melakukan perubahan sosial. Inspirasi pelajar bermula dengan menyertai projek dalam SLsebagai seorang yang bertanggungjawab dan mengambil peranan lebih aktif dalam masyarakat. Seterusnya membentuk sikap di mana membantu orang lain adalah menjadi sebahagian daripada misi mereka. Ini dapat menyerlahkan peranan pelajar sebagai seorang modal insan terbaik. Justeru, penulisan refleksi kendiri setiap pelajar yang menjalani SL perlu dikumpul dan dianalisis. Proses menjalani SL boleh didokumentasikan dan dijadikan kajian kes yang boleh dimenafaati oleh pelajar lain, fakulti dan pihak universiti. Di samping itu usaha mencari penyelesaian terhadap masalah tertentu dapat dilakukan secara berpasukan. Pengalaman-pengalaman kemahiran insaniah yang dibentuk menerusi program ini dapat mempersiapkan pelajar menjadi yang terbaik. Pelajar yang menyertai secara aktif dalam aktiviti-aktiviti SL akan lebih sihat mental dan fizikal, lebih proaktif dan lebih produktif di samping dapat mengamalkan budaya ilmu sebenar sebagai seorang pelajar universiti. Menerusi testimoni mereka yang telah menjalani Service Learning menunjukkan banyak menafaat dan keseronokan diperolehi melalui pengalaman yang amat bermakna.

Page 22: KAJIAN KES SERVICE LEARNING UTMKes 2 Pihak Berkuasa Tempatan meminta bantuan Universiti untuk Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan kawasan penempatan yang mempunyai kemudahan

PROJEK SERVICE LEARNING SG MELAYU