laporan pertandingan roket air 2012 s

14
Projek Internship Laporan Pertandingan Roket Air 2012 S.K. LKTP Bukit Besar, Felda Bukit Besar Kulaijaya, Johor. Tarikh: 10 dan 12 Julai 2012. Masa: 8.30 pagi 1010 pagi. Tempat: Padang Sekolah S.K.LKTP Bukit Besar. Pada 10 dan 12 Julai 2012 yang lalu, Panitia Kemahiran Hidup dan Sains S.K. LKTP Bukit Besar dengan kerjasama guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru telah mengadakan Pertandingan Roket Air 2012, bersempena minggu Sains dan Kemahiran Hidup peringkat sekolah yang turut berlangsung pada minggu yang sama. Pertandingan roket air ini merupakan terjemahan penggunaan dan aplikasi bidang sains angkasa serta reka bentuk dan teknologi kepada para pelajar. Ini merupakan kali pertama sekolah ini menganjurkan pertandingan roket air. Pertandingan roket air ini terbuka kepada semua pelajar tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) dan telah menarik minat 47 kumpulan dari semua pelajar tahap 2 menyertai pertandingan tersebut. Bagi pelajar yang ingin menyertai pertandingan ini, setiap kumpulan mesti terdiri daripada 2 atau 3 orang pelajar serta disertai dengan yuran perdaftaran sebanyak RM1 bagi satu kumpulan. Pertandingan Roket Air ini dibahagi kepada 2 kategori dan setiap kategori tersebut dipertandingkan mengikut kelas. Antara kategori yang dipertandingkan adalah: Kategori 1 Reka Bentuk Roket Air Kategori 2 Jarak sasaran Roket Air Dalam pertandingan ini juga, setiap kumpulan mesti menghantar sebuah roket yang diperbuat dari sekurang-kurangnya 2 botol minuman berkarbonat 1.5 ml. Setiap kumpulan cuba mereka

Upload: arlong-willkins

Post on 30-Jul-2015

522 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pertandingan Roket Air 2012 S

Projek Internship

Laporan Pertandingan Roket Air 2012 S.K. LKTP Bukit Besar,

Felda Bukit Besar Kulaijaya, Johor.

 Tarikh: 10 dan 12 Julai 2012.

 Masa:  8.30 pagi – 1010 pagi.

 Tempat: Padang Sekolah S.K.LKTP Bukit Besar.

            Pada 10 dan 12 Julai 2012 yang lalu, Panitia Kemahiran Hidup dan

Sains S.K. LKTP Bukit Besar dengan kerjasama guru pelatih Institut

Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru telah

mengadakan Pertandingan Roket Air 2012, bersempena minggu Sains dan

Kemahiran Hidup peringkat sekolah yang turut berlangsung pada minggu yang

sama. Pertandingan roket air ini merupakan terjemahan penggunaan dan aplikasi

bidang sains angkasa serta reka bentuk dan teknologi kepada para pelajar.

Ini merupakan kali pertama sekolah ini menganjurkan pertandingan roket

air. Pertandingan roket air ini terbuka kepada semua pelajar tahap 2 (tahun 4,

5 dan 6) dan telah menarik minat 47 kumpulan dari semua pelajar tahap 2

menyertai pertandingan tersebut. Bagi pelajar yang ingin menyertai

pertandingan ini, setiap kumpulan mesti terdiri daripada 2 atau 3 orang pelajar

serta disertai dengan yuran perdaftaran sebanyak RM1 bagi satu kumpulan.

Pertandingan Roket Air ini dibahagi kepada 2 kategori dan setiap

kategori tersebut dipertandingkan mengikut kelas. Antara kategori yang

dipertandingkan adalah:

Kategori 1 – Reka Bentuk Roket Air

Kategori 2 – Jarak sasaran Roket Air

Dalam pertandingan ini juga, setiap kumpulan mesti menghantar sebuah

roket yang diperbuat dari sekurang-kurangnya 2 botol minuman berkarbonat 1.5

ml. Setiap kumpulan cuba mereka bentuk roket mereka berdasarkan kreativiti

Page 2: Laporan Pertandingan Roket Air 2012 S

Projek Internship

kumpulan pelajar tersebut. Binaan roket juga harus menyerupai sebuah model

roket. Para pelajar boleh menguji hasil reka bentuk mereka sebelum

pertandingan bermula.

Perjalanan Perlaksanaan Program

2 hingga 6 Julai 2012 (seminggu sebelum hari pertandingan)

Sepanjang tempoh tersebut, pelajar didedahkan terlebih dahulu dengan

konsep asas dalam binaan roket air yang diterangkan oleh En. Faqrul Hafiz.

Bagi pelajar yang ingin menguji hasil rekaan roket mereka diberi peluang bagi

menguji roket mereka dari pelancar yang telah disediakan dan melihat sejauh

mana roket mereka tersebut terbang dari tempat pelancaran. Pelajar hanya

dibenarkan menguji roket mereka pada waktu rehat atau balik sekolah agar

tidak mengganggu masa aktiviti p&p dalam bilik darjah. Pada masa yang

sama, pelajar juga diberi tips serta kemahiran yang dapat memperbaiki hasil

rekaan mereka sebelum hari pertandingan.

Bagi pihak penganjur serta guru yang terlibat, mereka berbincang

tentang lokasi yang sesuai bagi pertandingan serta menyiapkan tapak

pertandingan yang bakal diadakan. Pada masa yang sama, pihak penganjur

cuba mencari masa pertandingan yang sesuai bagi menjalankan pertandingan

tersebut agar tidak mengganggu aktiviti lain yang berlangsung pada minggu

depan. Melalui perbincangan bersama pihak pengurusan sekolah, pertandingan

tersebut dijalankan selama 2 hari yang bebeza iaitu hari pertama dimulakan

dengan pelajar tahun 6 iaitu pada 10 Julai 2012 selepas acara Senamrobik 1

Murid 1 Sukan, manakala bagi pelajar tahun 4 dan 5, pertandingan mereka

diadakan pada 12 Julai 2012 pada sebelah pagi.

Para pelajar yang ingin menyertai pertandingan tersebut perlulah

menghantar penyertaan bersama wang penyertaan mereka sebelum tarikh akhir

penyertaan iaitu pada 6 Julai 2012 bagi mengumpul bilangan penyertaan untuk

pertandingan. Pada waktu itu juga, pihak penganjur memberikan taklimat serta

Page 3: Laporan Pertandingan Roket Air 2012 S

Projek Internship

peringatan kepada setiap kumpulan yang bertanding sebelum hari

pertandingan bermula.

Hari Pertama Pertandingan – Selasa, 10 Julai 2012

8.30 pagi – 1010 pagi

Pada hari pertama pertandingan, hanya pelajar tahun 6 sahaja yang

dipertandingkan. Ini memberi laluan kepada pelajar 6 yang akan menduduki

peperiksaan cubaan yang bakal diadakan pada hari keesokkannya selama 3

hari. Sebelum pertandingan untuk jarak sasaran roket bermula, setiap

kumpulan terlebih dahulu diminta menghantar hasil binaan roket mereka ke

bengkel Kemahiran Hidup untuk dinilai dari segi reka bentuk binaan roket

yang turut dipertandingkan.

3 orang guru yang dipilih menjadi juri bagi menilai hasil rekaan roket

pelajar tahun 6 adalah Pn Rahiza Bt Rabu, Pn Mariam Bt Ibrahim dan Pn Nur

Aisyah Bt Hussin Saadi. Antara item-item yang dinilai dalam rekaan roket

adalah segi kreativiti, kekemasan dan reka bentuk model roket. Markah-markah

juri kemudian dikumpul dan dikira bagi menentukan pemenang bagi rekaan

roket pelajar tahun 6. Setelah selesai penilaian reka bentuk roket, aktiviti

pertandingan ditangguhkan seketika bagi memberi laluan kepada aktiviti

senaman robik 1 Murid 1 Sukan. Setalah selesai aktiviti senaman robik, aktiviti

pertandingan terus bersambung. Pihak penganjur serta AJK pertandingan yang

terlibat terus menyediakan tapak pertandingan serta meneliti semula penyertaan

para peserta pada hari pertandingan tersebut. Selesai meneliti kehadiran para

peserta, aktiviti pertandingan kemudian bersambung seperti biasa.

Terlebih dahulu, pertandingan tersebut dimulakan dengan ucapan

perasmian oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Rahiza Bt Rabu, diikuti

dengan gimik pelancaran roket air oleh Penolong Kanan Ko-kurikulum En.

Ardani b. Denan. Selesai sahaja majlis perasmian, pertandingan roket bagi

jarak sasaran terus dijalankan.

Sebanyak 19 kumpulan dengan 19 buah model roket yang bertanding

bagi kategori pelajar tahun 6. Para peserta terlebih dahulu diberi sedikit

Page 4: Laporan Pertandingan Roket Air 2012 S

Projek Internship

taklimat ringkas oleh ketua juri, En Faqrul Hafiz tentang kriteria permarkahan

pertandingan dinilai. Dalam taklimat tersebut, beliau menjelaskan terdapat 2

pusingan bagi pertandingan tersebut. Dalam pusingan pertama, setiap kumpulan

cuba mensasarkan roket mereka dengan jarak yang paling jauh untuk

memasuki pusingan yang seterusnya. Hanya 5 kumpulan terbaik mengikut

jarak yang paling jauh yang akan mara ke pusingan seterusnya dan untuk

pusingan seterusnya, pelajar cuba mencapai jarak yang paling jauh untuk

menentukan pemenang bagi pertandingan tersebut. Pada masa yang sama,

setiap kumpulan cuba untuk mengelakkan roket mereka keluar dari kawasan

mendarat dan sekiranya keluar dari kawasan yang ditetapkan, maka kumpulan

tersebut gagal dan keluar dari pertandingan.

Dalam pertandingan tersebut, pelbagai strategi yang digunakan oleh

setiap kumpulan bagi memastikan roket mereka yang paling jauh di antara

kumpulan lain. Masing-masing setiap kumpulan menunjukkan ragam serta

semangat berpasukan antara satu sama lain untuk menjadi pemenang. Para

penonton yang terdiri daripada para pelajar serta guru turut menyaksikan

perjalanan aktiviti pertandingan dan tidak kurang juga mereka yang memberi

sorakan kepada pelajar yang bertanding.

Di antara 19 kumpulan yang bertanding, 5 kumpulan yang terbaik dipilih

serta mara ke pusingan penentuan. Setelah berusaha untuk mara ke pusingan

yang seterusnya, 5 pasukan yang mara adalah pasukan Klip-Klip Roket, Roket

Terbaik, Roket Angkasa, Bintang Roket Star dan Roket Z.A.A. Sebelum

pusingan penentuan dimulakan, setiap kumpulan boleh memperbaiki roket

mereka sebelum dilancarkan. Setiap kumpulan juga cuba merancang strategi

untuk menghasilkan jarak roket yang paling jauh. Dalam pusingan penentuan,

kumpulan Bintang Roket Star berjaya mensasarkan jarak roket yang paling

jauh berbanding kumpulan yang lain, diikuti dengan kumpulan kumpulan Roket

Terbaik dan dibelakangnya pula roket dari kumpulan Roket Angkasa. Ini

menjadikan kumpulan Bintang Roket Star menjadi johan bagi kategori jarak

sasaran roket bagi Tahun 6. Selesai sahaja pusingan penentuan, aktiviti

pertandingan disambung pada 12 Julai (Khamis) pada minggu yang sama.

Page 5: Laporan Pertandingan Roket Air 2012 S

Projek Internship

Page 6: Laporan Pertandingan Roket Air 2012 S

Projek Internship

Hari Kedua Pertandingan – Khamis, 12 Julai 2012.

7.40 pagi - 10.10 pagi.

Pertandingan roket air diteruskan semula bagi pelajar tahun 4 dan tahun 5.

Pihak penganjur dan AJK yang terlibat sekali lagi menjalankan tugas mereka

pada hari tersebut dengan bantuan dari guru-guru yang mengajar subjek

Pendidikan Jasmani (PJ) bagi kawalan pelajar. Para penonton dari pelajar-

pelajar tahun 1 hingga 3 turut menyaksikan perjalanan aktiviti yang dijalankan.

Seperti pertandingan yang sebelumnya, setiap kumpulan diminta untuk

menghantar model roket mereka ke bengkel Kemahiran Hidup untuk dinilai

bagi kategori pertandingan Reka Bentuk Roket. Selesai sahaja pelajar

menghantar roket mereka, mereka diberikan taklimat untuk pertandingan oleh

En. Faqrul Hafiz di tapak pertandingan sementara menanti roket mereka dinilai

dari segi reka bentuk oleh juri yang menilai. 4 orang guru yang menjadi juri

untuk menilai hasil rekaan roket pelajar terdiri daripada En. Kamarul B. Adenan,

En Mohd Nazihan B. Nazir, Pn. Hanita Bt Jusoh dan Cik Prisca Gilbert

Bubud.

Selesai sahaja roket mereka dinilai dari segi reka bentuk, wakil setiap

kumpulan mengambil semula roket mereka untuk dipertandingan bagi kategori

jarak sasaran roket. Terlebih dahulu, juri pada pertandingan tersebut, En

Faqrul Hafiz membahagikan kumpulan pelajar kepada 2 kumpulan mengikut

mengikut kategori pertandingan (tahun 4 dan tahun 5). Seperti mengikut

peraturan pertandingan Tahun 6 yang lepas, 6 kumpulan yang terbaik dipilih

serta mara ke pusingan penentuan.

Pelajar dari tahun 4 terlebih dahulu memulakan pertandingan dengan

seramai 13 kumpulan yang bertanding. Daripada 13 pasukan tersebut, 5

pasukan yang mara ke pusingan penentuan adalah kumpulan Daytona Racing,

kumpulan Kau Kau Punya Roket, kumpulan Rocket Star, kumpulan Roket Lebah

dan Kumpulan Meteor. 6 kumpulan akan bertanding dal;am pusingan kalah

mati bagi menentukan kedudukan tempat pertama, kedua dan ketiga. Bagi

pelajar tahun 5, seramai 14 kumpulan bertanding dalam pertandingan roket

Page 7: Laporan Pertandingan Roket Air 2012 S

Projek Internship

air. Selepas melepasi pusingan pertama, 6 kumpulan yang berjaya mara ke

pusingan seterusnya adalah dari kumpulan Boeing Sayuz, kumpulan The Tyrant

Rocket, kumpulan Roket Hijau Angkasa, kumpulan Rocket Start, kumpulan

ZEUS rocket, dan Roket Malaysia.

Dalam pusingan akhir, untuk kategori pelajar tahun 4, roket kumpulan

Daytona Racing berjaya menjauhi jarak roket kumpulan lain iaitu mendarat di

luar pagar sekolah, diikuti di belakangnya dari kumpulan Rocket Start dan

ketiga dari kumpulan Boeing Sayuz. Untuk kategori pelajar tahun 5, kumpulan

ZEUS rocket berjaya memukau para penonton dengan roket mereka terbang

melebihi kawasan pagar sekolah dan mendarat di seberang jalan dan

menjadikan roket kumpulan mereka mencatat jarak yang paling jauh bagi

pertandingan kali ini. Berada di belakang mereka adalah kumpulan Rocket

Start yang juga roket mereka hampir melepasi pagar sekolah dan seterusnya

dari kumpulan Boeing Sayuz.

Keputusan keseluruhan bagi Pertandingan Roket Air Kategori Jarak

Sasaran tahun 4 dimenangi oleh kumpulan Daytona Racing, diikuti tempat

kedua oleh kumpulan Kau Kau Punya Rocket dan tempat ketiga disandang

oleh Meteor. Untuk keputusan keseluruhan Tahun 5, tempat pertama disandang

oleh ZEUS Rocket, diikuti tempat kedua dari kumpulan Rocket Start dan

tempat ketiga oleh kumpulan Boeing Sayuz. Seterusnya pemenang bagi kelas

Tahun 6, johan disandang oleh kumpulan Bintang Roket Star, naib johan dari

kumpulan Roket Terbaik dan tempat ketiga disandang oleh Roket Angkasa

Bagi keputusan untuk kategori Reka Bentuk Roket, bagi tahun 4, tempat

pertama sekali lagi dipegang oleh kumpulan Daytona Racing, di tempat kedua dari

kumpulan Roket Star dan tempat yang ketiga dari kumpulan Kau Kau Punya

Roket. Bagi Tahun 5, tempat pertama disandang oleh kumpulan Roket GSBF,

tempat kedua pula dari kumpulan Rocket Star dan tempat seterusnya dari

kumpulan Roket Power. Akhir sekali, bagi tahun 6 johan disandang oleh

kumpulan Roket 1 Malaysia, naib johan dari kumpulan Bintang Roket Star,

dan tempat ketiga pula dari kumpulan H.A.F Roket.

Page 8: Laporan Pertandingan Roket Air 2012 S

Projek Internship

Untuk pelajar yang menyertai pertandingan roket air kali ini, setiap

pelajar akan diberi sijil penyertaan pertandingan. Bagi kumpulan pelajar yang

menjadi pemenang bagi Pertandingan Roket Air kali ini, johan, naib johan dan

tempat ketiga akan menerima hadiah berupa hamper, pingat dan sijil

penyertaan. Penyampaian hadiah dan sijil akan disampaikan pada perhimpunan

pagi pada hari Isnin minggu hadapan (16 Julai 2012) yang akan disampaikan

oleh guru besar S.K LKTP Bukit Besar.

Rumusan

Secara keseluruhannya, penganjuran pertandingan roket air yang julung-

julung kali diadakan ini telah berjaya menarik minat pelajar dalam menyertai

pertandingan ini. Selain daripada mendedahkan pelajar kepada ilmu sains dan

reka bentuk, pertandingan seperti ini dapat menggalakkan pelajar untuk

melakukan aktiviti yang berfaedah dan juga menggunakan masa yang terluang

dengan sesuatu yang dapat merangsang kreativiti dan juga bakat mereka.

Bagi pihak penganjur, sambutan yang menggalakkan ini, memberi petunjuk

yang positif dengan penglibatan pelajar secara aktif dalam pertandingan ini.

Selain itu, ia memberi satu pengalaman yang berguna kepada kami guru

pelatih dalam menganjurkan aktiviti rasmi di sekolah. Diharapkan aktiviti

sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang seterusnya dapat membina

impak positif kepada semua lapisan warga sekolah.

Disediakan oleh, 17 JULAI 2012

(MOHD HAYROL ZAMARI)

Page 9: Laporan Pertandingan Roket Air 2012 S

Projek Internship

Suasana Perjalanan Aktiviti Pertandingan Roket Air

1/ Penyertaan Roket Peserta

2/ Juri menilai hasil rekaan roket pelajar

Page 10: Laporan Pertandingan Roket Air 2012 S

Projek Internship

Page 11: Laporan Pertandingan Roket Air 2012 S

Projek Internship

3/ Para pelajar yang datang menyaksikan pertandingan roket air

4/ Para peserta yang sedang

menunggu giliran mereka.

Page 12: Laporan Pertandingan Roket Air 2012 S

Projek Internship

5/ Acara perasmian pertandingan roket air

6/ Kumpulan yang mengambil tempat bagi melancarkan roket mereka

7/ Roket air pelajar yang terbang ke udara

Page 13: Laporan Pertandingan Roket Air 2012 S

Projek Internship

8/ Juri-juri yang bertugas pada hari pertandingan