laporan pelaksanaan mini pameran

5
LAPORAN PELAKSANAAN MINI PAMERAN KESELAMATAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA,PULAU PINANG. 1. Nama Program : MINI PAMERAN KESELAMATAN 2. Tarikh : 2 April 2013 3. Masa : 7.45 pagi 4. Tempat : Dewan Serbaguna SKSR 5. Laporan Pelaksanaan. 5.1. Sebelum Bagi menghasilkan satu program mini pameran tanpa ada sebarang kekangan,saya membuat rujukan dan mencari bahan-bahan yang akan digunapakaikan semasa pameran nanti.Setelah mendapat maklumat dan info yang saya perolehi saya terjemahkannya didalam kertas kerja saya. Sebelum melaksanakan program mini pameran ini, satu perbincangan telah diadakan diantara saya dengan pihak pentadbiran sekolah pada 28 Mac 2013. Perbincangan ini penting bagi mendapatkan persetujuan daripada pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru untuk menggunakan tempat, peralatan dan bahan-bahan yang akan digunakan semasa program dijalankan. Setelah guru besar menyemak kertas kerja yang dibentangkan oleh saya,akhirnya guru besar memberi kebenaran untuk mengadakan mini pameran ini. 5.2. Semasa Tepat jam 7.45 pagi yang bertarikh 2 April 2013,seperti yang dirancangkan,telah diadakan satu mini pameran keselamatan.Ia melibatkan murid-murid tahun 4 tekun dengan jumlah 28 orang.Pameran ini dimulakan dengan taklimat ringkas tentang perjalanan pameran ini.Selepas itu,penerangan tentang aspek-aspek keselamatan dikawasan yang difokuskan dalam kertas kerja ini ,diberikan penerangan dengan lebih mendalam.Setelah selesai penerangan tentang aspek keselamatan dikawasan yang difokuskan,murid-murid dibawa ke kawasan tersebut bagi melihat sendiri suasana sebenar.Murid-murid dilihat lebih memahami dengan melihat sendiri situasi sebenar.Akhir sekali satu sesi diolog diadakan bagi merungkai pertanyaan daripada murid.Selepas selesai,satu kuiz diadakan bagi menguji kefahaman murid tentang aspek keselamatan dan keberkesanan mini pameran ini.

Upload: nur-khairi

Post on 14-Feb-2016

278 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pelaksanaan Mini Pameran

LAPORAN PELAKSANAAN MINI PAMERAN KESELAMATANSEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA,PULAU PINANG.

1. Nama Program : MINI PAMERAN KESELAMATAN

2. Tarikh : 2 April 2013

3. Masa : 7.45 pagi

4. Tempat : Dewan Serbaguna SKSR

5. Laporan Pelaksanaan.

5.1. Sebelum

Bagi menghasilkan satu program mini pameran tanpa ada sebarang kekangan,saya

membuat rujukan dan mencari bahan-bahan yang akan digunapakaikan semasa pameran

nanti.Setelah mendapat maklumat dan info yang saya perolehi saya terjemahkannya

didalam kertas kerja saya. Sebelum melaksanakan program mini pameran ini, satu

perbincangan telah diadakan diantara saya dengan pihak pentadbiran sekolah pada 28 Mac

2013. Perbincangan ini penting bagi mendapatkan persetujuan daripada pihak pentadbiran

sekolah dan guru-guru untuk menggunakan tempat, peralatan dan bahan-bahan yang akan

digunakan semasa program dijalankan. Setelah guru besar menyemak kertas kerja yang

dibentangkan oleh saya,akhirnya guru besar memberi kebenaran untuk mengadakan mini

pameran ini.

5.2. Semasa

Tepat jam 7.45 pagi yang bertarikh 2 April 2013,seperti yang dirancangkan,telah

diadakan satu mini pameran keselamatan.Ia melibatkan murid-murid tahun 4 tekun dengan

jumlah 28 orang.Pameran ini dimulakan dengan taklimat ringkas tentang perjalanan

pameran ini.Selepas itu,penerangan tentang aspek-aspek keselamatan dikawasan yang

difokuskan dalam kertas kerja ini ,diberikan penerangan dengan lebih mendalam.Setelah

selesai penerangan tentang aspek keselamatan dikawasan yang difokuskan,murid-murid

dibawa ke kawasan tersebut bagi melihat sendiri suasana sebenar.Murid-murid dilihat lebih

memahami dengan melihat sendiri situasi sebenar.Akhir sekali satu sesi diolog diadakan

Page 2: Laporan Pelaksanaan Mini Pameran

bagi merungkai pertanyaan daripada murid.Selepas selesai,satu kuiz diadakan bagi menguji

kefahaman murid tentang aspek keselamatan dan keberkesanan mini pameran ini.

5.3. SELEPAS

Holistiknya mini pameran ini berjaya menyedarkan murid-murid tentang aspek

keselamatan. Kerjasama daripada semua murid dan guru-guru yang terlibat merupakan

penyumbang kelancancaran program. Intipati yang terdapat dalam program ini,memberi

satu anjakan dan impak yang mendalam kepada murid mengenai kesedaran menjaga

keselamatan diri dan tatacara penggunaan tempat yang betul untuk mengelakkan

berlakunya kemalangan atau kecederaan sewaktu berada di sekolah .

Selain itu,mini pameran ini berjaya menarik pihak pengurusan sekolah unruk

diadakan sebagai acara tahunan.Ini kerana ia dapat mewujudkan satu persekitaran sekolah

yang selamat dan murid yang berdisplin dengan pengisian yang ringaks dan padat serta

mudah difahami oleh murid serta warga SKSR.

6.0. REFLEKSI

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnia serta

keizinan-Nya, dapat saya menyempurnakan mini pameran ini dengan sempurna dan

mencapai objektif yang ditetapkan.Dalam membina atau merangka perancangan

mengadakan mini pameran keselamatan ia memberi satu anjakan kepada saya dalam

menghasilkan perancangan yang baik dan betul.Dengan rujukan dan tunjuk ajar daripada

rakan-rakan,akhirnya dapat saya menguruskan satu mini pameran dengan jayanya.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak pengurusan

sekolah terutamanya Guru Besar sekolah kerana memberi kebenaran kepada saya untuk

menjalankan program ini di sekolah.Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat sama ada

secara langsung atau tidak langsung. Tugasan ini memberikan impak yang positif kepada

murid-murid sekolah dan kepada diri saya sendiri.Murid lebih aktif melibatkan diri dalam

program yang dijalankan dan lebih mudah memahami objektif program.Selain itu dalam

menganjurkan mini pameran ini ,terdapat beberapa kekangan yang saya hadapi.Pertama

sekali,kekangan bahan sumber dah bahan pameran yang agak terhad tetapi

walaubagaimanapun dengan bantuan rakan-rakan akhirnya berjaya saya kumpulkan bahan-

bahan yang akan dipamerkan.Kedua,pada minggu yang diadakan pameran pihak JPN turun

ke sekolah bagi memantau perlaksanaan KSSR.Jadi berlaku kekangan masa dalam

menguruskan KSSR dan mini pameran tetapi dengan kebenaran guru besar mini pameran

ini diteruskan juga.

Page 3: Laporan Pelaksanaan Mini Pameran

Kekuatan ataupun kebaikan dalam mini pameran ini,warga SKSR mendapat intipati yang

mendalam tentang aspek keselamatan dan meningkatkan tahap kesedaran murid cara

menjaga keselamatan diri.Selain itu,dengan ia memberi faedah dalam mengawal displin

murid dan menjauhi risiko kecederaan murid.Akhir sekali terdapat beberapa

penambahbaikan jika dianjurkan mini pameran ini pada masa akan datang.Antaranya

melibatkan semua warga sekolah SKSR agar murid-murid lain juga mendapat pendedahan

tentang aspek keselamatan,mengadakan pertandingan keselamatan dan tempoh masa

yang panjang agar dapat memberi lebih kefahaman kepada murid tentang keselamatan di

persekitaran sekolah.

7.0. RUMUSAN DAN PENUTUP

Dalam mengamalkan keselamatan diri dan persekitaran di sekolah semua pihak

perlu menggalas tanggungjawab bersama-sama. Sama ada pentadbir, guru, kakitangan

sekolah serta murid tahu apa yang perlu mereka lakukan sewaktu berada di kawasan

sekolah. Pihak sekolah juga sewajarnya mewujudkan prosedur keselamatan di setiap

kawasan sekolahyang penting seperti di kantin, makmal komputer, makmal sains,

perpustakaan, padang sekolah, stor sukan, tandas, dewan dan sebagainya bagi

memastikan agar tempat-tempat itu sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal.

Prosedur keselamatan juga bertujuan mewujudkan budaya selamat di sekolah dan

persekitaran secara berterusan dengan sokongan warga sekolah dan komuniti setempat.

Selain itu, ia dapat membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk

melahirkan iklim sekolah yang kondusif untuk perkembangan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu. Guru-guru bertanggungjawab mewakili pihak sekolah supaya

sentiasa mengingatkan murid-murid agar patuh kepada prosedur keselamatan yang telah di

tampal atau diletakkan di setiap kawasan tersebut. Pengawasan perlu dilakukan pada

setiap masa supaya peraturan-peraturan tersebut tidak diengkari. Selain itu sekolah

berperanan menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan kepada

murid dan ibu bapa dari semasa ke semasa melalui perhimpunan, mesyuarat, perjumpaan

atau surat-surat siaran. Dalam perhimpunan, guru boleh sentiasa mengingatkan murid-

murid dengan menerangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi supaya

murid-murid faham dengan lebih jelas. Galakkan mereka mematuhi segala arahan langkah-

langkah keselamatan setiap masa hingga menjadi amalan harian mereka. Pihak sekolah

juga perlu memastikan segala kemudahan yang disediakan berada sentiasa dalam keadaan

baik dan selamat. Antaranya melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas alat-

alat dan kelengkapan sekolah seperti kerusi meja, dapur, pendawaian elektrik, alat-alat

pertukangan, termasuk struktur bangunan sekolah itu sendiri supaya kerosakan dan

Page 4: Laporan Pelaksanaan Mini Pameran

keadaan yang membahayakan dapat dikesan awal untuk dilakukan baikpulih. Pertolongan

atau bantuan dalam menghadapi kecemasan atau kemalangan juga perlu dipastikan ada

disediakan sama ada dalam bentuk ubatan atau tenaga manusia. Antara lain peranan

sekolah dalam memastikan keselamatan terpelihara ialah dengan menyelaras segala

kegiatan di sekolah supaya faktor keselamatan sentiasa dapat dikawal , mewujudkan satu

sistem penyimpanan rekod untuk mengumpul maklumat mengenai keselamatan di sekolah

serta menubuhkan sebuah jawatan keselamatan di sekolah yang bertanggungjawab

merancang serta mengawasi pelaksanaan langkah-langkah sebagaimana dinyatakan di

atas. Kesimpulannya prosedur keselamatan dilihat amat penting diwujudkan di seluruh

kawasan sekolah agar semuanya yang berlaku di sekolah berjalan dengan lancar dan

sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni.