laporan bercerita dengan alat (aliaa, sobri, hawa, haikal, michelle, komalan, alya)

8
LAPORAN BERCERITA DENGAN ALAT Pada 31 Januari 2015 yang lalu, kami telah menerima tugasan daripada pensyarah PSE3033E, Tuan Haji Abdul Rani bin Hassan untuk melaksanakan lakonan bercerita dengan alat dengan anggaran panjang cerita 15 – 20 minit. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 6-7orang ahli (seorang pencerita dan yang lain berlakon). Ahli kumpulan kami ialah Ahmad Sobri Muzammil bin Hussain, Aliaa Iryani binti Md Zelan, Alya binti Matali@Nerro, Hew Jing Ting, Michelle, Muhamad Haikal Bin Admi, dan Komalan A/L Ramash . Sebelum memulakan latihan, kami telah mengkaji dahulu apakah itu latihan bercerita dengan alat. Selepas itu, kami telah membahagikan peranan masing-masing. Nur Hawa binti Zainal Abidin dipilih untuk menjadi pencerita manakala ahli selebihnya akan berperanan sebagai pelakon. Setelah perbincangan dilakukan, kami telah memutuskan untuk melakonkan cerita Cinderella. Kami telah bekerjasama menjana idea dan menkaji perjalanan cerita tersebut. Setelah selesai menkaji perjalanan cerita Cinderella, kami memulakan latihan lakonan. Latihan dijalankan secara berterusan sehingga kami mampu menguasai , lakonan perjalanan cerita ‘Cinderella’. Selepas itu, kami telah membuat keputusan untuk menambahkan latar belakang dan efek

Upload: mhjt29

Post on 11-Nov-2015

253 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Sastera

TRANSCRIPT

LAPORAN BERCERITA DENGAN ALATPada 31 Januari 2015 yang lalu, kami telah menerima tugasan daripada pensyarah PSE3033E, Tuan Haji Abdul Rani bin Hassan untuk melaksanakan lakonan bercerita dengan alat dengan anggaran panjang cerita 15 20 minit. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 6-7orang ahli (seorang pencerita dan yang lain berlakon). Ahli kumpulan kami ialah Ahmad Sobri Muzammil bin Hussain, Aliaa Iryani binti Md Zelan, Alya binti Matali@Nerro, Hew Jing Ting, Michelle, Muhamad Haikal Bin Admi, dan Komalan A/L Ramash .Sebelum memulakan latihan, kami telah mengkaji dahulu apakah itu latihan bercerita dengan alat. Selepas itu, kami telah membahagikan peranan masing-masing. Nur Hawa binti Zainal Abidin dipilih untuk menjadi pencerita manakala ahli selebihnya akan berperanan sebagai pelakon. Setelah perbincangan dilakukan, kami telah memutuskan untuk melakonkan cerita Cinderella. Kami telah bekerjasama menjana idea dan menkaji perjalanan cerita tersebut.Setelah selesai menkaji perjalanan cerita Cinderella, kami memulakan latihan lakonan. Latihan dijalankan secara berterusan sehingga kami mampu menguasai , lakonan perjalanan cerita Cinderella. Selepas itu, kami telah membuat keputusan untuk menambahkan latar belakang dan efek latar bunyi foley untuk membuatkan lakonan kami lebih realistik dan menarik. Pada hari sebenar persembahan lakonan kami, kami telah sampai awal ke bilik muzik untuk menyediakan tempat dan membuat full rehearsal. Pada pukul 10.30am, kelas sastera bermula dengan ketibaan pensyarah-pensyarah sastera kelas kami dan diikuti dengan persembahan bercerita daripada kumpulan-kumpulan lain sebelum persembahan bercerita dengan alatan kami. Walaupun kami berasa gementar, tetapi kami telah berjaya mempersembahkan lakonan kami dengan jayanya dengan adanya kerjasama daripada rakan sekelas kami yang lain. Mereka telah memberi kami sokongan dan dorongan. Mereka juga telah menolong kami mengambil video dan gambar untuk dokumentasi semasa lakonan kami berjalan. Selepas selesai persembahan, Encik Shamsudin telah memberikan komen yang membina buat kami. Walaupun ada komen-komen negatif yang diberikan, kami menerimanya dengan hati yang terbuka dan belajar daripada kesilapan tersebut. Kelas sastera kami pada hari tersebut diakhiri dengan ucapan daripada Encik Shamsudin dan juga penerangan untuk tugasan yang seterusnya.Kesimpulannya, tugasan seperti ini mampu memberikan kita ilmu serta pengalaman yang baru. Ia juga dapat diterapkan oleh kami sebagai seorang guru di dalam kelas kelak.

GAMBAR-GAMBAR