laporan bercerita bhs melayu tahap 1&2 7hb mac 2013

9
Laporan Aktiviti Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu (Tahap 1 & 2) Peringkat Zon Spaoh, 2013 LAPORAN AKTIVITI Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu (Tahap 1 & 2) Peringkat Zon Spaoh, 2013 Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kampung Buda Daerah : Spaoh, Betong 1. Tajuk/Tema : Cintai Bahasa Kita Tarikh : 7 Mac 2013 Hari : Khamis Tempat : Sk Kpg Buda Masa /Tempoh : 1 hari Nama Perasmi : En. Massor bin Ali, Guru Besar Sk Kpg Buda 2. Objektif : a) Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara bersahaja dan meyakinkan. b) Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri. c) Membina keyakinan diri, semangat juang yang tinggi dan berdaya saing di kalangan murid. d) Meningkatkan kemahiran berbahasa, iaitu mendengar,bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. e) Menggalakkan murid-murid menjana idea spontan, meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan. f) Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan. 3. Sasaran I. Jumlah murid : 10 x murid tahap 2(4@5@6) 1

Upload: pejal78

Post on 08-Nov-2015

102 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

Contoh laporan aktiviti

TRANSCRIPT

Laporan AktivitiPertandingan Bercerita Bahasa Melayu (Tahap 1 & 2)Peringkat Zon Spaoh, 2013

LAPORAN AKTIVITIPertandingan Bercerita Bahasa Melayu (Tahap 1 & 2)

Peringkat Zon Spaoh, 2013

Sekolah:

Sekolah Kebangsaan Kampung BudaDaerah:

Spaoh, Betong1. Tajuk/Tema

:Cintai Bahasa Kita

Tarikh

:7 Mac 2013

Hari

:Khamis

Tempat

:Sk Kpg Buda

Masa/Tempoh:1 hari

Nama Perasmi:En. Massor bin Ali, Guru Besar Sk Kpg Buda 2. Objektif

:a) Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara bersahaja dan meyakinkan.

b) Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.

c) Membina keyakinan diri, semangat juang yang tinggi dan berdaya saing di kalangan murid.

d) Meningkatkan kemahiran berbahasa, iaitu mendengar,bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu.

e) Menggalakkan murid-murid menjana idea spontan, meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan.

f) Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan.

3. Sasaran

I. Jumlah murid

:10 x murid tahap 2(4@5@6)

10 x murid tahap 1(tahun 3 sahaja)II. Jumlah Guru/Staf/PIBG:10 x guru penasihat4. Agensi Terlibat

:a.Guru dan Staf sekolah

b.Guru KAFA

c.Pekerja Swasta sekolah5. Kos Perbelanjaan:

a. Anggaran PerbelanjaanBilPerkaraAmaun (RM)

1Makan dan Minum (Peserta/ Urusetia)

RM 3.00 x 40 orang x 1 hari-Kuih-muihRM 120.00RM 20.00

2Keperluan lain

Peralatan (sijil/ hadiah/fail)

RM 170.00

JUMLAH BESARRM 320.00

6. Dapatan

a. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.Dengan aktiviti seperti ini, akan berlaku interaksi antara sesama guru dan murid antara Zon Spaoh. hal ini akan dapat mengeratkan hubungan antara murid dengan murid, murid dengan guru dan guru dengan staf. Hal ini terjadi apabila berlakunya semangat berpasukan yang tinggi . Hubungan yang erat ini penting dan boleh dibawa budaya ini ke dalam kelas.

b. Dapat menyeimbangkan diri antara akademik dan kokurikulum.Sebagai pelajar, amat perlu untuk melibatkan diri di dalam kedua-dua bahagian iaitu perlulah aktif dalam kokurikulum dan berjaya di dalam akademik. Hal ini kerana setiap murid juga akan dikira markahnya di dalam penglibatan kokurikulum.

c. Dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakatnya Melalui penglibatan di dalam aktiviti seperti ini, dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dan mencuba sesuatu yang baru. Selain dapat menanamkan dalam diri semangat berani untuk mencuba dan semangat untuk menang.d. Dapat merangsang pertukaran idea dan pandangan antara guru-guru zon Spaoh bagi meningkatkan prestasi zon akan datang.

Kekuatan

a. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.Dengan aktiviti seperti ini, akan berlaku interaksi antara sesama mereka, hal ini akan dapat mengeratkan hubungan antara murid dengan murid, murid dengan guru dan guru dengan staf. Hal ini terjadi apabila berlakunya semangat berpasukan yang tinggi .

b. Dapat menyeimbangkan diri antara akademik dan kokurikulum.Sebagai pelajar, amat perlu untuk melibatkan diri di dalam kedua-dua bahagian iaitu perlulah aktif dalam kokurikulum dan Berjaya di dalam akademik. Hal ini kerana setiap murid juga akan dikira markahnya di dalam penglibatan kokurikulum.

c. Dapat mengisi aktiviti di dalam fail kokurikulum.Selain daripada menyeimbangkan diri di dalam akademik dan kokurikulum, dengan mengadakan aktiviti ini, maka dapatlah mengisi aktiviti kokurikulum sekolah.

d. Dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakatnya.Melalui penglibatan di dalam aktiviti seperti ini, dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dan mencuba sesuatu yang baru. Selain dapat menanamkan dalam diri semangat berani untuk mencuba dan semangat untuk menang.

Kelemahan

a. Tempat dan Lokasi.Lokasi tempat pertandingan tidak sesuai untuk pertandingan peringkat zon. Ini kerana, pasukan bercerita dari sekolah lain terpaksa menggunakan jalan sungai untuk ke Sk Kpg Buda.Banyak prosedur perlu dipatuhi dan ini membabitkan keselamatan murid dan guru pengiring.b. Kurang penyertaan peserta sekolah.Hanya 4 daripada 10 sekolah Zon Spaoh yang menghantar peserta pertandingan bercerita.Kurang penyertaan, menyebabkan tidak banyak persaingan yang berlaku.Keadaan ini menyebabkan zon Spaoh ketandusan mencari murid yang benar-benar berbakat.c. Peruntukan Kewangan.Agak menyedihkan kerana masalah kewangan yang tidak mencukupi dan sukar untuk menjalankan aktiviti seperti ini.Sekolah yang mengelola pertandingan terpaksa mengeluar perbelanjaan sendiri bagi memastikan program berjalan lancar.d.Salah pemilihan tajuk cerita. Dalam pemilihan ini, terdapat sekolah yang salah memilih tajuk cerita yang diperuntukkan. Contohnya, murid tahap 2, SK Spaoh membawa cerita berkaitan dengan binatang. Berdasarkan kertas konsep yang diedarkan kepada semua sekolah di Zon Spaoh, telah menerangkan bahawa hanya murid tahap satu yang boleh membawa cerita tentang binatang.Cadangan

a. Guru besar dan PK KK sekolah dalam zon Spaoh, perlu memastikan sekolah masing-masing telah bersedia untuk menghantar peserta bagi mengelakkan zon ketandusan peserta terbaik.

b. PIBG, sekolah dan Zon Spaoh perlu menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti ini.

c. Peranan guru penasihat yang melatih peserta haruslah senantiasa bersedia dan tidak alpa dalam memastikan murid benar-benar membawa tajuk cerita yang betul.Guru penasihat perlu peka pada syarat-syarat yang telah ditetapkan. .6 Gambar Aktiviti:

7Penyertaan dan Keputusan Pertandingan :Penyertaan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 dan 2

Peringkat Zon Spaoh, 2013BilSekolahPenyertaanGuru PengiringCatatan

Tahap 1Tahap 2

1Sk Spaoh012

2Sk Mangut101

3Sk Bungin111

4Sk Kpg Buda112Pengelola

Jumlah336

Keputusan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 dan 2

Peringkat Zon Spaoh, 2013BilKedudukanTahap 1Tahap 2Catatan

11Sk Bungin (Adik Salniena bt Anggon)Sk Spaoh (Adik Muhammad Hafizul Hariz b. Zainuddin)-Murid diberi hadiah galakkan dan sijil penyertaan.

22Sk Mangut (Adik Muhd Syazwan b. Mohd Alwi)Sk Kpg Buda (Adik Nur Syazreen bt Bolhari)

33Sk Kpg Buda (Adik Nur Azreena bt Ahmad)Sk Bungin (Adik Nor Syahanaz bt Luit)

Disediakan oleh:

Nama Pegawai:

PK KK:

.................................................

Tanda tangan Pegawai :

Tarikh:

Disemak oleh:

Nama Pegawai:

GB/PK 1:

.................................................

Tanda tangan Pegawai.

Tarikh:

Perhatian :

Format Penulisan :

Font

: Arial

Font Saiz

: 12

Kertas

: A 4 - Portrait.

Helaian m/s

: Antara 2 hingga 3 m/s tidak termasuk gambar aktiviti.

Jumlah Gambar : Sekurang-kurangnya 2 keping.

Pertandingan bercerita peserta tahap 2, S.k Kpg Buda.

Pertandingan bercerita peserta tahap 1 S.k Kpg Buda.

Taklimat ketua hakim oleh Ustazah Neti bt Tahir.

Johan bercerita tahap 2, adik Muhammad Hafizul bin Zainuddin dari SK Spaoh.

Johan bercerita tahap 1, adik Salniena bt Anggon dari SK Bungin.

Ucapan alu-aluan dan amanat daripada Guru Besar Sk kpg Buda, Cikgu Massor bin Ali, selaku pengelola.

2