laporan minggu ppda

3
SJK (T) SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR ததத ததததததத த தததத , த த LAPORAN PELANCARAN MINGGU PPDa DAN PERLANTIKAN PENGAWAS PPDa 2015 Pada 6 April 2015 hingga 10 April 2015 Unit Pendidikan Pencegahan Dadah telah menganjurkan minggu ppda selama seminggu bermula hari Isnin hingga Jumaat. Aktiviti tersebut melibatkan semua murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Besi dari tahap 1 hingga tahap 2. Objektif PPDa adalah untuk mewujudkan pemikiran generasi muda yang bebas daripada pengaruh dadah, menyediakan alternatif berfaedah yang dapat mencegah mereka daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran jenis-jenis dadah yang sangat bahaya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah hari perasmian minggu anti dadah yang dirasmikan oleh Guru besar Pn.S.Letchumy dengan menandatangani kain rentang minggu anti dadah. Pelajar-pelajar SJKT Sungai Besi telah menjalankan satu demo ”Taknak Kepada Dadah” juga. Demo ini berhubung dengan manfaat daripada menjauhkan diri daripada dadah. Demo tersebut telah diberi penjelasan oleh Pn.C.Gayathri. Hak Cipta Terpelihara @ Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu 1 Februari 2014 – Keluaran 02 | Pindaan 00

Upload: knprem

Post on 12-Nov-2015

61 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ppda

TRANSCRIPT

SJK (T) SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR ,

SJK (T) SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR ,

LAPORAN PELANCARAN MINGGU PPDa DANPERLANTIKAN PENGAWAS PPDa2015

Pada 6 April 2015 hingga 10 April 2015 Unit Pendidikan Pencegahan Dadah telah menganjurkan minggu ppda selama seminggu bermula hari Isnin hingga Jumaat. Aktiviti tersebut melibatkan semua murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Besi dari tahap 1 hingga tahap 2.

Objektif PPDa adalah untuk mewujudkan pemikiran generasi muda yang bebas daripada pengaruh dadah, menyediakan alternatif berfaedah yang dapat mencegah mereka daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran jenis-jenis dadah yang sangat bahaya.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah hari perasmian minggu anti dadah yang dirasmikan oleh Guru besar Pn.S.Letchumy dengan menandatangani kain rentang minggu anti dadah. Pelajar-pelajar SJKT Sungai Besi telah menjalankan satu demo Taknak Kepada Dadah juga. Demo ini berhubung dengan manfaat daripada menjauhkan diri daripada dadah. Demo tersebut telah diberi penjelasan oleh Pn.C.Gayathri.

Selepas majlis pelancaran minggu PPDa, majlis perlantikan pengawas sekolah telah dilaksanakan. Seramai 12 orang pengawas PPDa telah dilantik bagi tahun ini. Pengawas PPDa SJKT Sungai Besi yang baru adalah murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ketua Pengawas PPDa SJKT Sungai Besi bagi tahun 2015 ialah Shanmugam Priyan dari Tahun 6. Setelah selesai majlis ini, pemberian sijil perlantikan sebagai AJK PPDa telah diberikan kepada guru-guru.

Guru besar SJKT Sungai Besi, Pn.S.Letchumy telah memberikan ucapan berkaitan dengan program ini kepada semua pelajar. Beliau telah menyatakan peranan semua pelajar dalam menjayakan program PPDa ini serta tugas dan tanggungjawab mereka. Beliau juga telah menyatakan bahawa beliau mengharapkan sekolah ini terus bergelaran sekolah bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Selepas ucapan guru besar, Guru Penolong Kanan HEM SJKT Sungai Besi, Pn.A.Kaithree telah memberikan ucapan beliau. Beliau telah menyatakan bahawa berharap pengawas PPDa akan membantu pihak sekolah dalam melaksanakan perkhidmatan PPDa dengan cemerlang bagi mencapai visi dan misi PPDa SJKT Sungai Besi.

Tujun kesemua aktiviti ini dijalankan ialah untuk mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar dari semua peringkat umur mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, memperkukuhkan pengetahuan pelajar mengenai jenis-jenis dadah dan bahaya dadah, menanam sifat benci kepada dadah di dalam diri pelajar, mencungkil dan menyuburkan bakat di kalangan pelajar ke arah perkembangan yang positif dan membina dan menjauhkan pelajar daripada mengambil dadah dan menentang tabiat menggunakan dadah.

Adalah diharapkan agar usaha-usaha yang dijalankan ini mencapai obejktif dan matlamat yang telah dirancang oleh unit PPDa SJKT Sungai Besi. Seterusnya melahirkan murid yang sihat dan cergas serta mencapai Jasmani, emosi , sahsiah ,rohani dan intelek yang unggul dikalangan murid SJKT Sungai Besi.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

_________________________ __________________________(K.N.PIREMALATHA) (PN.S.LETCHUMY)NAIB SETIAUSAHAGURU BESAR,SJKT SUNGAI BESI SJKT SUNGAI BESI

Hak Cipta Terpelihara @ Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu1 Februari 2014 Keluaran 02 | Pindaan 00