laporan pameran digital india

2
LAPORAN PAMERAN DIGITAL INDIA MUHAMMAD ASYRAF BIN MAT SILIJI AED 130023 Pameran Digital India buat julung kalinya diadakan di Malaysiana Hall yang bertemoat di Muzium Seni Asia ,Universiti Malaya.Pameran tersebut diadakan pada Ahad bertarikh 12 April 2015 sehingga 26 April 2015.Masa pameran tersebut dibuka kepada tatapan umum jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.Dalam pameran yang berprestij itu,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Tuan Syed Mohammad Albukhary selaku Pengarah,Muzium Seni Asia telah dijemput sama bagi memeriahkan lagi pameran tersebut. Pameran yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan,Kerajaan India dan Usaha sama dengan Pusat Kebudayaan India ,Kuala Lumpur.Pameran tersebut juga mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia,Universiti Malaya an turut melibatkan Muzium Seni Asia. Apa yang menarik sepanjang Pameran ini diadakan,tiada sebarang bayaran tiket masuk dikenakan dan ianya terbuka kepada tatapan umum.Pameran tersebut memfokuskan revolusi telekomunikasi di India.Sebagai contoh India mempunyai sebanyak 903 juta rangkaian telefon bimbit dengan pengaplikasian AADHAR dalam aplikasi membuka akaun bank,pengagihan subsidi dan sebagainya.

Upload: muhammad-asyraf

Post on 06-Nov-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

LAPORAN PAMERAN DIGITAL INDIAMUHAMMAD ASYRAF BIN MAT SILIJIAED 130023

Pameran Digital India buat julung kalinya diadakan di Malaysiana Hall yang bertemoat di Muzium Seni Asia ,Universiti Malaya.Pameran tersebut diadakan pada Ahad bertarikh 12 April 2015 sehingga 26 April 2015.Masa pameran tersebut dibuka kepada tatapan umum jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.Dalam pameran yang berprestij itu,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Tuan Syed Mohammad Albukhary selaku Pengarah,Muzium Seni Asia telah dijemput sama bagi memeriahkan lagi pameran tersebut. Pameran yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan,Kerajaan India dan Usaha sama dengan Pusat Kebudayaan India ,Kuala Lumpur.Pameran tersebut juga mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia,Universiti Malaya an turut melibatkan Muzium Seni Asia. Apa yang menarik sepanjang Pameran ini diadakan,tiada sebarang bayaran tiket masuk dikenakan dan ianya terbuka kepada tatapan umum.Pameran tersebut memfokuskan revolusi telekomunikasi di India.Sebagai contoh India mempunyai sebanyak 903 juta rangkaian telefon bimbit dengan pengaplikasian AADHAR dalam aplikasi membuka akaun bank,pengagihan subsidi dan sebagainya. Pameran yang diadakan tersebut memfokuskan tentang kejayaan demi kejayaan Kerajaan India dalam misi komunikasi dan teknologi mereka baik dari segi Aeroangkasa dan lain- lain lagi.Sebagai contoh,kejayaan mereka melancarkan Chandrayaan-1 iaitu misi pertama India ke Bulan dan Misi Orbiter Marikh ataupun MOM yang turut merupakan misi pertama India.Selain itu juga sepanjang pameran itu diadakan,ianya turut mempamerkan kejayaan dan menceritakan sedikit sebanyak kejayaan yang diraih India dalam bidang Teknologi digital melibatkan perkembangan,perjalanan projek .Yang terutama adalah Make in India yang memberikan mesej kepada dunia dalam pameran. Pameran tersebut juga memaparkan kebangkitan India sebagai arena teknologi maklumat.India melakukan pelaburan awal dalam pembelajaran S&T yang bakal membekalkan guna tenaga yang mahir dalam industri perisian .