laporan li

16
12 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG NEGERI JOHOR 1.2 PENGENALAN LATAR BELAKANG ORGANISASI KM 11.6 , JALAN PANDAN , KARUNG BERKUNCI 745 , 80990 JOHOR BAHRU , JOHOR .

Upload: rahim-imsha

Post on 26-Oct-2015

284 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

12

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG NEGERI JOHOR

1.2 PENGENALAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

KM 11.6 , JALAN PANDAN ,

KARUNG BERKUNCI 745 ,

80990 JOHOR BAHRU ,

JOHOR .

13

MENARA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

NO.20 , JALAN SULTAN SALAHUDDIN

50480 KUALA LUMPUR

14

1.2.1 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari tahun 1973 melalui penggubalan Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan Peladang. Penubuhan LPP adalah bertujuan untuk memikul tanggungjawab membantu mempertingkat ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah satu badan yang berperanan khusus.

Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973 pula digubal khusus untuk menyusun semula persatuan-persatuan peladang dan koperasi yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, persatuan-persatuan peladang dimansuhkan dan didaftar semula sebagai pertubuhan peladang, manakala koperasi yang berasaskan pertanian menjadi unit ahli kepada PP. Pada masa ini terdapat 1531 buah koperasi berasaskan pertanian dan 119 persatuan peladang yang berkhidmat untuk masyarakat tani di luar bandar.

15

1.2.2 PENGENALAN PERTUBUHAN PELADANG

a) Bagi mengadakan perkhidmatan pengembangan dan kemudahan-kemudahan latihan kepada peladang-peladang bagi melengkapkan diri mereka dengan teknologi yang perlu bagi memajukan pertanian, perkebunan, penternak binatang-binatang, ekonomi rumahtangga, perniagaan dan lain-lain enterprais perniagaan;

b) Bagi meluaskan pengeluaran pertanian di kalangan peladang-peladang dan pekebun-pekebun kecil untuk mencapai perbagaian dan perniagaan pertanian yang lebih luas dan meluaskan dan memajukan perniagaan pertanian;

c) Bagi mengadakan bekalan-bekalan ladang dan keperluan-keperluan harian termasuk lain-lain kemudahan yang dikehendaki bagi perladangan yang progresif dan kehidupan luar bandar yang lebih baik;

d) Bagi mengadakan kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan kejenteraan ladang yang perlu bagi memodenkan usaha-usaha perladangan;

e) Bagi mengadakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan kredit dan bagi memajukan pelaburan yang lebih besar dalam bidang-bidang pertanian dan ekonomi;

f) Bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menawarkan perkhidmatan bagi simpanan wang luar bandar;

g) Bagi mengadakan perkhidmatan pemasaran, penyimpanan, kompleks pengeringan,penggudangan dan lain-lain kemudahan;

h) Bagi mengendali dan mengadakan kemudahan-kemudahan pengangkutan bagi menambah usaha-usaha pemasaran pertanian dan usaha-usaha yang berkaitan;

i) Bagi menubuh dan mengendalikan loji-loji memproses dan kompleks-kompleks mengilang yang perlu bagi memproses hasil pertanian;

j) Bagi membolehkan pembentukan modal dan pelaburan di kalangan ahli-ahli atau unit-unit ahlinya melalui penubuhan syarikat-syarikat atau penyertaan ekuiti dalam usaha-usaha perdagangan dan perniagaan;

k) Bagi membantu ahli-ahli dalam memperolehi tanah dan menjalankan projek kemajuan tanah bagi faedah ahli-ahli;

l) Bagi menggalak dan memprgiat tindakan kumpulan melalui berbagai projek kemasyarakatan dan memudahkan kemajuan pimpinan;

m) Bagi mengadakan perkhidmatan sosial, kemudahan-kemudahan pendidikan dan rekreasi untuk menambah kemajuan sosial dan kebajikan keluarga perladangan;

16

Menjadi Peneraju Transformasi Pertubuhan Peladang dan

Peladang Progresif Dalam Sektor Pertanian.

Membangunkan Pertubuhan Peladang Sebagai Pemberi

Perkhidmatan Berkesan Bagi Melahirkan Peladang

Progresif.

1.2.3 VISI & MISI

VISI

MISI

17

1.2.4 FUNGSI LPP

Fungsi LPP seperti yang termaktub di dalam Akta, adalah seperti berikut :-

a. Untuk menggalak, mempergiat dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial

Pertubuhan-pertubuhan peladang.

b. Untuk mendaftar, mengawal dan menyelia Pertubuhan-pertubuhan Peladang dan

mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

c. Jika satu pengisytiharan telah dibuat melalui pengumuman di bawah seksyan 10,

untuk merancang dan melaksanan sesuatu pembangunan pertanian di dalam

Pertubuhan Peladang Kawasan berkenaan: dan

d. Untuk mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.

LPP melaksanakan semua aktiviti ini yang boleh dikumpulkan dalam tiga fungsi utama iaitu :

fungsi sebagai Pendaftar: fungsi sebagai Agen Pengurusan : dan Fungsi sebagai agen

Pembangunan.

i. Fungsi Pendaftar

Ketua Pengarah LPP ialah Pendaftar bagi Pertubuhan Peladang (PP) dan koperasi

berasaskan pertanian dan bertanggungjawab untuk mendaftar, menyelia dan mengawal

termasuk pengauditan akaun semua PP dan koperasi yang berasaskan pertanian. Kuasa

dan tugas agensi dan pendaftar adalah berhubungan dengan :

1. Pendaftar PP dan koperasi berasaskan pertanian

2. Menyelia dan mengawal semua aktiviti PP dan koperasi berasaskan pertanian.

3. Mengaudit dan mengawal akaun

4. Membatal pendaftaran termasuk memansuhkan satu-satu pertubuhan: dan

5. Memberi pendidikan dan latihan untuk ahli

Pendaftar telah melantik Ketua Eksekutif bagi agensi-agensi berkenaan sebagai wakilnya

bagi memudah kelancaran dan keberkesanan tugas-tugas dan tanggungjawab pendaftar di

kawasan MADA, KADA dan negeri Sarawak. Pengarah-pengarah LPP negeri juga telah

dilantik. Namun kuasa untuk menubuh, mendaftar, menggantung, memansuh dan

sebagainya masih lagi dipegang oleh Pendaftar.

18

ii. Fungsi Pengurusan

LPP memberi khidmat pengurusan PP untuk melancarkan operasi dan melaksanakan projek

secara cekap. khidmat yang diberikan termasuk pentadbiran kakitangan, khidmat

pengurusan, latihan untuk kakitangan PP dan khidmat perundingan.

iii. Fungsi Pembangunan

Teras utama LPP adalah untuk meneroka pembangunan ekonomi dan sosial PP dan

melaksanakan projek secara cekap dan bersepadu bagi meningkatkan lagi pendapatan PP

seterusnya memberi faedah kepada ahli-ahli. Dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan

RMKe-9 (2006 - 2010), Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah *RM291 juta

khusus untuk pembangunan ekonomi dan sosial PP.

*Jumlah sebenar RM 291,202,405

19

1.2.5 FUNGSI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Fungsi-fungsi LPP seperti yang termaktub di dalam Akta adalah seperti berikut:

i. Menggalakkan, mempergiat, memudahkan dan mengusaha kemajuan ekonomi

dan sosial Pertubuhan Peladang; (Tugas Pembangunan LPP)

ii. Mendaftar, mengawal dan menyelia Pertubuhan Peladang dan

mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya;

(Tugas Pendaftar PP)

iii. Mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas;

(Tugas Pengurusan LPP) dan

iv. Memastikan tugas-tugas itu dilaksanakan dengan cara yang akan memajukan

dasar Kerajaan khususnya berhubung dengan penyusunan semula masyarakat.

(Tugas Pembangunan LPP)

20

1.2.6 TUGAS UTAMA

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh LPP boleh diklasifikasikan kepada beberapa tugas

utama iaitu Tugas sebagai Pendaftar, Tugas Pengurusan ,Tugas Pembangunan , Tugas

Kewangan dan tugas Teknologi Maklumat .

Tugas Pendaftar

i. Ketua Pengarah LPP sebagai Pendaftar Pertubuhan Peladang (NAFAS,

PPN, PPK);

ii. Menyelia dan mengawal semua aktiviti Pertubuhan Peladang;

iii. Mengaudit dan mengawal akaun Pertubuhan Peladang;

iv. Pendaftar telah melantik Ketua Eksekutif bagi agensi-agensi berkenaan

sebagai wakilnya bagi memudahkan kelancaran dan keberkesanan tugastugas

dan tanggungjawab Pendaftar di kawasan Lembaga Kemajuan

Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

dan Kementerian Pertanian dan Pemodenan Sarawak kecuali kuasa untuk

menubuh, mendaftar, menggantung dan memansuhkan PP.

Tugas Pengurusan

i. Menyediakan anggota di LPP dan Pertubuhan Peladang;

ii. Melatih anggota untuk meningkatkan tahap profesionalisme;

iii. Melatih peladang-peladang dalam bidang pengurusan, teknikal, akaun dan

perundangan;

iv. Memberi khidmat nasihat.

Tugas Pembangunan

i. Merancang program pembangunan Pertubuhan Peladang.

ii. Menyalurkan peruntukan pembangunan.

iii. Memperkukuhkan aktiviti Pertubuhan Peladang.

6

21

1.2.8 Objektif LPP

Memantapkan modal insan sebagai pasukan kerja yang memiliki jati diri dan

komitmen untuk melaksanakan tugas mematuhi piawaian tadbir urus dan budaya

kerja PP

Meningkatkan pengeluaran makanan negara sebanyak RM 75 juta menjelang 2015

melalui pengwujudan projek PP dan ahli (semasa sebanyak RM35 juta)

Mewujudkan 1,000 orang usahawan peladang dengan pendapatan RM 4,000 / bulan

menjelang tahun 2015 (semasa 500 orang)

Memperkukuhkan rangkaian pemasaran melalui konsep ‘payung’ mengikut

komoditi tertentu. ( contoh Ayam dan BTS dibawah PPNJ)

Meningkatkan nilai tambah hasil keluaran pertanian melalui pengwujudan 400 orang

IKS usahawan /PP menjelang 2015 ( semasa seramai 253 orang )

Memperkukuhkan rangkaian pengedaran input pertanian kepada ahli-ahli melalui

PPK-PPNJ berjumlah RM 23 juta setahun.

22

1.2.9 CARTA ORGANISASI

23

CAWANGAN AUDITCAWANGAN URUSAN

PENDAFTAR

CAWANGAN

PEMBANGUNAN /

TIMBALAN PENGARAH

CAWANGAN

PENTADBIRAN&

KEWANGAN

CAWANGAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT

INSTITUT

PENGURUSAN

PELADANG

TIMBALAN PENGARAHHJ ABDUL JALIL BIN

BUKHAIRAH

PENGARAHSHAMMODIN BIN ABD HALIM

SETIAUSAHA PEJABAT PERTUBUHAN

PELADANG NEGERI

JOHOR

PEJABAT PELADANG

DAERAH

PPK BENUT PPK AYER BALOIPPK PONTIAN

SELATAN

PPK PONTIAN

TIMUR

PPK SIMPANG

RENGGAM

PPK KLUANG

UTARA

PPD PONTIAN

/KLUANG

6PPK

PPK PENGERANGPPK JOHOR

BAHRU SELATAN

PPK JOHOR

BAHRU TIMURPPK KOTA TINGGI

PPK KOTA TINGGI

TIMURPPK KULAI

PPK MERSING

SELATANPPK ENDAU

PPD JOHOR TIMUR

(8 PPK)

PPK SEGAMAT

UTARA

PPK SEGAMAT

TENGAHPPK LABIS

PPK LEDANG

TANGKAK

PPK BUKIT

GAMBIRPPK PAGOH

PPK MUAR

SELATANPPK BAKRI

PPD MUAR

SEGAMAT

8 PPK

PPD BATU PAHAT

7 PPKPPK SRI MEDAN

PPK PARIT

SULONGPPK PARIT RAJAPPK RENGIT

PPK BATU

PAHAT TENGAH

PPK BATU PAHAT

UTARAPPK SENGGARANG

STRUKTUR ORGANISASI LPP NEGERI JOHOR

Nota : Bilangan Anggota LPP : 324 orang

i. Lembaga Pertubuhan Peladang Johor – 72 orang

ii. Pertubuhan Peladang Negeri Johor - 6 orang

iii Pertubuhan Peladang Kawasan - 246 orang

Anggota lantikan PPK – 586 orang PPNJ - 269 orang

24

1.2.10

Logo Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Logo LPP ialah simbolik dua huruf "P", ditengah-tengahnya terdapat jalur-jalur berwarna hijau muda manakala terdapat perkataan "Lembaga Pertubuhan Peladang" di bawah bentuk"P" tersebut. Bentuk keseluruhan logo tampak ringkas tetapi tersirat makna-makna yang tertentu.

Konsep asas rekabentuk logo diilhamkan daripada slogan asal Lembaga iaitu "Bergerak Maju Bersama Peladang". Ia seterusnya berkait rapat dengan peranan tugas Lembaga dalam menjadikan bidang pertanian sebagai sektor komersial dan dinamik berasaskan kepada perkembangan teknologi moden dan peredaran semasa.

Dua bentuk "P" merupakan singkatan "Pertubuhan Peladang", seterusnya menjelaskan logo itu sendiri yang melambangkan peranan Lembaga Pertubuhan Peladang sebagai sebuah badan pengurusan peladang yang profesional.

Jalur Hijau melambangkan pelbagai bidang pertanian sebagai penggerak utama ekonomi negara.

Tulisan "Lembaga Pertubuhan Peladang" melambangkan peranan, semangat dan kebulatan tekad serta keikhlasan Lembaga dalam menjalankan tugas-tugasnya menguruskan sektor pertanian yang terdiri daripada pelbagai kegiatan ekonomi dan sosial peladang.

Warna Silver melambangkan tekonologi, komersialisasi dan kemodenan sektor pertanian semasa.

25

Warna Hijau Muda melambangkan keazaman dan tekad untuk memenuhi misi, wawasan dan matlamat Lembaga. Warna Biru melambangkan profesionalisme, kualiti dan keunggulan perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga kepada kumpulan sasaran.

Konsep keseluruhan logo ini mencerminkan peranan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai asas dalam menentukan hala tuju sektor pertanian moden negara.

26

Latar Belakang PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah diwujudkan pada 1 Julai 2003 berikutan dengan penyusunan semula struktur organisasi Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ). Sebelum penyusunan tersebut, bahagian ini adalah dikenali sebagai Unit Teknologi Maklumat di Bahagian Perancangan dan Penilaian. Bahagian ini mengandungi tiga cawangan iaitu Cawangan Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem, Cawangan Rangkaian dan Teknikal serta Cawangan Multimedia dan Khidmat Pengguna. Carta Organisasi adalah seperti di lampiran. Pada tahun 2009 berikutan penstrukturan semula LPP, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Maklumat.

Misi Pembangunan Sistem Teknologi Maklumat kearah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian (delivery system), Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang. Objektif

1. Meningkatkan kemudahan dan pengunaan ICT bagi meningkatkan sistem penyampaian di LPP dan PP.

2. Mewujudkan sistem pengumpulan maklumat bersepadu untuk kemudahan rujukan dalaman dan luaran serta mencepatkan capaian maklumat

3. Mempertingkatkan kecekapan sistem pengurusan LPP melalui penggunaan ICT 4. Membudayakan penggunaan ICT di kalangan anggota LPP/PP ke arah

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi dan pengurusan LPP. 5. Meningkatkan keselamatan ICT bagi menentukan kerahsiaan, integriti, kesahihan, tidak disangkal dan ketersediaan data dan maklumat.

Fungsi-Fungsi Cawangan di BPM Cawangan Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem

Memantau pelaksanaan dan peningkatan pengunaan sistem aplikasi berkomputer di LPP/PP

Mengkaji dan memantau peningkatan dan penambahbaikan sistem-sistem aplikasi sedia ada

Membuat kajian dan analisis ke atas keperluan sistem aplikasi bagi LPP/PP Mengawal dan menyelaras pembangunan sistem-sistem aplikasi.

27

Cawangan Rangkaian & Teknikal

Mengendalikan kerja-kerja berkaitan sistem pengoperasian dan penyelenggaraan infrastruktur rangkaian.

Mengurus, menyelenggara serta memastikan sistem komputer dan rangkaiannya berfungsi dengan baik.

Melaksanakan prosedur keselamatan ke atas sistem rangkaian komputer supaya bebas dari sebarang ancaman.

Menyediakan spesifikasi tender dan sebutharga bagi pembelian perkakasan dan perisian leT serta sistem aplikasi

Menyelaras dan mengawal penggunaan Internet di LPP. Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu leT LPP .

Cawangan Multimedia dan Khidmat Pengguna

Menguruskan penyulaman (homepage) LPP serta menyelaras penggunaan emel LPP Ibu Pejabat dan LPP Negeri.

Merancang dan membangunkan intranet di LPP Ibu Pejabat dan LPP Negeri. Memberi khidmat nasihat dan mengatasi masalah pengguna dari segi perisian dan

peralatan multimedia. Merancang program latihan berkaitan sistem aplikasi berkomputer kepada anggota

LPP/PP.