laporan pelaksanaan penyebaran kssr bahasa cina.03version

18
LAPORAN PELAKSANAAN PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) & PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TAHUN 2, 2011 BAGI MATA PELAJARAN DUNIA SAINS & TEKNOLOGI NEGERI JOHOR 1. Tarikh : 26 – 30 September 2011 2. Hari : Isnin - Jumaat 3. Tempat : Dewan Seri Angkasa, SMK Seri Aman, Kota Tinggi 4. Anjuran : Jabatan Pendidikan Negeri Johor 5. Pegawai Perasmi : Encik Mohd. Azam bin Anuar Pen. Pengarah Sains, Sektor Pengurusan Akademik JPNJ . Pegawai Penyelaras : Encik Kamalhuzaimi Bin Khamis Pen. PPD Sains dan Matematik (Rendah) PPD Kota Tinggi 7. Urus Setia : Encik Hamdan b. Hamami 8. Kehadiran : Peserta Pegawai/Penceramah/Fasilitator/Urus Setia L P KPM JPN PPD SEK BPG Sebenar Unjuran Peratus 9. Tujuan Kursus: 1

Upload: yow-chee-choy

Post on 14-Feb-2015

82 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina.03version

LAPORAN PELAKSANAAN PENYEBARAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) &

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TAHUN 2, 2011

BAGI MATA PELAJARAN DUNIA SAINS & TEKNOLOGI

NEGERI JOHOR

1. Tarikh : 26 – 30 September 2011

2. Hari : Isnin - Jumaat

3. Tempat : Dewan Seri Angkasa, SMK Seri Aman, Kota Tinggi

4. Anjuran : Jabatan Pendidikan Negeri Johor

5. Pegawai Perasmi : Encik Mohd. Azam bin Anuar

Pen. Pengarah Sains, Sektor Pengurusan Akademik JPNJ

. Pegawai Penyelaras : Encik Kamalhuzaimi Bin Khamis

Pen. PPD Sains dan Matematik (Rendah)

PPD Kota Tinggi

7. Urus Setia : Encik Hamdan b. Hamami

8. Kehadiran :

Peserta Pegawai/Penceramah/Fasilitator/Urus Setia

L PKPM

JPN PPD SEKBPG

SebenarUnjuranPeratus

9. Tujuan Kursus:

9.1 Menyebarkan maklumat dasar transformasi pendidikan KBSR kepada KSSR, maklumat tentang matapelajaran Dunia Sains & Teknologi Tahun 2 iaitu isi kandungan Dokumen Standard bagi DST & TMK, Pelaksanaan PBS dan juga penggunaan Standard Prestasi bagi matapelajaran DST & TMK kepada semua guru Sains Tahun 2 di daerah Kota Tinggi.

9.2 Memperbanyak sumber pengajaran & pembelajaran seperti contoh modul dan rancangan pengajaran harian melalui sesi perbengkelan dan pembentangan.

1

Page 2: Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina.03version

10. Pengisian Program :

10.1 Tarikh : 26 September 2011( Isnin )

Masa : 8.30 – 10.00 pagi

Slot 1

Penceramah :Encik Kamalhuzaimi Bin Khamis

Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi

Bahagian Sains &Matematik Sekolah Rendah

Tajuk : Taklimat Umum Perjalanan Kursus KSSR

Laporan:

Mengucapkan selamat datang kepada semua peserta kursus dan merakamkan ucapan terima kasih atas tanggungjawab yang sanggup digalas oleh guru untuk menghadiri kursus ini. Beliau berharap setiap peserta memberi kerjasama sepanjang kursus agar semua maklumat dapat diserap dengan baik dan dapat melaksanakan semua tindakan terutama bagi matapelajaran DST tahun 2 yang akan dilaksanakan pada tahun 2012 agar sebarang kelemahan berhubung pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dapat diatasi.

Beliau juga turut mengalu-alukan sebarang maklumbalas terhadap sebarang kekeliruan yang timbul terutamanya dalam pelaksanaan PBS yang telah pun dilaksanakan pada tahun ini bagi murid-murid di Tahun 1.

Menegaskan bahawa fokus guru dalam setiap sesi serta peranan yang harus dimainkan dalam meyebarkan maklumat yang diperolehi di sekolah adalah amat penting bagi memastikan pelaksanaan KSSR dipraktikan dengan berkesan

Tajuk : Taklimat Umum Perjalanan Kursus KSSR

Penceramah : En. Hamdan Bin. Hamami

Transformasi kurikulum dari KBSR kepada KSSR merupakan usaha bertitik tolak daripada ucapan YAB Perdana Menteri yang meminta agar satu perubahan dalam sistem pendidikan Negara ditambahbaik agar benar-benar dapat melahirkan modal insan yang berketrampilan dan seimbang sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta melahirkan generasi Ulul Al-Bab.

2

Page 3: Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina.03version

Kurikulum Standard Sekolah Rendah digubal bersandarkan prinsip KBSR tetapi ditambah baik melalui beberapa perubahan dari segi bahan, organisasi, pengurusan kurikulum, bentuk, peruntukan masa, pedagogi, pentaksiran dan kandungan.

KSSR juga direkabentuk dengan mengambilkira beberapa prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Cabaran Wawasan 2020, Cabaran pendidikan abad ke 21, 4 pillars education of UNESCO dan lain-lain.

Turut diterangkan tentang bandingbeza antara KBSR dan KSSR dari segi kemahiran yang perlu dikuasai, tempoh pentaksiran, panduan pengajaran dan lain-lain agar guru lebih jelas dengan tujuan kursus.

10.2 Slot 2

Penceramah : En. Tajul Ariffin B. Abdul halim

Tajuk: Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Tarikh:26 September 2011

Masa:10.30 -12.30 tengah hari

Laporan:

Elemen merentas kurikulum (EMK) merupakan unsur kemahiran bernilai tambah yang perlu disisipkan dalam P&P Dunia Sains & Teknologi dan ianya terbahagi kepada 3 elemen yang utama iaitu elemen Keusahawanan, Kreativiti & Inovasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Turut diterangkan juga tujuan EMK diterapkan dalam setiap aktiviti P&P iaitu bagi menerbitkan ciri-ciri keushawanan, memupuk generasi berdaya cipta serta menguasai kemahiran teknologi maklumat.

Ditegaskan juga perbezaan antara pelaksanaan penerapan TMK dalam elemen merentas kurikulum dan pengajaran elemen TMK dalam tempoh 12 waktu yang ditetapkan dalam matapelajaran DST dimana dalam waktu yang diperuntukan itu guru perlu merancang P&P bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran, nilai dan pengetahuan di samping kemahiran menggunakan perkakasan serta perisian Teknologi Maklumat secara khusus berdasarkan kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajarannya yang tersendiri.

3

Page 4: Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina.03version

10.3 Slot 3

Penceramah : Pn. Norshailah Bte. Aslah

Tajuk : Konsep Dunia Sains & Teknologi

Tarikh : 26 September 2011

Masa : 2.00 – 5.00 petang

Laporan:

Penerangan tentang Prinsip Penggubalan Kurikulum Dunia Sains & Teknologi Sekolah Rendah serta matlamat yang disasarkan melalui pengajaran Subjek ini.Turut diterangkan semula peruntukan masa untuk subjek ini dan menyarankan agar 2 masa yang diberikan dalam seminggu seharusnya digabungkan bagi membolehkan P&P dijalankan dengan lebih berkesan terutamanya apabila mengajar elemen TMK secara khusus. Beliau juga menjelaskan tentang Dokumen Standard Kurikulum dan instrumen yang digunapakai dalam mengajar mata pelajaran ini.

Seterusnya dibincangkan juga beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru bagi menyampaikan P&P kepada murid dengan lebih berkesan iaitu teknik penyoalan yang betul yang mampu menstruktur, merangsang dan menguji kefahaman murid dalam satu-satu hasil pembelajaran dan menyoal murid bermula darpadai perkara yang mudah kepada sukar. Ditegaskan juga beberapa perkara yang harus dielakkan semasa menyoal seperti penggunaan perkataan yang kurang sesuai serta mengelirukan serta bertanyakan soalan terlalu banyak kepada murid. Murid juga perlu diberikan ruang masa yang sesuai dalam melaksanakan kaedah penyoalan.

Turut dijelaskan tentang pengoperasian penakulan iaitu kemahiran ke 4 yang terdapat dalam KSSR berbanding 3 kemahiran asas dalam KBSR yang merupakan kemahiran pada aras paling tinggi yang hendak dicapai. Melalui sesi ini guru dijelaskan dengan beberapa contoh situasi di mana penakulan murid dapat duji.dan dinilai.

Melalui sesi soaljawab, beliau juga menerangkan beberapa istilah yang sesuai dan eksplisit bagi menulis objektif pembelajaran agar kemahiran penakulan yang dizahirkan dalam standard pembelajaran dapat dinayatakan dengan lebih jelas.

4

Page 5: Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina.03version

10.4 Slot 4

Penceramah : Pn. Norshahila bt Aslah

Tajuk : Dokumen Standard & Penulisan RPH Bagi DST (elemen Sains)

Tarikh : 27 September 2011 ( Selasa )

Masa : 8.00 – 10.00 pagi

Laporan:

Merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum serta meminta guru meneliti secara terperinci tentang Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ingin dicapai bagi setiap tema dan tajuk. Beliau turut menegaskan bahawa guru perlu berpegang kepada Dokumen Standard Kurikulum dalam menyampaikan isi pembelajaran dan bukan berpandukan kepada Standard Prestasi. Ini kerana terdapat beberapa Standard Pembelajaran yang tidak terdapat dalam Standard Prestasi yang digunakan untuk tujuan pentaksiran dan tidak disentuh sebagimana yang terdapat secara terperinci dalam Dokumen Standard.

Turut dibincangkan juga tentang format penulisan rancangan pengajaran harian yang telah diputuskan dalam mesyuarat jabatan dan ianya perlu diseragamkan dan diikuti oleh semua guru terutamanya di daerah Kota Tinggi.

10.5Slot 5

Penceramah : Pn. Norshahila bt Aslah

Tajuk : Penulisan RPH DST elemen - Sains ( Perbengkelan )

Tarikh : 27 September 2011 ( Selasa )

Masa : 10.30 – 12.30 tgh.

Laporan:

Peserta kursus dibahagikan kepada 15 kumpulan dan setiap kumpulan telah diberikan tugasan dengan Tajuk, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Mereka ditugaskan bagi merancang P&P dan menulis RPH selama 60 minit mengikut format seperti yang ditaklimatkan dengan bimbingan jurulatih utama.

5

Page 6: Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina.03version

10.6 Slot 6

Penceramah : Pn. Norshahilah bt Aslah

Tajuk : Penulisan RPH DST – elemen Sains ( Pembentangan )

Tarikh : 27 September 2011 ( Selasa )

Masa : 2.00 – 5.00 ptg.

Laporan:

Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbengkelan masing-masing. Jurulatih dan peserta meneliti dan memberi sebarang komen membina terhadap RPH dan perkembangan aktiviti P&P yang dirancang bagi tujuan penambahbaikan.

10.7 Slot 7

Penceramah : Pn. Salina Bt. Kemis

Tajuk : Dokumen Standard & Penulisan RPH bagi DST (elemen TMK)

Tarikh : 28 September 2011 ( Rabu )

Masa : 8.00 – 10.00 pagi

Laporan:

Merujuk kepada Dokumen Standard bagi elemen TMK serta meminta guru meneliti secara terperinci tentang Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ingin dicapai bagi setiap tajuk. Sepertimana sebelumnya, beliau turut menegaskan bahawa guru perlu berpegang kepada Dokumen Standard dalam menyampaikan isi pembelajaran dan bukan berpandukan kepada Standard Prestasi. Turut diterangkan juga beberapa langkah dan fungsi dalam penggunaan perisian kata dan powerpoint yang perlu diketahui oleh guru untuk diajarkan kepada murid

Beliau juga turut meminta guru agar lebih berinisiatif dalam menyampaikan P&P elemen TMK ini terutamanya bagi sekolah yang tidak mempunyai kemudahan dan bilangan komputer yang mencukupi. Menurut beliau segala kemahiran yang terdapat dalam dokumen standard TMK perlu disampaikan melalui apa juga cara bagi memastikan murid dapat mencapai standard pembelajaran yang sepatutnya.

6

Page 7: Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina.03version

10.8 Slot8

Penceramah : Pn. Salina Bt. Kemis

Tajuk : Penulisan RPH elemen TMK ( Perbengkelan )

Tarikh : 28 September 2011 ( Rabu )

Masa : 10.30 – 12.30 tgh.

Laporan:

Membahagikan peserta kepada 15 kumpulan dan setiap kumpulan telah ditetapkan dengan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Peserta kursus ditugaskan bagi merancang P&P dan menulis RPH selama 60 minit mengikut format penulisan yang betul seperti yang ditaklimatkan dengan bimbingan jurulatih utama.

10.9 Slot 9

Penceramah : Pn. Salina Bt. Kemis

Tajuk : Penulisan RPH elemen TMK ( Pembentangan )

Tarikh : 28 September 2011 ( Rabu )

Masa : 2.00 – 5.00 ptg.

Laporan:

Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbengkelan masing-masing. Jurulatih dan peserta lain meneliti dan memberi sebarang komen terhadap RPH dan perkembangan P&P yang dirancang bagi tujuan penambahbaikan.

7

Page 8: Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina.03version

10.10 Slot 10

Penceramah : Pn. Salina Bt. Kemis

Tajuk : Taklimat Umum Standard Prestasi dalam PBS

Tarikh : 29 September 2011 ( Khamis )

Masa : 8.00 – 10.00 pagi

Laporan:

Taklimat dimulakan dengan konsep pentaksiran serta tujuan pentaksiran secara berterusan serta penerangan tentang istilah-istilah yang digunakan dalam pentaksiran seperti Instrumen, evidens, diskriptor, dan band.

Turut juga dijelaskan penerangan terperinci tentang maksud penyataan setiap peringkat pencapaian iaitu ‘band’, dari band 1 hingga 6.

Dijelaskan juga langkah yang digunapakai dalam pentaksiran serta peranan guru yang amat signifikan dalam melaksanakan PBS semasa di sekolah nanti. Jawatan kuasa PBS di peringkat sekolah perlu dibentuk sebagaimana yang telah dicadangkan.

Turut juga dibincangkan tentang fail-fail yang perlu diwujudkan di sekolah iaitu Fail Perkembangan Murid yang memuatkan evidens pentaksiran semua matapelajaran bagi setiap murid serta fail showcase yang memuatkan hasil terbaik dalam kalangan murid. Terdapat dua alternatif bagi penyediaan fail showcase ini iaitu sama ada guru menyediakan hanya 1 fail showcase bagi sesebuah sekolah atau 1 fail showcase bagi setiap kelas Tahun 1 bagi sesebuah sekolah.

.

10.11 Slot 11

Penceramah : Pn. Salina Bt. Kemis

Tajuk : Pembinaan Instrumen Penilaian – DST-elemen Sains ( Perbengkelan )

Tarikh : 29 September 2011 ( Khamis )

Masa : 10.30 – 12.30 tgh.

Laporan:

Merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi serta kegunaannya dan menekankan perbezaan antara Dokumen Standad Kurikulum dan Dokumen Standard Prestasi.

8

Page 9: Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina.03version

Peserta kursus juga diingatkan penerapan EMK mesti dicatatkan semasa membina RPH. Bagi elemen keusahawanan dan kreativiti, guru perlu mencatatkan indikator seperti yang tercatat dalam modul.

10.12 Slot 12

Penceramah : Pn. Salina Bt. Kemis

Tajuk : Pembinaan Instrumen Pentaksiran DST-elemen Sains ( Pembentangan )

Tarikh : 29 September 2011 (Khamis)

Masa : 2.00 – 5.00 ptg.

Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan dan diberikan tugasan membina instrument pentaksiran mengikut band dan eviden yang telah ditetapkan merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi DST-elemen Sains.

Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbengkelan masing-masing. Jurulatih dan peserta lain meneliti dan memberi sebarang komen membina terhadap instrumen pentaksiran yang dibina bagi tujuan penambahbaikan. Penelitian instrumen berfokus kepada perbezaan berdasarkan penyataan bagi setiap band, deskriptor dan eviden yang terkandung dalam dokumen Standard Prestasi.

10.2 Slot 13

Penceramah : Pn. Salina bt Kemis

Tajuk : Perbengkelan Pembinaan Instumen Pentaksiran DST-elemen TMK ( Perbengkelan )

Tarikh : 30 September 2011

Masa : 8.00 – 10.30 pg

Laporan:

Penerangan tentang penggunaan Standard Prestasi elemen TMK.

Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan dan diberikan tugasan membina instrument pentaksiran mengikut band dan eviden yang telah ditetapkan merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi DST-elemen TMK.

9

Page 10: Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina.03version

10.3 Slot 14

Penceramah : Pn. Salina bt Kemis

Tajuk : Pembinaan Instumen Pentaksiran DST-elemen TMK ( Pembentangan )

Tarikh : 30 September 2011

Masa : 10.30pg – 12.00 tgh

Laporan

Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbengkelan masing-masing. Jurulatih dan peserta lain meneliti dan memberi sebarang komen membina terhadap instrumen pentaksiran yang dibina bagi tujuan penambahbaikan. Penelitian instrumen berfokus kepada perbezaan berdasarkan penyataan bagi setiap band, deskriptor dan eviden yang terkandung dalam dokumen Standard Prestasi.

10.4 Slot 15

Penceramah : Pn. Salina bt Kemis

Tajuk : Pembinaan Instumen Pentaksiran DST-elemen TMK ( Pembentangan )

Tarikh : 30 September 2011

Masa : 2.00ptg – 5.00 ptg

Laporan

Meneruskan sesi pembentangan pembinaan instrumen pentaksiran dan

menjalankan aktiviti penambahbaikan.

Jurulatih membuat rumusan merangkumi pengisian kursus selama lima hari.

Mengadakan Majlis Penutupan Kursus dan penyampaian sijil kepada peserta

kursus yang disempurnakan oleh En. Mohd. Azam b. Anuar, Pen. Pengarah Sains, Sektor Pengurusan Akademik, JPNJ.

10

Page 11: Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina.03version

11. Butiran Laporan:

11.1 Rumusan Dapatan Borang Yang Digunakan:

11.1.1 Analisis penilaian keberkesanan kursus:

11.2 Isu Berbangkit:

11.2.1 Tempat Program / Kursus

a. Imej atau papan dari alat pemancar LCD tidak jelas tetapi telah digantikan dengan yang lebih baik pada hari ke empat .

b. Kedudukan dewan pada aras paling tinggi tinggi iaitu di aras 4 dan laluan terdekat pada tangga untuk turun ke kantin dan tandas ditutup menyebabkan perjalanan dan masa lebih panjang untuk turun rehat dan naik semula ke dewan

c. Bekalan elektrik pada aras di mana dewan berada sering terputus disebabkan masalah ‘ trip’ pada salah satu suis pada panel bekalan kuasa dan untuk sementara waktu suis yang telah dikenalpasti bermasalah telah ditutup.

11.2.2 Kekuatan Program

a.Jurulatih utama yang ditugaskan telah didedahkan dengan input diperingkat kebangsaan dan negeri

b.Peserta memberi respon yang positif dalam setiap slot terutama dari segi perlaksanaan PBS.

11.2.3 Kelemahan Program

a.Terdapat peserta yang tidak dapat mengikuti keseluruhan slot disebabkan masalah tertentu seperti pemeriksaan kesihatan dan mengikuti latihan PSKPPJ.

12. Gambar-gambar Program / Kursus:

Seperti di lampiran.

11

Page 12: Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina.03version

13. Bahan-bahan yang digunakan ketika kursus:

a. Dukumen Standard KSSR bagi DST dan TMK

b. Standard Prestasi DST dan TMK

c. Contoh RPH dan instrumen pentaksiran ,

d. Borang senarai semak PBS

e. Contoh fail perkembangan murid dan fail showcase

14. Hal-hal lain

a. Pemantauan daripada;

PPD - En. Kamalhuzaimi bin Khamis (Pen. PPD Sains dan Matematik Rendah)

- En. Ma’at bin Kozin (Pen. PPD Sains dan Matematik Menengah)

JPN - En. Mohd.Azam bin Anuar (Pen. Pengarah Sains, Sektor Akademik JPNJ)

12

Page 13: Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina.03version

LAMPIRAN

Gambar-gambar sepanjang kursus berlangsung.

Taklimat kursus oleh En Kamalhuzaimi B. Khamis

Pn. Salina Bt. Kemis Selaku ketua Jurulatih Utama sedang meyampaikan ceramah

Peserta mendengar taklimat yang disampaikan Pembentangan Hasil Kerja Kumpulan berkaitan RBT

13

Page 14: Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina.03version

Sesi perbincangan dalam kumpulan dan aktivitiperbengkelan

Pembentangan rancangan pengajaran harian oleh guru-guru dari SJK ( T )

Ahli kumpulan meneliti hasil kerja sebelum dibentangkan

Salah satu sesi pembentangan menggunakan bahan bantu mengajar

14

Page 15: Laporan Pelaksanaan Penyebaran Kssr Bahasa Cina.03version

Pemantauan oleh En. Mohd Azam B. Anuar, Pegawai dari Jabatan Pelajaran Johor

Barisan Jurulatih Utama dan urusetia yang bertugas sepanjang kursus

15

Pemantauan dari JPN Sesi Taklimat