laporan pertandingan bercerita

4
LAPORAN PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA TAMIL SJK (T) SIMPANG LIMA, 32400, PARIT BUNTAR, PERAK A. Latar Belakang: Nama aktiviti :Pertandingan Bercerita Bahasa Tamil 2014 Tarikh :21.07.2014/ Isnin Masa :10.15am-11.15am Dengan Usahasama : Panitia Bahasa Tamil AJK Pusat Sumber SJKT Simpang Lima Jumlah Peserta : 15 peserta B. Objektif Pertandingan: i. Untuk menggalakkan murid-murid menguasai serta meningkatkan pengunaan bahasa Tamil. ii. Menggalakkan murid-murid bertutur dalam bahasa Tamil. iii. Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah. iv. Menanamkan semangat ‘Cintailah Bahasa Ibunda’. v. Membiasakan murid-murid menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pertuturan harian mereka. C. Perjalanan Pertandingan:

Upload: naresh-reshan

Post on 12-Feb-2016

316 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

laporan pertandingan bercerita

TRANSCRIPT

Page 1: laporan pertandingan bercerita

LAPORAN PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA TAMIL

SJK (T) SIMPANG LIMA, 32400, PARIT BUNTAR, PERAK

A. Latar Belakang:

Nama aktiviti :Pertandingan Bercerita Bahasa Tamil 2014

Tarikh :21.07.2014/ Isnin

Masa :10.15am-11.15am

Dengan Usahasama : Panitia Bahasa Tamil

AJK Pusat Sumber SJKT Simpang Lima

Jumlah Peserta : 15 peserta

B. Objektif Pertandingan:

i. Untuk menggalakkan murid-murid menguasai serta meningkatkan pengunaan

bahasa Tamil.

ii. Menggalakkan murid-murid bertutur dalam bahasa Tamil.

iii. Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah.

iv. Menanamkan semangat ‘Cintailah Bahasa Ibunda’.

v. Membiasakan murid-murid menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa

pertuturan harian mereka.

C. Perjalanan Pertandingan:

Pihak Jawatankuasa Induk telah bersetuju melantik AJK Kerja bagi petandingan

ini dan segala bidang tugas yang diagihkan telah disentuh secara ringkas oleh

Pengerusi Pertandingan, Pn. Mariamma sebagai panduan umum perlaksanaan tugas

tersebut. Di atas permintaan beliau, pertandingan ini akan dijalankan secara ringkas

bagi memudahkan kerja-kerja perancangan dan perlaksanaan pertandingan tersebut.

Page 2: laporan pertandingan bercerita

Di dalam mesyuarat tersebut, AJK yang dilantik sebulat suara bersetuju untuk

menjalankan pertandingan tersebut pada 21 Julai 2014. Perbincangan berkaitan

perbelanjaan dan kos yang diperlukan untuk membeli hadiah dan saguhati serta

penyediaan sijil dibuat antara AJK Induk dan ditaklimat secara ringkas kepada AJK

Kerja yang lain. Bagi menggalakkan penyertaan daripada para pelajar, Pn. Mariamma

telah bersetuju untuk mewajibkan setiap kelas menghantar seramai dua orang peserta

bagi setiap kelas. Guru yang terlibat secara langsung untuk memberi latihan kepada

wakil setiap kelas ialah guru Bahasa Tamil dan guru kelas masing-masing. Penglibatan

daripada guru-guru lain adalah digalakkan bagi mengukuhkan lagi kualiti persembahan

para peserta.

Pada 21 Julai 2014, Pertandingan bercerita berlansung pada pukul 10.15 pagi.

Sambutan daripada para pelajar dan guru amat baik dan menggalakkan. Pertandingan

tersebut berlansung di kantin sekolah dengan lancar dan tiada sebarang masalah besar

yang timbul. Pertandingan berakhir lebih kurang pukul 11.15 pagi. Senarai nama

pemenang pertandingan diumumkan pada hari khamis, 31 Julai 2014 sewaktu

perhimpunan sekolah dijalankan. Peserta yang mendapat Johan ialah K. Lawanya

(Tahun 3), naib jojan dimenangi oleh Melissa Ann (Tahun 2) dan ketiga ialah Sanjeeyan

(Tahun1).

Berdasarkan komen dan ulasan yang diberikan oleh Ketua Hakim, terdapat

beberapa kekuatan dan kelemahan yang perlu diambilkira untuk dipertingkatkan dan

diatasi bagi membantu para peserta tersebut lebih bersedia dan yakin semasa

menyampaikan cerita. Secara keseluruhannya, para peserta masih kurang yakin dan

kelancaran persembahan masih perlu dipertingkatkan. Komen-komen dan ulasan yang

diberikan oleh Ketua Hakim tersebut banyak memberi panduan kepada para guru dan

pelajar yang terlibat untuk meningkatkan mutu pertandingan tersebut di lain waktu.

Kami amat berharap pertandingan ini akan dapat diteruskan di tahun hadapan

kerana ia banyak memberikan kesan yang baik dan secara tidak lansung mewujudkan

semangat kekitaan dan kerjasama untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Tamil di

SJK(T) Simpang Lima. Sekian.

Page 3: laporan pertandingan bercerita

Dilaporkan oleh, 1 OGOS 2014

………………………………………..

CHELVA LETCHMANANNAREHS DEVADAS

Guru Bahasa Tamil Tahun 2 dan 3,

SJK(T) Simpang Lima, 2014.

Disemak oleh,

……………………………

( PN.MARIAMMA MURUGASAN )

Pengerusi,

Pertandingan Bercerita Bahasa Tamil,

SJK(T) Simpang Lima, 2014.