dokumen ppda 2014

27
[UNIT PPDA SKJB] 2014 1.0 Pengenalan 1.1 Definisi dadah ‘Drug’ menurut Kamus Dewan Bahasa diertikan sebagai ubat- ubatan. Untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada 'drug', perkataan 'use', 'misuse' atau 'abuse' perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan 'drug'. Dalam Bahasa Malaysia, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian penyalahgunaan. Mengikut risalah kecil "Islam Memusuhi Dadah" yang diterbitkan oleh Pasukan Petugas Khas Anti Dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1993 telah memberi penjelasan di mana dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ke atas sistem saraf tubuh manusia seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Takrif ini tidak meliputi alkohol dan tembakau serta ubat yang merupakan bahan kimia asli atau tiruan yang digunakan untuk mengesan, mencegah atau mengubati penyakit. 1.2 Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Pada 28 Febuari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan “Dadah Musuh Utama Negara”. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang dikenal dengan Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. 1

Upload: michael-edwards

Post on 03-Oct-2015

101 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

DOKUMEN ppda 2014

TRANSCRIPT

Unit PPDa SKJB

[Unit PPDa SKJB]2014

1.0 Pengenalan1.1 Definisi dadahDrug menurut Kamus Dewan Bahasa diertikan sebagai ubat-ubatan. Untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada 'drug', perkataan 'use', 'misuse' atau 'abuse' perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan 'drug'.Dalam Bahasa Malaysia, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian penyalahgunaan. Mengikut risalah kecil "Islam Memusuhi Dadah" yang diterbitkan oleh Pasukan Petugas Khas Anti Dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1993 telah memberi penjelasan di mana dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ke atas sistem saraf tubuh manusia seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Takrif ini tidak meliputi alkohol dan tembakau serta ubat yang merupakan bahan kimia asli atau tiruan yang digunakan untuk mengesan, mencegah atau mengubati penyakit.

1.2 Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)Pada 28 Febuari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan Dadah Musuh Utama Negara. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang dikenal dengan Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu:1. Pengurusan dan Kepimpinan2. Kurikulum3. Kokurikulum 4. Pembentukan Sahsiah

1.2.1 Matlamat Pendidikan Pencegahan DadahMatlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Benas dadah tahun 2012.1.2.2 RasionalMasalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan risiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah secara sistematik dan berkesan.1.2.3 Objektif Pendidikan Pencegahan Dadah1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.2. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.3. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.4. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usahan mencegah dadah.1.2.4 Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah1. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa.2. Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.3. Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.4. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkat ketahanan dan jati diri murid.5. PPDa adalah tanggungjawab semua warga sekolah.6. Program PPDa hendaklah menjurus ke arah Sekolah Bebas Dadah.1.2.5 Strategi PPDa Di SekolahHasil mesyuarat antara Menteri Pendidikan a.k.a Menteri Pelajaran dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2 Januari 1998, beberapa persetujuan mengenai strategi PPDa di sekolah telah dicapai. Strategi utama PPDa yang dimaksudkan ialah melalui Kurikulum Kokurikulum.Lanjutan daripada itu, beberapa proses pemantauan dan pemurnian dijalankan, dua lagi strategi digerakkan sebagai pelengkap kepada strategi yang sedia ada iaitu melalui Pengurusan dan Kepimpinan serta Pembangunan Sahsiah.

2.0 Latar belakang PPDa SK Jalan Bintang2.1 Sejarah

Lorong dadah Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang telah ditubuhkan pada tahun 2010. Pada waktu itu, Guru Besar, Encik Hamdan bin Bakeri menyandang jawatan sebagai penasihat. Pn. Nor Shahbinar binti Kamil yang merupakan Guru PJK telah diamanahkan untuk menyandang jawatan sebagai ketua manakala Pn. Haini Idang yang merupakan Guru Bimbingan Sepenuh Masa (GBSM) menyandang jawatan sebagai Penyelaras. Penubuhan Lorong Dadah ini merupakan suatu program gabungan antara Unit Bimbingan dan Kaunseling dan juga Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Program membina suatu kawasan yang dinamakan Lorong Dadah ini dilaksanakan dengan kerjasama oleh kumpulan guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri 2010. Semenjak program ini ditubuhkan, Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang tidak pernah menyertai sebarang bentuk pertandingan yang dianjurkan.

2.2 Visi, Misi, Objektif

VISI

"Sekolah Bebas Dadah"

MISIMelahirkan murid bebas dadah melalui program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh dari aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.

MATLAMATMemberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan murid, guru dan ibu bapa.2. Membina ketahanan dan jati diri tinggi dalam kalangan murid dan sudut fizikal, emosi, mental dan rohani.3. Membolehkan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan bertingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.4. Memastikan program pendidikan pencegahan dadah dijayakan secara bersepadu melibatkan PIBG, agensi kerajaan yang terlibat dan badan bukan kerajaan berkaitan.

2.3 Carta Organisasi

2.3 Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 2014SK JALAN BINTANG, MIRI

PENGERUSIPN. NURMILA ABDULLAH(PK HEM)

PENYELARAS PENGURUSAN /KEPIMPINAN / PEMBENTUKAN SAHSIAH

PENYELARAS AKTIVITI KOKURIKULUM/ KURIKULUM

CARTA ORGANISASI KELAB SAHABAT PPDaSK JALAN BINTANG, MIRI 2014

2.4 Bidang tugas

2.4.1 PENYELARAS PENGURUSAN / KEPIMPINAN (S/U PPDa)

1) Carta Organisasi Jawantakuasa PPDa Di Sekolah Menubuhkan Jawatankuasa PPDa induk & Jawatankuasa Pelaksana di sekolah Menyenaraikan peranan/tugas Jawatankuasa Pelaksana Merancang program/aktiviti PPDa di sekolah Melaksanakan program/aktiviti di sekolah Menyelaras program/aktiviti peringkat sekolah Membuat pemantauan dan penilaian Menyediakan laporan

2) Rancangan Aktiviti PPDa(Takwim Tahunan PPDa)

3) Perkembangan Staf

Perkembangan staf merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan memerangi dadah dalam PPDa. Program ini boleh menjana kekuatan dan keberkesanan PPDa di sekolah.

Rasional Guru-guru & kakitangan sekolah memerlukan maklumat terkini mengenai PPDa. Pengetahuan Kemahiran yang diperolehi membantu memantapkan usaha-usaha menggerakkan PPDa di sekolah

Objektif Memberi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran mengenai bahaya dadah. Meningkatkan kemahiran PPDa. Memantapkan kaedah p&p PPDa merentasi kurikulum. Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran PPDa kepada warga sekolah.

Kumpulan sasar Guru sekolah Kakitangan sekolah

Kaedah Pelaksanaan Ceramah

Pengisian

Pengetahuan PPDa Strategi menangani masalah dadah Senario dadah di Malaysia Kemahiran Personal & Interpersonal Pendedahan Kaedah p&p PPDa Aktiviti Permuafakatan dalam PPDa

4) Program Gerak Sedar Bersepadu (PROGRESS)

PROGRESS adalah satu aktiviti dalam bentuk kempen yang boleh menimbulkan kesedaran untuk menjauhi dadah. Program ini dilaksanakan secara bersepadu melibatkan pihak sekolah, PDRM, AADK, Jabatan Kesihatan, Jabatan Agama dan PEMADAM.

RasionalMurid-murid sekolah perlu diberi pendedahan untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran PPDa tentang bahaya dadah. Kempen adalah kaedah yang terbaik untuk menyampaikan maklumat.

Objektif Mewujudkan kesedaran murid, guru, dan masyarakat tentang bahaya dadah Menggalakkan interaksi sosial positif antara murid dengan masyarakat Murid dapat menyampaikan maklumat maklumat menegani bahaya dadah kepada rakan-rakan dan masyarakat.

Kumpulan SasaranSemua murid sekolah

Kaedah Pelaksanaan Kempen (1-3 hari) Ceramah Pameran

Pengisian Ceramah PPDa Pameran PPDa Bersama Tokoh Aktiviti PPDa Bersama Masyarakat Penyebaran Maklumat Oleh Murid Sekolah

5) Ujian Urin MuridUjian Urin Murid merupakan langkah pencegahan awal yang bertujuan untuk mengesan murid yang disyaki mencuba dadah.

Rasional Mengesan murid yang terlibat dengan dadah Memberi bimbingan PPDa kepada murid yang positif urin.

Kumpulan SasarMurid sekolah

Kaedah Pelaksanaan Menggunakan kertas jalur (saringan) Ujian Pengesahan (Makmal)

Pengisian Menyenaraikan nama murid yang dikenalpasti. Memaklumkan kepada PPD. Menyediakan jadual pelaksanaan (senarai murid dan tarikh) Taklimat ujian urin kepada murid Pengambilan dan pengujian sampel Soal selidik / pengakuan murid.

6) Minggu AntidadahSuruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Narkotik (UNCND) telah mengisytiharkan bahawa 26 Jun setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa. Manakala kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pada 19 Febuari setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Kedua-dua minggu ini perlu diisi dengan aktiviti PPDa supaya hasrat kita menjadikan sekolah bebas dadah akan tercapai.

RasionalLangkah pencegahan awal perlu diadakan kepada murid bagi menyedarkan mereka tentang bahaya dadah.

Objektif Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahaya dadah. Menimbulkan kesedaran kepada murid mengenai pentingnya PPDa. Menbentuk tingkahlaku dan nilai positif di kalangan warga sekolah.

Kumpulan Sasaran Murid sekolah Guru-guru & kakitangan sekolah Ibu bapa

Kaedah pelaksanaan Perhimpunan Ceramah Pameran

2.4.2 PENYELARAS AKTIVITI KOKURIKULUM (S/U PENYELARAS KOKUM)

1) Aktiviti Seni Jauhi Dadah

Aktiviti Seni Jauhi Dadah adalah sebahagian daripada strategi Pendidikan Pencegahan Dadah yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid terhadap kesan buruk dan bahaya penggunaan dadah.

RasionalMurid merupakan golongan remaja yang aktif dan suka aktiviti-aktiviti yang dapat memantapkan emosi serta mengembangkan bakat melalui aktiviti seni.

Objektif Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat mengenai bahaya dadah. Menggunkan aktiviti kesenian sebagai media ke arah memberi kesedaran pencegahan dadah kepada murid. Mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di kalangan murid.Pengisian Poster Anti Dadah Deklamasi Sajak Anti Dadah Boria Anti Dadah

2.4.3 PENYELARAS AKTIVITI KURIKULUM (GURU PJK)1) Mesej Jauhi DadahMesej Jauhi Dadah ini merupakan inovasi daripada Program Cuma 5 Minit Antidadah. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa kepada warga sekolah. Program yang menggunakan pendekatan kokurikulum ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa.

RasionalKurikulum yang mudah dan ringkas wajar digunakan dalam penyebaran maklumat PPDa di sekolah. Satu set bahan maklumat yang jelas perlu disediakan untuk memudahkan personaliti menyampaikan mesej anti dadah.

Objektif Memberi maklumat PPDa kepada warga sekolah. Memberikan kesedaran bahaya dadah kepada warga sekolah ke arah gaya hidup cemerlang. Meningkatkan kemahiran menyampaikan maklumat PPDa kepada warga sekolah.

Kumpulan SasaranWarga sekolah.

Kaedah Pelaksanaan Menyampaikan mesej Jauhi Dadah melalui ceramah/ pidato semasa. Pengajaran dan pembelajaran. Perhimpunan. Aktiviti kokurikulum.2) Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR)PINTAR merupakan satu program teras PPDa di sekolah rendah berasaskan kurikulum dan kokurikulum. Program ini dilaksanakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

RasionalMelahirkan golongan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menolak gejala negatif bermula di peringkat sekolah rendah lagi.

Objektif Menambah pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menolak pengaruh negatif rakan sebaya. Meningkatkan penghargaan kendiri serta kemahiran interpersonal murid supaya mengata TIDAK kepada dadah. Menggalakkan murid murid supaya mengikuti aktiviti kurikulum untuk menjauhi dadah. Membina ketahanan diri murid supaya tidak terlibat dengan dadah.

Kumpulan SasaranTahap Dua Sekolah Rendah.Kaedah Pelaksanaan Pelaksanaan di semua sekolah rendah terpilih di seluruh negara. Lapan waktu pengajaran dalam setahun: 2 waktu kepada Agensi Dadah Kebangsaan. 2 waktu kepada Polis Diraja Malaysia. 4 waktu kepada guru PJPK. Dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan.

Pengisian PINTAR Dalam Mata Pelajaran KBSR24 tajuk pengajaran adalah seperti berikut:Tahun 41. Perbezaan Dadah, Ubat dan Racun.2. Jenis-Jenis Dadah.3. Kesan atau Akibat Dadah Terhadap Kesihatan Seseorang.4. Meningkatkan Penghargaan Kendiri.5. Kemahiran Mengatakan TIDAK(i).6. Kemahiran Membuat Keputusan (i).7. Kemahiran Berkomunikasi (i).8. Kemahiran Berkomunikasi (ii).Tahun 51. Faktor-Faktor Penagihan Dadah2. Meningkatkan Penghargaan Kendiri.3. Alternatif-Alternatif Yang Sihat.4. Pengaruh Rakan Sebaya.5. Kemahiran Mengatakan TIDAK (ii).6. Kemahiran Membuat Keputusan (i).7. Kemahiran Membuat keputusan (ii).8. Undang-Undang Dadah.9. Kemahiran Pengurusan Tekanan.Tahun 61. Kesan dan Akibat Dadah Dari Segi Sosial, Ekonomi dan Keselamatan Negara.2. Masalah Dadah Semasa.3. Dasar Dadah Negara dan Strategi-Strateginya.4. Penghargaan Kendiri (iii).5. Tingkah Laku Berisiko.6. Peranan Agensi-Agensi/Masyarakat Dalam Pengawalan & Pencegahan Dadah.7. Media Massa dan Dadah.8. Kemahiran Asertif.

3) Pameran AntidadahPameran Anti Dadah merupakan antara aktiviti pencegahan dadah yang berkesan dalam menyampaikan mesej bahaya dadah.

RasionalBahan media yang dipamerkan akan meningkatkan kesedaran dan menimbulkan perasaan benci terhadap dadah.

Kumpulan SasaranWarga sekolah dan ibu bapa/penjaga

Kaedah Pelaksanaan Semasa Sambutan Minggu PPDa (19 Feb/26 Jun) Semasa kursus-kursus motivasi Semasa Program PPDa

Pengisian Bahan Gambar Buku skrap Keratan akhbar Carta Media elektronik Bahan maujud mengenai PPDa

2.4.4 PENYELARAS PEMBENTUKAN SAHSIAH (GURU BIMBINGAN KAUNSELING)

1) Kemahiran Personal / InterpersonalUsaha memberikan kemahiran personal dan interpersonal kepada murid merupakan aktiviti yang sangat baik dan sememangnya digalakkan. Usaha ini akan membantu murid-murid menjadi individu yang pandai mengurus diri, bertingkah laku positif, mahir berinteraksi dan berpotensi menjadi pemimpin cemerlang.

RasionalMurid yang mempunyai kemahiran personal dan interpersonal perlu dilatih melalui satu latihan yang sistematik supaya kebolehan dan ketrampilan mereka terserlah.

Objektif Melahirkan murid yang berperibadi mulia Meningkatkan kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan Meningkatkan kemahiran lepas diri. Mengatakan TIDAK kepada dadah Meningkatkan Kemahiran membuat keputusan Meningkatkan kemahiran memimpin di kalangan murid

Kumpulan Sasaran

Murid sekolah rendah

Pengisian

Kesedaran kendiri Asas komunikasi Asas kaunseling Perkembangan remaja Kemahiran lanjutan2) Kaunseling Pendidikan Pencegahan DadahKaunseling PPDa berperanan untuk membantu murid yang telah dikesan terlibat dengan dadah. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan Kaunseling PPDa ini secara sukarela atau dirujuk.

RasionalMurid sekolah yang dikesan terlibat perlu diberikan pertolongan secara khusus melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling supaya bebas daripada dadah.

Pengisian Perubahan tingkah laku Pengurusan diri, masa dan tekanan Kemahiran interpersonal Kemahiran membuat keputusan Perkembangan konsep kendiri Kemahiran tegas diri

3) Program KeibubapaanProgram ini merupakan satu pendekatan untuk mengembleng tenaga semua pihak termasuk ibu bapa dalam usaha membanteras masalah dadah. Usaha yang bersepadu, berterusan dan penglibatan yang aktif daripada pihak ibu bapa akan dapat mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan generasi muda bagi membina sikap membenci dan menjauhi dadah.

RasionalKeluarga merupakan institusi masyarakat paling kecil yang menjadi asas kepada kebahagiaan dan kesejahteraan negara. Peranan keluarga amat penting dalam memastikan generasi muda tidak terlibat dengan dadah.

Objektif Memberi kesedaran dan pendedahan tentang ancaman dan bahaya dadah kepada ibu bapa Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan program keibubapaan dalam pendidikan pencegahan dadah. Memberikan bimbingan kepada peserta tentang peranan ibu bapa dalam pendidikan pencegahan dadah dan peluang mewujudkan keluarga bahagia Memberi peluang kepada ibu bapa bertukar pendapat dan idea berhubung dengan pendidikan pencegahan dadah.

Kumpulan SasaranPeserta yang terdiri daripada ibu bapa

Kaedah Pelaksanaan Ceramah Latihan Dalam Kumpulan Seminar Forum Bengkel

Pengisian Pameran Antidadah Kemahiran Keibubapaan Pengurusan Keluarga Bahagia Ancaman Dadah Terhadap Keluarga Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Masalah Dadah Di Sekolah

3.0 Rancangan Cadangan AktivitiBULANPERKARA

JANUARIPERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 2014

PELARASAN ORGANISASI PPDa 2014

PENYAMPAIAN MAKLUMAT PPDa

FEBRUARIINFO 5 MINIT ANTI DADAH

PENAMBAHBAIKAN SUDUT PPDa

MOTIVASI PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI

MACINFO 5 MINIT ANTI DADAH

KEMASKINI MAKLUMAT SUDUT PPDa

APRILINFO 5 MINIT ANTI DADAH

MINGGU PPDa

CERAMAH DARI PIHAK AADK

MEIINFO 5 MINIT ANTI DADAH

KEMASKINI MAKLUMAT SUDUT PPDa

JUNINFO 5 MINIT ANTI DADAH

KEMASKINI MAKLUMAT SUDUT PPDa

MINGGU ANTI DADAH 2014

JULAIINFO 5 MINIT ANTI DADAH

KEMASKINI MAKLUMAT SUDUT PPDa

OGOSINFO 5 MINIT ANTI DADAH

KEMASKINI MAKLUMAT SUDUT PPDa

PROJEK KECERIAAN LORONG PPDa/ KPJ/ B&K

SEPTEMBERINFO 5 MINIT ANTI DADAH

KEMASKINI MAKLUMAT SUDUT PPDa

PROJEK KECERIAAN LORONG PPDa / KPJ / B&K

OKTOBERINFO 5 MINIT ANTI DADAH

KEMASKINI MAKLUMAT SUDUT PPDa

AKTIVITI ANTI DADAH UNTUK MURID TAHUN 6

NOVEMBERINFO 5 MINIT ANTI DADAH

LAPORAN DAN DOKUMENTASI AKTIVITI BILIK SUMBER PPDa 2014

4.0 Aktiviti sepanjang tahun 4.1 Pelarasan Organisasi PPDa Tahun 2014Pembentukan Organisasi Jawatankuasa Induk telah dibentuk pada Januari 2014. Jawatan serta bidang tugas Ahli Jawatankuasa masing-masing telah diterangkan secara ringkas dan jelas. Pada masa yang sama, perbincangan dilakukan bagi merancang aktiviti tahunan yang akan diadakan sepanjang tahun 2014. Semua pihak turut bersetuju untuk membaikpulih serta menceriakan semula Lorong Anti Dadah SK Jalan Bintang.

4.2 Penambahbaikan Sudut PPDaSelepas perbincangan dilakukan antara Ahli Jawatankuasa, keputusan dicapai untuk membaikpulih serta menjalankan aktiviti kecerian di Lorong PPDa. Antara kerja-kerja membaikpulih adalah seperti berikut: Menurunkan poster-poster lama yang dilekat pada dinding lorong. Mengecat semula dinding lorong dengan warna yang lebih ceria Melekatkan poster-poster Anti Dadah yang telah dibalut kemas dan cantik. 4.3 Motivasi (Unit Bimbingan & Kaunseling)Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Ceramah Motivasi yang bertajuk Keyakinan Diri Pencetus Inspirasi pada 1 Mac 2014 yang melibatkan murid Tahun 6 SKJB. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari IPG Miri iaitu En Salvaraj di Bilik TMK, SKJB.Antara objektif motivasi adalah seperti berikut:1. Mewujudkan individu yang berdisplin tinggi.2. melahirkan pelajar yang cekap dalam pengurusan masa3. Mewujudkan rangkaian belajar yang berkesan.4. Mewujudkan satu kumpulan pelajar yang berwawasan dan bermotivasi.5. Menetapkan matlamat agar di tahun 2014 keputusan yang keluar adalah satu keputusan yang boleh membanggakan warga sekolah.6. Membantu pelajar yang sedia cemerlang mencemerlangkan lagi diri mereka.7. Membantu pelajar mendapat perkhidmatan yang berterusan dari unit bimbingan dan kaunseling dari segi pelajaran dan pembelajaran merekaMotivasi ini berjalan dengan lancer dan kebanyakan murid telah mendapat ilham dan inspirasi baru untuk membina keyakinan diri serta menetapkan matlamat untuk masa depan.

4.4 Lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Miri (Unit K9)Unit PPDa bersama dengan Kelab Bimbingan dan Kaunseling serta Kelab Pencegah Jenayah telah mengadakan lawatan ke Unit K9, IPD Miri pada 16 April 2014 yang lepas. Seramai 31 orang murid yang menyertai lawatan ini yang merupakan ahli Sahabat PPDa, ahli KPJ dan ahli Kelab B&K. Antara objektif lawatan ini diadakan adalah untuk:a) Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi tugas dan peranan yang dijalankan oleh Unit Anjing Pengesan .b) Menggalakkan dan mewujudkan nilai moral yang tinggi dalam diri setiap murid dalam berhadapan dengan etika kerjaya sebagai polis.

Lawatan ini banyak memberi peluang kepada murid-murid melihat sendiri peranan dan tugasan anjing pengesan mengikut aspek tugas masing-masing. Secara tidak langsung memberi kesedaran kepada murid untuk tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang kerana hukuman yang dikenakan akan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan . Pengalaman sehari berada di Unit K9 banyak memberi pengajaran kepada murid-murid apa yang mereka lihat pada hari itu terutama dari demonstrasi yang ditunjukkan oleh 2 anjing pengesan unit tersebut dan mungkin berguna pada masa akan dating untuk menjadi insan yang lebih menghargai usia muda dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

4.5 Minggu Anti DadahMinggu anti Dadah telah dijalankan pada 18-22 Ogos 2014 yang lalu bertemakan 1 Malaysia Membanteras Dadah. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan seperti berikut: Perasmian Minggu Anti Dadah SKJB 2014 Perasmian simbolik dengan membakar replika rokok Info 5 minit Anti Dadah Ikrar Anti Dadah oleh murid Pertandingan Melukis poster Pertandingan Mewarna gambar Pertandingan Mencipta Logo Pertandingan Menulis karangan Aktiviti melukis Kain rentang Anti dadahAktiviti sepanjang minggu tersebut berjalan dengan lancar dan penyertaan murid adalah sangat memberansangkan. Ahli Jawatankuasa yang terlibat telah menilai markah untuk menentukan pemenang bagi setiap aktiviti. Pada minggu seterusnya, Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang dalam aktiviti Minggu Anti Dadah telah dijalankan pada waktu perhimpunan sekolah.

4.6 Projek Kecerian Projek Keceriaan Lorong Anti Dadah adalah kerjasama antara Unit PPDa, Kelab Pencegah Jenayah dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling SKJB. Aktiviti keceriaan dilakukan di dinding bangunan sekolah dan kawasan tangga Bangunan C. Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti berikut: Mengecat dinding dan tangga Melekat poster. Mempamerkan hasil kerja murid. Menggantung informasi-informasi berkaitan rokok dan dadah Menghias dinding tangga. Melekatkan kata-kata hikmah Tapak kaki muridDi antara objektif aktiviti keceriaan adalah:a) Memberi pengetahuan murid mengenai bahaya dadah, aids, arak, rokok, kes buli, ponteng dan sebagainya.b) Menimbulkan kesedaran kepada murid betapa pentingnya Pendidikan Pencegahan Dadah, Pendedahan Kelab Pencegah Jenayah dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling.c) Membentuk tingkah laku dan nilai positif di kalangan warga sekolah.d) meningkatkan pengetahuan kemahiran melukis yang bertema di samping mencungkil serta mengasah bakat seni lukis dalam kalangan kanak-kanak.Kerja-kerja keceriaan telah berjalan lancar dan siap pada masa yang ditetapkan.

5.0 PenutupUnit PPDa pada tahun ini dengan kerjasama Kelab Pencegah Jenayah dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya melanjutkan aktiviti keceriaan sehingga tingkat 2 banguna C. Aktiviti yang berkesan ini adalah hasil usaha ahli-ahli jawatankuasa serta Ahli Kelab Sahabat yang terdiri daripada murid-murid serta Bahagian Pengurusan yang telah menyokong projek ini serta penyediaan kos yang sepatutnya. Secara keseluruhannya, program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun boleh dikatakan Berjaya. Ini kerana objektif-objektif bagi program tersebut telah tercapai dan sekaligus memberi kesan positif kepada kumpulan sasaran yang terdiri daripada guru-guru, staf sekolah ibu bapa serta murid-murid. Namun begitu, ada juga beberapa program yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa dan perlukan perancangan yang lebih baik pada masa yang akan datang. Diharap pada tahun-tahun yang medatang, lebih banyak program serta aktiviti akan dijalankan oleh Unit PPDa sekolah bagi melaksanakan matlamat Negara untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah yang boleh memusnahkan diri, agama, bangsa dan Negara. Ini secara tidak langsung boleh membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid, membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usahan mencegah dadah.

21