laporan lengkap karnival permainan tradisional

2
LAPORAN LENGKAP KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL ‘CONGKAK) TARIKH : 4 MAC 2013 LAPORAN : BIRO PERSIAPAN TEMPAT NAMA AHLI AHLI,OPSYEN & : MUHAMMAD FATHIN BIN HAMID NUR HIDAYAH BINTI ZAKARIA NUR AFIFAH BINTI AHMAD SEBELUM Pada perjumpaan yang pertama saya dan dua orang lagi rakan telah dilantik untuk memegang jawatan sebagai biro persiapan tempat. Pada mulanya kami mempunyai masalah untuk diselesaikan kerana faktor kekurangan peralatan congkak serta jumlah perserta yang kurang. Namun alhamdulilah,setelah berbincang dengan Puan Liza Binti Saad,kami telah memutuskan untuk membuka tempat permainan hanya lima sahaja dan tempat yang kami pilih ialah Dewan Indera Kayangan. Hal ini kerana dewan ini mempunyai kelengkapan yang kami inginkan seperti meja,kerusi, serta sistem pengudaran yang baik. Pengerusi bagi projek ini juga telah bersetuju dengan cadangan tempat yang diberikan. SEMASA Biro persiapan tempat berada di tempat karnival seawal jam 7 pagi bagi menyusun dan menyiapkan tempat dengan lebih kemas dan teratur sebelum karnival diajalankan. Kami memastikan setiap tempat dilabelkan bagi memudahkan para urusetia dan peserta mengetahui

Upload: haraf89

Post on 13-Jan-2016

584 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pjm

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Lengkap Karnival Permainan Tradisional

LAPORAN LENGKAP KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL ‘CONGKAK)

TARIKH : 4 MAC 2013

LAPORAN : BIRO PERSIAPAN TEMPAT

NAMA AHLI AHLI,OPSYEN & : MUHAMMAD FATHIN BIN HAMID

NUR HIDAYAH BINTI ZAKARIA

NUR AFIFAH BINTI AHMAD

SEBELUM

Pada perjumpaan yang pertama saya dan dua orang lagi rakan telah dilantik untuk

memegang jawatan sebagai biro persiapan tempat. Pada mulanya kami mempunyai

masalah untuk diselesaikan kerana faktor kekurangan peralatan congkak serta jumlah

perserta yang kurang. Namun alhamdulilah,setelah berbincang dengan Puan Liza Binti

Saad,kami telah memutuskan untuk membuka tempat permainan hanya lima sahaja dan

tempat yang kami pilih ialah Dewan Indera Kayangan. Hal ini kerana dewan ini mempunyai

kelengkapan yang kami inginkan seperti meja,kerusi, serta sistem pengudaran yang baik.

Pengerusi bagi projek ini juga telah bersetuju dengan cadangan tempat yang diberikan.

SEMASA

Biro persiapan tempat berada di tempat karnival seawal jam 7 pagi bagi menyusun dan

menyiapkan tempat dengan lebih kemas dan teratur sebelum karnival diajalankan. Kami

memastikan setiap tempat dilabelkan bagi memudahkan para urusetia dan peserta

mengetahui segala maklumat yang dapat dirujuk. Tempat – tempat yang dilabelkan ialah

tempat ketua hakim bersama penjaga masa, papan markah, kecemasan bersama urusetia,

kawasan pertandingan congkak, stesen 1 hingga 5 dilabelkan untuk para pemain dan untuk

penilai serta ruang peserta congkak. Oleh sebab, karnival ini digabungkan sekali dengan

permainan batu seremban dan permainan kabadi, biro persiapan tempat perlulah

melabelkan tempat bagi memudahkan para peserta dan urusetia tidak keliru dan bercampur

aduk. Setelah selesai karnival dijalankan, biro persiapan tempat haruslah mengemas dan

membersihkan kawasan karnival pertandingan tersebut

Page 2: Laporan Lengkap Karnival Permainan Tradisional

SELEPAS

Selepas permainan congkak tamat, kami telah mengemas tempat permainan dengan

bantuan rakan-rakan yang lain. Sebelum peralatan seperti meja dan kerusi disimpan, kami

telah memastikan kuantiti peralatan yang digunakan adalah mencukupi serta telah disusun

dan diletakkan di tempat yang sepatutnya dalam keadaan yang teratur dan kemas.

Peralatan seperti congkak dan guli telah kami serahkan kepada biro peralatan. Di samping

itu juga, kami telah melakukan pembersihan di kawasan tempat permainan dengan

mengutip sampah di sekitarnya.

DISEDIAKAN OLEH

(MUHAMMAD FATHIN BIN HAMID)

BIRO PERSIAPAN TEMPAT