laporan pertandingan eureka

10
LAPORAN PERTANDINGAN EUREKA-REE PERINGKAT NEGERI JOHOR Pada 2, 3 dan 4 Julai 2012 yang lepas, seramai empat orang murid Sekolah Kebangsaan Seri Bertam telah terpilih untuk mewakili daerah Batu Pahat dalam Pertandingan Eureka-Ree Peringkat Negeri Johor bersempena dengan Festival Sains dan Teknologi Negeri Johor bagi tahun 2012 yang bertempat di Pontian, Johor.Pertandingan Eureka ini merupakan satu pertandingan yang sangat bagus diadakan kerana dapat memberi kemahiran kepada murid dari segi pembinaan model rumah daripada kertas berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Sebelum pertandingan saya Muhammad Zulhakim bin Hazaha bersama rakan saya Zarul Shafiq bin Abdul Ghani telah membantu Guru Pembimbing kami iaitu Encik Asnadi Bin Ani bagi melatih keempat-empat murid tersebut membina model rumah yang baik. Saya berasa kagum dengan murid-murid berkenaan kerana telah mendapat Johan bagi Pertandingan Eureka- Ree Peringkat Daerah Batu Pahat baru-baru ini. Jadi, mereka merupakan yang terbaik untuk mewakili daerah Batu Pahat ke peringkat negeri. Sewaktu kami melatih murid-murid berkenaan, mereka dapat memberi komitmen yang sepenuhnya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Malah tidak cukup dengan latihan di sekolah, mereka akan membuat latihan lagi pada waktu malamnya di rumah Encik Asnadi.

Upload: memerang16

Post on 25-Jul-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pertandingan Eureka

LAPORAN PERTANDINGAN EUREKA-REE PERINGKAT NEGERI JOHOR

Pada 2, 3 dan 4 Julai 2012 yang lepas, seramai empat orang murid Sekolah

Kebangsaan Seri Bertam telah terpilih untuk mewakili daerah Batu Pahat dalam

Pertandingan Eureka-Ree Peringkat Negeri Johor bersempena dengan Festival Sains

dan Teknologi Negeri Johor bagi tahun 2012 yang bertempat di Pontian,

Johor.Pertandingan Eureka ini merupakan satu pertandingan yang sangat bagus

diadakan kerana dapat memberi kemahiran kepada murid dari segi pembinaan model

rumah daripada kertas berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Sebelum

pertandingan saya Muhammad Zulhakim bin Hazaha bersama rakan saya Zarul Shafiq

bin Abdul Ghani telah membantu Guru Pembimbing kami iaitu Encik Asnadi Bin Ani

bagi melatih keempat-empat murid tersebut membina model rumah yang baik. Saya

berasa kagum dengan murid-murid berkenaan kerana telah mendapat Johan bagi

Pertandingan Eureka-Ree Peringkat Daerah Batu Pahat baru-baru ini. Jadi, mereka

merupakan yang terbaik untuk mewakili daerah Batu Pahat ke peringkat negeri.

Sewaktu kami melatih murid-murid berkenaan, mereka dapat memberi komitmen yang

sepenuhnya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Malah tidak cukup dengan

latihan di sekolah, mereka akan membuat latihan lagi pada waktu malamnya di rumah

Encik Asnadi.

Page 2: Laporan Pertandingan Eureka

Pada petang 2 Julai 2012 selepas sahaja Solat Asar, seramai empat orang guru

pengiring bersama empat orang murid tersebut telah bertolak ke Pontian yang menjadi

tuan rumah bagi pertandingan tersebut. Alhamdulillah kami selamat sampai ke Pontian

pada pukul 7.30 malam. Kami telah menginap di sebuah ‘Homestay’ dan disitu juga

merupakan tempat berkumpulnya murid-murid daripada sekolah lain sekitar Batu Pahat

yang akan mewakili daerah bagi acara-acara tertentu. Selepas sahaja Solat Maghrib

satu sesi taklimat telah diadakan. Taklimat tersebut disampaikan oleh wakil Pejabat

Pelajaran Batu Pahat selaku ketua kontijen.

Selesai sahaja makan malam dan Solat Isyak, murid-murid diminta untuk tidur lebih

awal untuk mendapatkan tenaga yang optimum bagi pertandingan keesokkan harinya.

Pada keesokkan harinya iaitu 3 Julai 2012, guru-guru pengiring telah membawa

peserta ke tempat pertandingan yang telah ditetapkan. Bagi pertandingan Eureka-Ree,

tempatnya adalah di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian iaitu tidak jauh dari tempat

penginapan kami. Sementara menunggu pertandingan bermula, kami telah

mendapatkan sarapan pagi di kantin sekolah.

Page 3: Laporan Pertandingan Eureka
Page 4: Laporan Pertandingan Eureka

Guru-guru pengiring tidak henti-henti memberi kata-kata peransang dan mengingatkan murid supaya mempraktikkan sebaik mungkin apa yang telah mereka berlatih sebelum ini.

Sebelum pertandingan bermula, murid diminta mengikuti sesi taklimat ringkas berkaitan peraturan pertandingan oleh pegawai yang bertugas.

Pertandingan akan berlangsung selama selama dua hari iaitu pada hari yang pertama,

murid akan membina sahaja model rumah sehingga lengkap dengan masa ditetapkan

selama 5 jam. Pada hari kedua pula, murid perlu menerangkan spesifikasi model rumah

yang telah dihasilkan dengan berpandukan paparan slaid yang telah disediakan.

Tepat jam 10.00 pagi pertandingan bermula. Sebanyak 10 buah sekolah yang

mewakili setiap daerah dalam negeri Johor telah mengambil bahagian dalam

pertandingan tersebut. Kelihatan murid-murid yang menyertai begitu bersemangat dan

tekun bagi menghasilkan model rumah yang terbaik. Hanya seorang guru pembimbing

sahaja dibenarkan bersama peserta semasa pertandingan dijalankan tetapi tidak

dibenarkan menyentuh alatan.

Page 5: Laporan Pertandingan Eureka
Page 6: Laporan Pertandingan Eureka

Setelah 5 jam peserta berhempas pulas menyiapkan model rumah mereka,

ternyata hasilnya amat memuaskan. Hampir semua kumpulan dapat menghasilkan

model rumah yang menarik dan pelbagai bentuk berdasarkan fungsi-fungsi tertentu.

Perkara ini mungkin agak sukar bagi pihak juri untuk memberi markah.

Page 7: Laporan Pertandingan Eureka

Selesai sahaja hari pertama pertandingan, para peserta pulang ke tempat

penginapan masing-masing dan perlu bersedia pula dengan sesi pembentangan pada

keesokkan harinya. Pada 4 Julai 2012, pertandingan untuk hari kedua bermula tepat

jam 9 pagi. Para peserta telah diundi terlebih dahulu untuk mengetahui kumpulan mana

yang akan membentang terlebih dahulu dan seterusnya. Bagi peserta SK Seri Bertam,

mereka telah merupakan kumpulan yang ke-8 yang akan membuat pembentangan.

Selesai sahaja sesi pembentangan, bermakna pertandingan sudah pun berakhir.

Segala keputusan terletak pada tangan juri yang bertugas. Para peserta dan guru-guru

telah bergerak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Barat, Pontian

selepas sahaja Solat Zuhur dan makan tengah hari untuk Majlis Penutup Festival Sains

dan Teknologi Negeri Johor 2012.

Page 8: Laporan Pertandingan Eureka

Majlis Penutupan tersebut telah diserikan lagi dengan pelbagai persembahan murid

daripada sekolah-sekolah sekitar daerah Pontian. Contoh persembahannya adalah

seperti gamelan, ghazal dan tarian.

Selesai sahaja ucapan penutup daripada YB Encik M. Asojan A/L Muniyandi, sesi

penyampaian hadiah dijalankan. Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh para peserta

yang telah bertanding. Bagi pertandingan Eureka-Ree, SK Seri Bertam yang mewakili

daerah Batu Pahat, tidak bernasib baik kerana tidak memperoleh sebarang tempat.

Tempat ketiga dimenangi oleh daerah Johor Bahru, tempat kedua dimenangi oleh

daerah Pontian manakala tempat yang pertama dimenangi oleh daerah Muar.

Page 9: Laporan Pertandingan Eureka

Walaupun kami gagal mendapat tempat, inilah pengalaman yang sangat bermakna bagi kami dan akan berusaha lagi pada tahun akan datang.

Disediakan oleh:

(MUHAMMAD ZULHAKIM BIN HAZAHA)

Guru Pelatih,

SK Seri Bertam.